Tuesday, January 26, 2021

Norma Baru Belajar Online Sangat Mencabar

Hi korang...

Kaedah pembelajaran di musim pandemik sekarang sangat merisaukan ibu bapa kan?Maunya tak risau. Sebelum MCO anak- anak belajar secara face to face di sekolah dan boleh more focus dari online class. Cikgu pun masih adapt dengan suasan pembelajaran secara online class atau PdPR yang diperkenalkan dimana anak- anak akan berjumpa di google meet. Bukan semua satu class boleh response kat situ dan bukan semua yang cikgu boleh bagi perhatian penuh. Kau lambat kau tertinggal dan terpaksa whatsaap sendiri cikgu tersebut. Kalau jenis ibu bapa bekerja dan anak tinggal ngan atuk nenek mereka? Siapa nak pantau? Yang kehidupan tak berapa selesa? adik beradik ramai dan semua bersekolah. Gadjet hanya ada 1 dan waktu belajar agak lebih kurang sama. Macam mana? Kan?

SA pun terfikir..cikgu pun ada anak- anak kecik. Pun ada masalah jugak nak buat kelas online kan...takkan nak buat kelas online waktu malam?Waktu anak- anak tidur?Semua tu bermain di fikiran. Sebab tu Si kembar SA suruh diorang datang hari- hari kat rumah dan belajar dengan kakak Dania. At least kakak dania sedikit tegasdan sedikit garang. Diorang mendengar kata dari dibiarkan handle sendiri kat rumah atuk nenek diorang kan.Kat sana tiada siapa yang boleh pantau. Dari belajar nanti jadi main- main. Inipun online class SA tengok semua nak bercakap...hahaha...namapun budak -budak kan.



Musibah yang melanda negara sedikit sebanyak memberi impak terhadap penggunaan sistem pembelajaran dalam talian di sekolah. Bermula dengan penutupan sekolah akibat jerebu yang melanda beberapa negeri di Semenanjung dan terkini, penularan COVID 19 yang melanda seluruh dunia sudah memperlihatkan peningkatan mendadak penggunaan pembelajaran dalam talian bagi menggantikan pembelajaran dalam bilik darjah. Berdasarkan senario ini, boleh disimpulkan bahawa kebanyakan guru dan murid sudah terdedah dengan pembelajaran dalam talian, namun bagi memastikan penggunaan secara menyeluruh, beberapa isu pokok yang sering dibangkitkan, antaranya kemudahan infrastruktur termasuk peralatan mencukupi serta akses kepada capaian internet perlu diberi perhatian. Ada keluarga yang mampu menyediakan bahan pembelajaran dan ada yang tidak mampu memandangkan anak- anak ramai dan ibu bapa sendiri tidak berpendapatan tinggi untuk menyediakan kemudahan pembelajaran dimana anak- anak terpaksa berkongsi atau terlepas pembelajaran. 




Pembelajaran dalam talian amat memerlukan disiplin murid yang tinggi serta sokongan dan dorongan yang kuat daripada guru dan ibu bapa. Antara faktor yang menyumbang kepada hilang tumpuan murid ialah persekitaran di rumah yang tidak sesuai untuk pembelajaran, bahan pembelajaran tidak menarik, masalah capaian internet, kegagalan peralatan teknologi yang digunakan, penjadualan tidak sesuai, kurang sokongan ibu bapa dan murid yang lemah dalam mata pelajaran. Bagi meningkatkan perhatian dan kehadiran murid ketika pembelajaran dalam talian, guru boleh menyediakan bahan pembelajaran yang menarik dan sesuai, sama ada dalam bentuk video, lembaran kerja, animasi dan sebagainya. Kandungan pelajaran yang banyak juga boleh dipecah kecil bagi memudahkan murid memproses maklumat dan mengurangkan masa pembelajaran mereka. Aktiviti permainan dalam talian juga dapat meningkatkan tumpuan murid dan pemberian ganjaran bagi setiap aktiviti atau soalan yang dapat dijawab oleh murid boleh meningkatkan motivasi untuk belajar. Guru juga harus sedia merakam pengajaran yang dilaksanakan secara sinkronus bagi mengelak murid tercicir. 

Ibu bapa juga tidak terkecuali memainkan peranan penting dalam menyokong pembelajaran anak dengan menyediakan kemudahan asas untuk mereka belajar di rumah seperti talian internet, komputer atau telefon pintar dan ruang pembelajaran selesa. Di samping kemudahan fizikal, ibu bapa juga perlu bersedia memainkan peranan sebagai fasilitator serta memberi galakan dan motivasi kepada anak, mewujudkan jadual pembelajaran yang khusus di rumah juga membantu anak mengurus aktiviti pembelajaran mereka, sama ada secara dalam talian atau kendiri.

Jom la kita sama- sama memastikan anak- anak kita tidak tertinggal dalam pembelajaran. Kita sebagai ibu bapa perlu berkorban masa dan tenaga untuk memastikan anak- anak kita tidak ketinggalan. Sesungguhnya wabak Covid 19 ini mengubah kehidupan kita semua. 


17 comments:

  1. Semoga anak-anak dapat terus beradaptasi dengan kaedah pembelajara begini. Harap tidak adalah yang ketinggalan.

    ReplyDelete
  2. Sangat kannn.. adik-adik pun dah tak tau nak merungut macam mana, nak taknak kena redha.. naik ijo muka Mak ngajo hahahaha

    ReplyDelete
  3. Betul tu dahlah kena belajar dengan suasana dirumah, kena ada line internet... nak beri keselesaan pada mereka parent kena usaha sediakan semuanya.. (sob sob sob sedihnya bila covid nak hilang nih?...)

    ReplyDelete
  4. Perubahan 360 darjah dalam segenap rutih kehidupan baik pekerjaan, pendidikan dan cara hidup kan SA. Kawan-kawan PC yang guru pun masing-masing pening dan kadang anak-anak mereka sendiri dah macam tercicir perhatian sebab mak ayahnya fokus pada anak murid sendiri dan ibu bapa anak murid.

    ReplyDelete
  5. norma baru. anak DP pun sama sekarang- hari-hari kena pergi sekolah online. tak best, tapi kena terima norma baru ni, sebab kat luar lagi bahaya

    ReplyDelete
  6. mugo dipermudahkan urusan anak2 kita semua dlm pembelajaran yg penuh cabaran skrg nih., aminn

    ReplyDelete
  7. betul2, first day hari tu anak buah nieyl darjah 1, class on9 untuk kali pertama,huru hara juga...hehehe

    ReplyDelete
  8. KPM kena lakukan sesuatu untuk mengatasi banyak masalah PdPR ni

    ReplyDelete
  9. Kita perlu terima dan biasakan diri dengan perubahan. Perubahan perlukan pengorbanan. Cumanya kena teliti masalah ini dari sekecil-kecil hal hingga ke atas. Bagi yang tidak berkemampuan memang jadi masalah pada mereka untuk mengikuti peredaran masa ini.

    ReplyDelete
  10. Kita perlu terima dan biasakan diri dengan perubahan. Perubahan perlukan pengorbanan. Cumanya kena teliti masalah ini dari sekecil-kecil hal hingga ke atas. Bagi yang tidak berkemampuan memang jadi masalah pada mereka untuk mengikuti peredaran masa ini.

    ReplyDelete
  11. Norma Baharu : Peluang untuk kita belajar benda baru. Bukan sahaja untuk anak-anak. Kita ibu bapa pun sama. :)

    ReplyDelete
  12. tu la kak mmg mencabar zaman sekarang ni. pdpr kat umah dgn mak ayan yg tengah bekerja dan anak kat umah mmg stres oo

    ReplyDelete
  13. yg dh besar pn bnyk ragam kan..suzie anak kecik lagi pn abg dia nak online mencabar bila ada adik dia kat sebelah..hehe

    ReplyDelete
  14. Memang mencabar semua pihak. Anak-anak, ibu bapa dan lagi teruk guru. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Apa pun, good luck untuk semua.

    ReplyDelete
  15. Harini, saya rasa mental koyak kak , penat to the max rasanya.

    ReplyDelete
  16. memang mencabar untuk guru dan pelajar utk belajar dalam norma baru ni. semoga dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  17. betul kak.. mak nye pun stress sgt ni. mmg mencabar belajar online ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah