Monday, April 13, 2020

Beli Daging Kambing Online, Masak Kari Kambing

Hi korang...

Hari ni dah hari ke 27 PKP kan...dh macam-macam rasa ada...dengan cuaca panas, dengan x lena tido, dengan pagi2 bangun mandi dan dan macam-macam hal..body clock dah kelam kabut..haih...selera makan pun dah x tentu arah..dengan tak boleh keluarnya...semua serba x kena...emosi plak adakala ok adakala x ok...tapi masih under control la....

So hari ni SA nak citer pasal beli daging kambing online kat pengusaha berdekatan dengan rumah SA ni..adik SA yang cadangkan...so SA pun belikan la untuk makan sama-sama satu family...kitorang je yang ada pun..so SA beli la 1 1/2 kg dengan harga RM53 sekali delivery charges. 


Adik-adik rider , sorry kakak x sempat nak amik details


diorang deliver letak kat kerusi depan rumah je..x nak ada ada body contact..bagus macam ni


Daging kambing yang dh siap diproses, disiang..tinggal basuh je....

So semalam dh masak dah kari kambing..habiskan 1 1/2  kg tu sekali masak...sebab kat rumah ni memang fav kambing..selalu masak kari je..memandangkan weekend SA rehat..so adik SA take over dapur...jom la tengok dia masak..


Bahan-bahan tumisan untuk kari


Daging kambing yang dh dibersihkan


Bahan-bahan yg sedang ditumis


Kecutkan daging bagi betul-betul mesra dengan rempah dan empuk


Dah siap masak..so tengahari semalam kami kari kambing je la..ada ada la lauk lain sebab mak x makan kambing


Petang semalam adik buatkan roti jala plak...ermmm...makan lagi....


Roti jala ni Dania yang gulungkan..cantik plak kejadian


Cicah dengan kari kari kambing...so yummy...

So..itu je la kisah semalam yang hangat...hangat sebab cuaca. lain macam panas 2-3 hari ni..SA sampai mandi banyak kali sepanjang hari..air mineral beli sekatun pun hampir habis SA sorang kerjakan...kena beli lagi nanti ..SA mmg minum air mineral..memang beli berkotak-kotak...sehari habis 3 liter...hari ni x tau plak SA nak masak apa ni....korang masak apa? 


15 comments:

  1. sedapnya kari kambing..mcm lama je tk mkn menu kambing ni..yuummmmyyyyy

    ReplyDelete
  2. Sama minum air mineral sekarang tapi 1.5 liter jerla. Ada campur dengan esen mineral.
    Msk yang tentukan nak masak apa.

    ReplyDelete
  3. menyelerakan sungguh ni..tak tipu !!!!

    ReplyDelete
  4. Sedapnya...pulak ada roti jala tu..adududududu.

    ReplyDelete
  5. Hye Sis SA. waah, sedapnya kari kambing. SS lama dah tak mengambing, mengkari dan menjala tu... Mood tu tak smpai lagi...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kari kambing.
    Regukan dengan roti jala, roti canai, roti gardenia, lempeng pun ok

    ReplyDelete
  7. PKP ni, semua orang dah mula beronline kan, ada hikmahnya

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah sekarang ni senang dah nak beli makanan secara COD kan SA :)

    ReplyDelete
  9. sedapnya kari kambing..lama xmakan..:)

    ReplyDelete
  10. Masa sekarang ni barang dapur pun orang beli online.

    ReplyDelete
  11. hohoho... sy bab tengok gambar makanan ni memang sensitif... siap boleh bau lagi rempah kari Masak Kari Kambing tuuu... adeyyy. btw ingatkan beli online kat Lazada dah bila tengok title post ni tadi huhuhu

    ReplyDelete
  12. Fuhhh.. Tabik la kak SA boleh minum air putih 3 liter.. Patut kukit cantik..

    Sedapnya kari kambing.. Lama tak makan.. Tak pandai masak kari kambing.. Selalu mak mertua yang masak walaupun dia tak makan.. Hihi..

    Kite dah follow kak SA jugak.. Ingat kan dah follow.. Belum lagi rupanya.. Skodeng senyap-senyap je sebelum ni.. Hihi..

    ReplyDelete
  13. sedap pulak kalau buat roti jala cicah kari..hmmmmm bertambah pulak menu wishlist saya ni kang..hahahhaha

    berdasarkan gambar pada peti belakang motor, saya jumpa details diorang:

    Kambing Perap DPedas
    https://dpedas.wasap.my @ https://dpedas4u.wasap.my
    019 227 6685 / 018 576 5517

    Tapi tak tahu lah betul sama ke tak...hahahah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah