Wednesday, January 27, 2021

Dehydrated Semasa Jogging

Hi korang...

Siapa yang follow SA dan tau rutin penjagaan kesihatan SA faham apa yang SA alamai selama ini. SA memang cut sugar dan caffein. Dah 2 tahun lebih SA memang kurang mengambil minuman manis dan menjaga pemakanan. Tetapi jangan tak ambil manis terus..kandungan gula dalam badan adalah sangat perlu.

Demi menyahut cabaran coach I***N untuk dapatkan 3.15KM tu ha..SA mengalami kesukaran hari ni dimana tiba2 SA diserang dehydration..menggigil!!air liur rasa pahit...dan itu mmg tanda2 SA nak pitam..SA stop kat padang bola..betulkan pernafasan..pandangan dah kabur tapi cuba untuk tak panik..berdiri..breathing in and out..tarik nafas..hembus and tarik nafas lagi...rilex 10 min lepas tu dh ok..sedar2 nak senja dh..ya allah..DIA dh hint suruh balik la tu..slowly sambung briskwalk and balik..hari ni jogging sorang-sorang, kakak Dania malas nak ikut..syukur takde apa2 berlaku..moral of the story...kena minum air manis sblom jogging or standby gula-gula...













 
So lepas ni SA kena berhati- hati...tak cukup rehat pun yer jugak tu...SA minum air putih memang banyak. Sehari 2 botol besar mineral water 1.5 liter. SA memang minum air mineral berbanding air paip yang dah di masak. Semalam jugak SA check kandungan gula dalamdarah dan ternyata sedikit rendah dengan bacaan 4 mmol/L  sahaja berbanding sebelum ni 5-7 mmol/L . Bacaan normal kandungan gula dalam darah  bagi individu yang tiada diabetes berada pada aras di antara 4 mmol/L dan 7.8mmol/L.Jika bacaan gula tidak diurus menerusi amalan gaya hidup sihat atau pengambilan ubatan, jumlah gula dalam darah akan meningkat dan perlahan-lahan boleh merosakkan saluran darah. Ini seterusnya mengakibatkan komplikasi serius seperti penyakit jantung dan kegagalan buah pinggang.

Jom sama- sama kita ambil tahu tahap kesihatan badan kita. Amalkan pemakanan sihat dan teruskan amalan bersenam setiap hari.

Akhirnya SA berjaya menyahut cabaran coach SA sehari jogging 3km at least. Bukan senang ye nak dapatkan 3km setiap hari...banyak faktor yang buat selalu gagal...hehehe...

11 comments:

  1. bahanya kak.. kalau nk pi jogging make sure jgn perut kosong ye. at least minum milo O pun xpe

    ReplyDelete
  2. Gula tu sumber tenaga. Sape yang rendah kandungan gula baik prepare dan hati-hati bila melakukan aktiviti luar kerana boleh menyebabkan pitam dan pengsan tiba-tiba. Kerana nak sihat nanti sakit lain pulak yang dapat.

    ReplyDelete
  3. bahaya kan klu badan tak cukup air ni.. huhuhuh

    ReplyDelete
  4. baguslah SA alert tentang penjagaan kesihatan...dh jd mcm akak ni dh terlambat..hidup bergantung pd ubat2an

    ReplyDelete
  5. Memang kena banyakkan minum air masak untuk elakkan dehydrated.

    ReplyDelete
  6. Bahaya gak tu.. Lagi2 kalau jogging sorang-sorang. Thanks share tips. Tak mampu nak tiru SA, sy jogging seminggu sekali je. Tu pun sekadar 1km. Semoga terus sihat. Sugar saya boleh cut, tapi caffein masih struggle

    ReplyDelete
  7. Akak jaga diri tau, memang betul makan gula terlalu banyak memnudaratkan kesihatan tapi dalam masa yang sama badan kita juga memerlukan gula.. stay safe yea kak...

    ReplyDelete
  8. saya da lama tak jogging kak...huhuhuhu..teringin nak pergi taman jogging tapi jauh lebih 10km..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah