Sunday, July 17, 2016

Be Strong Mak..

Alhamdulillah...akhirnya Mak dah boleh beenafas sendiri Dan dah boleh buat fisio..syukur Allah atas perkembangan Mak..Mak nampak kuat Dan tegap Semarang cuma masih kurang selera makan..takpe la slowly...
Sebenarnya jahitan luka Mak kat dada menanah..effect pemulihan Mak jugak..kesian Mak lama suffer kesan selepas pembedahan..


Mak dh boleh berjalan tp guna sokongan


Abah setia melayani Mak..tgok LA tu abah bergurau suruh Mak kejar abah...


Bawak Mak lepak kat cafe ijn amik angin..


Abah layan mak beli roti


Sejak Mak dh tegap skit ni dh kerap abah bawak Mak jalan jalan sekitar IJN..amik angin Dan takde la Mak boring je dalam ward kan..
Terima kasih korang sebab doakan kesihatan Mak..semoga Mak terus kuat dan bertambah kuat serta pulih sepenuhnya..dah hampir 1 1/2 bukan dh Mak kat IJN ni..dia pun dah start rindu rumah dah...abah apatah lagi kan..


Thursday, July 14, 2016

Bila Tak Sihat Selera Ke Laut Dalam

NASI GORENG PAPPRIK + IKAN BILIS GORENG+ TELUR MATA

Dari Isnin lepas selera ni meragam..perut lapar tapi tekak rasa tak sedap...demam daan sakit tekak sekali pakej batuk kung kang yang rasa azab sangat...ish..mengomel je aku ni kan..sakit kan penghapus dosa...tapi aku memang tak suka bab batuk..biar lah demam ke selsema ke..jangan batuk..sebab apa? sebab batuk akan datang sekali ngan kawan dia yang paling akrab iaitu si SEMPUT...haaa...ni aku tengah semput la sebenarnya...dengan ekon maha sejuk...menambahkan lagi hebat batuk aku tuh...bagai nak tercabut kerongkong...stok batuk yang tak henti sampai rasa nak putus nyawa...pas tu muka merah...ngan meleleh airmata..pernah kena?

Petang semalam aku pi IJN macam biasa, sayangnya banyak halangan aku hadapi...perjalanan rasa jauh sangat sebab hujan lebat..dengan Monorail plak problem..dengan tunggu taxi dalam hujan..sib baik  ada payung...dengan jammed, tambang taxi jadi double..biasa RM6 sekali aku kena RM12 .....sekejap je pi tgok mak...abah ingat aku tak datang so dia dah siap2 beli nasi dah...makanya aku bawak la nasi yang aku beli balik rumah....jadi habuan aku la....tetapi....haaaaa...ni nak citer skit...nasi tu takde rasa, so aku begakan la skit...sebab tu korang  leh nampak ada additional lauk ikan bilis goreng dan telur mata.....



CUBA LA MENIAGA DENGAN JUJUR


Orang meniaga kan.....tapi tu la orang kita ni...asyik fikir untung je..tapi tak fikir pulak kualiti makanan...nasi goreng yang ada mixed vege skit...ngan daging papprik...jangan kata Abah aku...aku tengok pun takde selera, meniaga tu biar la jujur...bagi la kualiti sepadan ngan harga..aku bayar RM11 kot.....sampai rumah...aku panaskan balik dalam oven..aku goreng ikan bilis ngan telur mata..pas tu masa makan curah kicap....haaaaa.....nalaaaaaaa.....sedap plak aku makan sensorang....budak rumah lagi dua orang tak balik lagi...setel aku makan sorang...tak pernah2 makan habis..terus habis plak....tapi mengidap jugak la...malam aku semput..batuk teruk..makan ubat pun batuk melampau2...haih penat dah batuk ni...segala petua aku dah amalkan dah...ntah bila nak ok...sekali kalau dah demam...pakej aku dapat...pas tu elok dalam jangka masa lama....makin dah tua ni..makin macam- macam perangai badan ni aih......

Alhamdulillah dapat gak aku buat satu entry yang ntah apa2...

korang jangan boring eh...

momentum tak sampai lagi ni...takde cerita nak update...cerita raya pun takde sebab tak beraya...

tunggu update seterusnya ye kalau aku ada rajin.....

Wednesday, July 13, 2016

Semakan Status Kawalan Imigresen

Sekarang ramai antara kita dh boleh pergi ke luar negara tanpa halangan kan? hepppp....haaa...jangan lupa ye..ada jugak yang tak boleh pergi last minute walau tiket dah beli dan status passport adalah dibenarkan ye..bukan semudah itu..sebabnya? kalau ada yang tiba-tiba tak lepas sebab ada hutang PTPTN atau bankrup atau ada masalah CITOS....memang tak lepas la....even ko menangis air mata darah kat airport pun memang korang tak leh gak pergi...nampak tak disitu betapa perkara ini amat penting....

Sebelum buat keputusan nak pergi mana-mana sila la semak status perjalanan korang...mudah je caranya....

1. login ke http://sspi2.imi.my/
2. masukkan kad pengenalan korang dan tekan button SEMAK tu


Tadaaaa.......alhamdulilllah....

Status tiada halangan akan keluar bila memang betul tiada halangan la kan...kalau sebaliknya memang akan keluar la benda lain kot sebab aku masukkan no kad pengenalan aku so memang status tu yang keluar...

Alhamdulillah..lega hati den...eh...check2 bagai ni ada nak pi mana-mana ke?
ish takde plan pun..tapi mana la tau akan datang nak pi honeymoon mana2 senang tak yah nak pening fikir...perancangan tu ada..laksananya ntah bila la...so apa2 memang kena check selalu...

Special thanks buat ACIK blogger sebab sudi kongsi laman web ni...so korang mana ada perancangan nak pi cuti-cuti ober the sea tu..check dulu status perjalanan korang eh....beringat sebelum kena kan?


Bahaya Tidur Dalam Kereta

Pernah buat?kalau tak pernah jangan sesekali buat..kalau pernah lepas ni tinggalkan tabiat ni ye...jom tgok apa yg bahaya...


Info Penting‼️ Sila Baca‼️

Apa jadi pun, jangan la tidur dalam kereta masa kereta tengah idle/tak bergerak sebab ianya boleh membunuh. Dah banyak kes sebelum ni orang mati sebab tidur dalam kereta, tapi masih ramai yang buat.

Contohnya bila rumah/office black out. Aku tengok ramai orang keluar rumah, start enjin, duduk dalam kereta sebab konon-kononnya panas takde kipas dalam rumah. Alahai, panas ape la sangat. Lain kali standby satu kipas jepun. Paling senang amik suratkhabar buat kipas.

Sama juga kat RnR highway especially waktu malam. Aku tengok ramai yang tido dalam kereta sambil engine dan aircond ON.

Tidur dalam kereta bahaya kalau:

1. Engine ON, aircond ON, tingkap fully tutup.
2. Engine OFF, aircond OFF, tingkap fully tutup.

Bila engine ON dan kereta idle dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas CO daripada ekzos boleh masuk ke dalam cabin penumpang. Ada dua cara CO membunuh, pertama ianya akan menyerap ke dalam darah bersama oksigen dan dipam ke seluruh badan dan merosakkan organ. Kedua CO akan bergabung dengan Oksigen membentuk CO2 (karbon dioksida). Maka oksigen yang tinggal akan berkurangan dan penambahan gas CO2 akan menyebabkan keracunan. Lebih teruk orang selalu tutup tingkap rapat bila ON aircond dan sebab nak tidur.

Kalau engine OFF, tapi tingkap tutup rapat, akan sebabkan kekurangan oksigen.

Boleh kalau nak tidur dalam kereta tapi tingkap tu kene turunkan sikit. Agak cukup tangan dari luar tak boleh masuk. Aku pun selalu kalau nak tidur aku akan OFF aircond dan turunkan tingkap sikit. Jangan turun banyak sangat, nanti pencuri boleh bukak dan kalau nak tidur, parking kat tempat yang ramai orang.

Bila korang terperangkap dalam traffic jem, mesti korang akan rasa pening kan? Mungkin korang ingat sebab kereta yang kerap bergerak dan berhenti, tapi sebab sebenarnya ialah keracunan CO. Masa traffic jem, penghasilan gas CO akan lebih banyak bila banyak kenderaan berkumpul bersama. Mungkin sebab ni la sampai 15 orang meninggal dalam jem teruk di Indonesia baru2 ni. Apa yang korang perlu buat bila rasa pening masa traffic jem, ialah bukak tingap sekejap dalam 30 saat. Bagi oksigen masuk sikit dan keluarkan CO dari cabin.

Kesimpulannya, elakkan la tidur dalam kereta kalau bukan hal emergency.

Perkongsian Nizam Nasir FB



Tuesday, July 12, 2016

Raya Yang Sederhana 2016

assalammualaikum...
Semua dah start keja? ke masih mood cuti? sakan korang beraya kan..tahun ni dugaan besar buat aku dan family...mak masih sakit..masih blom ada tanda2 sihat sepenuhnya..dia pun dh rimas kat hospital..tapi nak buat macam mana.

aku kehilangan momentum nak update blog..x tau nak mulakan dari mana...yang nyatanya semangat nak update blog sangat jatuh..macam-macam dugaan aku hadapi lately..tapi insyaallah aku kuat untuk hadapi...walau aku tak beraya sakan..buat jugak persiapan raya...tetap beraya cuma bezanya sambut kat hospital je...malam raya sebak bukan kepalang sebab buat pertama kalinya malam raya kami tanpa mak abah di sisi...syahdu sangat2...sekarang baru aku faham perasaan orang yg hilang ibu ayah..sedih memang tak terkata..

sempat masak dua jenis rendang ubtuk dimakan dengan nasi impit dan lemang..lemang beli je malam raya tu...


Rendang daging


Rendang Ayam Kampung

Allah tak turunkan dugaan pada umatnya andai dia x sayang kan...alhamdulillah..kami sekeluarga terpilih untuk menerima dugaan..takpe la tak beraya pun..bukan tahun ni je ada raya kan..tahun depan ada lagi...
semoga allah makbulkan impian kami nak lihat mak sihat seperti sediakala...ya allah...ringankan lah bebanan yang mak tanggung....sembuhkan lah dia seperti biasa..
Amin...


Friday, July 8, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari SA dan keluarga


Baru berkesempatan update blog...suram je blog aku ni..macam mana raya korang?seronok?
Tahun ni sambutan raya penuh syahdu, penuh kesedihan,penuh kedukaan..tapi aku sekeluarga redha...first time malam ray Mak Abah takde disisi...memang menguji jiwa raga...first time beraya di IJN..ingat x ramai mengalami nasib yang sama..rupanya ramai lagi yang senasib...
Dikesempatan ini aku menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini...andai ada terkasar bahasa dan kata sepanjang aku berblog...Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin...

Monday, July 4, 2016

Throwback Dulu dan Sekarang

Siapa lahir tahun ni leh gang...semua tu aku pernah tempuh...zaman aku kecik2 susah nk jumpa or dengar kes rogol ke culik ke..bebas kemana2...zaman skrg....hurm..leka skit kena culik..kena rogol, kena ragut..perkosa dan bunuh...beza sangat generasi dulu dan sekarang..aku merasa bebas berlarian ke sana ke sini menikmati zaman kanak- kanak...meniti tepian bendang, main perang- perang dalam kebun getah..main masak- masak, di kejar angsa..main congkak berlubangkan tanah..Indah zaman dulu..zaman sekarang anak- anak mana kenal permainan tradisional. Semua membesar dengan gajet..dengan segala teknologi moden...lama kelamaan semuanya pupus di telan zaman kan?



1- Kita yang lahir di tahun
50-60-70-80 an, adalah generasi
yang layak disebut generasi paling
beruntung.
Kerana kitalah generasi yang
mengalami loncatan teknologi yang
begitu revolusi di abad ini, dengan
keadaan usia prima.

2- Kitalah generasi terakhir yang
pernah menikmati riuhnya suara
mesin taip.
Sekaligus saat ini jari kita masih
lincah menari di atas keyboard pula.


3- Kitalah generasi terakhir yang
merakam lagu dari radio dengan
tape recorder.
Sekaligus kita juga menikmati
mudahnya memuat-turun lagu dari
gadget.


4- Kitalah generasi semasa kanak2
bertubuh lebih sihat dari anak masa
kini kerana mandi sungai, panjat
pokok, melastik burung, gasing,
guli, getah gerip, adalah permainan
yang tiap hari akrab dengan kita.
Sekaligus saat ini mata dan jari kita
tetap lincah memainkan pelbagai
game di gadget .


5- Kitalah generasi terakhir di masa
remaja yang pernah mempunyai
geng yang tanpa janji, tanpa telefon/
sms tapi selalu boleh berkumpul
bersama menikmati malam minggu
sepuasnya...
Kerana kita adalah generasi yang
berjanji cukup dengan hati.
Kalau dulu kita harus bertemu untuk
bergelak tawa bersama. Kini kitapun
tetap bisa ber ''😄😃😀😝😛😜
😂'' di grup Facebook/WhatsApp .


6- Kitalah generasi terakhir yang
pernah menikmati lancarnya jalan
raya tanpa jammed di mana-mana.
Juga naik motor menikmati segarnya
tiupan angin di jalan tanpa helmet di
kepala.


7- Kitalah generasi terakhir yg pernah
menikmati jalan kaki berkilo meter
tanpa perlu berpikir ada penculik yg
membayangi kita.


8- Kitalah generasi terakhir yang
pernah merasakan nikmatnya
menonton tv hitam putih dengan
senang hati tanpa diganggu remote
untuk pindah saluran sana sini


9- Kitalah generasi terakhir yang
pernah begitu mengharapkan
datangnya posmen menyampaikan
surat dari sahabat dan kekasih hati.


10. Generasi yg bawa RM0.10 - RM0.50
ke sekolah tapi blh makan sampai
kenyang kat kantin ...

Itulah kita....

Anda generasi itu?
Kongsikan ini kepada yang lain.
Biar yang belum tau menjadi tau
Biar yg pernah tau tetap ingat kalau mereka tau
Dan menikmati lagi indahnya masa lalu yang tidak semua generasi tau.

SUMBER GAMBAR DISINI

Saturday, July 2, 2016

Top Commentators June 2016


Lambat up pemenang..maaf sebab lambat up..sibuk jaga Mak Kat ward..

Tahniah but pemenang

Hadiah utama >Azlinda Alin

Saguhati 
1. Nadia Johari
2. Izzeyda
3. Inani Hazwani
4. El

Email aku alamat korang Kat 
Suriaamanda@yahoo.com






Friday, July 1, 2016

Menu Berbuka Ramadhan 24

Hi korang...ada yg dh balik kg ke...Seronoknya baca update korang yang buat persiapan Hari Raya..Sedangkan aku tak buat apa pun arrangement..Haih..panjang plak Membebel..korang jom tengok makanan untuk berbuka


Ada lauk beli..ada lauk masak...

Kari daging Tanpa Santan..beli..RM5


Daging ayam ngan sotong goreng Kunyit..adik ipar yg beli


Kangkung Ikan masin


Ayam masak cina..adik yg masak..


Sup kambing


Masak asam pedas Kepala Ikan jenahak


Murtabak...

Itu je Sempat Aku snap gambar...meriah lauk pauk Kami...ikutkan sikit je..Tp ada yg beli..Mana yg Tak hbis tu adik Aku bawak balik..but biasanya habis...

Korang yg dh balik kampung tu..selamat pulang ke kampung...Selamat Hari Raya..Maaf zahir batin....



Thursday, June 30, 2016

Rahsia Pikat Suami Dengan Sexy Lingerie

Nampak Sexy Nampak Mengancam Agar Suami Tak Keruan


Korang jangan kecam aku eh....sexy-sexy di bulan puasa..tak leh simpan citer ni..kena share cepat2 jugak..lagi cepat lagi bagus....ilmu ni...ilmu...ahaks...korang jangan lupa praktikkan..nak kekal bahagia kena ikat suami tu dengan keseksian korang..jangan tido nak pakai baju kelawar dan pakai bedak sejuk je...lari laki korang nanti...meh ikut style aku...kena ada sexy lingerie dalam wardrobe...bukan selai..bukan dua helai..kalau banyak lagi bagus boleh tukar2 ikut mood dan karakter korang kan..

Tengok tu..ada yang senyum tu....Malu lettew...Rileks la..keharmonian rumahtangga adalah perkara paling penting..nak plak kalau usia dah makin meningkat...Ilmu rumahtangga kurang...haaa...sebab tu la macam-macam hal sekarang kan...Jangan tak percaya..Salah satu punca perceraian adalah Kurang Kepuasan Sex.. 


Feeling aummm...dengan Sexy Lingerie


Tadaaa...ni pilihan aku warna hitam..tak sexy sangat tapi bila tersarung di 
badan terus aura sexy tu sampai..aura je la sampai..hehehe..teruja betul bila dah ada kat tangan...Selalu x pentingkan pun..tapi Sejak beberapa tahun ni memang belajar pakai lingerie.. masuk ni dh ada 5 pasang dh..takut weiii kalau laki lari...gigit jari nanti...


Suka dengan material satin lembut dan corak lace di dada..


Fabrik yang lembut dan sangat berkualiti setanding dengan yg ada di butik ternama..dengarnya kain di pilih dan di nilai oleh pemilik IG ini sendiri sebab beliau pentingkan kualiti dari kuantiti..sebab tu semua baju tidur dalam IG beliau cantik2 Dan aummm sangat...affordable luxury katanya..semua jenis pakaian dan rekaan didatangkan dari Guangzhou..


Nak beli tapi segan?

Ala korang...Sekarang ni kan semuanya dah senang..semuanya dihujung jari, so x perlu rasa malu atau segan sampai Tak Berani masuk butik atau pi kat section baju tidur kat mall dh..klik2 je apa yg korang order confirm sampai kat rumah..org pun tak nampak apa yg korang pilih dan fesyen mana yg menjadi idaman korang..

Jom tengok antara baju tidur sexy yang ada  yang sempat aku kongsikan


Tadaaaaa......cantik Tak?


Kalau korang jenis daring dan mempunyai watak nakal boleh je pikat suami korang dengan

 Malu nak sexy2 boleh je pakai yang Agak sopan skit..tapi macam tak thrill je kan..tak mencabar


Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik..


Yang macam ni pun cantik gak ni...suami bukak pintu bilik x sempat apa pun terus terkam...ahhh sudah...


Wah...Koleksi yang macam ni blom ada lagi la...kena beli gak ni..


Aummnyaaa kaler pepel ngan dusty pink ni


Baju tidur untuk Anak dara pun ada Ni ha...cantik2 lagi..


Pelbagai jenis corak ada...pilih je....kena belajar pakai dari sekarang supaya nanti bila dah bersuami takde rasa segan silu nak pakai lingerie sexy...


Bukan Setakat baju tidur sexy je tau kat IG ni..Haa meh nak citer pasal LOVE BITE ni....ini yang paling best sebab boleh memulihkan keintiman hubungan suami isteri..korang tengok gambar korang faham...fungsinya ada di kotak product....korang yang ada masalah miss V boleh guna..setiap malam bagai malam pertama tau....confirm tak mengecewakan korang suami isteri..Ingat....suami isteri je bleh guna...lain dari tu aku x nak amik tau..

Nak Cuba???


Teruja tak? suka tak?
Kalau suka boleh follow IG kat bawah ni...sure korang tak keruan...kang jadi macam aku...semua aku suka..semua cantik..cakap banyak pun tak guna korang follow je diorang...

Sales team : 018 24 88850

Sales team : 017 257 1281

Sales team : 018 24 888 50

No phone sale team : 018 24 888 50

Boleh follow facebook


Wednesday, June 29, 2016

Selera Plak Diorang Makan Dalam Mangkuk Jamban

Apa nak jadi dh sekarang ni...terlebih hipster ke nie...Astaga.. boleh plak diorang berselera makan dalam macam tu ha...makanan di letakkan dalam mangkuk jamban..kalau aku memang tak la nak makan...


Sedap ceduk lauk eh Kak..


Boleh Senyum lagi tu..


Dh elok2 Makan dalam pinggan nak Makan gak macam Ni...


Tgok no phone macam kat Indonesia

Gambar Sumber FB

Aduhai..boleh diorang happy giler Makan macam Ni ha kat cafe jamban....erkkkk...
Loya plak tekak Aku...Tak yah la nak ubah sangat kan..Konon new style...Konon hipster..diorang tau ke x maksud hipster tu....

Kalau macam Ni la food review..bayar Aku RM700 pun Aku x nak de....rentikan la....


Menu Berbuka Ramadhan 21

Sejak mak dalam hospital blog aku xde la citer lain kan...sure korang boring ye tak...Aku malas nak angkut laptop pi spital..mana nak layan mak aku lagi..dapat update pun bila mak tido,tido mak pun x tenteram..x lena sebab mak x leh bernafas..
Buat masa Ni x banyak bahan utk blog Aku nak plak Aku menghadapi masalah ngan blog Ni...Sejak tukar domain semua entry Aku lambat update kat timeline..so page views Aku pun jatuh merudum..apatah lagi unique visitor..takpe la...biar la dulu

Jom tengok menu Ramadhan ke 21 Aku...


Kari kambing


Hati ayam goreng berlada


Kangkung belacan


Sup Kepala Ikan jenahak untuk Mak 

That's all for now..mohon jasa baik korang doakan Mak Aku...tengok gaya memang Tak dapat keluar ward Raya nie..beraya kat spital la nampaknya..takpe dugaan bulan puasa kan....


Tuesday, June 28, 2016

Menu Berbuka Ramadhan 20

Hi korang...haih hari ni dh ramadhan ke 22 kan..x lama je lagi kita semua akan menyambut hari raya..minggu ni minggu akhir kerja..minggu depan dh ramai bercuti dah..termasuk la Aku...saje cuti awal..harap minggu ni Mak boleh keluar ward...lama sangat Dah Rasanya..dari 12hb ari tu Mak masuk ward..sedih sgt..nak Raya dh...

Jom tgok menu rutin berbuka Kami di IJN


Ikan baung masak lemak cili api


Sup cendawan


Telur dadar Dan Ikan masin tenggiri jeruk

Alhamdulillah rezeki masa tu...Makan ramai2 memang best...laju je makan...blom citer Ramadhan ke 21 lagi tu...masing2 Makan bertambah..Aku dari xde selera terus ada selera...masa Hari pertama Mak operation Kami Makan kuih je..pas tu decide bawak bekal..sebab kat spital mmg Takde Sgt orang jual makanan....


Monday, June 27, 2016

PESANAN BUAT ANAK DAN MENANTU

PESANAN DARI  MAK@MAK MERTUA kepada ANAK, MENANTU dan CUCU-CUCU jika balik beraya :



1⃣
Mak bukan org gaji yg kena sediakan juadah utk korang anak beranak..

2⃣
Mak bukan org gaji yg nak kena kemas tempat tido korang anak beranak..

3⃣
Rumah mak bukan 'TAMAN PERMAINAN'.. jadi kawal anak masing-masing..

4⃣
Mak bukan isteri perdana menteri yg ada simpanan berjuta utk sponsor makanan raya kpd korang anak beranak....

5⃣
Mak bukan ada kedai dobi layan diri utk basuh segala cadar yg ditinggalkan lepas raya nanti. Pandai2 lah cuci dulu sebelum balik kerumah masing-masing...

6⃣
Rumah mak bukan dewan parlimen, dimana ipar duai, biras miras nak kecik2 hati sesama sendiri....

7⃣
Rumah mak bukan 'HOTEL'.... diulang HOOTELLL..., MAK taulah korang dah bagi duit raya..... jadi SURUH bini masing-masing ringan²kan diri utk tolong keja di dapur..

8⃣
Jagalah aurat di rumah mak. Masa ni ipar duai biras miras yg bukan mahram pun ada...

9⃣
Jaga pergaulan antara anak2 kamu semua dgn sepupu mereka....ingat sepupu lelaki dan perempuan bukan mahram...

Last... Yg ke 🔟
Rumah mak ni bukan studio gambar ye....jadi janganlah sibuk nak selfie atau rakam gambar famili di pagi2 raya sampai terlupa nak ziarah rumah jiran2....

Yang ikhlas....

MAK dan MAK MERTUA
korang!!!
😁😁😁😁

Kaulah Raniaku Teaser 3


Berbumbung awan emas yang berarak,
Ada kamu yang memimpin aku,
Setiap jatuh bangunku bersamamu,
Kaulah Raniaku

REMY ISHAK . NORA DANISH . AIZAT AMDAN
AKAN DATANG
“RANIAKU”
20hb Julai 2016

#SRGRaniaku #safiraniagold #safimalaysia #raniaku


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah