Saturday, May 31, 2025

Tahniah Dania Dean List Sekali Lagi Dengan GPA 3.62

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Allah S.W.T..

Tiada hadiah yg lebih istimewa untuk ulangtahun kelahiran SA 6 June nanti selain mendapat perkhabaran Dania lulus dengan kesemua subject mendapat Cemerlang dan Sangat Cemerlang..



Kamu kebanggaan Mama dan Uncle!!


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat dan rezeki yang tak ternilai ini. Tahniah yang setinggi-tingginya buat Nia, anak tunggal SA yang telah berjaya cemerlang dalam peperiksaan semester 3. Semua subjek lulus dengan cemerlang dan sekali lagi berjaya meraih tempat dalam Dean’s List untuk kali kedua!

Sebagai Mama, SA amat bangga dengan usaha, semangat, dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang pengajian. Kejayaan ini bukan hanya kerana kepintaran, tetapi juga kerana ketekunan dan kesungguhan yang tidak pernah luntur.

Teruskan melangkah dengan yakin, jangan mudah berpuas hati, dan sentiasa merendah diri walau setinggi mana pun pencapaianmu. Ingatlah, ini hanyalah permulaan kepada lebih banyak kejayaan yang menanti di hadapan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak pencapaian gemilang di masa akan datang. Mama dan Uncle sentiasa mendoakan kejayaanmu dunia dan akhirat.

Tahniah sekali lagi, anakku. 

Kami berdua  sangat bangga dengan kejayaan awak....


Resepi Puding Jagung Susu

Assalamualaikum...

Entah kenapa dalam pada x sihat ni tekak nak makan puding jagung plak..sampai mimpi mimpi dibuatnya....

SA cuba la buat puding jagung...hari tu buat x jadi...boleh makan tapi macam bantat...hahaha...SA google je resepi...x derhaka pun..ikut je resepi tu bulat2..tak menjadi jugak...aduhai..SA ni emang x berjodoh la buat puding ke..buat kek ke..

Apapun sebab dh mimpi kan...SA nak cuba jugak buat ni...sementara tu SA share resepi dari telegram dulu ye...kejap lagi SA nak buat...tengah tunggu suami balik bawak tepung kastard jap...

SA share resepi dulu ye...resepi yg ni sukatan guna tin jagung tu...senang kot...




RESEPI PUDING JAGUNG SUSU


Bahan-bahan :

1 tin jagung manis (jagung cream)

1 tin tepung kastard

1/2 tin gula

1/2 tin susu pekat

1/2 tin susu cair

1 tin setengah air

Garam secubit


* Sukatan guna tin jagung tu je


Cara buat :

1. Satukan kesemua bahan dan kacau sebati di dalam periuk. Kemudian baru di letak atas dapur dan guna api kecil.

2. Semasa memasak, gunakan api kecil dan sentiasa kacau adunan untuk elak dari adunan berketul-ketul. Jangan guna api besar nanti hangit dan berkerak pada lapisan periuk.

3. untuk pastikan adunan puding dah elok masak, bila gelembung kecil yang meletup letup dan bila kita kaup balik adunan puding, ia jatuh lambat seperti berketul pada permukaan senduk. Tapi kalau laju dan seperti bertali, tu tandanya masih belum masak.

4. Bila dah mendidih masak, tutup api dan terus tuang ke dalam loyang. Tak perlu tunggu sejuk.

5. Ratakan permukaan puding di dalam loyang. Sejukkan kat luar dulu, baru masuk dalam peti sejuk. Nak makan baru potong.


Kredit : Empunya Resipi


MLCA Ikan Keli Lauk Lunch Hari Ini

Assalamualaikum..

SA siap masak pukul 12.30pm td...dalam pada x sihat tu SA paksakan diri masak gak...tinggal berdua dengan PZ...suami dan Dania kerja kan...lepas makan ni kang SA nak tido kejap...PZ ada program kat surau malam nanti...sebab tu SA x jadi pi Bangi rumah Acu petang ni...esok aje la pergi nampaknya...Lissa dan family pi dulu...

So SA masak lauk simple je...PZ dari minggu SA WFH tu mintak buatkan sambal terung...ada kangkung secekak dh nak layu SA buat kangkung belacan..dan ikan keli SA buat MLCA campur air limau kasturi skit pun permintaan PZ gak...


Masak lemak cili api ikan keli...

Kangkung goreng belacan

Sambal terung 

Kejap lagi SA dan PZ makan...leaps tu nak makan ubat and tido jap...rehatkan badan selepas penat WFH...penat ye WFH..lepas tu masuk office 2 hari je...lepas ni jangan la ada program2 yang memerlukan kami pekerja swasta WFH....susah dibuatnya....lagi penat WFH dari bekerja di office....WFH ni mama nak masak lagi...kemas rumah lagi...kerja office lagi...banyak kerjanya....

Ni cuti 3 hari korang kemana?



 


Lepak Rehat Hari Jumaat

Assalamualaikum...

Office SA memang sejuk...sejuknya sampai terasa ke dalam tulang...x best betul sebab x selesa..tapi ada tempat2 yang menghadap matahari yang buat rasa lega skit...macam corner menghadap ke KL Sentral dan hospital CVS ni...pantry pun best gak lepak..

Lepas makan semalam..office kan xde orang time rehat Jumaat...SA lepak kat tepi ni dh macam tengah sunbath je...1/2 jam SA kat sini berjemur..lega sikit...tapi bila balik ke tempat SA sejuk semula..heater yang SA beli pun x mampu hangatkan SA...geram je...

Sempat SA snap gambar semalam..



Ni kat area Pantry, bleh nampak Kondo ni...kadang bleh nampak orang mandi kolam..cuaca panas kat luar xde la kot orang mandi tengahari buta kan..


Nampak Brickfields dan jugak post office...


Awan cantik semalam..langit pun biru je...


Selfie kat area corner yg SA cakap tu...

Hari Jumaat je la bleh lepak sini...orang xde...hari hiasa orang lalu lalang x selesa....

Dah macam-macam SA buat untuk rasa sedikit warm kat office, beli heater x membantu..pakai jaket tebal pun x membantu..suami bagi jaket dia pi oversea dulu pun sama gak...masih x bleh buat SA warm...kadang kena pi keluar office lama skit...jenuh kesejukan...dah tua-tua ni memang x tahan sejuk..acaner nak pi bercuti tempat sejuk ni kan? Hahahah...


Mee Goreng Basah Sarapan Pagi Ini

Assalamualaikum...

SA rasa x sihat dari malam semalam ..tekak tetiba sakit...x kan sebab makan blueberry semalam tekak jadi sakit kan ..memang dari office SA x sedap tekak dan x sedap badan...memang malam semalam SA demam..suami cakap panas sangat badan ...

Pagi ni Dania dah start kerja part time...seawal pagi dia dh keluar rumah...SA bangun dia dh pergi kerja dh...memang tekak SA sakit betul....jangan la tonsil lagi..SA serik dah kena tonsilitis ni...suami nak pi kerja..SA buatkan sarapan dulu...SA memang dah plan nak buat mee goreng pagi ni ...


Mee goreng basah...


 Teh o panas


Dah sarapan dengan suami tadi...dah siapkan bekal dia...suami dh pergi kerja, SA makan ubat..now baring kejap...rasa nak lelap kejap kang bangun nak masak plak ..x tau la hari ni nak masak apa...ikut mana yang larat aje la jap lagi kan...sementara SA nak blogwalking jap....

Baby TS dh keluar ward semalam..seronok abang dan kakak dia...insyaallah esok SA pi melawat diorang...bawak atuk sekali ...biar atuk tido sana semalaman...Mak Yang pergi sana petang kang....diorang je tido sana..x dapat la SA nak tido sana..Acu tengah pantang kan..nanti ramai2 x selesa plak...


Friday, May 30, 2025

Tomyam Seafood Menu Dinner

Assalamualaikum...

SA sakit tekak!!!

Tiba-tiba je sakit tekak..perit dan rasa macam ada kahak pekat..aduhhhhh..x kan tonsil ni sakit balik...tetiba je plak...

Balik kerja tadi jammed, SA suruh suami ikut Ainsdale nyer tol..kat situ ada kedai tomyam Balqish tu..SA mintak suami belikan tomyam seafood...tomyam dia sedap kat tekak SA la....

Balik rumah tengok PZ masak sup ayam....then SA goreng telur dadar je...cukup la...ada tomyam mesti ada telur dadar kan..gandingan serasi namanya...



Tomyam seafood untuk 2 org makan ..


Sup ayam


 Telur dadar....


Tomyam nya sedap la macam biasa...cuma x pedas...lepas tu isinya banyak...sotong, udang dan lala....x rugi la beli RM20 harganya...untuk sorang makan RM10...

Alhamdulillah...rezeki malam ini....

Tapi tekak tetap sakit...jangan macam2 duhai tekak....tau tengah musim sakit ni..awak baru je nak elok....


Bekal Lunch SA Hari Ini..

Assalamualaikum..

Kan dah cakap PZ semalam masak MLCA ikan bawal emas...sedap giler plak tu..nasib PZ masak lebih...so dapat la SA bawak bekal hari ni...kali ni MLCA PZ lain macam sedapnya...rasa x cukup plak nasi sesenduk hahaha...

Jom tengok bekal SA...



Nasi sesenduk je


MLCA Bawal Emas campur terung


Buah Blueberry dan Pear...habis dah stok kat opis


SA makan kat pantry level SA je...


Kali ni SA makan kat pantry sebab tempat SA sejuk mcm dlm kilang ais..kat pantry ni panas skit sebab memang mengadap matahari...Jumaat kan...makan sorang- sorang je...dan memang kebiasaannya SA memang sorang..xde la nak keluar..malas nak beramai- ramai kat NuSentral tu...rimas..dah biasa lepk je kat office, bila keluar sesekali dah jadi rambang mata..dari tak perlu shopping dah kena shopping...hahaha...sebab tu kalau perlu aje SA pi NuSentral tu..masa bujang dulu bleh la x banyak commitment..kan?


Readers Tanya SA Jawab #1

Assalamualaikum...

Macam seronok plak nak buat sessi readers tanya SA jawab ni...rasa macam dekat dengan readers...nak reply semua komen selalu kekurangan masa..better buat sessi ni so senang...win win situation, boleh jawab soalan dan boleh hasilkan entry gak...

So...untuk soalan pertama sessi ni...jom kita jawab soalan dari readers ni...readers baru kot ni..sebab x pernah nampak dia komen sebelum ni...




SA x pakai camera canggih pun...semua gambar2 dari camera handphone..handphone pun x canggih...kadang-kadang gambar dari Iphone Dania...Dania pun pakai Iphone yang mid-range je...lupa plak Iphone apa dia guna.. 

Jom tengok handphone apa yang SA guna...

 

Redmi Xiaomi 13C


Samsung Galaxy A33


SA x pandai sangat setting camera, kadang sempat setting dan kadang tak..apa yang ada je kat dalam hp tu...for me hp ni x kisah jenama apa yang penting pandai guna..especially camera...yang penting kena tau teknik dan kreativiti...

Gambar Cantik Tak Semestinya Kena Guna Handphone Mahal

Sebut je gambar cantik, ramai yang terus terbayang kamera canggih, lighting ribu-riban, dan telefon pintar harga lima angka. Tapi percayalah, gambar yang cantik sebenarnya lebih kepada “mata” yang ambil gambar tu – bukan semata-mata jenama di tangan.

SA sendiri guna handphone mid-range je. Bukan dari jenama popular yang selalu keluar iklan besar-besar tu. Tapi gambar? Alhamdulillah, ramai yang puji. Siap ada yang tanya, “Eh, ambik gambar ni guna iPhone ke?” 😎 Hehe....memang tak la..x mampu Acik de....

Jadi, hari ni SA nak kongsi sikit tips mudah untuk hasilkan gambar cantik walaupun guna handphone biasa-biasa je.


5 Tips Gambar Cantik Guna Handphone Bajet

1. Cahaya Itu Segalanya
Cahaya yang cukup (natural light especially) boleh buat gambar nampak mahal. Ambil gambar waktu pagi atau petang (golden hour), sebab masa ni cahaya lembut dan flattering. Elakkan guna flash kalau tak perlu.


2. Jangan Zoom, Dekat Sendiri Pada Subjek
Zoom digital selalunya buat gambar pecah dan tak jelas. Kalau boleh, gerak je lebih dekat ke subjek. Gambar lebih tajam dan detail lebih “pop”.


3. Bersihkan Lensa
Ini basic tapi ramai terlepas pandang. Lap sikit lensa sebelum ambil gambar. Kadang-kadang blur tu bukan sebab kamera murahan, tapi sebab cap jari penuh kat lensa 😅.


4. Main dengan Sudut (Angle)
Ambil masa untuk cari angle yang menarik. Kadang-kadang dari bawah sikit, atau dari tepi boleh bagi impak besar. Jangan takut nak eksperimen.


5. Edit Sikit-Sikit Je Dah Cukup
Guna apps free macam Snapseed, Lightroom Mobile atau VSCO untuk naikkan sikit brightness, contrast, dan sharpness. Tak perlu over-edit, nanti nampak tak natural. Less is more!


Moral of the story, jangan risau kalau handphone kita bukan dari jenama popular. Yang penting kita tahu teknik asas dan rajin explore. Kadang-kadang, gambar paling cantik tu datang dari momen paling simple dan dengan cahaya yang betul serta vibes yang ikhlas.

Ambil gambar untuk simpan kenangan, bukan semata-mata nak impress orang. Bila kita ambil gambar dengan hati, hasilnya pun automatik jadi “cantik”.

Kalau korang ada tips lain atau nak share hasil gambar korang guna phone bajet, drop kat komen ya. Sama-sama kita kongsi ilmu dan inspirasi 😊

Settle sessi #1...nanti SA buat entry seterusnya ye...nak tengok komen- komen korang dulu...kita tengok siapa yang kena...meh la kalau ada soalan yang terbuku dihati yang dah lama korang nak tanya tapi x tertanya...insyaallah mana yang SA boleh jawab, SA jawab ye....

Pogedil By Dania

Assalamualaikum..

Inti bergedil yang SA buat minggu lepas ada balance satu tipuware...Dania mintak belikan kulit popia..so SA balik kerja semalam nampak dia duk menggulung Pogedil...buatlah nak..benda makan kan...SA tolong buatkan kicap cili aje..adeh...terbuat pedas plak sebab SA guna cili api hijau dan merah...jenuh la menahan pedas tapi sedap..

Ikutkan nak beli instant brownies mix yg mummy Ayu share kat blog dia kat Jaya Grocer, dah satu jalan dan arah kan..leka plak tgok movie laki bini terus sedar2 dah sampai rumah...aduhai...dh masing-masing saling salah menyalahkan....geram betul tau....esok lah nampaknya beli...



Pogedil dh siap goreng


 Kicap cili...pedas tapi sedap (matilanak puji sendiri)


Esok x tau la jadi ke tak Nia pi keja..dh kena gegata plak..x surut2...risau plak SA dibuatnya..dh amik injection dan dh makan ubat tapi x membantu katanya..makin bertambah..kang pi keja macam mana nak served org kalau badan dah gatal2 kan..kesan bintat satu badan dia buat SA seram tengok
Nasib bahagian muka x kena..SA suruh tengok dulu macam mana..kalau x boleh jugak..x yah la pi keja..duduk je la rumah...dh apa plak citer kan kalau nak keja tapi tergaru-garu...

Gegata atau sesetengah orang sebut Kelopak Garam dan ada yang kata kena Sembur Pontianak...kena hama kucing kot..sebab 2-3 hari ni berkepit je dia ngan si Brown....


Thursday, May 29, 2025

Bekal Lunch Hari Ini

Assalamualaikum....

Hari ni SA bawak bekal macam biasa memandangkan lauk left over ada banyak..nasi SA masak baru sebab nasi habis malam tadi...

SA bawak nasi skit, lauk kari kambing tu...lepas tu bawak buah beli kat Jaya Grocer semalam.

Update baby TS, baby kena tahan ward sebab kuning tinggi...sian baby...mesti dia rasa lain ibunya takde disisi...Ibu boleh keluar ward petang ni...baby je kena tahan ward...alahai...sabar jer la....SA x boleh la bab- bab macam ni...kesian kat baby....


Nasi sesenduk lebih skit


Kari kambing bila dh jadi left over lagi sedap..semerbak bau kat opis masa SA panaskan tadi...maafkan saya kawan2..hahaha...


Boss WTE bagi sorang satu... Apple Pie dari Huckleberry


sedap...SA suka walau sedikit manis...mewah rasa apple dan serbuk cinnamon..


Beli Pear ni 2 biji je...sebiji RM3.90..sebiji makan hari ni...esok makan lagi sebiji...SA letak kat meja SA je...


 Dah macam masak betul..lembut je isinya..okey je pada SA memandangkan hari2 perlu makan buah...


Alhamdulillah kenyang..rezeki apple pie plak ...syukur nikmat...terima kasih boss WTE yang belanja...

Kat rumah x tau la PZ masak apa....confirm MLCA dia....hahahah..malas nak tanya Nia...


Sarapan Semalam, Lupa Share

Assalamualaikum...

Semalam SA masak nasi goreng biasa je dan buat cekodok kuchai...kegemaran PZ ni cekodok ni ..x buat banyak..guna tepung 3 senduk je...cukup la tu untuk kami bertiga...suami SA awal pagi dah pi keja...

Nasi goreng SA tu Dania yang habiskan..sebab x banyak pun nasinya..syg plak nak bagi burung merpati kat belakang makan...so SA goreng, tumbuk bwg merah bwg putih dan cili api skit..tumbuk gak ikan bilis...tumis, pecah telur gaul nasi dan perasakan dna siap...



 

Cekodok kuchai cicah dengan balance sambal kerang...tak habis cekodok..SA makan sebelum lunch dengan PZ cicah kuah kari kambing...habis licin..hahahaha...sodap...

Ada orang komen..SA x tau la sape..anonymous...malas nak suruh IT tolong detect IP address dia..SA x nak tau siapa dan aap masalah dia ngan SA...SA tau dia baca blog SA ni ..

1. Pertikai jodoh SA dan suami
2. Pertikai SA asyik cerita bab PZ dan Arwah Mak .katanya SA x move on...orang dh lama pergi dan SA x redha....

Jawapan SA...

Awak cik Anonymous...awak x tau sejauh mana SA ni attached with family especially both parent. Semua tau sejauh mana SA dan adik-adik menjaga satu-satunya Mak kami dari start dia sakit...bukan x redha...bukan x move on..HILANG MAK bukan macam hilang kucing...kalau awak masih ada mak dan ayah..jaga elok2...supaya awak x rasa kehilangan macam yang SA rasa...dan kita yang hidup ni pasti akan mati...percaya qada dan qadar Allah...suatu hari nanti awak akan alami dan rasa benda yang sama..kalau x ada benda baik untuk di type..better keep your big mouth shut...Bab jodoh SA dan suami..jodoh dah tertulis...x perlu dipertikai..



Melawat Baby TS Di Hospital

Assalamualaikum....

Alhamdulillah SA dapat anak buah baru 27hb May lepas...baby sepatutnya lahir 5hb June tapi dia nak keluar awal..26hb waktu maghrib Ibunya dah pecah ketuban..lebih x sabar terpaksa keluar ikut tingkat..Emergency Ceaser sebab jantung baby dah lemah time tu...Alhamdulillah selamat Ibu dan baby...SA dapat anak buah perempuan baru...Adik bongsu SA dapat anak ke 3 dah...Opick dan Tiya dah jadi Abang dan Kakak...

Baby TS lahir 2.7kg...dalam gambar yang Mak Yang dia hantar nampak besar...tengok depan mata kecik je orgnya...



Geram tgok kaki dia ni...comel sangat...


Jari jemari panjang....


Maaf la mama kekok pegang baby, muka kena tutup..baby mama sendiri pun dah besar..dh umur 21 tahun..
 

Kesian Abang dan Kakak x dapat naik hospital tengok baby...Ayah diaorang amik terus bawak balik Bangi..


Baby sedikit Kuning/ jaundice...

Ibu dah risau takut kena tahan lama..ye la..bersalin operation kan...mana nak selesa duduk kat ward...baby baik aje tapi tu la asyik nak berpegang...the best part semalam SA kena kentut dia beberapa kali...risau kalau dia berak, terpaksa SA cuci..Ibu dia pi tukar pelekat ceaser tu dan lama skit jumpa nurse...duk cakap2 ngan baby tetiba dia senyum...2-3 kali dia senyum...geram dibuatnya......

Semoga Baby TS cepat sihat...jangan nakal2 kesian kat Ibu....2 hari ni mamalong kerja...tengok la Sabtu pi tengok dia kalau xde aral....


Wednesday, May 28, 2025

Menu WFH Day 4~ Kari Kambing Special Sempena Hari Lahir Abah

Assalamualaikum...

Ya allah...ngantuknyaaaa...SA makan tadi pukul 1.30pm..lepas tu settlekan kerja...ni dh penat dan dah mengantuk sangat...Opick dan Tiya pun dah sampai ha...

Balik dari pasar tadi bertungkus lumus SA masak ye...sambil2 hp kat dapur gak..masuk jer msg memang stop kejap...nasib baik masak kari x susah dan x renyah mana pun...

SA masak kari kambing ala mamak...senyum je PZ hari ni...Opick dan Tiya pun makan kuah kari gaul dengan nasi...siap letak kicap manis cap kipas udang...Opick menambah 2 kali



Kari kambing ala mamak special sempena hari lahir PZ...SA beli sebelah peha kambing ye..total damage RM67..mintak org tu potongkan buat potongan nak masak kari


Bendi goreng, bendi petik dari pokok PZ depan rumah


Ayam goreng untuk anak bertuah 2 orang tu...


Sambal belacan pun left over


Ulam timun jepun balance nasi lemak semalam..


Tiya suka daging kambing rupanya


Opick memang x makan daging kambing..kuah kari je dia makan...


 Birthday boy pun makan bertambah


Alhamdulillah sedap makan hari ini....

Kejap lagi kang dh off laptop SA nak gerak terus ke hospital tengok Ibu budak-budak ni...esok maybe dia boleh keluar ward kot...Esok SA dh masuk office memang x dan la kalau nak pi melawat ..Baby Tihani tunggu mama sampai ye....x bleh tahan la tgok gambar je


Misi Hantar Hadiah Kepada Mummy Ayu

Assalamualaikum...

Pagi ni tak berapa busy..xde masuk email urgent untuk kerja..ada whatsaap je bertubi- tubi lepas SA keluar rumah dengan Dania...geram betul..dari 8am takde plak masuk whatsap, dah keluar baru banyak msg masuk..sabar jer la dulu...dah la hari ni birthday PZ kan...SA nak masak sedap sikit...sempat kot lepas hantar hadiah kat mummy Ayu, SA dan Nia terus ke Pasar Besar Seremban...

Jom tengok gambar...



Sampai dah depan office mummy Ayu...


Dah macam makcik2 je ha...nak cepat sebab tengah kerja kan...


Jumpa gak inipun dah lambat bagi hadiah...dah nak hujung bulan...nama je kami ni dekat tapi jarang dapat jumpa...


One more snap...

Lepas hantar hadiah...SA cepat- cepat gerak ke Pasar Besar Seremban...

SA beli daging kambing..nak masak kari...masak special skit untuk PZ sempena birthday dia hari ni....nak berkumpul ambut birthday tak la kot..sebab semua sibuk..Acu plak masih kat ward bersalin...nanti la SA beli kek untuk PZ..kang beli macam- macam dia x leh makan..perut dia sensitive kan...

Dah jom pi masak...

Makan kari kambing kita hari ni erk.....nak buat mamak style... 


Happy Birthday Abah Yang Ke 71 Tahun

Assalamualaikum....

Hari ni birthday Pak Zain uolls....seawal subuh SA dah wish birthday untuk PZ....sedikit sebak sebab tahun ke 2 PZ sambut birthday tanpa Isteri tercinta.



Gambar terbaru PZ dan Cucu serta cicitnya


Selamat hari lahir yang ke-71! Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk kami menyambut hari istimewa Abah bersama. Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan didikan yang Abah curahkan selama ini.

Semoga Allah sentiasa memberkati usia Abah, dikurniakan kesihatan yang baik, hati yang tenang, dan amal yang diterima. Moga setiap langkah Abah sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

Kami sayang Abah dunia akhirat. Teruslah jadi inspirasi dan kekuatan kami. 💛

Barakallahu fi umrik, Abah!


Tuesday, May 27, 2025

Souvenir Comel Majlis Perkahwinan Anak Buah

Assalamualaikum ..

Masih cerita majlis kahwin anak buah yang memang meriah habis. Tema majlis diorang lembut dan manis, tetamu pun ramai, makanan sedap, dan paling SA nak cerita x lain x bukan souvenir dia memang lain daripada yang lain!

Setiap tetamu dikalangan mak saudara dan sepupu dewasa dapat beg mengkuang mini warna pink yang sangat comel ala-ala tradisional tapi ada sentuhan moden. 

Dalam beg tu pula ada:

  1. Beg IKEA (praktikal sangat, boleh guna untuk shopping nanti)
  2. Sejadah muka – berguna untuk travel atau letak dalam kereta,
  3. Dan mini tote bag yang dicetak dengan nama pasangan pengantin siap boleh buat kenangan!



Cantik dan comel kan...


 

Memang thoughtful betul pilihan cenderahati ni. Nampak yang tuan rumah betul-betul fikirkan tetamu.

Tapi... perlu ke sebenarnya bagi souvenir ni?

Terus terang, tak wajib pun. Kalau ikutkan sekarang, kos kahwin pun dah cukup tinggi  dari pelamin, katering, baju, dewan, photographer... semua kena bajet. Jadi kalau tak mampu nak sediakan cenderahati, tak jadi hal pun sebenarnya. Tetamu datang sebab nak meraikan, bukan semata-mata nak balik dengan goodie bag.

Kalau ada rezeki lebih dan nak beri sesuatu sebagai tanda terima kasih, boleh je tapi tak perlu mahal atau fancy. Kadang-kadang coklat sebiji dengan kad comel pun dah cukup buat tetamu tersenyum.

Apa-apa pun, yang penting suasana majlis tu meriah, ikhlas dan penuh kasih sayang. Tahniah buat pasangan pengantin semoga kekal bahagia sampai ke Jannah!

Nampaknya SA perlu la menabung untuk perkahwinan satu-satunya anak tunggal SA kan...kena fikir Dewan, pelamin, catering, goodies...Dania dh berangan dah...nak Majlis Khatam Al-Quran, Nak Berinai Besar, naik tandu macam sepupu-sepupu yang lain..eh...jangan macam-macam ye...kerja dulu baru citer bab kahwin...mengadaaaaa.....

Bie...jom start simpan duit....anak kita umur dah 21 tahun...few years je lagi...seram kalau ingatkan aih....


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah