Sunday, January 31, 2021

Popia Shredded Chicken Untuk Minum Petang Sabtu Airtangan SA

Hi korang

Sebenarnya dah agak lama tak buat popia shredded chicken ni, baru- baru ni anak buah SA si Dida buat voice note mintak tolong buatkan popia untuk dia. SA kalau dah ada permintaan dan anak pulak nak makan makanya gigih la SA buat. Kali ni buat sorang- sorang dari awal sampai la settle lipat popia. Cuma masa nak goreng SA mintak tolong  Kakak Dania yang goreng. Naasib kakak Dania dah pandai goreng kuih. Dah boleh harap. SA dah tak larat masa ni...berjam- jam duduk kat meja makan buat popia. Sampai tak jadi pergi jogging. 3 hari dah tak jogging ni...


Hasil gorengan kakak Dania


2 batang lobak merah hiris halus- halus


Sengkuang hiris halus


Dah settle hiris..


Tauge


Tumis dengan bawang putih, bawang merah, letak biji sawi, sos tiram, maggi cukup rasa dan sedikit garam.


Dada ayam goreng, dah sejuk shredded kan macam ni..masa goreng jangan letak garam cuma letak kunyit serbuk


jom kita lipat popia...


Siap dapat 40pcs..


Sos ni Mak yang buat...sedap...


Dah siap goreng...

SA memang kalau buat apa- apa memang akan buat banyak- banyak dan panggil semua balik rumah. Jamu semua makan...buat banyak- banyak makan sampai puas...SA sendiri makan 2 ketul je...badan dah penat kan...so bila dah penat SA memang takde selera nak makan....Settle menu untuk minum petang hari Sabtu. Seronoknya kami berkumpul ramai- ramai. lepak borak dan gurau senda ngan anak- anak buah petnag semalam. Walau apa pun kami tetap kekalkan SOP. Sebab kami tak ramai pun berkumpul dan tak lebih pun 15 orang.


8 comments:

  1. Sedap tu. Betul la SA biasanya kita masak kita tak de mood sangat nak mkn. Jamaah sikit je. Lebih nikmat tengok orang makan. Bila habis lagi la seronok.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap dan menyelerakan
    selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  3. sedap kak, allahu terliur saya

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Lama dah tak makan popia.

    ReplyDelete
  5. nampak sedap kak.. sihat menu ni byk sayur

    ReplyDelete
  6. mesti sedap sebab ada hirisan ayam...

    ReplyDelete
  7. Uihh menyelerakan kak SA! sedap ni!

    ReplyDelete
  8. Lobak merah, sengkuas dan taugeh tu memang selalu jumpa dalam inti popia, tapi biji sawi baru pertama kali nampak. Nanti nak cuba. Terasa letup2 bila tergigit biji sawi.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah