Friday, February 23, 2018

Bila Stress SA Masak...Korang Kalau Stress?

Hi korang...

SA kalau stress SA akan masak dan makan..ada orang bila stress pi shopping habiskan duit ke atau window shopping..ada yang stress pi makan- makan kat restoran kan...lain pulak SA kalau stress SA akan beli bahan basah dan masak..kadang tercipta la resepi baru atau repeat je resepi apa yang tekak nak makan...selalunya bila jadi macam ni adalah sangat bahaya tau..bila masak..kena makan...bila makan..makan dalam kuantiti lebih...lepas tu badan confirm naik..bila umur dah nak cecah 40an ni sure berat senang sangat naik..tapi apa nak kesah..korang ingat ada SA keysah ke kalau berat badan naik ni?muahahaha...Bila stress, rasa macam nak tumbuk muka orang kan? Tak pun, rasa macam nak menjerit sepuas hati. Tapi harapan tetap harapan. Hajat di hati memang rasa nak tumbuk dan belasah orang, tetapi mana mungkin ia berlaku. Biasalah, setiap hari kita akan mengalami tahap kebimbangan yang tinggi.

Jom la tengok apa yang SA sempat masak untuk bekal pergi kerja..Selasa lepas SA bawak daging steak goreng kicap...selebihnya jom tengok gambar...


Bekal hari Rabu Udang Masak Lemak Cili Api campur Peria


Khamis SA masak Spicy Aglio Olio je...

Ada ke rupa orang stress?


Jom SA share sikit Cara Mengawal Stress yang SA dapatkan dari SINI..

Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila  tuntutan tidak dapat dipenuhi.

Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.

Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.
Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.

Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.

Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.

Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.

Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B

Kaedah 10B ini adalah :-

  1. Bernafas dengan dalam
  2. Berkata `rilakslah’/ tak mengapa
  3. Beribadat
  4. Bercakap dengan seseorang
  5. Berurut
  6. Berehat dan mendengar muzik
  7. Beriadah
  8. Bersenam
  9. Berfikiran positif
  10. Bertenang. 


Bertenang
Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan,  bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.

Bernafas dengan dalam.
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida  dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.

Berkata, ` Relakslah’.
Cuba katakan pada diri sendiri,  saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu .  Bawalah bersabar.  Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.

Beribadat
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat  seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.  Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.

Berkongsi perasaan dengan seseorang
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau  kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda .  Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi.  Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.

Berurut. 
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang.  Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.

Berehat dan mendengar muzik. 
Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang  lembut.  Muzik  dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta  pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda   berasa tenang.  Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.

Beriadah. 
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti  di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.  Lakukanlah aktiviti yang anda sukai.  Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.

Bersenam. 
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan  bersenam  ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.
Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.

Berfikiran positif.
Stres  juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi.  Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba  melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.

Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri.  Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.
Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda


Dah kenapa SA stress?

Haih macam- macam la korang...biasalah 2-3 hari ni stress hal kerja..dalam gambar memang la tak nampak coz i pakar sembunyikan rupa paras yang stress...ececece....apapun tajuk hari ni..bila stress memang SA akan masak..tak kisah kat rumah sewa ke atau masa balik Seremban. Kalau kat Seremban memang SA je la masak on weekend..masa tu korang akan nampak la semua social media SA memang berkisahkan lauk yang SA masak....haaa..ikut kajian..lain orang lain cara mengawal stress kan...macam tu la SA..masa muda- muda dulu kalau Stress pi Window Shopping atau pi Shopping...sekarang dah berusia ni...lain la plak menjurus ke arah memasak...

Korang plak macam mana?

38 comments:

  1. Dulu masa muda mudi stress jew miza tidur, sekarang dah ada anak tak sempat nak tidur huhu. Stress makan jewlah. Salah satu nikmat kat dunia ne makan

    ReplyDelete
  2. I cooked when I stress to but I don't eat. Will ask friends to come and ready and after seeing them finish up those foods, I'm happy kid again.
    But if a light stress, I will just throw it out during my sports or badminton time.

    ReplyDelete
  3. bila stress kena cari dessert..sejukkn hati haha

    ReplyDelete
  4. klo stress makan je kejenye..kalo masak ni die kne tggu mood..datang mood nak masak tu kemain mcam macam ag masak haha

    ReplyDelete
  5. Mmg bagus sebenarnya memilih aktiviti memasak utk hilangkan stress sbb secara otomatik fikiran kita pun terarah kepada masakan yg nak di buat tu. Tambahan lagi bila masakan siap.. fuhh puas hati. Bila dah hidang dan makan.. fuhhh lagi puas hati sbb kita yg memasak.. mmg kompem hilang stress!.. baguslah tips ni.. sempoi tp bermanfaat :)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya udang tu. Akak suka masak. Akak suka paksa orang makan yang akak masak. So...jangan bagi akak stress nanti banyak makanan atas meja.

    ReplyDelete
  7. Sis kalau stress ubat dia tido, sis akan tido tido bangun makan n tido balik..haaa gitu lah cara sis hilangkan stress...sb tu org kalau stress badan kuruih..tapi sis badan naik..hehehe.

    ReplyDelete
  8. Orang stress ni kekadang seorang yang happy. Dia tak tunjuk kat orang. Bagus la aktiviti memasak ni. At least duit tak le cair kalau asal stress shopping. Asal shopping stress. Nampak sesedap je masakan SA ni...

    ReplyDelete
  9. SA ni memang rajin masak betul. Bertuah family SA. I kalau stress ke tak stress ke...its a must K Drama or K Variety show. I live with that. hahaha

    ReplyDelete
  10. SA, kalau Rose stress tak boleh masak. Bertambah stress jadinya nanti. Selalu kalau stress, Rose jenis yang kena duduk diam-diam. Bernafas dalam dan tak boleh fikir benda yang buat kita jadi stress. Maksudnya kena coll down sendiri.

    ReplyDelete
  11. Kalau dpt berurut alangkah nikmatnya kak. Ana kalau stress mesti nk makan manis mcm coklat. Rasa cool kejap masa tu.

    ReplyDelete
  12. kalau stress suka makan banyak hahahahaha... kalau daapat berurut sedapnya... stresss layan ziki penenang ok la...

    ReplyDelete
  13. nieyl kalau stress akan makan..ha..ha..ha...
    tapi ni dah start diet,belum ada hobi baru lagi...

    ReplyDelete
  14. SA memang hebat na, stress pun boleh masak sedap-sedap..

    ReplyDelete
  15. waah bagusnya i kalau stress i tak masak, i tidur, hehehe. I stress sebab banyak komitmen sama je macam orang lain tapi takkan nak tunjuk kat orang ramaikan kita tengah stress... hehehehe

    ReplyDelete
  16. Kalau saya akan dengar muzik. Atau travel ke tempat2 yang sunyi dan tenang. Tapi best jugak jadi akak. Kalau stress boleh releasekan melalui perut! Hihi.

    ReplyDelete
  17. nak resepi Spicy Aglio Olio tu kak SA.. eh.. lari topik lak.. hehehe.. TB kalau stress TB makan kot.. hahahaha.. kalau ada coklat lagi best.. makan puas2 baru stress hilang slow2.. huhu

    ReplyDelete
  18. wah untunglah kalau duduk serumah dgn kak SA, bila kak SA stress bolehlah ngendeng makanan sikit. TQ for tips tu mmg bagus. Kalau mama stress suka makan byk2, haha

    ReplyDelete
  19. Ruby kalau stress pun suka masak. Cuma orang je takda nak makan masakan tu sampai habis. Kadang merajuk juga. Sekarang kalau stress, ruby tido je. hahahaha

    ReplyDelete
  20. When I am stressed out, I tak boleh makan langsung. haha... opposite of you. Thanks for sharing those tips. Will try to practise them

    ReplyDelete
  21. Kalau stress, Rawlins suka makan tapi sekarang kekonon jaga badan, maka Rawlins suka regi gym and berzumba tau lari. Hehe. Ok la kan. Tapi kalau dekat dengan Kak SA, mau kita melantak sesama kan haha

    ReplyDelete
  22. Bestnya nampak udang masak lemak tu dulu muncul thehehe sama la suka peria jugak.
    tq share tip2 nak handle stress tak der la syik tido jer kan thehehehe selalu jugak berurut sbb angin kadang2..

    ReplyDelete
  23. I’m into eating more than cooking when stress haha. Adoi terliur pulak tengok gambar udang dan spaghetti tuu, sedapnyaa nampak 😁

    ReplyDelete
  24. sedapnya udang masak lemak cili api campur peria tu..fuhhh. tengok pun berselera dah. Mai kalau stress, kadang-kadang jadi kuat makan.. tak pun buat kerja rumah.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  25. wah macam-macam menu yang SA terer masak la. Nampak sedap sedap belaka. Ni kalau share dengan ofismate, memang hari hari dia minta SA stress hahah

    ReplyDelete
  26. jangan biarkan diri kita dilanda stress kerana ianya akan menjadi penyakit yang akan memakan diri.

    ReplyDelete
  27. wahhhhhh.. hebatnya SA masak. Mia ni kalau stress kena gi tempat2 yang tenang, atau gi karaoke... hhihihih...

    ReplyDelete
  28. Saya kalau stress saya makan kak...

    ReplyDelete
  29. Bila I stress i go fr exercise or watch movie, these two are my favourite past time.

    ReplyDelete
  30. Buat apa yang kita minat, tentu tak stress.
    WP biasanya pegi kebun, tenguk pokok2 dan ternakan

    ReplyDelete
  31. Good sharing SA, Kak Sue kalau stress tidur kejap pun jadilah.. Tak pun kuar jap jalan-jalan or makan-makan.. ehehe..

    ReplyDelete
  32. Thanks for sharing dear! The info is much informative and when I stress I love to read books or watch drama.

    ReplyDelete
  33. saya pernah stress yang teruk dulu kak.. sampai jantung degup laju penat sgt2..sekarang ni dah ok sbb dah jumpa cara nak release stress tu..

    tp tengok makanan akak tu jadi stress balik ni.. sedapnya.. haha

    ReplyDelete
  34. Semua orang pun pernah stress... LeYa kalau stress, akan mengubahsuai susunan deko rumah.. ekeke..sebab memang dari dulu minat deko-deko rumah ni... Jadinya bila rasa tension sikit, mulalah tangan gatal nak mengemas..haha..

    ReplyDelete
  35. Ai stress sebab berat dah naik balik.. tapi kena kawal stress tu sebab masih dalam rawatan perubatan :(

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah