Tuesday, July 11, 2017

Tiada Masalah Sambut Raya Sebagai Janda/ Ibu Tunggal

Hi korang....

Hari ni SA nak menjawab soalan yang dah bertahun- tahun SA terima termasuk la tahun ni....soalan dari siapa tu tak perlu la SA terangkan kat sini sebab kat mana- mana pun situasi macam ni pasti dan sering berlaku..bila belum kahwin sibuk tanya bila nak kahwin, dah kahwin tanya plak bila nak ada anak, bila dah ada anak sibuk plak tanya bila nak bagi tambah anak.Termasuk yang bercerai berai ni..SA malas nak pi beraya atau attend kenduri kahwin sebab soalan2 yang pada SA x wajib ditanya pun..asal melangkah kaki je ke rumah sesapa jer soalan pertama keluar Bila nak berdua semula ni...dah lama dah kan... dulu SA sopan jawab...sekarang dah malas nak jawab...sampai la satu tahap SA dah tak boleh sabar SA  jawab macam ni jer... Salah ke golongan Janda/ Ibu tunggal ni tak kahwin?habis ke duit korang kalau kami ni tak kahwin? Lagipun baru jer 12 tahun SA menjanda..belum 20-30 tahun lagi.as long as SA tak pernah pun susah kan orang...orang jer susah tengok SA..😠😠😠



Ikutkan SA dah malas nak pi beraya atau ke majlis perkahwinan. 2 majlis ni memang SA elakkan kalau melibatkan keluarga. Bukan merajuk cuma dah malas nak hadap..Jodoh, Pertemuan dan Ijab kabul tu urusan Allah. Bukan SA nak menidakkan cuma belum tiba masanya lagi SA menamatkan penantian SA ni. Anda jodoh panjang tak kemana. Sampai masanya insyaallah SA nikah juga nanti..Kehidupan SA pun tak banyak beza dengan yang berkeluarga. SA tetap menjalankan tanggungjawab sebagai Mama, Anak dan kakak kepada adik- adik SA. Hidup SA tak pernah sunyi dan bahagia. Nak plak SA sibuk dengan kerja, sibuk dengan part time sebagai blogger dan macam- macam lagi sampai takde masa nak fikir pasal diri sendiri.

Yang membezakan raya SA setiap tahun cuma SA takde complete family macam keluarga lain, SA x dapat kucup tangan insan bergelar suami, Dania tak dapat kucup tangan seorang bergelar ayah tapi SA masih dapat kucup tangan Mak Ayah SA. Apa yang SA boleh cakap SA seronok dan bahagia dengan kehidupan sekarang. Skop seronok yang SA maksudkan adalah tak perlu pening kepala fikirkan hal lain cuma tumpukan pada Mak Abah dan anak jer..mana tau nanti dah bersuami nanti kehidupan SA berubah kan?

Susah nak puaskan hati semua orang kan...SA memang buat tak endah jer lah kalau ada jer yang sibuk tentang personal SA. yang SA sentiasa pegang,as long as kepercayaan Mak Ayah SA terhadap SA tak pernah goyah selagi tu SA teguh dengan pendirian SA. takde orang nak jadi janda, takde orang nak jadi ibu tunggal. Semua nak bahagia..tapi kalau dah asyik masuk campur hal orang lain tu apa pulak kaedahnya kan..kain sendiri tak nak check sibuk nak belek kain SA....Orang macam ni elok di jauh- jauhkan...jangan sesekali dekat sebab akan merosakkan kehidupan...kan?

41 comments:

  1. Sabar ya Amanda... Ujian... Moga dipertemukan dengan insan yang baik...

    ReplyDelete
  2. Hohoho.. Baru tahu.

    Qadak dan qadar Illahi

    ReplyDelete
  3. betul sis...jangan dengar cakap2 or mulut orang nie..diorg xrasa berada di tempat sis..smoga sis kuat dan teruskan hidup ngn ank2 sis..pcaya pada ketentuan allah s.w.t

    ReplyDelete
  4. Sabar ye akak SA dengan soalan2cepumas orang tu. Biasalah manusia sentiasa bertanya untuk tujuan bemesra. Kalau tak kawen lagi, orang tanya -bila nak kawen. Kalau dah kawen, tanya bila nak ada anak, bila dah ada anak,tanya bila nak tambah anak. Hihihi...

    ReplyDelete
  5. Takpe kak SA, kita x boleh puaskan hati semua orang. Janji kak SA bahagia, Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar

    ReplyDelete
  6. Ju fhm dgn keadaaan wanita berstatus ni, sb kakak ju pun mcm ni, asal g mjlis kluarga, mesti dia kena hadap situation ni juga . =)

    ReplyDelete
  7. mulut org mmg smp sudah xkn stop bertanya kn..mcm SA ckp la..xkawin org tanya bila nk kawin..dh kawin tanya bila nk ada ank dan seterusnya..abaikanje la yg penting kita tau idup kita lg happy kn

    ReplyDelete
  8. Sabar ya SA, abaikan aja yang berfikiran negatif tu..

    ReplyDelete
  9. Jalan teruss je kak SA..jalan terus.
    Abaikan orang2 yg terlajak prihatin macam tu..yg penting kita enjoy dengan life kita.

    ReplyDelete
  10. Sabar ya. Kita anak satu ni pun asyik diasak bila nak ada anak nombor 2. Bertabah dengan manusia begini. Allah uji kita ikut kemampuan masing2.

    ReplyDelete
  11. Betul tu kak. salute akk sbb bertahan 13tahun
    InsyaAllah adaa jodoh tak ke mana. proud of you kak.

    ReplyDelete
  12. Sabar ye sis SA. Sy yg xkahwin lagi ni pun kdg2 geram dgn soalan bila nk kahwin. Igt sng ke bab2 kahwin ni. Huu

    ReplyDelete
  13. Abaikan..sebab yang sakit diri kita sendiri bila dilayan..mereka akan terus bertanya dan bercakap...

    ReplyDelete
  14. Sabar ye SA.. mulut org mmg susah kita nak tutup.. yg penting SA happy dgn kehidupan skrg kan..

    ReplyDelete
  15. cabaran tuh.. bertabahlah dengan orang2 disekeliling. nak ambil berat ta kena cara. mama doakan suria sentiasa bahagia walau dgn apa pilihan pun yg suria buat

    ReplyDelete
  16. Saya baru tahu... Sabarlah SA, saya doakan SA bahagia bersama keluarga dan berjaya mendidik anak SA menjadi anak yang solehah yamg cemerlang dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  17. Biasalah tu kak. Kalau dah ada anak sorang mcm ana, tanya pula tak nk tambah anak lagi ke. Setiap tahun soalan yg sama. Jawab jer lah apa yg boleh. Hehe

    ReplyDelete
  18. Sabar kak SA mulut orang memang tak leh tutup. Abaikan jew orang yang sebok tya macam2 tu tak menyumbang pape pun sakit pening sendiri gak tanggung. Kak Sa kuat

    ReplyDelete
  19. kebanyakkan orang2 kite nie memang suka tanya soalan2 mcm nie , sekali dua tanya ok lah nie pantang nampak muka kite je terus bagi soalan pedas,kadang2 hangin pulak

    ReplyDelete
  20. cik nor mcm akak dok hadap soalan yag sama setiap tahun. lama2 mals nak beraya terperap jer kat dapur..:)

    ReplyDelete
  21. haihhh rasa nak cilikan jeeeeee dorang tu kakak. apa apa pun kakak kite ni gojes betul ehhh gerammm Uyul. Relax je kak. Uyul pun orang tanya bila nak kahwin uyul senyum je. adalaaa tuh nanti jodohnya. Selamat hari raya kak suria. Aibiyuuuu.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  22. Mulut orang memang takleh ditutup. Katakan kat diorang, doakan je la saya. Tu yang terbaik :)

    ReplyDelete
  23. abaikan mereka yang negatif sis. Asalkan kita tak kacau hidup orang sudah. Mereka tkda hak nak ngatur hidup kita

    ReplyDelete
  24. Faham perasaan kak SA tu.. biasalah mulut orang bukan boleh tampal dengan pita pelekat.. biarkan jer orang macam tu..

    ReplyDelete
  25. mmg geram dgn mulut sesetengah orang ni kan...aku ni yg dah ada 3 anak lelaki, org sibuk duk tanya, bila nak tambah anak pompuan pulak? siap cakap selagi tak dapat anak pompuan ngandung lagi ye...cuba sampai dapat anak pompuan...

    amboi senang betul cakap...serius aku marah dgn mulut2 mcm tu...
    sbb tu aku faham perasaan ko...
    kadang aku sendiri malas nak campur ngan makcik2 kat kampung tu sbb mulut dorang ni la...grrrrr...

    ReplyDelete
  26. Pelik la dengan manusia jenis macam tu. Tak rasa bersalah ke tanya soalan macam tu..? Tak rasa ke diri tu dah lukakan hati orang dan rosakkan suasana majlis yang sepatutnya happy2.. eeeeeeeeee... banyak soalan lain boleh tanya kot...!! *geram juga*

    Tapi takpe, kita tahu Kak SA kebal orangnya.. hehehehehe.. keep it up kak.. yang penting akak sendiri happy, bahagia dan tahu apa yang baik utk akak... :) :) :)

    ...

    ReplyDelete
  27. salam.SA...selamat hr raya..org blh bercakap.apa aje..harap SA bertabah dengan ckp2 org gini..kdg2 kita fikir positif je..mgk. org2 yg tnya tu sygkan SA..pikir je gitu..trs xrsa nak.marah...hehehe..plg2 tidak.SA jwbla doakan SA dpt jodoh plak lps ni..😘😘

    ReplyDelete
  28. mulut orang... ada je yang tak kena di mata mereka

    ReplyDelete
  29. semoga dipermudahkan urusan sis sekeluarga ya. Betul tu jodoh semua tu semua urusan ALLAH

    ReplyDelete
  30. Manusia nie memang macam2... Ada jer yang tak puas hati... Buat tak tau jer lah...

    ReplyDelete
  31. Sabar ya kak..tp akak mmg iron lady betul kak

    ReplyDelete
  32. biasalah...melayu kan ramai kepochi wakakakak

    ReplyDelete
  33. abaikan mulut mereka, akak doakan kamu bertemu jodoh dengan lelaki yang beriman dan bertanggungjawab

    ReplyDelete
  34. Buat derkk je, mulut orang kita mana pernah nak senyap. heheh

    ReplyDelete
  35. itula SA, itu sebab aku x nak pi kenduri kendara family ni. sebab soalan2 bodoh cam ni lah, sibuk tanya bila nak ada anak bagai.. sudahnya baik tak yah pi duduk rumah diam2 sudah

    ReplyDelete
  36. Memang takde mslh pun beraya sbgi ibu tunggalkan kak...empunya badan pun xkisah pun..org lain plak yg busy bee

    ReplyDelete
  37. eh !! meh sini ki timpak sape yang cakap tu.. kemahen.. ** hugs kak SA ** chill la.. akak tak de pape, dorang melebih2 plak..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah