Thursday, April 16, 2020

Airtangan Mommy Dida vs Airtangan Mak

Hi korang...

Minggu ni kan...SA langsung tak masak la....bukan tak nak masak..tak sempat nak masak memandangkan SA busy kerja dari rumah...so tugas masak-memasak memang bagi kat Mommy Dida..so semalam makan menu yang mommy Dida masak..simple tapi sedap...sesekali orang lain masak memang kita selera nak makan. 

Hari ni plak Mak SA yang masak, dia nak makan yang simple-simple je...biar dia masak katanya..so kitorang tengok aje la dia masak..so hari ni SA combined 2 menu masakan iaitu menu adik SA masak semalam ngan menu mak masak hari ni...mana tau in future korang xde idea nak masak boleh dpt idea masak plak kan...


Gulai Sardin campur campur kentang


Tongkeng ayam goreng garing


Sayur goreng


Ikan cencaru Bakar


Air asam


Ikan keli bakar


Popia sayur


Sedap betul makan


Yang ni plak menu yang Mak SA masak hari ni...


Sayur kobis masak lemak putih


Telur asin


Sambal bilis garing

Masuk PKP fasa ke 3 ni....memang buntu dah nak masak apa dan makan apa..idea nak masak tu jadi blank..dari rajin terus jadi malas..haih...x tau la nak.cakap macam mana...ni plak..hari ni data internet SA totally habis...40gb habis habis dalam masa tak sampai sebulan...maybe sebab banyak meeting guna VC kot...ni SA redeem internet free sementara nak tunggu cycle data SA yang yang baru...so at the moment SA tak leh buat kerja opis yg ada attachment yang besar dan makan data yang banyak..tp yg free ni 1gb je dan boleh guna dari 8am-6pm je....SA dh siap2 top up 3gb extra..standby..nasib murah RM12 je bleh pakai sampai sampai 21hb...nantin21hb cycle baru data internet SA....

Pintaku Yang Terakhir

Hi korang...

Bosan kan? Hari Khamis yang lemau...SA masih ada banyak kerja...kejap-keja tengok laptop...ada je certain kerja nak kena buat...well jom la kita hiburkan hati sekejap...nak buat video tengah nyanyi SA segan..suara tak sedap...hahahaha.....tengah nak praktis balik menyanyi...lama dah x menyanyi, lama tak main keyboard dan lama tak main gitar...skill semua dah hilang....rindu nak main keyboard semula.la ni bakat tu jatuh kat Dania...bakat melukis pun dia dah amik dah..

SA suka lagu Dayang yang ni...nak prektis menyanyi semula la...bosan- bosan ni takde buat apa kan....dulu masa muda- muda selalu masuk pertandingan menyanyi, pernah nak jadi artis..pernah ada pengalaman masuk recording lagu..haih...kenangan manis dan pahit yang banyak...lepas tu jadi PR. Dalam masa tu buat kerja mengacara majlis jugak...agak terkenal kat Seremban...tapi itu masa muda-muda dulu la...dah tua ni semua dah takde dah...yang tinggal hanya kenangan je..sesekali pergi karaoke je la lepas gian....






Inginku pandang wajahmu
Di setiap Ketika
Tiada jemu biarpun terluka

Ingin dibelai selalu
Bagaikan waktu dulu
Rasa bahagia dalam dakapanmu

Ku rindu
wajah dan senyumanmu
Memberikan cahaya
Di dalam setiap mimpi mimpi ku

Kau pergi membawa hati ini
Tinggalkan ku sendiri dalam sepi

(Korus)
Lafazkan cinta dari bibirmu
Inginku dengar sekali lagi
Lafazkan dari hati tulus dan suci

Oh bisikan rindu nada nan syahdu
Pintaku yang terakhir darimu
Pintaku hanya satu
Usah kau berlalu

Wednesday, April 15, 2020

2 Kali Di Tahan Roadblock Ke KPJ Seremban, SA Lewat Register Check Up Session

Hi korang...
Diduga dengan masalah kesihatan sememangnya benda yang paling SA tak suka. Ikutkan SA dah sihat sepenuhnya dah tapi tak boleh buat apa sebab dari tahun lepas SA di duga dengan masalah platelet darah yang masih tidak berkesudahan. Setiap 3 bulan sekali SA akan mengadap Dato' Dr Marina iaitu Doktor Pakar yang merawat SA since SA sakit teruk akibat H1N1 dulu.Sedih oii...SA berusaha untuk dapatkan kesihatan yang terbaik..bila dah sihat diuji lagi dengan masalah platelet darah. Masih tiada perkembangan yang memberansangkan tetapi untuk followup hari ni ada sedikit penurunan walau masih tinggi lagi...Yang peliknya SA sangat- sanagt sihat sekarang tapi diduga pulak dengan peningkatan sel darah putih. Allahu...lepas satu-satu masalah. Walaupun dokto masih cakap ianya tak membimbangkan tapi sebagai seorang pesakit result ni amat merunsingkan SA. Peningkatn sel darah putih selalunya terjadi sekiranya kita tak sihat..demam, batuk atau selsema sebab tubuh badan kita ada infection tapi SA sihat sangat..cuma pelik kenapa bacaan sel darah putih SA naik tinggi. So doc buat keputusan untuk tengok lagi 3 bulan. July nanti SA kena jumpa doktor lagi...haihh....bila la nak dapat open follow up.

Hari ni perjalanan SA ke KPJ Seremban sangat menduga tau...SA terpaksa melalui 2 Roadblock pertama tu SA lepas..abam polis tu suruh gerak je  dan x check pun surat ke apa kan...then teruskan perjalanan ke KPJ Seremban..ingatkan xde roadblock dh..eh..eh..ada plak lagi kali ni abam askar plak jaga..kat sini SA kena tahan lama dalam 15 minit..banyak pulak soalnya dan memang SA tau tugas diorang kan...tapi seorangS ni mudah tersentuh hati bila orang tinggikan suara skit. SA tunjuk kad appointment, surat GL dan dia bleh tanya kenapa sakit, sakit apa...nak ic la tapi masalahnya suara tu garang betul cakap ngan awek..macam SA dah buat salah besar plak...dari SA suka abam solja terus SA rasa menyampah plak...cakap la elok-elok. Pas tu tanya tinggal kat mana..bila dh bg tau diorang check dari rumah SA nak ke KPJ tu dah lebih 10km. SA cakap saya memang setiap 3 bulan sekali akan pergi medical follow up kat KPJ Seremban, If tuan nak no hospital saya boleh bagi sekarang. No doctor pun boleh. Terus pegawai dia suh jalan je...haih...dh memang SA check up kat KPJ tak kan SA nak pi GH plak kan...mencabar betul. Sebab tu lah SA lambat register kat spital td...terus jadi lambat giliran SA, geram betul...Sampai kat KPJ Seremban pun SA lalui pemeriksaan dan saringan yang biasa diorang buat dan banyak soalan diorang tanya which is memang rutin kat mana- mana hospital kan masa musim covid ni...lepas amik darah apa segala SA disuruh pergi sarapan. SA pergi tapau kat cafe..sayangnya tak boleh makan sebab masin betul..lori garam terbalik kot...ke orang yang masak tu nak kawen lagi...so minum jer la air teh o panas yang manis giler jugak...allah....sabar je la....

Jom la tengok gambar yang sempat SA snap..



Kinik Dato' Dr Marina


Social distancing yang dah ditetapkan


So kerusi yang dah diletakkan notification ni memang x leh duduk


SA masa tunggu giliran nak amik darah


Nampak tu no tu...haaaaa...dari kul 9am- kul 11.20am baru SA dapat masuk jumpa doktor


Masa ni tengah nak sarapan.


Lepas sarapan dan menunggu giliran


Siap bawak novel, nampak sangat SA dan novel x leh berpisah tapi x selera nak baca novel bila hati dah panas


Jenuh menunggu...



So kat atas tu result untuk appointment follow up hari ni..resultnya so-so je..not so good tapi ada penurunan dan peningkatan la skit ..platelet count turun skit compared to last check up hari tu tp masih tinggi. Pelik x sakit x apa white blood count naik mendadak pergi 14.6 compared previous one..doc pun pelik x tau sebab apa..check paru-paru clear..bad cholesterol masih sama x berganjak. Doc x risau sgt sebab faham MCO ni mmg makan macam2 kat rumah but i have to start diet again. Bacaan Gula dalam darah  takde masalah 5.2 compared the previous one 4.9...jumpa lagi next appointment on July....haihh....bila la nak settle....SA sihat je..x sakit pun...just blood count tu je la...doc ckp jangan risau..ehhh...maunya tak risau....SA kalau boleh nak sihat x nak ada sebarang failure pun.

Lepas ambil bekalan ubat...SA terus balik...

Nak dijadikan cerita SA semat mencemar duli pergi pasaraya Zemart untuk beli keperluan peribadai dan barang dapur skit...hahaha...since MCO day 1 SA tak keluar rumah, hari ni SA berjaya pergi shopping skit...ya allah heavennya...cuma tu la..tk sempat plak ambil gambar..pas tu plak banyak barang yang SA nak beli takde dah habis stok...allah sedih betul...takkan nanti nak keluar lagi kan...memang tak la....

Itu lah serba sedikit pengalaman SA ditahan polis dan abam Solja...terus tak suka dah abam celoreng- celoreng tu...nak cari Abam BOMBA plak la...hahahaha....mana tau jumpa jambaan ke hati diorang plak!!! berangan je la kan...ntah sapa la yang nak....


Nasi Ayam Special Air Tangan Adik SA

Hi korang...

Adik SA cuti seminggu sempena MCO ni, dia bergilir- giler ngan colleague dia kat klinik. So minggu ni turn adik SA bercuti. Isnin lepas dia dah pi IJN amikkan ubat mak..biasa SA yang amik ubat mak tapi kali ni dia plak pergi.Sebenarnya SA nak citer bab nasi ayam ni..mak SA memang dah sebut- sebut dah beberapa hari tapi memandangkan semua sibuk kan...baru semalam dapat buat. SA plak semalam sibuk dengan meeting dan kerja office..so tak dapat nak tolong dia masak...semua dia buat sorang dan dibantu Dania. Alhamdulillah sedap nasi ayam air tangan dia. Sampai mak ulang- ulang kali makan...kejap-kejap meratah ayam..Nasib baik memang buat lebih ayam tu...puas la mak makan bawak sampai ke malam pun mak masih berselera makan...Lega tengok mak ada selera nak makan...sebelum ni mak susah nak makan sebab makan ubat apa ntah. Ubat tu kena kunyah dengan nasi sekali...la ni doktor dah tukarkan ubat dah..nampak dia ok dan dah berselera makan dah...kalau tak tu kang susah tengok dia makan sikit je...


Nampak sedap..tgh type ni pun terliur lagi...tak tau la cane dia masak...SA bab nasi ayam ni failed skit..setakat nak makan biasa- biasa tu boleh la.tapi adik SA ni buat macam nak jual plak....


Ayam memang buat bahagian Whole leg, tender, juicy...uiiii...sodap...


Nasi ayam...


Soup pun sodap


Kuah sos ni pun sodap


Ada daun bawang


Kicap


Sayur timun jepun


Salad...tomato je takde...


Petang dia buat plak burger malaysia ni...alahaiii..acaner nak diet kalau macam ni ha...


Hot dog goreng plak...

Nikmat apa yang perlu didustakan lagi kan...

Kalau adik SA ni ada kat rumah memang dia rajin gak masak...lega skit SA sebab apa tau...SA tengah WFH kan..so adakala kerja banyak nak buat...mengadap laptop je so tak dapat nak masak sedap- sedap...Sabtu Ahad boleh la masak sedap...Ada adik SA ni ringan sikit beban...kadang je la SA tolong- tolong apa yang patut...takde la nak biar dia sorang buat..So next week turn SA plak amik alih masak...sementara dia cuti ni dia la masak...masakan dia selalunya simple..tapi sedap dan habis utk time2 tu jugak...malam kena la masak lain....sabar jer la kan...macam mana badan masing- masing tak membulat..hari-hari makan sedap....Tang mana specialnya nasi ayam ni?Haaaa....rahsia katanya..SA pun tak tau dan tak jumpa apa yang special...

Tuesday, April 14, 2020

SA Attend Department Meeting Hari Ni

Hi korang...

Lambatnya SA bersiaran hari ni...xde mood betul nak update blog sebab stress dengan kerja..Ada task SA buat dari kul 12 tghari sampai kul 4 petang buat SA tress betul hari ni..2-3 kali SA betulkan...last-last baru ok...hari ni SA bersiap skit sebab ada ada ing department via video call Microsoft Team..segan plak kalau comot kan..hahaha...beria bersiap mengalahkan nak masuk office padahal meeting via video call je pun.. attitude kena jaga kan...kata secretary...hahaha....


Dah ready dah..tumpang bilik mak sebab blom kemas bilik sendiri


Ready dengan laptop dan note book


Bila video call ni masuk ramai-ramai dia jadi hang kan...so turn off video..baru ok...boss ckp x nampak gambar SA padahal SA dh turn on camera


Nasib la kan...last2 semua turn off video dan teruskan aje meeting.. bandwidth prob kot...eh entah la..SA bukan reti sangat bab2 VC ni semua...jarang terlibat..bila dh boss kata compulsory semua kena ada...so kena la SA bersiap sedia..so banyak la discussion tadi..more to boss share pasal Covid 19 dan dan bagi nasihat supaya semua jaga kesihatan dan sentiasa berwaspada...pas tu boss tanya sorang-sorang nyer experience sepanjang MCO ni...Covid 19 ni real...so semua kena amik berat kan...sebenarnya semua pun dah rindu nak naik kerja. Rupanya ada antara kami yang terpaksa berjauhan dengan anak dan wife dan duduk sorang kat rumah...allah kesiannya..sabar la kan..harap2 MCO ni settle la sampai 28 April walau dengarnya ada ara-ura sambungan lagi ...

Monday, April 13, 2020

Beli Daging Kambing Online, Masak Kari Kambing

Hi korang...

Hari ni dah hari ke 27 PKP kan...dh macam-macam rasa ada...dengan cuaca panas, dengan x lena tido, dengan pagi2 bangun mandi dan dan macam-macam hal..body clock dah kelam kabut..haih...selera makan pun dah x tentu arah..dengan tak boleh keluarnya...semua serba x kena...emosi plak adakala ok adakala x ok...tapi masih under control la....

So hari ni SA nak citer pasal beli daging kambing online kat pengusaha berdekatan dengan rumah SA ni..adik SA yang cadangkan...so SA pun belikan la untuk makan sama-sama satu family...kitorang je yang ada pun..so SA beli la 1 1/2 kg dengan harga RM53 sekali delivery charges. 


Adik-adik rider , sorry kakak x sempat nak amik details


diorang deliver letak kat kerusi depan rumah je..x nak ada ada body contact..bagus macam ni


Daging kambing yang dh siap diproses, disiang..tinggal basuh je....

So semalam dh masak dah kari kambing..habiskan 1 1/2  kg tu sekali masak...sebab kat rumah ni memang fav kambing..selalu masak kari je..memandangkan weekend SA rehat..so adik SA take over dapur...jom la tengok dia masak..


Bahan-bahan tumisan untuk kari


Daging kambing yang dh dibersihkan


Bahan-bahan yg sedang ditumis


Kecutkan daging bagi betul-betul mesra dengan rempah dan empuk


Dah siap masak..so tengahari semalam kami kari kambing je la..ada ada la lauk lain sebab mak x makan kambing


Petang semalam adik buatkan roti jala plak...ermmm...makan lagi....


Roti jala ni Dania yang gulungkan..cantik plak kejadian


Cicah dengan kari kari kambing...so yummy...

So..itu je la kisah semalam yang hangat...hangat sebab cuaca. lain macam panas 2-3 hari ni..SA sampai mandi banyak kali sepanjang hari..air mineral beli sekatun pun hampir habis SA sorang kerjakan...kena beli lagi nanti ..SA mmg minum air mineral..memang beli berkotak-kotak...sehari habis 3 liter...hari ni x tau plak SA nak masak apa ni....korang masak apa? 


Saturday, April 11, 2020

Hampir Sebulan PKP, Buntu Nak Masak....

Hi korang....

Dah tak ingat PKP hari ke berapa masa masak ni...sebenarnya SA dah buntu tak tau nak masak apa..bila x tau nak masak..SA menu g pandang muk mak...pandang muka abah...lama menung terus abah keluarkan apa yang patut nak masak ..so abah masak la pulak...SA buat benda lain. potong sayur apa yang patut..rezeki datang plak jiran sebelah bagi ikan pari hasil pancingan dia..eh..eh...lepas plak dia pi memancing ye...pelik betul macam mana dia lepas pi mancing time-time PKP ni...

Menu  Hari Rabu


Ikan Siakap Masak Lemak cili api


Sayur apa ntah ni...gireng ikan masin


Ikan pari jiran bagi bakar je...


Air asam

Yang ni pulak menu Khamis..


Sup Kepala Ikan Jenahak


Sambal Udang Galah


Petang buat popia sayur shredded chicken fav dania


Sos homemade

PKP disambung lagi...15 April -28 April...tambah lagi 2 minggu . walaupun katanya terkawal dan dan peratusan kematian adalah rendah tapi masih juga perlu pantauan. Apa yang kerajaan putuskan adalah untuk kebaikkan kita bersama...seeloknya biarlah zero virus kan..peratusan pesakit yang pulih dan dan discharge pun sangat membanggakan. Cuma ada masalah dengan kluster oversea yang sangat-sangat demand bila dibawa pulang ke Malaysia. Nampak kan allah nak tunjukkan perangai sebenar mereka...entah la.dalam keadaan negara macam ni dan kerajaan dah sediakan pelbagai kemudahan banyak pula rungutan yang diterima kerana demanding inginkan yang terbaik. Ini semua lebih kepada tidak bersyukur....sedih orang macam ni...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah