Meh aku nak kongsi satu citer ngan korang...pasal adab dan seorang gadis..
peristiwa berlaku semalam..masa nak balik naik LRT ke Klana Jaya sebab cik abg aku akan amik aku kat situ..memang semalam ramai sgt org..aku naik2 jer kena berdiri betul2 dpn budak perempuan ni la...cantik orangnya..bertudung dan berbaju kurung...suka aku tgok muka dia yg cantik dan bersih jer tanpa cacat cela..
dia naik ngan kawan lelaki dia..opismate kot...
Aku masih berdiri membawa beban jugak..bawak balik barang sikit..agak berat la beg aku disamping handbag..
Lelaki A( kawan gadis tu) : You.....cuba bagi akak tu duduk..sian dia beg berat..
Gadis : Alaaaaaa....bukan pregnant pun kan..kalau pregnant i bagi la tempat duduk ( cakap kuat2 sambil mata pandang HP)
Aku buat tak tau jer la..tp dalam hati...mak oiii...muka ko lawa.. bertudung and sangat sopan santun..tp mulut ko...mulut longkang...
Lelaki B ( Kawan lelaki A) : nasib baik bukan gf aku...kalau x..dah lama aku reject..buat apa gf muka lawa
tapi adab ngan budi bahasa xde.
Aku yang dengar ni....mak aiiiii....malunya.....mana nak letak muka ni...tp aku jeling kat budak tu...memang dia buat bodoh jer..mcm xde perasaan....pesal lak aku yang rasa malu..of cos la..aku pun perempuan..
Aku upkan kat fb..ada yang komen..memang la..skrg berbaju kurung or bertudung x semestinya perangai elok..dunia dah terbalik kan...aku pun tak tau nak ckp lebih..malu weh sebgai perempuan and lelaki lak ckp mcm tu kuat2 and aku percaya ramai yg dgr...
Apa pendapat korang plak..jom share sesama..any comment?
Tuesday, July 17, 2012
Menu untuk makan2 last sebelum posa di opis...
Assalammualaikum...
Hari ni aku nak kongsi ngan menu semalam aku bawak pi opis sempena last makan2 secara berjemaah sebelum posa...macam2 lauk ada tp aku x amik semua gambar..x de mood..
Menu Ikan Tilapia berlada ngan ikan masin terubok goreng...
with flash
without flash
without flash
with flash
haaaaa.....sajer jer dengki ngan korang letak gambar menu...gambar masa majlis..karang2 la aku update..
jemput jamu tgok gambar eh...
kejam aku kan...hahahahahaha...sorry...

Monday, July 16, 2012
Tungguuuuuuu...
Si kembar..hari2 tunggu kakak Dania balik sekolah...
Cukup jer time..mesti berdiri kat grill ni...
itupun kalau atuk jemput kakak balik naik motor..
kalau naik kereta...diorang pun ikut sekali..pas tu terlompat2 kesukaan sebab kakak dah balik...

Cemburu rakan lebih bergaya..
SAYA pelajar tahun pertama di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di selatan tanah air. Saya pelajar sederhana dari segi pelajaran, rupa paras dan kekayaan.
Saya memasuki IPTA melalui ijazah. Saya tertekan kerana cemburu dengan
seorang rakan universiti. Dia cantik, pandai dan datang dari keluarga berada.
Dia masuk IPTA melalui matrikulasi. Umurnya lebih muda dari saya, tapi dia
nampak jauh bergaya. Ramai pelajar universiti cuba menjadikan dia teman wanita.
Saya perhatikan pelajar lelaki di kampus hanya memberi tumpuan kepada pelajar perempuan cantik saja. Saya istilah mereka sebagai miang dan gatal.
Kadang kala saya terfikir kenapa saya tidak sepandai, secantik dan sekaya dia? Ini membuatkan saya sedih dan menangis. Saya juga sering rasa rendah diri.
Siswi Rendah Diri,
Johor
DR merasa empati dengan apa yang adik alami. Sememangnya, secara psikologi, setiap individu ingin disayangi dan dihargai. Individu pasti berusaha untuk berkembang bagi mencapai kesempurnaan yang subjektif.
Perasaan rendah diri boleh berlaku apabila individu membuat perbandingan dengan orang yang mempunyai kelebihan dengan dirinya. Apabila adik mula membuat perbandingan dengan rakan yang adik persepsi sebagai ‘lebih pandai, lebih cantik dan lebih kaya’, konsep kendiri pasti rendah. Adik mula mempersoalkan banyak ciri dan sifat yang adik miliki.
Berasa cemburu adalah sifat semula jadi manusia. Lumrahnya, tidak salah cemburu, tapi jangan ia memakan diri. Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai pembakar semangat adik untuk lebih berjaya dalam hidup.
Kejayaan memasuki universiti adalah satu potensi diri dan membuktikan adik seorang yang pandai. Melalui potensi diri ini, adik boleh meningkatkan lagi kejayaan dalam pelajaran dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Beri fokus dalam pelajaran dan belajar berhenti membuat perbandingan dengan orang lain.
Imam Al-Ghazali menyatakan ‘raihlah ilmu dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.’ Bagi bersifat tenang serta sabar, melihat kelebihan orang lain perlu dijauhi. Berkenaan Mengenai pandangan adik bahawa lelaki memang sukakan perempuan cantik saja, mungkin ada kebenaran kerana setiap yang indah itu memang suka dilihat.
Tapi, ini tidak bermakna setiap lelaki mendapat pasangan wanita cantik. Ini kerana kecantikan itu bersifat subjektif dan pada mata yang memandang dan tiada wanita yang tidak cantik.
“Kecantikan seorang perempuan bukan pada kehalusan wajah tapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya yang penuh kasih memberikan perhatian dan cinta”. Soal membina hubungan adalah soal hati. Soal perkahwinan adalah soal jodoh.
Berkenaan teman lelaki, biarlah perhubungan itu datang tanpa dipaksa. Jika yakin dan selesa pada diri sendiri dengan sendirinya orang melihat keikhlasan diri adik. Perhubungan juga terjalin apabila orang melihat kita selesa dengan diri sendiri. Apabila diri selesa, orang lain pun selesa dengan kita.
Satu hari nanti, apabila adik bertemu lelaki yang ikhlas untuk menjalin hubungan dengan adik, ketika itu cinta ialah apabila adik bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Ketika itulah juga ruang kosong di antara celah jari adik dicipta untuk dipenuhi jari kekasih.
SUMBER
Saya perhatikan pelajar lelaki di kampus hanya memberi tumpuan kepada pelajar perempuan cantik saja. Saya istilah mereka sebagai miang dan gatal.
Kadang kala saya terfikir kenapa saya tidak sepandai, secantik dan sekaya dia? Ini membuatkan saya sedih dan menangis. Saya juga sering rasa rendah diri.
Siswi Rendah Diri,
DR merasa empati dengan apa yang adik alami. Sememangnya, secara psikologi, setiap individu ingin disayangi dan dihargai. Individu pasti berusaha untuk berkembang bagi mencapai kesempurnaan yang subjektif.
Perasaan rendah diri boleh berlaku apabila individu membuat perbandingan dengan orang yang mempunyai kelebihan dengan dirinya. Apabila adik mula membuat perbandingan dengan rakan yang adik persepsi sebagai ‘lebih pandai, lebih cantik dan lebih kaya’, konsep kendiri pasti rendah. Adik mula mempersoalkan banyak ciri dan sifat yang adik miliki.
Berasa cemburu adalah sifat semula jadi manusia. Lumrahnya, tidak salah cemburu, tapi jangan ia memakan diri. Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai pembakar semangat adik untuk lebih berjaya dalam hidup.
Kejayaan memasuki universiti adalah satu potensi diri dan membuktikan adik seorang yang pandai. Melalui potensi diri ini, adik boleh meningkatkan lagi kejayaan dalam pelajaran dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Beri fokus dalam pelajaran dan belajar berhenti membuat perbandingan dengan orang lain.
Imam Al-Ghazali menyatakan ‘raihlah ilmu dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.’ Bagi bersifat tenang serta sabar, melihat kelebihan orang lain perlu dijauhi. Berkenaan Mengenai pandangan adik bahawa lelaki memang sukakan perempuan cantik saja, mungkin ada kebenaran kerana setiap yang indah itu memang suka dilihat.
Tapi, ini tidak bermakna setiap lelaki mendapat pasangan wanita cantik. Ini kerana kecantikan itu bersifat subjektif dan pada mata yang memandang dan tiada wanita yang tidak cantik.
“Kecantikan seorang perempuan bukan pada kehalusan wajah tapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya yang penuh kasih memberikan perhatian dan cinta”. Soal membina hubungan adalah soal hati. Soal perkahwinan adalah soal jodoh.
Berkenaan teman lelaki, biarlah perhubungan itu datang tanpa dipaksa. Jika yakin dan selesa pada diri sendiri dengan sendirinya orang melihat keikhlasan diri adik. Perhubungan juga terjalin apabila orang melihat kita selesa dengan diri sendiri. Apabila diri selesa, orang lain pun selesa dengan kita.
Satu hari nanti, apabila adik bertemu lelaki yang ikhlas untuk menjalin hubungan dengan adik, ketika itu cinta ialah apabila adik bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Ketika itulah juga ruang kosong di antara celah jari adik dicipta untuk dipenuhi jari kekasih.
SUMBER

Monday Blues...Gang...
Entry ketika Monday Blues...
Apa dialog yang ada dalam fikiran korang mewakili 2 biji telur diatas?
sila berikan pendapat di ruangan komen...
again aku nyer entry kena delete...feedback entry gambar nenek tu sikit nyer ramai yg komen..
tapi Sabtu ari tu aku check thru hp..dah kena delete lagi...kebebasan aku utk blogging dan earn money with nuffnang mmg dah xde...hackers ni hebat..boleh dpt aku nyer password kan...apalah dosa aku...serius mood aku dah down...memang aku dpt wang sampingan dari blogging..tp senang2 nak delete aku nyer entry kenapa..

Friday, July 13, 2012
Lawak Dania
Ainnul Dania buat lawak
tv : iklan sinetron indonesia "Nada Cinta" Astro Prima
Dania : muka heroin tu macam Dania taw..( Acu dan Mak Yang berpandangan + buat muka pelik)
Dania : Jangan nak kata Dania perasan tau..kawan2 sekolah Dania yang cakap tau..(padahal orang tak cakap apa pun)
Acu & Mak Yang : wakakakakakakakahahahahahahahahaahahahihihihihihihihihihi sampai mengalir2 airmata..disambung oleh Uwan...hahahahahahahhaahhahahaha!!!!!Tambah Adeliya and Aressa gelak sama walau pun x paham...
Dania : mood sentap
Dania,.....dania...itu nasib baik mama xde..
kalau mama join sekali...
confirm lagi teruk kena gelak...
aduhaii
p/s :- kepada yang komen aku td...sorry..ni entry baru...as usual entry aku pagi tadi dah kena delete..
oleh stalker kurang ajar...dah banyak kali aku tukar password, dah report to admin..tp masih x selesai masalah...sakit hati tau...dah banyak entry aku kena delete...ada sapa2 boleh bg cadangan macam mana nak avoid benda ni?

Thursday, July 12, 2012
Jom Naik Beskal
Dua beradik kembar ni ada beskal..hadiah dari ibu dan ayah eh sempena ulangtahun pertama diorang bulan 5 ari tuh...huish..penuh dah umah aku tuh ngan barang2 diorang...Mak teh eh plak bagi princess house..Acu eh bg keldai biul...ngan barang2 mainan kakak Dania lg...mcm kat taska plak..sib baik beskal ni parking kat garaj..
pon...pon....tepi2..Adelia nak lalu..
op..op...Aressa nak kayuh ni...
posing jap ngan kakak Dania...
Aressa pun nak pon..pon...moody sebab siang tuh jatuh beskal..hahahaha...
Adeliya ni plak x reti nak duk diam..nak berdiri la..apa la....jatuh kang x pasal2...
update si kembar ni...Adeliya dan Aressa suka berebut barang...kalau x dapat Adeliya gigit adik eh...adik eh Aressa plak..cembeng..sikit2 nangis..nangis stok mcm kena dera punya...
pening ayah ngan ibu eh...x leh rapat langsung...masing2 kuat cemburu...apa2 benda kena ada 2..kalau x...berebut...dulu Adeliya suka mengalah...now..dia lak jadi ganas...mana bleh kan...sikit2 adik dpt..sikit2 adik...Aressa plak manja...
aduhai...anak...anak...sib baik anak buah...kalau anak aku sendiri..confirm pening...

Wednesday, July 11, 2012
Subhanallah...Indahnya Alam Ciptaan Allah
Ini bukan gambar ciplak dari majalah or newspaper eh...ini aku snap sendiri guna hp aku yg x canggih ni...
memang awan sgt2 cantik time tu..mcm2 bentuk jugak...langit membiru...di liputi awan yang super putih dan bercorak2...indah betul...sajer jer aku suruh adik aku drive slowly..
tiang lampu tu kacau la...
see....cantik kan...
ni pun sama...
Ya allah ya tuhanku...panjangkanlah umurku untuk aku terus menikmati keindahan alam ciptaanmu...
aku dah minat plak amik gambar keindahan alam..
hurm...kena beli kamera canggih ni...nak plak company tgh buat training bab2 amik photo..
siap ada kelas lagi...tgh berkira2 ni...hurm.....
apa pendapat korang?

Tuesday, July 10, 2012
Beranak Bersepah2..Hish!!!
Pernah tgok spider bertelur and tetiba beranak pinak kat dinding....huiii...geli u olls...merembik2 anak eh...udah macam semut plak...ni spider ni sempat aku snap gamba eh masa kat umah adik aku ari tu...
adik ipar aku sampai nak sembur ngan ridsect tp abah x bagi...
ye2 abah marah sebab labah2 membawak rezeki...(kepercayaan mana pun aku x tau)
biasa la orang tua2 banyak nau pantang larang eh...
ini jer gambar terbaik aku dpt amik...
lambakkan anak2 spider ni....geli weh tgok.....
sebenarnya penuh at dinding dapur dia..tp kejap jer la...lepas tu dah putih balik dinding...
ntah mana ntah mak spider tu arahkan anak2 dia selamatkan diri...
hahahha...boleh plak mcm tu kan...

Gulai Siput Sedut
Salam Selasa kengkawan...aku agak bizi skrg..al maklumla nak puasa kan..kena comeout dgn proposal sapa
guest my boss yang nak dijemput untuk Majlis Berbuka Puasa anjuran company on 27th July nanti..
meh aku citer skit pasal last week pi umah adik aku kat Muar..plan yang unplanning..emergency...
kat area Sg Mati (org Muar tau la ni) banyak orang duk jual2 kupang, Lokan and Siput Sedut,
so berenti jap beli siput sedut dalam 2 bungkus..beli kupang skit...
siput yang dah dibersihkan
dapat dalam 1/2 tupperware besar ni..
ni dah siap dimasak..
lauk siput sedut masak lemak cili api ni agak popular time2 puasa kan...kalau pi bazar Ramadhan..confirm ada yang jual...macam mak aku kali ni x buat pedas pun..sebabnya..Abah aku dah
x leh makan pedas..perut dia x tahan...kira elok jugak la kan..
kalau tak ada yang bibir macam Ning Baizura tebal dek pedas...
best ke lauk siput sedut?of cos la best...lagi2 dgr bunyi sedut2 tuh..sruttttt hahahahah
ada setengah org kalau x biasa geli kan?
aku suka jer...cuma x leh makan selalu la..mkn selalu jemu...

Sunday, July 8, 2012
Dania With Zikri at Muar...
Buah2 hati aku....seronok betul diorang main basikal...jadi kanak2 best kan..mainnnn jer...
x yah nak fikir apa2 dah...ada masalah ke..sakit hati ker...
Bersiaran dari Muar ..kat rumah adik aku Angah...budak berdua ni kalau jumpa memang x leh nak berenggang...ada jer bikin havoc..nak2 si Zikri ni...
ini la Sabtu dan Ahad kami..di Muar..tp x dirancang..pergi sebab ada hal...dan melawatangah sekeluarga..petang ni nak balik Seremban..semoga perjalanan kami smooth dan selamat..

Friday, July 6, 2012
Dinner Orang Bujang
Aku stress ngan kejadian kat KTM semalam...apek bodoh tu mengganggu ketenteraman hari aku
untuk seharian...betul semua perempuan dah alami...tp sgt annoying la kan...
pasal dia aku x de mood nak update semalam hahahaha...( sebenarnya xde idea)
so..malam semalam aku masak maggi jer la untuk dinner aku...malam penuh kemalasan...
bukan megi kosong rendam eh..aku dalam malas pun rajin gak tumis bawang segala, potong cili and campur sawi banyak2...tumis sekali ngan telur...wallawei..berasap telinga wa ckp lu...
housemate aku memerap dalam bilik deduanya...so..aku gn senang hati makan sorang2...
sapa pernah duk asrama ? pernah makan maggi rendam ngan air panas letak dalam gayung mandi?
pernah?aku pernah beb..giler la masa tu....
Bukan setakat megi jer aku layan..ada lebihan ayam dalam esbok aku...aku belasah goreng..makan begitu saja....now esbok aku dah x de barang dah..boliau...so..Isnin nanti kena rolger Cik Abg...
jom pi Tesco...or Giant...or Carrefour...Pasar malam pun boleh.....
heheheheheh....
Isnin Pasar malam Sungai Buloh kan?nak beli ayam bob la...

Thursday, July 5, 2012
Orang Gila Seks Tayang Anu
Salam khamis semua...aku mulakan hari khamis dengan sesuatu yang di luar jangkaan aku sendiri...
memang suwey la..dah la aku terlepas 2 train hari ni...delay plak tu...masa aku kat Stesen Kepong Sentral..aku pi belah hujung sekali..sebab aku suka naik train baru yang coach mula2..senang dpt tempat duduk...sedang aku berjalan menuju ke tempat duduk tu aku perasan ada apek tua melambai..aku lak terpandang dia..sekali dia tunjuk 'Anu" dia yang tengah tegang kat aku....kurang ajar betul...
aku terus dapatkan ada brader melayu tu..aku ckp kat dia sambil tunjuk arah cina tu...dia ngan ada sorang indon tu terus serbu ke arah apek tu...mencicit2 apek tu lari sambil betulkan seluar dia...
aku rasa dah lama apek tu ada kat situ...boleh plak dia panjat palang tu and letak anu dia atas palang tu
sambil lambai2 kat aku..aku rasa jugak dia attack ada 3 org perempuan cina tu...tp kebetulan aku yang
lalu dan menghadap ke dia kan...so aku la yang ternampak...
hishhh...suwey...suwey...aku update status kat fb pg td..ramai ckp rezeki aku...hotak diorang rezeki...
huh!!!!

Wednesday, July 4, 2012
Jering Sumber Awet Muda
Pernah makan jering???ke ada yang tak tau?
jering merupakan salah satu ulam yg tergolong dalam keluarga petai..kerdas dan lain2 lagi...
org tua2 suka la ulam2 mcm ni...ntah apa yang sedap x tau la...
tapi ulam2 mcm ni banyak khasiat..selain untuk mengelakkan penyakit yang berbahaya..ianya merupakan
untuk awet muda jugak...
kat kampung aku Pak Lang tanam 2 pokok jering ni..dah berbuah dan itu la rupanya..
bukan jering ni semata leh makan yer..yang hitam2 tu kulit dia..ada is kat dalam tu
pokok jering ni tinggi dan kena kait guna galah...
ini la jering yang dah dikupas dan dibuang kulitnya...
sapa makan jering ni kalau buang air...make sure siram or jirus banyak2 eh...
bau satu dunia...sakit otak kalau terhidu...hahahahaha....selain tu..jering ni elok untuk cuci perut...
agaknya itu la sebabnya tandas boleh berbau haring...segala toksid dah keluar kan...
ku ngan adik2 x pernah diajar makan ulam jering ke..petai or kerdas..setakat ulam berdaun tu aku makan..
ulam raja, pegaga or pucuk selom...semua aku bedal..tp ulam yang berbau mcm ni...x dapek de....

Menabung Untuk Time Sesak
Jangan ingat aku kerja as a PA/Secretary gaji aku beso eh kawan2...adakala sesak der...pasal tu aku jimat2 dan bawak bekal pi kerja..ada aku kisah orang sibuk ckp aku x kelasss...kelass melasss...dalam pada bawak bekal tu...aku dah bajet belanja aku termasuk kos tambang pergi balik kerja dalam RM10, tambang RM3.50 so..balance RM6.50 tu aku masukkan dalam tabung hikmat ni...hujung bulan aku kira...hehehe..so boleh la beli kasut...ke apa segala yang aku hajat yang x dpt aku nak beli tuh...adakalanya aku beli novel...
bekas ni pemberian boss aku..dia balik dari China awal tahun ari tu...
duit kertas RM1 ni dh byk...syiling pun
baper semua ni?aku x kira la..tp memang wajib masuk hari2 RM6.50 ..
ni first time aku citer ni tau...sebelum ni aku tak citer pun...ini pun sebab aku dah takde idea dah...banyak benda aku dah story mory kan...duit syiling tu baru ada RM15, ingat nak tukar kat kedai mamak bawah ni...tp biarlah dulu kan...dah alang2...kali ni aku x nak beli pape..tp aku nak masukkan dalam ASB aku..
biar sikit..lama2 jadi bukit...kan?
boleh tambah2 duit nak pi China bulan 9 ni kan?

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah
























