Wednesday, August 19, 2015

Jangan Sesekali Lupa Pada Ibu Bapa Kita...

BACA NI RUGI TAK BACA


SEORANG PEMUDA DUDUK DI HADAPAN LAPTOPNYA. LOGIN FACEBOOK.

BENDA PERTAMA SEKALI DIA CHECK ADALAH INBOX.

HARI INI DIA TERLIHAT SESUATU YANG DIA TERLEPAS PANDANG SELAMA INI.

BAHAGIAN ‘OTHER’ DI INBOXNYA

ADA SATU, DUA MESEJ.

MESEJ PERTAMA, SPAM.

MESEJ KEDUA DIBUKANYA.

MESEJ 3 BULAN YANG LEPAS TARIKHNYA.

DITATAP ISINYA,

“SALAM.

INI KALI PERTAMA ABAH CUBA GUNA FACEBOOK.

ABAH CUBA TAMBAH KAMU
SEBAGAI KAWAN TAPI TAK DAPAT.

ABAH PUN TAK FAHAM SANGAT BENDA NI.

ABAH CUBA HANTAR MESEJ INI KEPADA KAMU.

MAAF, ABAH TAK BIASA SANGAT MENAIP. INI PUN KAWAN ABAH YANG AJARKAN.

INGAT TAK BILA PERTAMA KALI KAMU ADA HENFON?

MASA TU KAMU TINGKATAN 4. ABAH KESIAN SEMUA ANAK-ANAK SEKARANG ADA HENFON.

JADI, ABAH HADIAHKAN PADA KAMU SATU. DENGAN HARAPAN, KAMU AKAN CALL ABAH.

KALAU KAMU ADA NAK KONGSI MASALAH TENTANG ASRAMA ATAU SEKOLAH ATAU APA-APA SAJA.

TAPI, KAMU HANYA CALL ABAH SEMINGGU SEKALI. TANYA TENTANG DUIT MAKAN DAN BELANJA.

ABAH TERFIKIR JUGA, TOPUP RM10 TAPI CALL ABAH TAK SAMPAI 5 MINIT.
BOLEH HABIS KE PREPAID TU?

MASA KAMU KECIL DULU, ABAH INGAT LAGI BILA KAMU DAH BOLEH BERCAKAP.

KAMU ASYIK PANGGIL,

‘ABAH, ABAH, ABAH’.

ABAH SERONOK SEKALI ANAK LELAKI ABAH PANGGIL ABAH.

PANGGIL MAMA.

ABAH SERONOK DAPAT
BERCAKAP DENGAN KAMU WALAUPUN KAMU MUNGKIN TIDAK INGAT
DAN TAK FAHAM APA ABAH CAKAPKAN DI UMUR KAMU 4, 5 TAHUN.

TAPI, PERCAYALAH.
ABAH DAN MAMA CAKAP DENGAN KAMU BANYAK SANGAT.

KAMULAH PENGHIBUR KAMI DI SAAT KAMI BERDUKA.

WALAUPUN HANYA DENGAN KELETAH
GELAK TAWA SI KECIL.

BILA KAMU SEKOLAH RENDAH. ABAH INGAT LAGI KAMU SELALU BERCAKAP
DENGAN ABAH KETIKA MEMBONCENG MOTOR DENGAN ABAH.

SETIAP PERGI DAN
BALIK SEKOLAH. MACAM-MACAM KAMU CERITAKAN PADA ABAH.

TENTANG CIKGU, SEKOLAH, KAWAN-KAWAN.

ABAH JADI MAKIN BERSEMANGAT BEKERJA
KERAS CARI DUIT UNTUK BIAYA KAMU KE SEKOLAH. SEBAB KAMU SERONOK
SEKALI. GEMBIRA.

AYAH MANA TIDAK GEMBIRA ANAK SUKA KE SEKOLAH BELAJAR.

BILA KAMU SEKOLAH MENENGAH. KAMU ADA KAWAN-KAWAN BARU.

KAMU BALIK DARI SEKOLAH, KAMU MASUK BILIK. KAMU KELUAR BILA MASA MAKAN.
KAMU KELUAR DENGAN KAWAN-KAWAN.

KAMU MULAI JARANG BERCAKAP DENGAN ABAH.

KAMU PANDAI.

AKHIRNYA MASUK ASRAMA. DI ASRAMA, JARAK
ANTARA KITA MAKIN JAUH.

KAMU CARI KAMI BILA PERLU.

KAMU BIARKAN KAMI
BILA TAK PERLU.

ABAH TAHU, NALURI REMAJA. ABAH PUN PERNAH MUDA.

AKHIRNYA, ABAH
DAPAT TAHU KAMU ADA KEKASIH. KETIKA DI UNIVERSITI,

SIKAP KAMU SAMA
SAHAJA KETIKA DI SEKOLAH MENENGAH.

JARANG HUBUNGI KAMI.

BILA BALIK CUTI, KAMU DENGAN HENFON KAMU. KAMU DENGAN LAPTOP KAMU. KAMU
DENGAN INTERNET KAMU. KAMU DENGAN DUNIA KAMU.

ABAH TERTANYA-
TANYA JUGA SENDIRI.

ADAKAH KAWAN ISTIMEWA ITU LEBIH PENTING DARI ABAH DAN MAMA?

ADAKAH ABAH DAN MAMA CUMA DIPERLUKAN BILA KAMU NAK NIKAH SAHAJA SEBAGAI PEMBERI RESTU?

ADAKAH KAMI IBARAT TABUNG PADA KAMU SAHAJA?

HAKIKATNYA, KAMU JARANG BERBICARA DENGAN ABAH LAGI.

ADA PUN BOLEH
DIBILANG DENGAN JARI.

BERJUMPA TAPI TAK BERKATA-KATA


TANYA SEPATAH, JAWAB SEPATAH. DILETER, KAMU TARIK MUKA. DIMARAH, KAMU TAK BALIK CUTI.

MALAM NI, ABAH SEBENARNYA RINDU SANGAT PADA KAMU.

BUKAN MAHU BERLETER, MENGUNGKIT ATAU MEMBANGKIT.

CUMA ABAH DAH TERLALU TUA.

ABAH DAH DI HUJUNG 60 AN. KUDRAT ABAH TIDAK SEKUAT DULU LAGI.

ABAH TAK MINTA BANYAK…

KADANG-KADANG, ABAH CUMA MAHU KAMU BERADA DI SISI ABAH.

BERBICARA TENTANG HIDUP KAMU. LUAHKAN APA YANG TERPENDAM DALAM HATI KAMU MENANGIS PADA ABAH. MENGADU PADA ABAH. BERCERITA PADA ABAH
SEPERTI KAMU KECIL-KECIL DULU.

APAPUN. MAAFKAN ABAH ATAS SURAT ABAH INI.

JAGALAH SEMBAHYANG. JAGALAH HATI. JAGALAH IMAN.

MUNGKIN KAMU TIDAK PUNYA WAKTU BERBICARA DENGAN ABAH.

NAMUN, JANGAN PULA KAMU TIDAK PUNYA WAKTU BERBICARA DENGAN TUHAN.

USAH LETAKKAN CINTA DI HATI PADA SESEORANG MELEBIHI CINTA KEPADA TUHAN.

MUNGKIN KAMU TERABAIKAN ABAH.

NAMUN JANGAN KAMU MENGABAIKAN TUHAN.

MAAFKAN ABAH ATAS SEGALANYA.”

PEMUDA MENITISKAN AIR MATA.

DALAM HATI PERIT TIDAK TERKIRA.

MANA TIDAKNYA. TULISAN AYAHANDANYA ITU DIBACA SETELAH 3 BULAN BELIAU PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA.

DI SAAT TIDAK MUNGKIN LAGI MAMPU MEMELUK
TUBUH TUA AYAHNYA.

~~~HARGAI ORANG TUA KITA SELAMA DIA MASIH HIDUP...

KADANG KALA KITA
TERLALU SIBUK DENGAN KERJA...

SAMPAIKAN KITA LUPA AKAN DIA YANG
MEMBESARKAN KITA...

MEMBERI PENDIDIKAN UTK KITA BEKERJA..

MENGAJAR KITA BERJALAN UTK BEKERJA..

JANGAN NANTI ANAK KITA AKAN MELUPAKAN KITA SEPERTIMANA KITA MELUPAKAN IBUBAPA KITA


20 comments:

  1. dah penah baca cerita ni
    tapi masih terasa sebak macam mula-mula baca dulu
    tanpa mak bapak, sapelah kita kan

    ReplyDelete
  2. kejam sungguh jadi anak kalau berpelakuan gini

    ReplyDelete
  3. Perkara ni bleh jd pngajaran bt kta semua..luangkan masa bersama ibu bapa selagi ada hayat mereka, jadilah anak yg berbakti pada org tua..peringatan bt diri sndiri, masih belum lagi terbalas jasa2 mereka..

    ReplyDelete
  4. hm...serius sedih kot. ummul klik2 nuffnang kak s.a

    ReplyDelete
  5. disebab ayat2 giniy, saya tak jadi nk keje jauh2, sobsssss ! nak kawen apetah lagiii, nk duduk ngn doranggg je selaluuu

    ReplyDelete
  6. kita jejak.. jejak. jejak.. hii

    ReplyDelete
  7. Mata masuk habuk...sob sob


    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. samalah kita..sayang mak abah jugokkkk

      Delete
  9. hargai mereka selagi mereka masih ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol, hargaii..dan senantiasa doakan...........

      Delete
  10. walau dah pernah baca tapi tetap rasa sebak di hati.. :(

    ReplyDelete
  11. sedihnya baca..hargailah ibubapa kita selagi mereka masih ada.

    ReplyDelete
  12. Untung la siapa yang abahnya sentiasa nak dekat dengan dia..harga ilah ye...

    ReplyDelete
  13. sedih.. bersalah pulak. NAsib mak tinggal blok sebelah. Have to visit them more often


    3 kisah semua wanita wajib baca

    ReplyDelete
  14. Sedih plak baca. Hrgaila selagi mereka da kan.Lya hnya da mak ja, bapa da lma x da

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah