Friday, April 10, 2020

Ragam Anak-Anak Buah Sepanjang PKP

Hi korang...

Sepanjang PKP ni SA memang x jumpa la anak-anak buah yang lain kecuali Dida yang tinggal kat rumah SA dengan mommy dia...rindunya kat diorang...biasanya dapat gambar thru whatsaap dan buat video call je...kadang-kadang 2 hari sekali...hilang jugak rindu sekejap..ni kalau sambung PKP lagi..lagi lama la tak jumpa dioramg...sedihnyaaa.....

Semalam Ibu Tiara buat video call bg tau Tiara demam panas...alahai..kesian betul....siap buat memek muka dia demam...geram je tengok..budak-budak kalau demam memang kita kisau kan..tinggi jugak demam dia..puas jaramkan dengan air..bagi panas turun..kalau panas tinggi bahaya kan...sekarang kalau nak pergi klinik pun bahaya sebab kawasan red zone area rumah dia..


Tiara yang demam...


Aidan yang asal mamalong call sure tengah tido..badan dia.....debab dah...


Taufiq yang asyik tantrum sebab.x boleh keluar rumah


Ikie dan Dhia yang yang rajin buat kuih ngan ibu diorang


Dida belajar Iqra' dengan atuk


Adeliya tengah demam


Aressa..


Haa...ni lagi buat geram..anak buah adik ipar SA kat Kulai...semangat betul...


Dida tengah makan roti bakar


Macam-macam ragam..anak dara SA macam biasa la memerap kat bilik...adakala main keyboard, main gitar dan belajar online..paling susah nak suruh bergambar...sebab tu xde gambar dia...dia ada mood kalau nak suruh bergambar...kadang stress plak SA...so hari ni SA x masak...sebenarnya SA pun kurang sihat...badan terlampau penat duduk rumah kot...asyik buat benda yang sama kan..SA pun rasa nak demam tp dah makan ubat dh...harap-harap tak berlarutan la...kalau demam susah la nak pergi klinik..ni dah 23 hari duduk rumah tak kemana kan...



Thursday, April 9, 2020

Tuala Wanita PERCUMA Untuk Semua Kaum Hawa

Enya Memberikan Sokongan Dan Ubah Semula Pemahaman Wanita Tentang Penjagaan Ketika Datang Bulan

Dalam tahun pertama sejak dilancarkan, jenama yang diterajui oleh milennial, Elaine Hong selaku Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutifnya, ingin mengubah cara kaum wanita melihat dan membeli produk penjagaan peribadi dan betapa pentingnya perkara tersebut. 




Enya, sebuah syarikat berasaskan teknologi diterajui wanita telah mendahului industri penjagaan peribadi wanita sejak dilancarkan pada tahun 2019 di Malaysia dengan produknya yang dijamin diperbuat daripada bahan organik. Terbaharu dalam usaha mereka untuk menawarkan penyelesaian holistik kepada golongan wanita moden, syarikat ini telah melancarkan produk baharu yang diperbuat daripada kapas organik dan ditawarkan secara PERCUMA kepada pengguna. Syarikat yang dikenali dengan pengalaman pengguna yang selesa semasa datang bulan ini kini telah melebarkan operasinya di Singapura dengan pelanggan setia tersendiri. 



“Kaum wanita kini lebih berhati-hati dengan produk yang digunakan pada badan mereka khususnya apabila melibatkan penjagaan peribadi. Mereka membuat kajian sendiri untuk memastikan produk yang menjanjikan hasil yang terbaik dan syarikat pengeluar yang mempunyai nilai-nilai yang sama,” kata Elaine Hong. 

Ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Elaine Hong, Enya menjadi jenama pilihan wanita yang menggemari elemen aestetik milennial, bahan-bahan yang diyakini dan terbaharu - langganan percuma seumur hidup. Jenama mereka menjanjikan tuala wanita daripada bahan kapas organik terus ke pintu pelanggan, mengikut kekerapan penggunaan mereka. Buat masa ini, Enya menawarkan dua produk yang boleh dibeli secara dalam talian yang menepati inisiatif mereka untuk menyokong dan menawarkan tuala wanita berasaskan bahan organik kepada kaum wanita. 



Tuala wanita kapas organik ‘Enya Basics’ : Penghantaran tuala wanita terus ke pintu setiap bulan secara mudah. Apabila anda melanggan Enya, pemotongan kad anda akan dibuat secara automatik mengikut kekerapan yang dipilih sama ada15 hari, 30 hari atau 45 hari. Kami akan menghantar email peringatan sebelum menghantar produk anda. Anda juga boleh menjarakkan atau membatalkan langganan anda tanpa mengira masa atau tempat. Pek pertama adalah percuma dan pelanggan hanya perlu membayar kos penghantaran sebanyak RM10.00. Kos penghantaran tambahan RM8.00 akan dikenakan bagi pek kedua dan seterusnya. 




Penjagaan peribadi wanita daripada kapas organik “Enya Premium” - Kapas organik menawarkan pengudaraan yang lebih baik dan mesra terhadap kulit untuk bahagian tubuh yang sensitif. Sebab itu tuala wanita Enya menjadi pilihan wanita yang menitik beratkan keselesaan. Harga biasa adalah RM18.00, manakala pelanggan bulanan boleh mendapatkan potongan harga 17%, dengan harga RM14.90. 





Enggan menganggap datang bulan sebagai subjek sensitif untuk dibincangkan, Elaine berkata, “Kita semua sudah faham bahawa kitaran haid mempunyai kaitan dengan keseimbangan tubuh badan. Sebab itu kami berhasrat untuk bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk mewujudkan satu komuniti yang membolehkan wanita untuk berbincang tentang topik seperti ini secara terbuka. Kami hendak memastikan ada pilihan bagi penjagaan peribadi wanita yang mudah didapatkan menerusi Enya Basics. Kami juga mengajak kaum wanita di luar sana untuk menyertai perjalanan kami ini”. 



Tuala wanita kapas organik Enya menampilkan lapisan luar yang diperbuat daripada kapas organik yang mesra terhadap kulit tanpa penggunaan pewangi dan bahan kimia. Dengan ciri-ciri amat tipis dan cepat serap yang ada, anda pasti terlupa seketika yang anda sedang menggunakan tuala wanita ini sepanjang hari. 

Sejajar dengan ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ (PKP) di Malaysia, syarikat ini mempergiatkan penggunaan platform dalam talian mereka untuk menguar-uarkan tentang tuala wanita yang boleh didapatkan secara percuma. 

Dengan bekalan tuala wanita yang berkurangan di kedai-kedai dan semua orang mengehadkan pergerakan meeka, Enya mahu kaum wanita tahu bahawa jenama ini akan terus memenuhi keperluan peribadi mereka setiap hari. 


Wednesday, April 8, 2020

Through The Rain ~ Mariah Carey



When you get caught in the rain with nowhere to run
When you're distraught and in pain without anyone
When you keep crying out to be safe but nobody comes
And you feel so far away that you just can't find your way home
You can get there alone, it's okay, what you say is

I can make it through the rain
I can stand up once again on my own
And I know that I'm strong enough to mend
And every time I feel afraid I hold tighter to my faith
And I live one more day and I make it through the rain

And if you keep falling down, don't you dare give in
You will arise safe and sound, so keep pressing on steadfastly
And you'll find what you need to prevail, what you say is

I can make it through the rain
I can stand up once again on my own
And I know that I'm strong enough to mend
And every time I feel afraid I hold tighter to my faith
And I live one more day and I make it through the rain

And when the wind blows, as shadows grow close
Don't be afraid, there's nothing you can't face
And should they tell you you'll never pull through
Don't hesitate, stand tall and say

I can make it through the rain
I can stand up once again on my own
And I know that I'm strong enough to mend
And every time I feel afraid I hold tighter to my faith
And I live one more day and I make it through the rain

I can make it through the rain
And stand up once again
And I live one more day and night
I can make it through the rain
(Yes you can)
You're gonna make it through the rain

Cooking Is My Passion.....

Hi korang...

Gigih sepanjang PKP ni SA masak tau...jadual Isnin - Jumaat memang penuh dengan aktiviti masak..badan pun dah kembang dah ni...patut orang yang masak ni takde la kembang mana badan kan..sebab bila SA masak..SA kurang selera nak makan..diorang dah makan kang baru la SA terhegeh- hegeh nak makan tapi tu la makan x banyak pun..cukup alas perut je...berat badan so far maintain je...masih 59.8kg....x naik dan tak turun..bengang betul..dah la workout pun ala- ala je janji sihat.....so hari ni SA terlebih rajin skit nak share ngan korang apa yang SA masak sepanjang Isnin sampai Selasa...lupa nak share sebenarnya...ikutkan nak jarakkan update bab makanan kat blog ni..tapi tu la takde idea nak update blog kan...so letak je la entry ni...at least membantu korang yang takde idea nak masak...kan?

Jom tengok apa yang SA masak untuk Isnin - Selasa....hari ni Abah SA masak plak..macam tu la kami kat rumah...gilir- gilir masak...


Posing jap sebelum masak....masa masak wajib pakai earphone dan dengar lagu...so kerja masak memasak SA jadi cepat...lantak la jiran depan belakang dengar SA nyanyi...ada SA keysah...SA nyanyi time masak je....


Kari Ikan Bawal Emas tanpa ada bahan campuran


Sayur kacang buncis goreng campur udang


Menu Selasa


Ayam goreng kicap


Sayur goreng


Kerang rebus..sayangnya kerang x fresh,..frozen..bila frozen isinya tak cantik...

Itulah koleksi masakan SA untuk 2 hari...hari ni abah nak masak..SA x tau apa menu hari ni...SA tak dibenarkan kacau dia kat dapur...alaaa...saje je la pokcik tu kan....kang bab mengemas SA la kena tu...hahahaha...bila semua amik giliran memasak ni senang skit..so takde la masing- masing penat or tak puas hati bila asyik- asyik dia je masak kan...cara SA masak tak sama macam abah masak..SA akui abah kalau masak memang details dan sedap...orang lelaki kan...sebab tu chef-chef kat Malaysia ni ramai lelaki...tak kisah la tu...memang elok pun lelaki boleh memasak supaya kalau ada apa-apa kecemasan berlaku takde la bergantung pada wanita je kan..mana tau bini bersalin ke..apa ke..dah boleh dah dia masak kat rumah...takde la asyik makan nasi kedai kan?

Till here ye korang.....harap- harap mana yang buntu tak tau nak masak apa tu boleh dapat idea masak dengan perkongsian SA ni.....

See ya next entry....


Izinkan Ku Pergi ~ Damya Hanna

Hi korang....

Hari ni takde apa SA nak publish..rasa macam alaaa bosannya..hari ni dah day 22 dah kan...6 days o go kalau lockdown ni tak dipanjangkan lagi...hari ni SA rasa boring sangat...tengah susun- susun novel yang sebeban x baca lagi..terjumpa plak novel dari novelist fav SA iaitu Damya Hanna. Novel dia tak pernah x best la sebenarnya. Adakala bila dah seronok sangat membaca sampai kisah yang dipaparkan meninggalkan kesan di hati SA..itu yang menghayati dan seterusnya akan terbawak- bawak emosi. Style SA sebelum ni akan letakkan diri SA dalam penceritaan supaya more menghayati..hahaha..baru seronokbaca kan..macama gambar kat bawah ni,,,SA pergi mana- mana bekalan novel mmg sentiasa ada..especially kalau membawa diri ke tempat orang...novel memang tak pernah tercicir..mesti bawak...SA jenis x suka buang masa..ada masa elok penuhkan dengan membaca..





Sinopsis

Atiyah dan Zuhairi membina mahligai perkahwinan atas dasar cinta. Kasih sayang telah dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi sehinggalah mereka melayari bahtera rumah tangga dengan begitu bahagia. Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dibina retak setelah diuji dengan satu kejadian.

Atiyah terluka dengan kejadian itu dan pergi membawa diri. Meninggalkan Zuhairi terkapai-kapai menanggung derita bertahun lamanya. Perkahwinan mereka tergantung begitu sahaja dan terbiar sepi.

Masa berlalu, pertemuan semula dengan Atiyah meragut kembali ketenangan jiwa Zuhairi. Namun Zuhairi nekad untuk membalas luka berparut yang ditinggalkan Atiyah agar wanita itu merasai deritanya. Tidak mudah menerimanya begitu sahaja.

Atiyah rela dipersalahkan walaupun niat sebenar kepulangannya bukan untuk menagih kemaafan. Segala kebencian dan dendam Zuhairi terhadapnya terpaksa ditelan bersama pilu yang mencengkam.

Dalam benci, sejujurnya ada rindu. Biarpun luka yang tertoreh di hati begitu parah namun perasaan mereka tidak pernah mati. Tetapi disebabkan ego dan harga diri yang ada dalam jiwa masing-masing, Atiyah mahupun Zuhairi tidak mahu mengalah. Maka, perlukah mereka mempertaruhkan cinta suci mereka demi kenangan lalu yang memedihkan?


Nanti SA share novel lain plak ye......

Stay tune...


Tuesday, April 7, 2020

Resepi Paru Berlada MCO By Suria Amanda

Hi korang....

Hari ni MCO/PKP day 21 kan...makin lama makin mereput duduk rumah ni..tapi hari ni SA rajin skit nak share resepi kat blog ni...resepi simple je...takde nak bagi susah- susah...benda senang dan simple je..resepi ni pun gara- gara terjebak dengan Sis Lin dan ternampak dia update kat blog...SA dah lama tak masak Paru berlada ni...dan terperasan ada stok paru dalam fridge...terus je masak sebab adik SA request jugak untuk dia bawak bekal pi kerja. Yes adik SA mommy si Dida tu nurse...so dia memang kerja sepanjang PKP ni....kedai makan pun takde buka katanya so memang kena bawak bekal.

Masa MCO dan WFH ni tekak memang nak makan macam- macam kan...salah satunya paru goreng berlada ni la...nak masak tak susah mana pun..bahan pun senang je...

Jom tengok resepi...

Paru Goreng Berlada

Bahan- Bahan
  1. Paru  - 1/2 kg
  2. Cili padi  - 20 biji/ ikut tahap kepedasan korang
  3. Bawang kecil  - 6 ulas
  4. Bawang putih - 5 ulas
  5. Sos Tiram 2 sudu - ikut suka kalau nak letak
  6. Bawang besar 2 biji - hiris memanjang
  7. Bahan 2-4 tumbuk kasar

 

Paru berlada yang dah siap dimasak letak atas sekali ha...bagi impact terliur tu...hehehe...


Bahan hirisan dan yang dah ditumbuk...


Paru yang dah siap di rebus dan dihiris nipis


Gaulkan dengan garam dan sedikit kunyit serbuk..


Goreng dalam minyak yang banyak dan cukup panas agar paru masak sekata


Tumis bahan tumbuk dan hiris tadi ye...goreng sampai naik bau dan sedikit garing...perasakan garam dan SA tambah sedikit sos tiram


Paru yang dah siap di goreng


Tadaaa...dah siap...

Style SA masak paru ni bagi tekstur dia kekal garing dan tak lembik senang aje ye...jangan campurkan sekali paru semasa sambal masih panas..bila dah suam- suam kuku baru gaulkan paru tadi dengan sambal. So tekstur dia nampak cantik. SA tak suka kalau paru tu lembik sangat. Tak feel nak makan...kalau liat sanagt pun tak sedap..rasa macam makan getah plak...petua untuk mendapatkan Paru yang sedap, seeloknya beli Paru lembu tempatan..tapi kalau dah takde boleh je guna Paru yang di jual di pasaraya. Seeloknya paru tersebut direbus terlebih dahulu dalam jangka masa 1-2 jam untuk melembutkan. Melainkan kalau gigi korang kukuh dan kuat. Semua tau kan struktur Paru sangat liat kan..sebab tu kena rebus lama. Selepas direbus dan disejukkan seketika boleh la hiris nipis mengikut citarasa.then baru la korang goreng dan ikut step by step macam kat atas tu...

Selamat mencuba ye...

Monday, April 6, 2020

Gigih Salai Daging Requested By Mak

Hi korang...

Salam RMO/PKP day 20 hari ni...hai ni SA x nak banyak membebel, penat nak membebel kan so kita straiht to the point je la...musim- musim PKP ni tak dapat rasanya nak berkarya panjang- panjang kat blog ni..asal kan berupdate dah la ye..hajat dihati nak share sikit entry hari ni...dan nak start berkunjung ke rumah- rumah korang bagi sumbangan komen dan traffic sikit. Nak sumbang duit kita bukan orang hado- hado..hehehe..

So petang Sabtu lepas SA dan Abah gigih salaikan daging untuk Mak. Sebelum tu dah beli dah daging salai online. tapi tak cukup plak..family SA ni jenis kalau suka benda tu akan usaha beli dan to make sure semua makan puas. SA ingat cukup beli 2 bungkus. Tak cukup rupanya..hehehe...Ada orang cakap leceh kalau salai sendiri apa semua kan..eh takde la korang...kita buat dia...dan kat rumah ni memang ada standby arang dan jugak sabut kelapa. Kenapa suka salai guna sabut kelapa? Sebab nak dapatkan bau salai yang sedap dan wangi dari sabut kelapa tu...nanti bila masak lemak cili api bau salai dia tu sedap....



Daging yang dah siap di kunyit dan di garamkan sikit sedia disalai...kena pandai control api ye..kalau tak nanti dia jadi hangus...kita tak nak dia hangus nanti pahit bila dah di masak..


Dah siap..salai jangan terlampau lama dan kering...nanti liat x sedap...


Nampak x yang juicy- juicy tu...itu kita dapat dari lemak daging yang dah cair..


Yang dah siap masak...ini sebenarnya air tangan mak...mak yang tiba- tiba nak masak sebab dah lama dia tak masak kan...utnuk masakan ni kami campur pucuk pegaga yang abah tanam kat mini kebun dia...geram tengok subur je pegaga tu kan....

Tak susah pun kalu nak salai daging atau ikan...ayam pun boleh salai...cuma kena pandai jaga api je..tak leh biarkan api marak dan daging atau ikan atau ayam dalam keadaan baik. Baik dalam ertikata tak hangus...kalau tak lauk masak lemak cili api tu jadi pahit nanti..tak sedap...kali ni sedap sangat lauk daging salai ni..puas makan dan siap ada balance boleh masak lagi nanti..bungkus elok- elok dan simpan dalam fridge..Masakan mak SA kali ni bertambah sedap sebab campur plak dengan pucuk pegaga. Sebelum- sebelum ni campur dengan pucuk ubi atau terung telunjuk..dah covid 19 ni...mana plak nak cari benda tu semua kan..apa ada depan mata je la nampaknya...

see you next entry...

Friday, April 3, 2020

Beli Bahan Keperluan Melalui Shopee

Hi korang...

Sepanjang PKP ni selain dari ketua rumah beli barangan di pasaraya, SA order barangan lain melalui online sahaja..Shopee la pilihan SA apa lagi kan..SA selesa ngan Shopee sebab proses membeli sangat cepat... SA plak akan cari trusted seller untuk urusan membeli yang smooth...

So apa je barangan yang SA beli melalui Shopee baru-baru ni..Kebetulan SA memang cari sardine Ayam Brand masa awal2 PKP dulu..tapi takde dan licin masa tu akibat ramai yang buat panic shopping....SA kalau bab sardine memang x pandang sardine lain dan belian kali ni adalah belian kedua...korang bayang dalam masa seminggu SA beli 8 tin sardine..cukup la untuk sepanjang PKP ni kan..x habis takpe bleh jadikan stock akan datang..


Ikan Sardine Mackerel


Kopi 434 Abah


Sunlight diswashing

Sunlight dishwashing tu memang saje je beli 8 botol..tengah offer plak..8 botol tu RM40++, masa tgh offer aritu lagi best 4 botol RM19.90..SA dh simpan dalam cart 8 botol..tapi x boleh check out sebab line jammed...bengang betul..last2 beli gak la bila harga dia 4 botol RM22.80. Skrg SA tgh cari plak sabun serbuk..tapi blom ada lagi nampaknya...Senang ada shopee ni...urusan pembelian pun mudah..delivery pun cepat...senang kita manage beli barangan keperluan harian macam ni...harga pun jauh lebih murah...


Thursday, April 2, 2020

7 Hidangan Ramadan yang Mesti Dicuba Di Rumah

Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Inilah masa untuk kita semua menjalani ibadah puasa dan menikmati pelbagai juadah yang enak. Namun, bukan mudah untuk kekal sihat apabila kandungan gula dan lemak yang tinggi dihidang dalam makanan yang dijual. Orang ramai yang bersesak-sesak pada waktu puncak pula membuatkan urusan membeli juadah Ramadan satu perkara yang melecehkan.




Jadi, apa yang anda boleh buat untuk memenuhi keinginan menikmati kuih-muih semasa Ramadan yang biasa dibuat oleh nenek? Kita buat sendiri!

Kami telah mengumpulkan satu senarai kuih dan pencuci mulut yang mesti dicuba di rumah. Ia terdiri daripada yang paling mudah dan cepat, malah boleh dibuat oleh mereka yang jarang memasak di rumah, hinggalah hidangan yang memerlukan sedikit kemahiran, usaha dan masa.

Bagi memastikan kuih dan pencuci mulut ini mesra pengguna, kami tidak memasukkan hidangan yang memerlukan peralatan khas yang tiada di dapur kecil anda.

Semua hidangan ini mengandungi santan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak. Kami mengujinya dengan menggunakan Santan Ayam Brand yang hadir dalam tiga variasi iaitu Santan, Santan Trim (45% kurang lemak) dan Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand) bersama resepi yang diambil daripada 

http://www.ayambrand.com.my/raya2020 .

Untuk memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pun hidangan ini yang digoreng. Kebanyakan resepi ini mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi jika anda sedang dalam diet kurang gula, kurangkan sahaja rasa manisnya.

Psssstt… rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik jika anda membuat kuih-muih ini. Kongsikan di Instagram atau Facebook anda dan tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook, selain gunakan hashtag #beRAYAmbrand. Beritahu mereka kenapa ia merupakan hidangan kegemaran anda semasa Ramadan atau Raya. Peraduan bermula pada 5 April dan berakhir 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!

1.   Bubur Jagung



Pencuci mulut yang paling senang pernah kami cuba. Cuma masukkan ramuan mengikut turutan, kacau dengan kepanasan sederhana sehinggalah bubur siap. Kemudian, letakkan ke dalam mangkuk. Taburkan dengan jagung manis. Enak dinikmati ketika panas dan menyegarkan apabila dimakan sejuk. Jika anda boleh kacau periuk tanpa sebarang insiden, anda boleh buat bubur ini! 

Tempoh memasak: 20 minit   Hidangan untuk: 4   Tahap kemahiran: 1/10


2. Bubur Kacang


Bubur yang sedikit manis, kaya dengan serat dan protein ini cukup enak sebagai juadah berbuka puasa. Bubur kacang boleh dinikmati begitu sahaja jika anda tidak ada masa untuk menyediakan juadah yang banyak. Hidangan ini terdiri daripada kacang, sagu, jagung, santan dan pandan untuk rasa yang enak. Rendam kacang semalaman untuk menjimatkan masa memasak. Masukkan semua ramuan itu ke dalam satu periuk besar dalam turutan yang betul, kacau, reneh dan ia sedia untuk dimakan! 

Tempoh memasak: 20 minit   Hidangan untuk: 4   Tahap kemahiran: 1/10


3. Puding Jagung



Juadah ketiga ialah puding jagung manis. Masukkan ramuan mengikut turutan ke dalam periuk besar, kacau, kacau dan kacau dengan api kecil. Masukkan ke dalam acuan atau bekas kaca yang rata, masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk. Potong kecil sekiranya perlu. Sebelum hidang, taburkan dengan keju parmesan untuk rasa masin dan berkrim.  

Tempoh memasak: 30 minit   Hidangan untuk: 12   Tahap kemahiran: 1/10


4. Kuih Talam


Seterusnya ialah kuih talam. Kami letakkannya di tempat keempat kerana kuih dua lapis ini agak mencabar untuk dibuat, tetapi usaha itu berbaloi kerana rasanya sedap! Satukan ramuan untuk lapisan atas, letakkan di atas talam dan stim selama 10 minit. Untuk lapisan bawah, bancuh ramuan kedua, tuang berhati-hati ke dalam talam yang sama sehingga hampir penuh dan stim sekali lagi selama 20 minit. Untuk rasa yang lebih ringan gunakan Santan Super Light. Biarkan sejuk. Potong kecil atau hidangkan dalam saiz berasingan. Hiaskan dengan jagung manis dan kelapa parut untuk jadikannya lebih menarik! 

Tempoh memasak: 1 jam       Hidangan untuk: 12   Tahap kemahiran: 3/10


5. Agar- Agar Buah


Hidangan kelima adalah satu jenis hidangan yang dinantikan apabila anda menjemput ahli keluarga dan rakan untuk berbuka puasa! Bagaimanapun, ini merupakan satu lagi kuih dua lapis yang sedap daripada acuan berbeza. Maksudnya, lebih banyak masa dan pinggan mangkuk yang perlu dibasuh selepas itu. Hasilkan jeli laici yang jernih mengikut resepi, tuangkan ke dalam acuan, kemudian tambah pilihan buah-buahan segar. Biarkan selama 20 minit. Sementara itu anda boleh sediakan lapisan jeli santan pandan yang berkrim. Tuangkannya di atas jeli buah, biarkan ia sejuk sedikit sebelum masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan daripada acuan sebelum hidangkannya di atas pinggan. Cantik, sedap dan sihat dengan buah-buahan yang kaya dengan serat dan santan yang berkrim. Memang berbaloi!  

Tempoh memasak: 2 Jam      Hidangan untuk: 6   Tahap kemahiran: 3/10


6. Kuih Seri Muka


Memerlukan lebih banyak kemahiran di hidangan keenam iaitu kuih yang terdiri daripada lapisan pulut dan kastard santan. Rendam pulut selama setengah jam sebelum masukkan ramuan lain termasuklah santan untuk lapisan pulut, kemudian stim selama 20 minit. Sementara itu, siapkan lapisan kastard kelapa sebelum kukus di atas air yang mendidih sehingga ia sedikit pekat. Jangan masak di atas api untuk mengelak ia menjadi seperti telur dadar! Kacau campuran pulut, tekan supaya ia menjadi bentuk, kemudian tuang kastard di atasnya. Stim selama 30 minit lagi. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan. 

Tempoh memasak: 1 jam       Hidangan untuk: 6   Tahap kemahiran: 5/10


7. Kuih Kaswi Labu


Kuih Kaswi Labu ialah kuih yang sihat untuk penggemar labu. Ia jarang dijumpai di bazar kerana ia sukar dibuat. Stimkan labu, lenyek dan sejukkan. Buat satu ‘pelekat’ menggunakan tepung ubi dan serbuk agar-agar kemudian tambah labu lenyek yang sudah sejuk, santan dan bahan lain. Kacau sehingga ia membentuk tepung sadur yang licin. Tapis untuk asingkan ketulan sebelum tuang ke atas talam atau acuan sendiri. Kukus selama sejam, sejukkan dan potong empat segi jika perlu. Tabur kelapa parut. Sedap! 

Tempoh memasak: 1 jam 40 minit     Hidangan untuk: 15   Tahap kemahiran: 5/10

Dapatkan semua resepi ini dan banyak lagi di http://www.ayambrand.com.my/raya2020



RMO Bukan Alasan Untuk Tidak Jaga Muka

Hi korang....

Antara aktiviti SA kat rumah sepanjang RMO ni adalah memanjakan muka. Kalau sebelum ni seminggu sekali je SA manjakan muka dengan face mask...tapi sejak dua tiga menjak ni SA rajin buat seminggu 3 kali..nak pulak cuaca tengah panas sekarang kan...so kulit muka cepat berminyak dan jerawat dah mula tumbuh. Nak plak kulit muka SA ni sensitif skit kan. 

Bila dah pakai face mask ni rasa stress berkurung kat rumah tu terus hilang...face mask pilihan SA sememangnya dari Althea Korea. Stock face mask SA masih banyak dan kulit muka SA sememangnya sesuai dengan product Althea ni. Skincare pun bakal habis end of  April nanti. Nak order boleh je bila- bila masa tapi tu la tengah RMO ni kan, tak tau plak kalau- kalau penghantaran dari oversea masih berjalan seperti biasa..Nanti nak tanya la Tammy Lim...Untuk face mask SA kali ni, SA pilih Sparkle Me Bright keluaran Althea.







Selain tu SA ada gak main mekap- mekap. Saje nak isi masa lapang. Tapi SA main mekap- mekap takde buat heavy mekap. Takde buat video pun. Amik gambar untuk buat story di FB dan Whatsaap Story je...SA tepek la jugak kat sini eh. Mekap SA simple je masa ni...nanti nak buat lagi la...hahahaha...sekarang memang banyak post banyak gambar kat story je...nak letak banyak- banyak kat FB kang takut kena kecam...ada gak la letak kat IG timeline..esok lusa la kot kalau tak busy dengan kerja office SA nak main- main mekap lagi...tapi amik gambar biasanya kat dalam bilik je la...hahahaha.....

Hari ni dah RMO day 15

Stay at home

Jangan ingkar arahan PKP ye......

Wednesday, April 1, 2020

Urusan Perubatan Mak Di IJN

Hi korang...

Semalam SA call IJN...kebetulan plak SA memang kena ambil ubat untuk mak pada 10hb so SA call untuk dapatkan info macam mana nak pergi ambil ubat mak ni..dengan tengah PKP plak masa ni kan....so SA decided nak mintak IJN deliver ubat tu by post dan kena request thru website diorang. Tak lama lepas tu dapat jawapan kat email..jadi masalah la kat pihak SA...ubat mak tu tak leh di pos...sebab dalam banyak2 ubat tu ada ubat insulin mak yang very sensitive..kena sentiasa dalam keadaan sejuk...so ubat mak memang tak layak untuk di pos...



Bagus team pharmacy IJN, cepat diorang buat kerja dan reply kat SA. Bila PKP ni semua kerja jadi terbatas sama dengaan pergerakkan...sedikit susah tapi SA yakin semua ni sementara sahaja. Sekarang pun kita di fasa ke 2 PKP untuk lagi 2 minggu kan...masa PM umumkan extend lagi 2 minggu tu SA rasa frust sangat. Bukan tak suka duduk rumah dan buat kerja dari rumah. Cuma kita yang dah biasa lepas bebas ni memang bila berkurung macam ni..tak tau nak buat apa dah. Badan yang sihat jadi tak sihat..letih oii duduk rumah...dengan tak keluar ke mana- mana. Mengadap dinding jerk...tv, dapur...huiii...13 days more to go...rasa macam lam gile lagi..itu kalau tak extend..kalau extend lagi?

Kena Troll Cover Novel...Sabar Je La.....

Hi korang...
Pernah kena troll? SA kan tengah hot dengan kisah Akasia MRT...hahaha...hot la sangat kan....well baru-baru ni diawal PKP ari tu SA saje up gambar tengah migrain kat FB..tiba-tiba ada yg troll gambar SA tu jadi cover novel macam dalam gambar tu ha...hahaha..x boleh nak buat apa ..gelak je mampu..ni semua kerja adik blogger SA si Najeeb Abdullah...terhibur kejap walau tengah migrain masa tu...

Bila tengok balik cantik plak cover tu ha...pas tu ramai plak suruh buat novel...bukan sennag ye nak buat novel...masa pun xde untuk diri sendiri inikan pula nak buat novel. Dulu memang ada ada terniat dihati nak buat novel...tapi tak dan la dengan kesibukkan SA bekerja...

Setuju x cover tu cantik?

So SA simpan buat kenangan kat sini..mustahil la SA nak buat novel..hahaha....bila baca balik kan akasia MRT yang SA create tu mmg kelakar la...pertemuan yang tak disangka hanya kerana novel dan minat SA jadi medan perkenalan. Tapi kami hanya berkawan dan tak melibatkan perasaan..ada hati yang perlu dijaga..eh..eh...hahaha....

Jumpa lagi di lain entry....

Hari ni 1 April...tiada April Fool dalam hidup kita semua...hanya titipkan doa agar segala musibah ini berakhir segera ...

#StayAtHome
#KitaJagaKita

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah