Showing posts with label Me Myself. Show all posts
Showing posts with label Me Myself. Show all posts

Friday, October 11, 2019

Menu Untuk 5 hari...

Hi korang...

Tk mau sedih-sedih ngan entry pagi tadi..meh SA pujuk korang dengan gambar makanan yang SA makan sepanjang 5 hari ni...hahaha sjer jer kan..mentang- mentang esok cuti dah...Isnin sampai Rabu SA bawak bekal...semalam dan hari ni tak bawak sebab malas..nak plak SA lupa bawak balik bekas bekal SA masa hari Rabu..erm...berterusan la x bawak bekal sampai hari ni...

Balik kerja semalam entah kenapa ntah tekak terasa nak makan mee maggi..rasa macam dah lama sangat tak makan maggi...last makan bulan lepas kot...nak plak semalam balik kerja lambat sampai rumah, lepas tu hujan plak sepanjang petang bawak ke malam...


Maggi kari malam semalam


Sarapan pagi ni bihun goreng


Lunch hari ni Nasi Goreng Daging..( matilanak langgar pantang makan daging)


Lunch semalam Aglio Olio with chicken grilled katanya


Bekal hari Selasa Telur mata goreng berlada ( tak jadi)


Kangkung goreng..

Hari Rabu SA bawak lauk Sambal sardin ngan telur dadar campur tomato tapi lupa amik gambar..hahaha...malam plak SA tak makan..petang SA make sure yang SA makan berat skit...hahaha...kalau lapar SA makan buah je...

Itu je la koleksi makanan SA untuk 5 hari ni...hari Isnin SA lupa SA bawk bekal apa...puas ingat pun tak ingat2 gak..rasanya ikan..eh..entah la..hahahaha...Minggu ni SA balik Seremban lepas tu nak dating dengan kakak Dania. Dia nak release tension lepas exam..macam- macam mintak nya..tengok la nanti acaner...tengah fikir mana nak bawak dia ni...

Wednesday, February 27, 2019

Double Chin Mamalong vs Baby Tiara ...Serammmm......



Oh tidakkkkk!!!!

Melampau plak double chin SA lately ni...perasan tak? cane nak buat ni erk...takde plak SA jumpa perumpamaan atau andaian yang ada ada double chin ni bagus...hahahha....
Haaa...nampak? double chin sape paling ketara? SA ke Tiara? sorry muka Tiara kena hide..bagi tengok double chin je..hahahaha...

Takleh jadi ni kan..kena buat sesuatu gak...SA sekarang dh start diet..sarapan pgi kena ambil dan makan tengahari kena ambil..petang SA makan biskut 2 keping...SA x leh minum nescafe or teh o dh...lama dh SA tinggalkan..air SA samada air mineral, air putih atau jus buah tanpa ais..tapi selalunya air putih la...kalau lapar SA akan makan buah untuk kenyang...roti wholemeal memang ada kat rumah dan SA memang pastikan ada buah dalam fridge...sekarang SA tgh cari beras perang...blom jumpa lagi kat area sungai buloh tu..nekad nak turunkan 5kg kan..minggu lepas x brisk walk or joging...kalau x panas minggu ni bleh pi ..Isnin -Jumaat SA buat senaman naik tangga kat station MRT dan brisk walk laju2 dan naik turun tangga dari Station Muzium Negara ke office SA..jauh giler gak..pas tu petang pun ulang benda yg sama...

Dah check berat badan?

Tak nak check lagi...x mo stress...


Wednesday, March 14, 2018

Sindrom "Kaki Sibuk" Di Mana-Mana Sahaja

Hi korang..

Kaki sibuk ada di mana- mana sekarang kan, kaki sibuk termasuk netizen-netizen makcik bawang dan pakcik bawang..ada jer benda yang diorang tak puas hati..semalam kecoh pasal sorang budak tak cukup umur yang diragui ke akil baligh an dia duk mengutuk ibu bapa tak pandai jaga anak. Bukan main lagi budak lelaki tu bercakap mengalahkan dia tak pernah jadi budak- budak..macam- macam kecaman budak tu terima dari mereka yang bergelar ibu bapa dan netizen..saje je budak ni kan..nak masuk Motif Viral la tu kan konon lepas tu boleh popular..Jalan kotor untuk popular la dik..kesian betul...

Lepas tu SA dapat pm di messenger oleh salah seorang follower FB. SA bukan sewenang- wenang nak approved friend request kat FB. SA akan check dulu siapa orang tu. SA tertipu dengan dia punya friend list ramai blogger..bila SA nampak semua blogger yang SA kenal SA memang approved tanpa ada sikit pun rasa sangsi...rupanya dah 2-3 hari dia jadi friend SA dia skodeng SA ni siapa, kerja kat mana dan seolah- olah dia kenal SA lama dah....korang mungkin perasan SA ada up status kat FB semalam kan...


Terus SA blocked FB dia...berani betul dia kan..siap nak pinjam duit padahal tak kenal pun..SA tak tunggu dia balas apa yang SA type kat dia..terus SA blocked je tapi memang perasan la dia dah read apa yang SA hentam dia tu...

Haih macam- macam hal..dah la siang semalam SA terhibur dengan viral budak lelaki tu..tetiba dapat plak soalan yang macam SA paste tu ha..apa motif dia..agaknya modus operandi dia sama ke kat blogger lain..so korang hati- hati ye kalau nak approve kan friend request. Tak nak jadi macam ni...nasib kat media social kalu kat luar? Kita tak tahu niat orang baik ke jahat kan..so kena put extra more careful atas diri kita sendiri..lelaki ke perempuan ke memang tak boleh percaya zaman sekarang...SA kalau bab pinjam- pinjam duit ni memang susah skit la..sedara mara ke..kawan baik ke..memang tak la..zaman sekarang ni orang memang pandai amik kesempatan atas kesenangan atau kesusahan orang lain..

Oh si dia yang SA maksudkan diatas adalah SEORANG PEREMPUAN...ada yang suruh screenshot muka dia atau profile dia at least orang lain boleh hati- hati. SA bukan jenis yang suka malukan orang..takpe la..SA maafkan aje..semoga dia bahagia dengan dunia dia...silap besar la dia nak test SA....

Friday, February 23, 2018

Bila Stress SA Masak...Korang Kalau Stress?

Hi korang...

SA kalau stress SA akan masak dan makan..ada orang bila stress pi shopping habiskan duit ke atau window shopping..ada yang stress pi makan- makan kat restoran kan...lain pulak SA kalau stress SA akan beli bahan basah dan masak..kadang tercipta la resepi baru atau repeat je resepi apa yang tekak nak makan...selalunya bila jadi macam ni adalah sangat bahaya tau..bila masak..kena makan...bila makan..makan dalam kuantiti lebih...lepas tu badan confirm naik..bila umur dah nak cecah 40an ni sure berat senang sangat naik..tapi apa nak kesah..korang ingat ada SA keysah ke kalau berat badan naik ni?muahahaha...Bila stress, rasa macam nak tumbuk muka orang kan? Tak pun, rasa macam nak menjerit sepuas hati. Tapi harapan tetap harapan. Hajat di hati memang rasa nak tumbuk dan belasah orang, tetapi mana mungkin ia berlaku. Biasalah, setiap hari kita akan mengalami tahap kebimbangan yang tinggi.

Jom la tengok apa yang SA sempat masak untuk bekal pergi kerja..Selasa lepas SA bawak daging steak goreng kicap...selebihnya jom tengok gambar...


Bekal hari Rabu Udang Masak Lemak Cili Api campur Peria


Khamis SA masak Spicy Aglio Olio je...

Ada ke rupa orang stress?


Jom SA share sikit Cara Mengawal Stress yang SA dapatkan dari SINI..

Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila  tuntutan tidak dapat dipenuhi.

Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.

Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.
Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.

Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.

Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.

Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.

Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B

Kaedah 10B ini adalah :-

  1. Bernafas dengan dalam
  2. Berkata `rilakslah’/ tak mengapa
  3. Beribadat
  4. Bercakap dengan seseorang
  5. Berurut
  6. Berehat dan mendengar muzik
  7. Beriadah
  8. Bersenam
  9. Berfikiran positif
  10. Bertenang. 


Bertenang
Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan,  bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.

Bernafas dengan dalam.
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida  dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.

Berkata, ` Relakslah’.
Cuba katakan pada diri sendiri,  saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu .  Bawalah bersabar.  Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.

Beribadat
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat  seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.  Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.

Berkongsi perasaan dengan seseorang
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau  kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda .  Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi.  Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.

Berurut. 
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang.  Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.

Berehat dan mendengar muzik. 
Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang  lembut.  Muzik  dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta  pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda   berasa tenang.  Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.

Beriadah. 
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti  di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.  Lakukanlah aktiviti yang anda sukai.  Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.

Bersenam. 
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan  bersenam  ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.
Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.

Berfikiran positif.
Stres  juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi.  Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba  melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.

Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri.  Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.
Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda


Dah kenapa SA stress?

Haih macam- macam la korang...biasalah 2-3 hari ni stress hal kerja..dalam gambar memang la tak nampak coz i pakar sembunyikan rupa paras yang stress...ececece....apapun tajuk hari ni..bila stress memang SA akan masak..tak kisah kat rumah sewa ke atau masa balik Seremban. Kalau kat Seremban memang SA je la masak on weekend..masa tu korang akan nampak la semua social media SA memang berkisahkan lauk yang SA masak....haaa..ikut kajian..lain orang lain cara mengawal stress kan...macam tu la SA..masa muda- muda dulu kalau Stress pi Window Shopping atau pi Shopping...sekarang dah berusia ni...lain la plak menjurus ke arah memasak...

Korang plak macam mana?

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah