Saturday, January 30, 2021

Terjebak Cerita Korea ~ Hotel Del Luna

Hi korang...

PKP ni buat SA banyak masa waktu malam. Kalau bekerja SA memang tidur awal sebab nak keluar rumah awal pagi kan...SA tengok Netflix kat handphone je dan tak kuasa la SA nak tgok melalui tv. Masa ni boleh baring- baring santai tengok dalam bilik. Bila dah menghayati sesuatu drama memang susah nak tinggal kan....SA amik masa yang lama nak tengok sebab banyak episode satu drama kan...so waktu malam jer sesuai nak focus tengok. Siang kang SA banyak kerja plak.


Hotel del Luna (secara rasmi disebut sebagai "Guest House of the Moon"), yang terletak di Seoul, tidak seperti mana-mana hotel lain: pelanggannya adalah semua hantu, dan ia tidak dapat dilihat dalam bentuk sebenar pada siang hari. Semasa era Goguryeo, seorang pemberontak bernama Jang Man-wol (Lee Ji-eun) meminum minuman keras yang tanpa disedari memalingkannya ke pemilik rumah tamu ketika dia sedang dalam perjalanan untuk mencarinya. Dia telah berjaya menjalankan hotel selama 1,000 tahun yang lalu sebelum bertemu dengan pengurus baru Chan Chan-Seong (Yeo Jin-goo).

Pemilik Hotel Del Luna adalah seorang perempuan cantik bernama Jang Man Wol,  yang telah terjebak hidup diantara dua dunia selama 1.300 tahun. Perempuan cantik, keras kepala yang giler  berbelanja ini sebenarnya sudah tak boleh dipanggil manusia, tapi juga tidak sesuai dipanggil hantu kerana dia tidak pernah betul-betul mati. Jang Man Wol dikutuk jadi makhluk abadi yang harus menjalani kehidupan selama ribuan tahun sampai ia membayar hutang perbuatannya selama hidup sebelum itu.

Sepanjang menjalankan perkhidmatan Hotel Del Luna, Jang Man Wol dibantu oleh tiga orang staf tetap yang merupakan roh- roh berkeliaran yang berusia ribuan, ratusan dan puluhan tahun. Mereka adalah:

Kim Seon Bi, roh terbiar dari era kerajaan Joseon. Seorang cendekiawan cemerlang yang lulus ujian negara, namun mati karena disiksa dan mendapat tuduhan palsu.

Perjalanan cerita ini sanagt best cuma ianya tidak seram seperti cerita hantu yang lain. Ikutkan SA penakut kan..tapi bila tengok Hotel Del Luna dengan pelbagai watak dalam penceritaan SA boleh jer layan lagi. Sekarang SA dah sampai episode 10. Tak sabar nak habiskan semua episode dan tak sabar nak tgok drama Korea yang lain plak..Inilah kerja SA setiap malam. Pasti luangkan masa selama 30 minit atau 1 jam sebelum tido. Ye la dah subscribe Netflix kat handphone kan...takkan nak bayar jer tapi tak tengok ceritanya kan...

Korang peminat K-Drama tengh tengok citer yang mana sekarang?


14 comments:

  1. tak tengok lagi drama ni tapi ramai cakap best. sha sekarang tengah layan the heirs haha cerita lama tapi best jugak bila ulang tengok

    ReplyDelete
  2. memang best drama ni. suka tengok baju yg IU pakai dalam drama ni, semua cantik :)

    ReplyDelete
  3. samalah macam saya dan anak, suka tengok cerita ni. lain dari cerita-cerita biasa, cuma sejak TV rosak dah tak tengok dah

    ReplyDelete
  4. i peminat J-drama! now tgh tgk Boss koi :)

    ReplyDelete
  5. Whoaa. ada neflix dah.. haritu tgk cite ni kt tv 3.. comel man wol.. sedih gak nakk hujung tu.. tapi sweet.. keh3.. err. bukan peminat korea sgt.. x sure apa lg best..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum........!!!! kak SA , saya rindu blog saya... haahahah! tetiba, kak! saya susah nak terjebak dgn cerita korea, tapi citer Start UP saya lom tamat tengok lagi, bzzz kak, aiyaaa... nak update blog pun 1 post utk 1 tahun, ahahahha! done update, akak singgah eh, blog merapu saya, plsss hahahaha....

    ReplyDelete
  7. best kan citer die,..geram tgk muka IU..

    ReplyDelete
  8. Kak Sue tak habis lagi tengok drama nie.. tapi sekarang nie tengok drama lain pulak 100 Days My Prince..

    ReplyDelete
  9. Lepas ni tgk Mr queen plak kak. Saya pun DH almost terjebak ni kak oii

    ReplyDelete
  10. Pn is3 pun sama
    Wak tak layan korea2 ni

    ReplyDelete
  11. saya terjebak etflix cerita indon kak hehehe

    ReplyDelete
  12. Nak cari masa sesuai untuk layan drama Korea.

    ReplyDelete
  13. sekarang tengah tengok flowers of evil..dulu da tengok hotel del luna ni, suka gak..paling suka baju2 IU pakai..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah