Friday, August 21, 2015

So Sweet Bila Abah Dah Pandai Whatsaap

Jom baca conversation Abah dan adik bongsu aku ...


Comel plak Abah taip macam tuh kan..hahahaha..Abah umur dah 61 tahun..tak pernah tau pasal teknologi canggih la ni..tapi anak menantu ajar abah guna Whatsaap..jimat sikit kredit abah kan...maka abih la lepas ni anak-anak kena layan abah whatsaap...dia dah seronok la tu kan...bertabaih la ye kalau lepas ni bertalu-talu whatsaap dari abah...mana tau lepas ni Abah ajar Mak plak...ha gasak Mak Abah pandai Whatsaap...eleh...mak abah orang lain ok je kan...bukan apa...ini sesuatu pembaharuan buat diorang...selama ni apa-apa diaorang call aje...

Sweet la...hehehehe...

GIVEAWAY VOUCHER EMEL MELINDA LOOI


Klik Banner untuk Join


Hadiah untuk Giveaway ini adalah

1 x Voucher RM50 dari Emel Melinda Looi  & Wang Tunai RM20 + Product from Crabtree and Evelyn

Tarikh Tutup Giveaway adalah pada 31 Ogos 2015 jam 12TghMalam

Aku tag semua follower untuk join GA ni...jom support jom..


Deep Fried Mushroom & Lemon Lychee

HIGH TEA SEORANG DIRI

Kadang-kadang kita perlukan privacy...macam tu la aku..kadang-kadang bila stress perlu mengasingkan diri seketika..duduk mana-man restoran dan lepak sekejap...hehehe..lepak kat area Setiawangsa sambil tunggu ....hari hujan plak pas tu masuk la sini..tupang wifi dan buat pesanan..aku suka kedai ni cuma tak ingat nama..berdekatan dengan stesen LRT Setiawangsa, western konsep dan kalau x salah nama pangkal dia LEO...apa la aku ni kan...tapi!!ada tetapi okeh..memang betul la aku sedang STRESS...aih macam- macam fikir kot...



deep fried mushroom yang ok la..kalau cicah cili Thai tu sedap


Lemon Lychee..

Minum lemon Lychee ni terus rasa nyaman dan segar...betul la ekstrak dari buah-buahan mampu memulihkan perasaan seseorang....hehehe...meh sapa nak aku jadi model miklan jus buah-buahan leh contact...eceyyyy..

Apapun korang kalau stresss...pergi je mana- mana restoran..duduk sensorang pas tu layan la minum jus buah...kalau perlu makan...korang makan la yang light2...jangan la makan yang berat-berat..kang bertambah berat badan jadi lagi stress..kan?

Thursday, August 20, 2015

Tips Kesuburan Lelaki & Wanita

FAKTA KESUBURAN

Wahai kaum lelaki dan wanita semua...meh kita berbicara tentang Tips kesuburan yang baru-baru ni aku baca kat akbar. Terpanggil untuk share kat blog ni untuk pengetahuan bersama sebab info ini penting buat semua kan...bagi yang masih belum ad rezeki nak dapat anak dan ingin tambah anak.

Kebanyakkan lelaki menghasilkan kira-kira 80 Juta sperma  setiap hari bersamaan dengan kira-kira 1200 sperma bagi setiap degupan jantung.

ini dari segi kajian ye...macam mana diorang kaji tu aku tak arif..tapi jom kita terus baca tips-tips kesuburan..

TIPS KESUBURAN LELAKI

  1. Turunkan BMI ke bawah 28
  2. jangan merokok, mengmbil dadah dan kurangkan pengambilan alkohol
  3. pastikan Zakar sentiasa sejuk ( tidak digalakkan memakai seluar ketat)
  4. Jangan mandi air panas
  5. Amalkan diet sihat yang kaya dengan antioksida

TIPS KESUBURAN WANITA

  1. Faktor Umur - lebih muda lebih baik
  2. Kekalkan BMI antara 20 dan 25 Indeks Jisim Tubuh yang sihat
  3. Jangan merokok
  4. Ambil Asid folik ketika cuba hamil dan sehingga 12 minggu
  5. kurangkan pengambilan kafein dan elakkan alkohol
  6. Pastikan anda mendapat imunisasi Rubella
  7. Pertimbangkan imunisasi cacar air sekiranya anda belum pernah di jangkiti cacar air
Faktor samada mendapat zuriat atau tidak bukan hanya terletak pada sejauhmana sihat tubuh badan setiap individu tetapi tahap kesuburan merupakan perkara yang paling penting untuk diketahui oleh setiap pasangan.

Tips Kesuburan dibawakan oleh Suriaamanda untuk perkongsian bersama.

ASMARA ORANG PENCEN

Lawak Tengahari

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,

"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak gi amik gigi la ni!!!"

Hahahahahaha....macam ni pun boleh...

Jamuan Hari Raya Group Planning Strategy & T4 Project Team

Jamuan Hari Raya Department

Syawal dah lama berlalu, tapi aku baru nak up entry department punya open house awal bulan hari tuh..masa nak up takde bukan apa sibuk jugak pas tu aku plak tak sihat. Masa majlis ni pun aku tengah demam dan batuk. Suara pun takde tapi emngenangkan program department gigih jugak la hadirkan diri sebab aku kena masak rendang ayam masa tu...

Jom tengok kemeriahan majlis...memandangkan gambar beribu aku masukkan dalam collage je...senang so x banyak space guna kan..

masing-masing sedang menjamu selera
semua makanan yang ada...ayam rendang yang first tu aku masak

Bab bergambar memang bagi kat semua


me, Nazril & Leen


aku sorang je ready...yg berdua ni x ready langsung


all the T4 princess


berlakon memang expert


ready action


one more snap

Alhamdulillah selesai jugak majlis yang simple tetapi meriah...semoga berjumpa lagi di Syawal yang akan datang...seronok bila sesekali gather2 macam ni...baru boleh beramah mesra sebab sebelum2 ni nak borak pun agak payah kan

ini la cerita department open house aku...sangat meriah walau sederhana dalam serba serbi...lambat up sebab bz..gambar pun menimbun so amik masa nak watermark bagai...x buat watermark kang kena curi gambar...


Wednesday, August 19, 2015

Jangan Sesekali Lupa Pada Ibu Bapa Kita...

BACA NI RUGI TAK BACA


SEORANG PEMUDA DUDUK DI HADAPAN LAPTOPNYA. LOGIN FACEBOOK.

BENDA PERTAMA SEKALI DIA CHECK ADALAH INBOX.

HARI INI DIA TERLIHAT SESUATU YANG DIA TERLEPAS PANDANG SELAMA INI.

BAHAGIAN ‘OTHER’ DI INBOXNYA

ADA SATU, DUA MESEJ.

MESEJ PERTAMA, SPAM.

MESEJ KEDUA DIBUKANYA.

MESEJ 3 BULAN YANG LEPAS TARIKHNYA.

DITATAP ISINYA,

“SALAM.

INI KALI PERTAMA ABAH CUBA GUNA FACEBOOK.

ABAH CUBA TAMBAH KAMU
SEBAGAI KAWAN TAPI TAK DAPAT.

ABAH PUN TAK FAHAM SANGAT BENDA NI.

ABAH CUBA HANTAR MESEJ INI KEPADA KAMU.

MAAF, ABAH TAK BIASA SANGAT MENAIP. INI PUN KAWAN ABAH YANG AJARKAN.

INGAT TAK BILA PERTAMA KALI KAMU ADA HENFON?

MASA TU KAMU TINGKATAN 4. ABAH KESIAN SEMUA ANAK-ANAK SEKARANG ADA HENFON.

JADI, ABAH HADIAHKAN PADA KAMU SATU. DENGAN HARAPAN, KAMU AKAN CALL ABAH.

KALAU KAMU ADA NAK KONGSI MASALAH TENTANG ASRAMA ATAU SEKOLAH ATAU APA-APA SAJA.

TAPI, KAMU HANYA CALL ABAH SEMINGGU SEKALI. TANYA TENTANG DUIT MAKAN DAN BELANJA.

ABAH TERFIKIR JUGA, TOPUP RM10 TAPI CALL ABAH TAK SAMPAI 5 MINIT.
BOLEH HABIS KE PREPAID TU?

MASA KAMU KECIL DULU, ABAH INGAT LAGI BILA KAMU DAH BOLEH BERCAKAP.

KAMU ASYIK PANGGIL,

‘ABAH, ABAH, ABAH’.

ABAH SERONOK SEKALI ANAK LELAKI ABAH PANGGIL ABAH.

PANGGIL MAMA.

ABAH SERONOK DAPAT
BERCAKAP DENGAN KAMU WALAUPUN KAMU MUNGKIN TIDAK INGAT
DAN TAK FAHAM APA ABAH CAKAPKAN DI UMUR KAMU 4, 5 TAHUN.

TAPI, PERCAYALAH.
ABAH DAN MAMA CAKAP DENGAN KAMU BANYAK SANGAT.

KAMULAH PENGHIBUR KAMI DI SAAT KAMI BERDUKA.

WALAUPUN HANYA DENGAN KELETAH
GELAK TAWA SI KECIL.

BILA KAMU SEKOLAH RENDAH. ABAH INGAT LAGI KAMU SELALU BERCAKAP
DENGAN ABAH KETIKA MEMBONCENG MOTOR DENGAN ABAH.

SETIAP PERGI DAN
BALIK SEKOLAH. MACAM-MACAM KAMU CERITAKAN PADA ABAH.

TENTANG CIKGU, SEKOLAH, KAWAN-KAWAN.

ABAH JADI MAKIN BERSEMANGAT BEKERJA
KERAS CARI DUIT UNTUK BIAYA KAMU KE SEKOLAH. SEBAB KAMU SERONOK
SEKALI. GEMBIRA.

AYAH MANA TIDAK GEMBIRA ANAK SUKA KE SEKOLAH BELAJAR.

BILA KAMU SEKOLAH MENENGAH. KAMU ADA KAWAN-KAWAN BARU.

KAMU BALIK DARI SEKOLAH, KAMU MASUK BILIK. KAMU KELUAR BILA MASA MAKAN.
KAMU KELUAR DENGAN KAWAN-KAWAN.

KAMU MULAI JARANG BERCAKAP DENGAN ABAH.

KAMU PANDAI.

AKHIRNYA MASUK ASRAMA. DI ASRAMA, JARAK
ANTARA KITA MAKIN JAUH.

KAMU CARI KAMI BILA PERLU.

KAMU BIARKAN KAMI
BILA TAK PERLU.

ABAH TAHU, NALURI REMAJA. ABAH PUN PERNAH MUDA.

AKHIRNYA, ABAH
DAPAT TAHU KAMU ADA KEKASIH. KETIKA DI UNIVERSITI,

SIKAP KAMU SAMA
SAHAJA KETIKA DI SEKOLAH MENENGAH.

JARANG HUBUNGI KAMI.

BILA BALIK CUTI, KAMU DENGAN HENFON KAMU. KAMU DENGAN LAPTOP KAMU. KAMU
DENGAN INTERNET KAMU. KAMU DENGAN DUNIA KAMU.

ABAH TERTANYA-
TANYA JUGA SENDIRI.

ADAKAH KAWAN ISTIMEWA ITU LEBIH PENTING DARI ABAH DAN MAMA?

ADAKAH ABAH DAN MAMA CUMA DIPERLUKAN BILA KAMU NAK NIKAH SAHAJA SEBAGAI PEMBERI RESTU?

ADAKAH KAMI IBARAT TABUNG PADA KAMU SAHAJA?

HAKIKATNYA, KAMU JARANG BERBICARA DENGAN ABAH LAGI.

ADA PUN BOLEH
DIBILANG DENGAN JARI.

BERJUMPA TAPI TAK BERKATA-KATA


TANYA SEPATAH, JAWAB SEPATAH. DILETER, KAMU TARIK MUKA. DIMARAH, KAMU TAK BALIK CUTI.

MALAM NI, ABAH SEBENARNYA RINDU SANGAT PADA KAMU.

BUKAN MAHU BERLETER, MENGUNGKIT ATAU MEMBANGKIT.

CUMA ABAH DAH TERLALU TUA.

ABAH DAH DI HUJUNG 60 AN. KUDRAT ABAH TIDAK SEKUAT DULU LAGI.

ABAH TAK MINTA BANYAK…

KADANG-KADANG, ABAH CUMA MAHU KAMU BERADA DI SISI ABAH.

BERBICARA TENTANG HIDUP KAMU. LUAHKAN APA YANG TERPENDAM DALAM HATI KAMU MENANGIS PADA ABAH. MENGADU PADA ABAH. BERCERITA PADA ABAH
SEPERTI KAMU KECIL-KECIL DULU.

APAPUN. MAAFKAN ABAH ATAS SURAT ABAH INI.

JAGALAH SEMBAHYANG. JAGALAH HATI. JAGALAH IMAN.

MUNGKIN KAMU TIDAK PUNYA WAKTU BERBICARA DENGAN ABAH.

NAMUN, JANGAN PULA KAMU TIDAK PUNYA WAKTU BERBICARA DENGAN TUHAN.

USAH LETAKKAN CINTA DI HATI PADA SESEORANG MELEBIHI CINTA KEPADA TUHAN.

MUNGKIN KAMU TERABAIKAN ABAH.

NAMUN JANGAN KAMU MENGABAIKAN TUHAN.

MAAFKAN ABAH ATAS SEGALANYA.”

PEMUDA MENITISKAN AIR MATA.

DALAM HATI PERIT TIDAK TERKIRA.

MANA TIDAKNYA. TULISAN AYAHANDANYA ITU DIBACA SETELAH 3 BULAN BELIAU PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA.

DI SAAT TIDAK MUNGKIN LAGI MAMPU MEMELUK
TUBUH TUA AYAHNYA.

~~~HARGAI ORANG TUA KITA SELAMA DIA MASIH HIDUP...

KADANG KALA KITA
TERLALU SIBUK DENGAN KERJA...

SAMPAIKAN KITA LUPA AKAN DIA YANG
MEMBESARKAN KITA...

MEMBERI PENDIDIKAN UTK KITA BEKERJA..

MENGAJAR KITA BERJALAN UTK BEKERJA..

JANGAN NANTI ANAK KITA AKAN MELUPAKAN KITA SEPERTIMANA KITA MELUPAKAN IBUBAPA KITA


My New Hair Colour By Luna Jesz..

MAKEOVER REWARD DIRI SENDIRI

Sebagai wanita bekerja dan bekerjaya, penampilan amat penting .selain melambangkan keperibadian diri, Selain itu kita juga membawa imej company kan..takkan company gah seantero dunia, macam-macam achievement tapi staff tak tau etika berpakaian yang betul dan tidak menjaga penampilan diri...ishhh dah macam perunding imej plak..imej aku pun orang yang rundingkan...hahaha..takde la korang aku just nak share jer dari ilmu yang aku dapat masa menghadiri PA Conference suatu ketika dulu.

So menurut fasilitator masa conference ni dulu etika berpakaian dan imej memang sangat2 penting dan tak boleh di pandang remeh. Setiap penampilan kita adalah satu mata untuk penilaian appraisal tahunan. Semua diambil kira.Bukan setakat mutu kerja dan disiplin aje tau.

Warna turut memainkan peranan penting untuk peribadi seseorang...macam aku warna-warna tanah je yang sesuai..tapi bosan la sesekali nak gak pakai kaler yang daring2 kan...tp percaya la korang kod-kod warna memang memberi penampilan yang sebetulnya dan dah terbukti dah...


Last 2 week aku warnakan rambut siap highlight lagi...almaklumlah kan bila dah umur lebih dari 35 tahun ni segala kecacatan dah muncul....cacat?hehehe rambut dah mula beruban la u olls...ye aku dah 37 tahun dan aku takde la malu nak ngaku rambut aku dah beruban walau tak banyak...

Takde la obvious sangat kalernya kan...

Yang penting aku puas hati...siapa yang buat ni...haaa...aku buat kat stylist yang aku jumpa kat Instagram...buat appointment terus pi kedai dia..Kat Maluri kedainyer...kalau korang nak rasa sentuhan ajaib beliau boleh la follow instagram dia...

@lunajesz

Sila follow dan buat appointment ngan Luna...dia sangat2 peramah...hasilnya nanti korang tentu puas hati....

Craving Rojak Berahim Kuala Pilah

ROJAK BERAHIM ROJAK PALING SEDAP DI KUALA PILAH

Lama tak buat food hunting macam dulu-dulu. Sejak semakin sibuk dengan aktiviti kat tempat kerja dan aktiviti blogging dah jarang dapat habiskan masa mencari makanan sedap.Sedap pada aku bila ramai orang beratur tunggu giliran nak makan atau nak bungkus. Walau hanya kedai biasa di tempat yang biasa tetapi rojak ni tetap dapat perhatian masyarakat setempat atau perantau2 yang pulang bercuti.Orang-orang area Kuala Pilah NS tahu la ni...


Dulu rajin pergi...sekarang takde masa nak di luangkan semata-mata nak makan rojak Berahim ni..rojak yang di jual turun-temurun oleh sebuah keluarga..memang sedap..especially kuahnya...tak mampu aku nak gambarkan sedap yang macam mana cuma korang kena cuba la...

Lokasi di Medan Selera Pekan Kuala Pilah berdekatan dengan Pasar Besar Kuala Pilah.. weekend memang pack kat sini sebab hanya gerai biasa je..tapi tak putus- putus orang berkunjung...lepas kenduri kawen adik aku nanti aku nak terjah ke sini la...lama tak bawak mak dan abah makan kat sini...

Tuesday, August 18, 2015

Ini Rupa Paras Sebenarnya...

RUPA SEBENAR IKAN PELALING

Semalam aku up entry INI kan...so tgok dari komen ada yang tanya dan tak tau rupa ikan pelaling tu...so aku pun  sibuk google la semalam..akceli dulu ada aku share kat dalam blog ni tp malas plak nak godek2 balik cari gambar lama...


gambar sumber google..

Haa...tu la rupanya ikan pelaling..dalam kumpulan ikan kembung atau ikan termenung...dia kecik2 je besar 3 jari mcm tu..kalau besar sikit di panggil ikan kembung...sedap ni manis jer..goreng garing2 or buat sambal pun ok...

pernah pi pasar tgok ikan ni murah giler...ada sorang pakcik ni beli banyak betul...tertanya dalam hati..nak meniaga kot...atau nak kenduri ke...pakcik tu macam perasan aku pandang...terus dia tarik muka dan sound aku.."apa tengok2...ini untuk lauk kucing la"....eh..x cakap apa pun...ala...kalau untuk stok bagi anak makan pun apa salahnya kan...bukan ikan busuk pun...

Macam-macam ragam orang la sekarang ni kan...tak abih2 dengan sentap...

Stylo Outfit - Kedai Jersi Bola Murah

Jersi Bola Murah

Jersi berkualiti, harga murah


jersi murah

Musim bola sepak antarabangsa telah pun bermula. Bagi yang kaki bola, perkara utama yang perlu ada ialah Jersi Bola

jersi murah


Memang wajib pakai jersi bola bila kita nak tengok bola dekat mamak ataupun di bawa pergi jalan-jalan.

Jadi, macam mana nak dapatkan jersi bola ni? Jom kita terjah Stylo Outfit.

Pelbagai jenis jersi

Nak tahu apa yang Stylo Outfit ada? Jom kita tengok.

Antara jersi yang di jual di  Stylo Outfit ialah:

  1. Jersi EPL
  2. Jersi La Liga
  3. Jersi Serie A
  4. Jersi League 1
  5. Jersi kelab Jepun
dan tak lupa juga:-

      6. Jersi kelab Malaysia
     7. Jersi Malaysia

Kalau yang berminat dengan kelab Eropah tu, boleh la beli jersi kelab Eropah. Mana yang suka kelab Malaysia, boleh jugak beli jersi Selangor ke, JDT ke, Kelantan ke, Negeri Sembilan ke.

Harga berpatutan


Dekat Stylo Outfit ni, harga jersi di jual mengikut gred/kualiti jersi itu sendiri. Terdapat 2 jenis gred/kualiti jersi iaitu:-
  1. Gred AAA - RM45.00 (termasuk pos)
  2. Gred PI (player issue) - RM56.00 (termasuk pos)
Macam mana harganya? Ok kan? Murah dah tu. Termasuk pos lagi tu!!!!

Jam tangan tawaf

Selain jersi, Stylo Outfit juga menjual jam tangan tawaf untuk lelaki ada, untuk perempuan pun ada.


Apa lagi tunggu?

Jom kita terjah Stylo Outfit dengan klik banner kat bawah ni.




Terperanjat Monkey Aku!!!!!

MONYET PELIHARAAN QHAIRA

Haih...korang mampu bela monyet kat dalam rumah? Haaa anak buah aku mampu tau...siap monyet tu ada bunyi lagi tu...hari2 dia gantung monyet ni kat leher dia..dah jadi macam haiwan kesayangan tak pun pet dia la...yang aku geram sangat...monyet ni berbunyi sampai aku boleh terperanjat monkey dibuatnya....


Tengah kemas2 atas sofa..monyet ni memang terselindung je..sambil kemas sambil aku duduk sekali bunyi kuat giler...korang tau kan bunyi monyet macam mana?aduhai nak gugur jantung aku...si kembar, si qhaira dan Dania boleh tergelak sampai  guling2...aku dah cuak giler dah...baru la aku tau yang monyet ni boleh berbunyi...kuat giler plak tu...sejak tuh aku macam was-was je kalau ada banyak bantal ke kain ke atas sofa...risau terduduk lagi...bukan takut cuma aku tak suka terperanjat..

memang la ikutkan kelakar..tapi x leh la kalau selalu terkejut..aku bukan boleh terperanjat2 ni...

Sabar jer la...

Tak Payah Pergi Salon Rambut Dah..

RAMBUT SIKEMBAR KERINTING SEMULAJADI..

Ramai yang suka rambut yang cantik macam ni kan...sampai sanggup habis beratus-ratus ringgit semata-mata nak kelihatan cantik dengan rambut kerinting. Tapi anak aku dan anak-anak buah aku semuanya berambut kerinting. Ini memang semulajadi kerinting kecuali anak dara aku yang rambut dah jadi lurus..dulu Dania rambutnya macam ni la..terasa sayang plak bila dah di cantas...


ni si kakak...Adeliya


ni si adik Aressa


rambut kami kerinting!!!!!

Cantik kan rambut diorang ni...

Kalau nak sikat bukan main seksa...tp pergi mana-mana memang nak cantik..kadang-kadang aku rimas aku sanggulkan aje...budak -budak kan kalau dah rambut menggerbang macam tuh...kita yang tengok ni rimas...macam-macam kerenah sebab ada yang nak sikat rambut macam Elsa la...macam Anna la..nak rambut panjang macam Rapunzel la...haih pening....macam- macam hal..lagi satu tabiat diorang asal nampak je aku sure bawak sikat berebut2...bukan berebut mintak aku sikatkan rambut...tapi berebut nak sikatkan rambut aku....huwaaa.....kenapa? kenapa aku yang jadi mangsa????
bertabahlah kan...bila dikeliling anak-anak buah yang tengah membesar...

Monday, August 17, 2015

Dah Dapat Pucuk Muda, Di Ratah Di Cicah Pula...Nikmatnyaaaa.....

SESI MENCICAH MANGGA MUDA & TAK BERAPA MUDA

Last time kongsi pasal Pucuk Muda...semalam Ahad petang melayan cicah mangga muda dan x berapa muda hasil dari pokok Mak cik aku tanam.Mangga yang jenis besar2 tuh..memang takde la nak tunggu masak sebab aku dah tentu-tentu hantu mangga muda..Nak plak adik sepupu aku pun join sama...dia yang mulakan dulu sedangkan abah dah sound awal-awal nak peram mangga tuh bagi masak dulu...memang tak la kan...ada 6 biji dan 2 biji habis kami kendurikan...



Sajer jer share kat sini lagi bagi korang jeles...hhahahahaha....menjejes air liur ni ha ..time type ni pun dah terasa-terasa jugak...nak bagi korang jeles tp sendiri plak bertakung air liur..

Sapa suka cicah mangga muda boleh gang...welcome to the club ..heheheh...tapi kan lepas tu ..aku ngan adik sepupu berlumba-lumba pi jamban...nasib baik kat umah tu ada 3 tandas...hahahahha....kalau tak maunya merana berebut tandas kan...makan x hengat tuh la...sendiri yang cari penyakit...tapi apapun memang sedap giler...hahahaha....

Indahnya Berehat Bersama Keluarga...

MENU BERASASKAN PETAI SAHAJA

Sesekali berehat bersama keluarga memang moment indah yang di tunggu-tunggu. Sekarang makin hampir hari perkahwinan adik makin selalu kami berkumpul di rumah menguruskan perkara-perkara yang membabitkan perkahwinan. Persediaan telah dibuat 2 -3 bulan awal. Makin terasa kepenatan sementara menanti tarikh sebenar. Betul kata orang majlis hanya sehari tapi persediaan makan masa 3 bulan.Belum fikir penat selepas kenduri lagi.

Ahad aku ambil peluang masak untuk family. Mak Abah sibuk dengan menjemput saudara mara. so tugas aku masak la pula kali ni...ikutkan takde idea nak masak tapi kebetulan abah ada beli petai..terus la keluar idea.


Ikan Pelaling masak lemak cili api campur petai kikis


Sambal udang petai...



Karipap ikan bilis untuk menu minum petang...karipap ni adik aku yang buat...

Puas hati makan ramai-ramai. Kebetulan semalam memang ramai saudara mara datang menjenguk kami di rumah. Ye la biasa la kenduri bergotong royong nanti kan,.Kami masih mengamalkan kenduri macam ni..saudara mara masih ramai kan...at least boleh kekalkan silaturrahim...sesekali berkumpul kenduri kendara memang seronok..nak pulak kalau dah lama tak jumpa kan...

Menghitung hari ni..2 weeks to go...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah