Wednesday, July 12, 2017

Luncheon BD Team di Naj & Belle Bangsar

Hi korang...

Psst...SA tengah MC hari ni...giler bosan duk rumah sewa ni..demam dari Jumaat sampai hari ni baru nak kebah betul..rupanya sebab SA tak dapat antibiotic..walau sakit tekak last week tp Doc tu bagi steroid untuk hilangkan bengkak tonsil..memang power la sekejap je hilang bengkak tp berlarutan selsema dan demam..so MC la sehari ari ni...hari ni SA nak citer kisah Lucheon semalam bos department Business Development belanja makan..kami makan tengah hari kat Naj&Belle Bangsar..first time datang makan sini..manakala yang lain-lain tu dh pernah beberapa kali experienced makan kat situ..ye la tempat orang ada-ada ni memang la jarang SA singgah...bukan tak mampu..tapi tak pernah tau wujudnya tempat makan ni..ye..i ngaku i orang kampung...


Ni la team BD...tak ramai pun kami..tp syg team ni...boss SA yg depan sebelah kanan..


One more pose....


Blogger mesti amik gambar macam ni kan..


Plate tembikar bukan kaca..


Appetizer Crispy Duck Salad, ada campuran buah tembikai, laici dan rocket salad..daging itik yg kaler choc tu..first time makan dan memang sedap


SA pilih Root Beer Float...sedap...


Dah bercampur Root Beer dan ice cream vanilla....


SA amik Seafood aglio olio..mmg sedap macam kebiasaan SA order kat tempat lain..seafood fresh...


Dessert..Disconstructed pavlova...nice..x manis sangat...share with others..makan sorang sure x habis...

Memang best makan kat sini...harga? Wallahualam..rasanya berpatutan..SA x tau bab harga sebab takde dlm menu rasanya..ke ada tp x perasan...recommended...for sure will come and repeat again...special thanks to my boss En Helmy sebab belanja..

Korang nak cuba makan kat sini?

Terjah


Tel : 03-2201 7078
Alamat : 99L, Jalan Tandok
Bangsar


Tuesday, July 11, 2017

Tiada Masalah Sambut Raya Sebagai Janda/ Ibu Tunggal

Hi korang....

Hari ni SA nak menjawab soalan yang dah bertahun- tahun SA terima termasuk la tahun ni....soalan dari siapa tu tak perlu la SA terangkan kat sini sebab kat mana- mana pun situasi macam ni pasti dan sering berlaku..bila belum kahwin sibuk tanya bila nak kahwin, dah kahwin tanya plak bila nak ada anak, bila dah ada anak sibuk plak tanya bila nak bagi tambah anak.Termasuk yang bercerai berai ni..SA malas nak pi beraya atau attend kenduri kahwin sebab soalan2 yang pada SA x wajib ditanya pun..asal melangkah kaki je ke rumah sesapa jer soalan pertama keluar Bila nak berdua semula ni...dah lama dah kan... dulu SA sopan jawab...sekarang dah malas nak jawab...sampai la satu tahap SA dah tak boleh sabar SA  jawab macam ni jer... Salah ke golongan Janda/ Ibu tunggal ni tak kahwin?habis ke duit korang kalau kami ni tak kahwin? Lagipun baru jer 12 tahun SA menjanda..belum 20-30 tahun lagi.as long as SA tak pernah pun susah kan orang...orang jer susah tengok SA..😠😠😠



Ikutkan SA dah malas nak pi beraya atau ke majlis perkahwinan. 2 majlis ni memang SA elakkan kalau melibatkan keluarga. Bukan merajuk cuma dah malas nak hadap..Jodoh, Pertemuan dan Ijab kabul tu urusan Allah. Bukan SA nak menidakkan cuma belum tiba masanya lagi SA menamatkan penantian SA ni. Anda jodoh panjang tak kemana. Sampai masanya insyaallah SA nikah juga nanti..Kehidupan SA pun tak banyak beza dengan yang berkeluarga. SA tetap menjalankan tanggungjawab sebagai Mama, Anak dan kakak kepada adik- adik SA. Hidup SA tak pernah sunyi dan bahagia. Nak plak SA sibuk dengan kerja, sibuk dengan part time sebagai blogger dan macam- macam lagi sampai takde masa nak fikir pasal diri sendiri.

Yang membezakan raya SA setiap tahun cuma SA takde complete family macam keluarga lain, SA x dapat kucup tangan insan bergelar suami, Dania tak dapat kucup tangan seorang bergelar ayah tapi SA masih dapat kucup tangan Mak Ayah SA. Apa yang SA boleh cakap SA seronok dan bahagia dengan kehidupan sekarang. Skop seronok yang SA maksudkan adalah tak perlu pening kepala fikirkan hal lain cuma tumpukan pada Mak Abah dan anak jer..mana tau nanti dah bersuami nanti kehidupan SA berubah kan?

Susah nak puaskan hati semua orang kan...SA memang buat tak endah jer lah kalau ada jer yang sibuk tentang personal SA. yang SA sentiasa pegang,as long as kepercayaan Mak Ayah SA terhadap SA tak pernah goyah selagi tu SA teguh dengan pendirian SA. takde orang nak jadi janda, takde orang nak jadi ibu tunggal. Semua nak bahagia..tapi kalau dah asyik masuk campur hal orang lain tu apa pulak kaedahnya kan..kain sendiri tak nak check sibuk nak belek kain SA....Orang macam ni elok di jauh- jauhkan...jangan sesekali dekat sebab akan merosakkan kehidupan...kan?

Monday, July 10, 2017

Rendang Kobau Daun Puding Nismilan Dan Lemang Periuk Kera Juara!!

Hi korang...
Haaa...ni entry last event Meriahnya Syawal KLHQ, bertabah la korang eh...kalau ada yang x suka sila klik butang pangkah kat atas tu..jangan komen siap masuk spam..x suka tau anonymous ni...berani kalu tunjuk diri la...eh...tersentap plak SA...takpe la..SA maafkan..tak semua yang kita buat orang suka kan...tak semua yang x suka tu looser walau memang pun sebenarnya...apapun SA tetap nak habiskan entry ni ye...

Buat julung kalinya juadah Rendang Kobau Daun Puding Nismilan & Lemang periuk Kera jadi JUARA Juadah Istimewa!!!Tergamam SA tau bila di umumkan juara...rasa berbaloi petang Rabu tu SA balik Seremban, esoknya datang semula ke opis sesudah subuh...penat semua hilang...hehehe...tak sangka Judge yang dijemput khas iaitu Chef dari Hotel Istana memilih juadah SA...memang tak letak harapan tinggi untuk menang sebab soalan dari chef tu banyak giler...tapi SA nekad, jawab jer la..SA lebih kepada rendang..yang lemang periuk kera tu ada akak sorang lagi yang bawak..


Presentation pun main belasah je...


Ni la rupa Rendang daging kerbau yang SA masak...


Memang bawak tuah betul 2 hidangan ni


Mantan GMD cakap sedappppp....kiri kanan dia tu la Chef dari Hotel Istana..SA cuma nampak tangan pegang microphone je...jadi laaaa...


Rasa Dato', chef...jangan tak rasa


Kak Fatt tengah terangkan tentang lemang periuk kera


Lemang ni di kukus ye..sebab tu ianya istimewa, lemak sebab guna santan fresh


Chef tengah rasa rendang

Jom tengok gambar di sekitar Majlis....


Jejaka KG Parit 11, sorang tu jer bujang lagi...yang lain dah ada bini


Depan stall kami...yang pakai dress hitam tu Japanese tau...


SA depan gerai Level 9


posing memang acara wajib


Baju kami lebih kurang sama corak...


Raya sedondon!!!


Yeay...kami menang!!!


Juara Juadah Istimewa & naib juara persembahan khas...


seronok betul kami...tahun depan kena buat dan comeout dengan idea yang canggih lagi


SA dengan hadiah..

Sekarang rendang SA jadi bualan...ada yang dah nak tempah dah...alahai..kena la tunggu SA rehat dulu...tengah fikir ni nak amik tempahan ke tak...takut x menepati citarasa dan x sama result macam yang dipertandingkan..SA masih memikirkan untuk open order atau tak...yang pasti next week SA akan bawak rendang ayam untuk mereka yang tak merasa Rendang Kobau Nismilan hari tu...kesian diorang...ye la SA masak sikit jer untuk pertandingan....

Korang rasa patut ke SA bukak order dan tak hampakan permintaan kawan- kawan dan bosses?

Meriahnya Syawal KLHQ Dengan Theme Merah Hitam

Hi korang...

Macam yang dijanjikan...haaaa....kami penduduk KG Parit 11 bertemakan MERAH & HITAM untuk majlis Meriahnya Syawal KLHQ...segak tak kami semua...sana- sini semua kaler Merah dan Hitam..semua pun bagi kerjasama yang baik dalam plan ni...sedondon kami semua dari anak buah sampai la ke boss- boss besar...

Bila dah sedondon dengan tema, apa lagi..aktiviti bergambar adalah acara utama pagi tu...nasib semua sporting...maunya tak sporting kan...syukur dapat boss sama jer satu kepala ngan anak- anak buah..pantang halakan kamera semua beri kerjasama...


Barisan depan all the bosses, ada boss yang tengah meeting gak..so tak cukup corumn


yang belakang sekali tu dah kenapa facing each others...


Free Style 1


Free Style 2


Okey serius semula


Dah start dah macam2 gaya


Aduhai....


Yang ni paling tak sopan...

Lepas tu kami buat rehearsal skit untuk persembahan...apalah tukang masak pun dipaksa menari ni...ini persembahan untuk karaoke raya, SA dan kawan- kawan yang lain jadi penari iringan...giler malu..mula2 okey jer step..lepas tu sampai atas pentas kelaut dalam....banyak giler mata tengok dalam auditorium tu...malu kot.....


Yang baju hitam seluar grey tu peserta karaoke


menari...jangan tak menari...

Actually ada video tapi segan la nak tepek kat sini...kelakar habis...untuk pertandingan karaoke kami tak menang....tapi kami menang persembahan pembukaan masa judges nak judge juadah yang dipertandingkan..itu nanti aku share kat next entry eh...

Cantik tak baju raya kami?

Baju raya SA tu beli kat Butik Sireh Pinang Subang Parade...sedondon dengan Dania...

Preparation Meriahnya Syawal Kg Parit 11

Hi korang...

Last week SA ada sambutan Meriahnya Raya KLHQ. Majlis yang julung2 kali diadakan di KLHQ memang meriah dan mendapat sambutan semua warga kerja Malakoff..seronok betul dari awal persiapan sampai la ke hari kejadian..event ni dah plan dari bulan puasa..pelbagai idea keluar dari bahagian decoration, persembahan dan pertandingan juadah. Kali ni SA terlinmbat sepenuhnya di bahagian pertandingan juadah istimewa..sebelum SA bercerita lanjut SA nak citer dulu bab preparation stall...Level 11 iaitu department SA, dan 2 lagi dept di beri tabggungjawab menyediakan dan mencantikkan stall air dan dessert...kami memang di beri stall untuk every level dan disedikan oleh pihak catering cuma bab hiasan kami yang kena buat...Team SA memilih tema kampung so deco semua berasaskan suasana kampung....

Jom tengok persiapan....


Joe sedang gantung tanda nama gerai kami...KG Parit 11


Meor ketua bahagian deco dan Lyn pun bekerja keras mnecantikkan gerai kami


Ikat ..jangan x ikat ye Siti..


Rupa paras gerai kami yg belum siap sepenuhnya


Simple but meaningfull


Ni Deco pihak Max...bukan kami punya...

Petang tu semua deco dh siap pasang...tunggu hari langsung aje..kami yak menaruh harapan tinggi untuk menang bagi decoration terbaik..tapi tetap bagi sepenuh effort untuk menjayakan..ye la ini tahun pertama event ni so blom pakar lagi...kira warm up la dulu kan..kita tunggu nanti tahun depan...boleh buat all out....

Lepas ni kita ke entry theme KG Parit 11...


Sunday, July 9, 2017

RM20 untuk Top Komentator Julai 2017 Blog SA


Hi korang...
Selamat berhujung minggu...pi open house la tu kan...ye la..sana sini sibuk dengan open house...SA banyak je jemputan tp x dan nak pi sebab tengah tak sihat..lepas jer program Meriahnya Syawal di KLHQ terus SA down with fever...
So hari ni SA nak umumkan hadiah top komentator 2017 berupa wang tunai berjumlah RM20..SA rasa x sempat nak cari hadiah so bagi duit je la..automatically jadi duit raya dari SA..walau amount x berapa tinggi tapi kalau bagi SA cukup untuk top up handphone anak dara SA..hehehe...mana tau..lepas ni rezeki lagi melimpah SA naikkan la lagi amount hadiah..kalau bukan wang tunai maybe berbentuk barangan...kan?kalau nak pos hadiah banyak betul soal jawab dari Pos Laju..macam-macam soalan nak kena jawab pasvtu kalau bagi wang tunai rasanya elok terus transfer je..cepat dan jimat masa....

So..apa tunggu lagi korang...meh la jadi Top Komentator Julai 2017 di blog SA...pemenang utama di cari...kita tengok siapa yang rajin....doakan rezeki SA melimpah ruah dan SA akan up hadiah...

Tunggu pengumuman pada 1hb August nanti....

Good luck uolls.....

Simple BBQ & Beraya Di Puchong

Hi korang...
Masih bercerita tentang raya SA..last week Sabtu SA buat simple BBQ sebab sambut bday..ye la..birthday  bualan posa kan..so xde sambut apa pun..SA pi beli bahan dan marinate..kebetulan plak ada family members yg nak bertandang so plan berjalan dengan jayanya...SA x jemput ramai sapa yg terjah ada la rezeki diorang..takde potong kek ke apa..buat pun cuma ayam dan daging dan tambah hotdog skit....


Abah up ikan keli 4 ekor besar2...suka diorang makan


First round


Chicken Wing


Daging lembu


Hotdog


Si kecik ni kejanya menyembur je...abislah rambut omak eh gugur


Ahad tu SA pi beraya kat Puchong..bukan beraya apa just melawat mak saudara SA yang baru keluar KPJ Kajang...


Cuaca cantik sangat Ahad tu...


Nasib jalan tak jammed....


SA, Qhaira dan Dania...qhaira tu kalau bab makan...sabar jer la...


Kita welfie lagi...jangan geram dengan Qhaira ye


Kesayangan MamaLong ni


Alaaa ada je yg photobomb kat blkg


Bab rosakkan gambar bg kat Qhaira...

Tahun ni sederhana je raya SA..memang tak berjalan kemana..cuma mak abah dan yg lain2 je la berjalan sakan..SA dah start kerja raya ke 4 so mmg tak rasa la beraya sakan..apapun tanggungjawab perlu diutamakan..Ye tak?

Seronok tengok korang beraya sakan dalam entry blog..jeles....


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah