Thursday, November 16, 2017

Nikmati The Best Cheese Cake In South East Asia Di The Tokyo Restaurant Isetan Bukit Bintang

Hi Korang...........

Peminat Japanese food meh follow dekat- dekat rapat- rapat meh...Kak Bedah nak citer skit ni..last week Sabtu Kak Bedah dan my kawan- kawan di jemput makan best- best kat Japanese restoran terkenal di  Bukit Bintang Kuala Lumpur ha.... The Tokyo Restaurant...terletak di tingkat 4 Isetan The Japan Store, Lot 10 Bukit Bintang. Restaurant yang memuatkan kapasiti 180 orang pengunjung pada satu- satu masa yang merangkumi kawasan tempat duduk umum, ruang makan peribadi, dapur konsep terbuka dan bar. Korang yang pencinta Japanese Food jangan risau kerana di The Tokyo Restaurant merupakan Pork Free. Mempunyai tempat duduk untuk kanak- kanak juga.Mereka juga turut menyediakan perkhidmatan untuk majlis peribadi, ulangtahun dan majlis intimewa tertutup.
menarik kan? Melangkahkan kaki untuk pertama kali korang akan berasa berada di negara Jepun dengan dekorasi yang mengekalkan ciri -ciri tradisi Jepun yang kontemporari.




The Tokyo Restaurant sebuah restoran yang sangat establish di Azabu, Tokyo sejak tahun 1998, Diminati dan disukai oleh kebanyakkan selebriti Jepun dan sekarang kita dapat melihat kebangkitan  dan kegemilangan restoran ini yang diperkenalkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Menariknya di The Tokyo Restaurant mempunyai 4 konsep yang boleh dipilih oleh para pelangan iaitu All Dining Day, Flavour Of Tokyo, The Bar dan The Live Kitchen.

Konsep

  1. All Day Dining - Merupakan  dining room dan living room di bandar, The Tokyo Restaurant menyediakan pengalaman menikmati makanan sepanjang hari yang menyajikan hidangan tengah hari, minum petang, makan malam dan bar. Restoran ini terletak di pusat Kuala Lumpur untuk merasakan aura di bandar dan pada masa yang sama orang ramai boleh menikmati masa yang santai dengan keluarga dan rakan-rakan.
  2. Flavour Of Tokyo - Tokyo, sebuah kota metropolitan di mana orang ramai dapat merasai pengalaman pelbagai makanan kelas atas dari seluruh dunia. Dalam persekitaran ini scene untuk makanan dari Tokyo menjadi terkenal, canggih dan semakin berkembang maju.Restoran ini turut menyajikan masakan barat dengan sentuhan Tokyo yang sangat unik.
  3. The Bar - Restoran ini turut dilengkapi dengan bar terbesar dikenali The Table. Di bahagian Bar ini bartender yang dilatih khas akan menghidangkan pelanggan dari classic ke original wine mengikut permintaan pelanggan.
  4. The Live Kitchen - Pelanggan boleh menikmati makanan dengan menyaksikan sendiri secara real hidangan dari Tokyo di masak di depan mata. Enjoy pengalaman yang tidak hanya menjanjikan rasa yang sedap tetapi keseronokan juga.

Jom ikut SA tengok gambar yang sempat SA snap untuk tatapan korang semua...


Decoration cantik kan?


Susun atur perabot yang menarik dan selesa


All Day Dining


Hiasan yang elegant dan classy


The Live Kitchen


Live Kitchen yang sentiasa bersih, korang suka dengan masakan yang dimasak secara live boleh pilih The Live Kitchen


Area Bar


Salah satu deco yang melambangkan budaya Jepun


Lantern




Mentaiko Pasta


Mentaiko Pasta With Anchovies and onion


TTR Cobb Salad


Tatsura Age Chicken With Soy Ginger and Tartar Sauce


Sauteed Salmon Lemon Butter Sauce


Edamame


Umami French Fries


Tiramisu Cake


6th Avenue Cheese Cake - The Best In South East Asia


Settle...bukti Tiramisu sedap!!!


Cranberry Lemonade


Virgin Passion Mojito


Hot Cafe Latte


Santai- santai bersama keluarga


santai- santai bersama kawan- kawan


SA dan rakan blogger Shamiera Osment


Big boss Mr Yusuke

SA sangat- sangat recommend The Tokyo Restaurant pada korang...selain Japanese Food mereka turut menyajikan Western Japanese Fusion. Makanan yang di perkenalkan oleh restoran ini mengikut kesesuaian citarasa Masyarakat Malaysia. The Tokyo Restaurant hotel juga memberi perkhidmatan tempahan untuk majlis harijadi dan special occasion yang lain...korang yang balik dari kerja tu kalau nak hang out dengan kawan- kawan dalam suasana yang selesa boleh lah terjah The Tokyo Restaurant..jangan lupa pesan 6th Avenue Cheese Cake yang terkenal dan tersedap di South East Asia..memang berbaloi...sepotong rasanya tak cukup seorang...Cheesecake dekad ini dengan lembut dan berkrim dibuat dengan Danish Cream Cheese dan dibakar dalam ketuhar yang dikawal khas kelembapannya...SA masih tka boleh move on la sebab 6th Avenue Cheese Cake ni memang menambat hati dan buat SA jatuh cinta pada first bite..definitely i will come again and order the cheese cake.



THE TOKYO RESTAURANT
ISETAN The Japan Store, LOT10
No 50, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang
50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03-21192622
Business hours : All day 11.00am- 23.00pm ( last order 22.00pm)
Email: thetokyorestaurant.icj@isetankl.com.my


33 comments:

  1. gebo nmpk cheese cake tu....deco dlm restoran pn cantik..menu2 lain nmpk sedap juga tu

    ReplyDelete
  2. Selama ni ai ingatkan the tokyo restaurant ni non halal.

    ReplyDelete
  3. Btw nampak makanan smua sedap2 huhu...

    ReplyDelete
  4. Cantik dan tersusun restoran ni kak. Makanan pun semua nampak sedap. Nak try lah mkn dekat sini nanti

    ReplyDelete
  5. deko canteq, makanan pun nampak sedap!

    ReplyDelete
  6. Deko cantik, makanan pun nampak sedap.. nanti ada rezeki boleh cuba makan kat sini..

    ReplyDelete
  7. Diaaat tengan mengidam japanese and korean food, nampak entri ni menggugat iman sangat... Nampak elegan rupa restoran..

    ReplyDelete
  8. Kita tengok dekorasi dalam restoran pun dah takut nak masuk sebab nampak mewah mesti mahal hehehehe tapi bila tengok menu-menu sini semua sedap-sedap belaka memang terliur lah akak..

    ReplyDelete
  9. semua makanan nampak sedap2... dekorasi restoran nampak ekslusive sangat... nanti kalau pergi bukit bintang nak singgahlah hehe

    ReplyDelete
  10. Tak pernah berani masuk tpt makan gini.. risau x kena selera.. tp bila baca post ni aduhai kena cuba ni

    ReplyDelete
  11. Jahatnya SA - pepagi nak share gambar makanan yang mengiurkan ni. Cantiknya deco dia - memang terasa bagai di Korea kan

    ReplyDelete
  12. Cantik la konsep dia. SA ni tunjuk makanan pulak, lapar ni tau... Hahahha... Nanti nak cuba la makan makanan macam ni. Cuba sesuatu yang baru.

    ReplyDelete
  13. Makanan nampak sedap + dengan 4 konsep berbeza. Menarik lah tempat ni. Tempat makan memang kena pergi try. 👍

    ReplyDelete
  14. the environment looks very nice. how about the price?

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  15. tengok gambar terus jadi lapar rasa nak pi makan cheese cake

    ReplyDelete
  16. Ya ampun..sedpnyaa..dessert dia tu

    ReplyDelete
  17. ohh my...geram nye tgk..best ni..tp location dia tu sgt mls nak masuk area tu huhu

    ReplyDelete
  18. The dining place looks beautiful. Will check out their cheese cake since you said it is the best.

    ReplyDelete
  19. Perghhh sedap sungguh tengok makanan tu semua. Paling terliur bila tengok chees cake tu. One of my favouritelah. Tapi Bal tak inat sangat dengan japanese food. Macam sushi.

    ReplyDelete
  20. Seronaklah selalu pergi makan-makan. Dapat pulak geng sekepala memang best. Bella memang fav Japanese food compare to Korean food. Restoren ni memang so Japan! Kain2 tergantung warna merah tu indahhh. hehe

    ReplyDelete
  21. Aduh....tgk gbr pun dah lapar, dah lama xmkn makanan jepun

    ReplyDelete
  22. huhuhu nampak menyelerakan sangat... T-T

    ReplyDelete
  23. cantikla decoration dia. Melambangkan budaya Jepun. dalam banyak-banyak gambar tu berkenan dengan kek tiramisu tu hihi.. Lapar pulak malam-malam gini

    ReplyDelete
  24. sedapnya cake..nak nak cheese cake

    ReplyDelete
  25. O m g kita sgt suka cheese tu. Baru lepas mkn smlm , tapi kat secret recipe la. Hehehe

    ReplyDelete
  26. Lama tak pi Isetan..kalau ke sana. Nk singgah la cari tiramisu. Mengancam sgt tu ;)

    ReplyDelete
  27. cranberry lemonade tu mesti sedap kan.. warna dia menggoda =D

    ReplyDelete
  28. Saya tak twngok lain dah. Tgk cheese cake tuh.. Memg feveret

    ReplyDelete
  29. Wow! ni memang masakan Jepun yang dah dimodenkan ni. sedap pulak nampak cheese kek tu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah