Wednesday, April 15, 2020

2 Kali Di Tahan Roadblock Ke KPJ Seremban, SA Lewat Register Check Up Session

Hi korang...
Diduga dengan masalah kesihatan sememangnya benda yang paling SA tak suka. Ikutkan SA dah sihat sepenuhnya dah tapi tak boleh buat apa sebab dari tahun lepas SA di duga dengan masalah platelet darah yang masih tidak berkesudahan. Setiap 3 bulan sekali SA akan mengadap Dato' Dr Marina iaitu Doktor Pakar yang merawat SA since SA sakit teruk akibat H1N1 dulu.Sedih oii...SA berusaha untuk dapatkan kesihatan yang terbaik..bila dah sihat diuji lagi dengan masalah platelet darah. Masih tiada perkembangan yang memberansangkan tetapi untuk followup hari ni ada sedikit penurunan walau masih tinggi lagi...Yang peliknya SA sangat- sanagt sihat sekarang tapi diduga pulak dengan peningkatan sel darah putih. Allahu...lepas satu-satu masalah. Walaupun dokto masih cakap ianya tak membimbangkan tapi sebagai seorang pesakit result ni amat merunsingkan SA. Peningkatn sel darah putih selalunya terjadi sekiranya kita tak sihat..demam, batuk atau selsema sebab tubuh badan kita ada infection tapi SA sihat sangat..cuma pelik kenapa bacaan sel darah putih SA naik tinggi. So doc buat keputusan untuk tengok lagi 3 bulan. July nanti SA kena jumpa doktor lagi...haihh....bila la nak dapat open follow up.

Hari ni perjalanan SA ke KPJ Seremban sangat menduga tau...SA terpaksa melalui 2 Roadblock pertama tu SA lepas..abam polis tu suruh gerak je  dan x check pun surat ke apa kan...then teruskan perjalanan ke KPJ Seremban..ingatkan xde roadblock dh..eh..eh..ada plak lagi kali ni abam askar plak jaga..kat sini SA kena tahan lama dalam 15 minit..banyak pulak soalnya dan memang SA tau tugas diorang kan...tapi seorangS ni mudah tersentuh hati bila orang tinggikan suara skit. SA tunjuk kad appointment, surat GL dan dia bleh tanya kenapa sakit, sakit apa...nak ic la tapi masalahnya suara tu garang betul cakap ngan awek..macam SA dah buat salah besar plak...dari SA suka abam solja terus SA rasa menyampah plak...cakap la elok-elok. Pas tu tanya tinggal kat mana..bila dh bg tau diorang check dari rumah SA nak ke KPJ tu dah lebih 10km. SA cakap saya memang setiap 3 bulan sekali akan pergi medical follow up kat KPJ Seremban, If tuan nak no hospital saya boleh bagi sekarang. No doctor pun boleh. Terus pegawai dia suh jalan je...haih...dh memang SA check up kat KPJ tak kan SA nak pi GH plak kan...mencabar betul. Sebab tu lah SA lambat register kat spital td...terus jadi lambat giliran SA, geram betul...Sampai kat KPJ Seremban pun SA lalui pemeriksaan dan saringan yang biasa diorang buat dan banyak soalan diorang tanya which is memang rutin kat mana- mana hospital kan masa musim covid ni...lepas amik darah apa segala SA disuruh pergi sarapan. SA pergi tapau kat cafe..sayangnya tak boleh makan sebab masin betul..lori garam terbalik kot...ke orang yang masak tu nak kawen lagi...so minum jer la air teh o panas yang manis giler jugak...allah....sabar je la....

Jom la tengok gambar yang sempat SA snap..



Kinik Dato' Dr Marina


Social distancing yang dah ditetapkan


So kerusi yang dah diletakkan notification ni memang x leh duduk


SA masa tunggu giliran nak amik darah


Nampak tu no tu...haaaaa...dari kul 9am- kul 11.20am baru SA dapat masuk jumpa doktor


Masa ni tengah nak sarapan.


Lepas sarapan dan menunggu giliran


Siap bawak novel, nampak sangat SA dan novel x leh berpisah tapi x selera nak baca novel bila hati dah panas


Jenuh menunggu...



So kat atas tu result untuk appointment follow up hari ni..resultnya so-so je..not so good tapi ada penurunan dan peningkatan la skit ..platelet count turun skit compared to last check up hari tu tp masih tinggi. Pelik x sakit x apa white blood count naik mendadak pergi 14.6 compared previous one..doc pun pelik x tau sebab apa..check paru-paru clear..bad cholesterol masih sama x berganjak. Doc x risau sgt sebab faham MCO ni mmg makan macam2 kat rumah but i have to start diet again. Bacaan Gula dalam darah  takde masalah 5.2 compared the previous one 4.9...jumpa lagi next appointment on July....haihh....bila la nak settle....SA sihat je..x sakit pun...just blood count tu je la...doc ckp jangan risau..ehhh...maunya tak risau....SA kalau boleh nak sihat x nak ada sebarang failure pun.

Lepas ambil bekalan ubat...SA terus balik...

Nak dijadikan cerita SA semat mencemar duli pergi pasaraya Zemart untuk beli keperluan peribadai dan barang dapur skit...hahaha...since MCO day 1 SA tak keluar rumah, hari ni SA berjaya pergi shopping skit...ya allah heavennya...cuma tu la..tk sempat plak ambil gambar..pas tu plak banyak barang yang SA nak beli takde dah habis stok...allah sedih betul...takkan nanti nak keluar lagi kan...memang tak la....

Itu lah serba sedikit pengalaman SA ditahan polis dan abam Solja...terus tak suka dah abam celoreng- celoreng tu...nak cari Abam BOMBA plak la...hahahaha....mana tau jumpa jambaan ke hati diorang plak!!! berangan je la kan...ntah sapa la yang nak....


5 comments:

  1. Bersabar la kak.. Moga akak cpt sihat yer😊

    ReplyDelete
  2. Semoga normal balik platelet darah.

    ReplyDelete
  3. Bersabar yer SA... Harap semua urusan di permudahkan

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak buat full body screening, takut buat, bacaannya tu boleh buat runsing.

    ReplyDelete
  5. hahahahha jangan nanti abam bomba lak dikerah bertugas untuk PKP 😂😂

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah