Monday, April 6, 2020

Gigih Salai Daging Requested By Mak

Hi korang...

Salam RMO/PKP day 20 hari ni...hai ni SA x nak banyak membebel, penat nak membebel kan so kita straiht to the point je la...musim- musim PKP ni tak dapat rasanya nak berkarya panjang- panjang kat blog ni..asal kan berupdate dah la ye..hajat dihati nak share sikit entry hari ni...dan nak start berkunjung ke rumah- rumah korang bagi sumbangan komen dan traffic sikit. Nak sumbang duit kita bukan orang hado- hado..hehehe..

So petang Sabtu lepas SA dan Abah gigih salaikan daging untuk Mak. Sebelum tu dah beli dah daging salai online. tapi tak cukup plak..family SA ni jenis kalau suka benda tu akan usaha beli dan to make sure semua makan puas. SA ingat cukup beli 2 bungkus. Tak cukup rupanya..hehehe...Ada orang cakap leceh kalau salai sendiri apa semua kan..eh takde la korang...kita buat dia...dan kat rumah ni memang ada standby arang dan jugak sabut kelapa. Kenapa suka salai guna sabut kelapa? Sebab nak dapatkan bau salai yang sedap dan wangi dari sabut kelapa tu...nanti bila masak lemak cili api bau salai dia tu sedap....



Daging yang dah siap di kunyit dan di garamkan sikit sedia disalai...kena pandai control api ye..kalau tak nanti dia jadi hangus...kita tak nak dia hangus nanti pahit bila dah di masak..


Dah siap..salai jangan terlampau lama dan kering...nanti liat x sedap...


Nampak x yang juicy- juicy tu...itu kita dapat dari lemak daging yang dah cair..


Yang dah siap masak...ini sebenarnya air tangan mak...mak yang tiba- tiba nak masak sebab dah lama dia tak masak kan...utnuk masakan ni kami campur pucuk pegaga yang abah tanam kat mini kebun dia...geram tengok subur je pegaga tu kan....

Tak susah pun kalu nak salai daging atau ikan...ayam pun boleh salai...cuma kena pandai jaga api je..tak leh biarkan api marak dan daging atau ikan atau ayam dalam keadaan baik. Baik dalam ertikata tak hangus...kalau tak lauk masak lemak cili api tu jadi pahit nanti..tak sedap...kali ni sedap sangat lauk daging salai ni..puas makan dan siap ada balance boleh masak lagi nanti..bungkus elok- elok dan simpan dalam fridge..Masakan mak SA kali ni bertambah sedap sebab campur plak dengan pucuk pegaga. Sebelum- sebelum ni campur dengan pucuk ubi atau terung telunjuk..dah covid 19 ni...mana plak nak cari benda tu semua kan..apa ada depan mata je la nampaknya...

see you next entry...

15 comments:

  1. Perghhh semua sedap-sedapnyaaa SA oi...geram plak nengok...daging ada tu, nanti nak buatlah...

    ReplyDelete
  2. Bestnya kak... mesti sedap bila di masakkan

    ReplyDelete
  3. Memang air peluh sendiri. Buat dari awal. Kalau salai sendiri memang pasti buat betul-betul.

    ReplyDelete
  4. Kita baru salai ikan keli 3 hari lepas. Buat masak lemak campur pucuk kaduk petik blkg rumah juga. Lepas ni boleh cuba salai daging pula

    ReplyDelete
  5. Berbaloi...salai menyalai ni ambil masa..kena sabar kan SA,tapi bila dah siap masak ada satu rasa kepuasan luar biasa.

    ReplyDelete
  6. Gigih betul Kak SA salai daging tu.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat menyalai daging... duduk kampung seronok boleh buat macam ni, ni duduk taman sat lagi org report ingat rumah terbakar pulak!

    ReplyDelete
  8. kalau wak yang nyalai,
    separuh dah habis dulu sebelum dapat digulai

    ReplyDelete
  9. sedapnya SA, memang kepakaran orang negori kan bab salai2 ni :)

    ReplyDelete
  10. bestnyaaa kak! teringin sungguh la nak makan masak lemak cili api daging salai tapi susah nak cari daging yang dah siap salai...kena buat sendiri lerr lepas ni...

    ReplyDelete
  11. teringat daging salai masak lemak campur belimbing, wow sedapnya.

    ReplyDelete
  12. Daging salai masak lomak memang sodap uittt.. Terangkat

    ReplyDelete
  13. pernah cuba maca di Kuala Pilah tapi saya cuba ayam salai lemak cili api.. sebab tak makan itik. soooodap cuma too spicy =D

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah