Sunday, January 31, 2021

Kalau PKP Tak Bersambung..Bagaimana Dengan Kes Yang Kian Meningkat?

Hi korang...

Dua hari ini kita semua di gemparkan dengan jumlah harian  kes Covid-19 yang mendadak naik ke angka 5k. Buntu dengan pertambahan kes ni meningkatkan kebimbangan. Rekod tertinggi setakat semalam, 5728 kes jangkitan baharu, 13 kematian semalam. Pening SA tengok jumlah peningkatan ini dan apa yang bermain difikiran adalah dari mana datangnya semua jangkitan ini sedangkan negara kita sedang mengamalkan PKP.

Penularan kes jangkitan baharu Covid-19 di negara ini kian membimbangkan apabila 5,728 kes positif dilaporkan hari ini menjadikan ia rekod tertinggi jangkitan virus itu dalam tempoh 24 jam. Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulutif kes Covid-19 di Malaysia kini meningkat kepada 209,661 kes.

Seram kan? Makin lama makin tinggi seperti yang telah dijangkakan. Sekarang nak keluar kemana- mana pun dah jadi risau walau SA masih tinggal di zon hijau. Wabak macam ni sememangnya tidak dijangka dan tak boleh diagak. Kuman Covid 19 ni kita tak nampak. Risau kalau ada dikalangan kawan- kawan, keluarga atau anak dijangkiti. Hospital dan pusat-pusat kuarantin pun semakin penuh. Ada yang baru- baru ni kawan SA dijangkiti terpaksa kuarantin diri sendiri di rumah akibat tiada tempat di hospital.

Laporan Peningkatan Kes 30 Januari 2020




Laporan peningkatan kes 29 Januari 2020




Tempoh PKP akan berakhir pada 4hb Februari nanti...4 hari jer lagi. Apakah PKP masih bersambung?
Bagaimana dengan kes yang kian meningkat seandainya PKP tidak bersambung. Menjadi persoalan di hati SA memandangkan banyak kelonggaran telah di maklumkan. Sekiranya SOP tidak diperketatkan seperti sebelum ini adakah kes akan berkurang?

Kes meningkat adakah kita tidak mengamalkan SOP? Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, 3,805 kes sembuh dilaporkan semalam menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 161,527.
Syukur alhamdulillah, walau kes meningkat, kes yang sembuh juga naik mendadak. 

Untuk kita semua...teruskan menjaga SOP. Amalkan kehidupan yang sihat dengan menjaga kebersihan.
Kerap membasuh tangan dan jangan lupa terus memakai pelitup muka sekiranya berada di kawasan yang ramai orang atau kemana sahaja kita pergi...

Kita tunggu laporan terkini kes Covid-19 hari ini. Harap -harap semakin menurun.

#kitajagakita

7 comments:

  1. betul tu, takut tengok kes sekarang. selangor je dah 3k lebih...

    ReplyDelete
  2. pkp pun takde effect apa. kes makin naik lagi ada la :(

    ReplyDelete
  3. tu lah kak..rasa macam dah patuh SOP sangat2 ni..tapi tetap kes naik jugak ek..seram sangat...

    ReplyDelete
  4. Risaunya tgk angka tu.. kenanada kesedaran jgn harap kerajaan aje kak.. kitajaga kita

    ReplyDelete
  5. Penguatkuasaan perlu diperketatkan sekiranya pkp bersambung lagi...

    ReplyDelete
  6. Sama la risau tgk.. Harap bersambung la..

    ReplyDelete
  7. Semakin membimbangkan.... walau di mana jua kena jaga SOP...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah