Showing posts with label Produk Review. Show all posts
Showing posts with label Produk Review. Show all posts

Thursday, September 22, 2022

Memupuk Amalan Mencuci Tangan Di Kalangan Kanak- Kanak Dengan Produk Kirei Kirei

Assalamualaikum...

Memupuk Amalan Mencuci Tangan Di Kalangan Kanak- Kanak | Kehidupan pada peringkat usia kanak-kanak sememangnya aktif dan lasak. Kita tidak boleh menghalang anak-anak bermain di luar bersama rakan sebayanya dan pulang ke rumah dengan peluh dan kekotoran pada wajah dan tubuh. Ini adalah sebahagian rutin di alam kanak-kanak yang perlu kita sebagai ibu bapa terima.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita perlu mengajar anak tentang asas penjagaan kebersihan diri bagi memastikan mereka kekal sihat dan bersih. Kuman dan bakteria ada di mana-mana dan boleh memudaratkan kesihatan semua golongan, terutamanya kanak-kanak. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengajar anak-anak tentang amalan kebersihan. Namun, kita tidak boleh menolak bahawa kekotoran atau bersepah semasa bermain adalah menjadi sebahagian daripada keseronokan di alam kanak-kanak.

Bagi mengajar anak mematuhi amalan kebersihan, ibu bapa boleh menggunakan pendekatan yang menyeronokkan supaya kanak-kanak patuh dan mengingati peraturan yang diajar kepada mereka. Ketahui lima asas amalan penjagaan kebersihan diri yang perlu diterapkan pada kanak-kanak.




Dengan tujuan untuk memupuk amalan mencuci tangan yang baik dalam kalangan kanak-kanak, jenama pencuci tangan No. 1  Jepun, Kirei Kirei telah menjalankan program mencuci tangan untuk murid-murid sekolah rendah di Lembah Klang sepanjang beberapa bulan yang lalu. Lebih 4,000 orang murid-murid mendapat manfaat daripada program ini dan produk bernilai RM50,000 telah disumbangkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen tersebut.




Sejak dua tahun lalu, amalan mencuci tangan menjadi salah satu rutin harian yang paling ditekankan dalam kalangan masyarakat. Sejak itu, amalan ini telah dilihat sebagai kaedah yang berkesan dalam membantu mencegah penyebaran penyakit, yang biasanya disebarkan melalui kebersihan tangan yang kurang baik. Apabila keluarga anda sihat, anda tidak perlu risau tentang ketinggalan waktu persekolahan, kerja atau aktiviti lain.

Mencuci tangan ialah cara yang mudah, menjimatkan dan berkesan untuk menghapuskan kuman, mencegah penyebaran kuman kepada orang lain dan mengelakkan penyakit. Ini amat berguna terutamanya untuk mencegah penyakit seperti penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) dan Influenza, yang menyaksikan peningkatan kes di negara ini dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.



Walaupun ramai murid-murid mencuci tangan mereka dengan air, hanya sebilangan kecil yang benar-benar menggunakan sabun yang mampu membasmi kuman dengan lebih berkesan . Dengan itu, Kirei Kirei mencipta program yang menyeronokkan dan mendidik untuk memupuk amalan mencuci tangan dengan betul dalam kalangan murid-murid di Malaysia.

'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'– pepatah ini menekankan kepentingan menerapkan nilai dan tabiat yang baik ketika seseorang itu masih muda. Melalui Program Sekolah Kirei Kirei 2022, lebih 4,000 murid-murid sekolah rendah telah dididik tentang kebersihan diri, dengan tumpuan khusus kepada kebersihan tangan.

Berikutan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kirei Kirei telah memulakan program di sekolah pada bulan Mac 2022 di sekolah swasta dan antarabangsa di sekitar Lembah Klang. Para pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi bercerita tentang kuman dan kepentingan mencuci tangan. Mereka juga boleh mereka bentuk dan menghiasi label pelekat botol Kirei Kirei mereka sendiri untuk dilekatkan pada botol bagi mempromosikan dan menggalakkan tabiat mengisi semula yang membantu mengurangkan sisa dan kebimbangan alam sekitar.



Kirei Kirei menjadikan amalan mencuci tangan lebih mudah dan menyeronokkan dengan video 7 langkah mencuci tangan sambil diiringi lagu 'Selamat Hari Lahir'. Video "sebelum dan selepas" yang memaparkan penggunaan cahaya UV turut dikongsi bersama pelajar. Video ini menunjukkan bahawa teknik mencuci tangan yang tidak betul boleh meninggalkan kuman dan bakteria yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Bagi memupuk amalan mencuci tangan yang betul, Kirei Kirei turut menyumbangkan produk Kirei Kirei Foaming Hand Wash bernilai RM53,000 kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen ini. Produk-produk ini diletakkan di seluruh perkarangan sekolah, seperti kantin, tandas, singki, dan kawasan lain yang sesuai supaya pelajar dapat menjaga kebersihan tangan pada bila-bila masa. Poster dan pelekat cermin juga diletakkan di tempat yang strategik sebagai peringatan tentang tujuh langkah mencuci tangan.  

Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn. Bhd., menekankan kepentingan memimpin melalui teladan. “Sebagai ibu bapa dan penjaga, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar anak-anak kita ke arah tabiat kebersihan yang baik. Kanak-kanak belajar dengan cara meniru tingkah laku orang dewasa dalam kehidupan mereka, dengan mengajar mereka cara yang betul untuk mencuci tangan, ia lebih mudah untuk rutin ini diamalkan dan menjadi tabiat sihat sepanjang hayat. Misi kami di Southern Lion adalah untuk membawa kehidupan yang lebih bahagia, bersih dan sihat kepada semua rakyat Malaysia dengan memperkenalkan produk seperti Kirei Kirei. Dengan menghasilkan produk untuk menyokong kebersihan yang lebih baik, kami berharap untuk mengubah, menambah baik dan memberi kesan positif kepada kualiti hidup mereka.”

 “Saya berharap Program Sekolah Kirei Kirei 2022 dapat memberi impak yang besar dan positif kepada generasi akan datang. Berdasarkan sambutan hebat daripada program tahun ini, kami akan terus mendekati lebih banyak sekolah dalam fasa seterusnya. Sasaran kami adalah untuk mengadakan lebih banyak sesi di sekolah-sekolah di Lembah Klang!” sambung Mabuchi.




Sabun Pencuci Tangan Anti-bakteria Kirei Kirei yang selamat untuk kanak-kanak didatangkan dalam dua varian: 
  1. Moisturizing Peach
  2. Nourishing Berries
Setiap varian boleh didapati dalam bentuk 
  1. Botol 250ml (RM12.50) 
  2. Pek isi semula 200ml (RM8.50). 

Beli produk Kirei Kirei di cawangan Don Don Donki, AEON, AEON Maxvalu, AEON Wellness, Jaya Grocer, Village Grocer dan Ben’s Independent Grocer yang terpilih. Anda juga boleh memesan di Lazada atau Shopee dengan penghantaran terus ke depan pintu rumah anda! 

Dapatkan lebih banyak kemas kini tentang Kirei Kirei di media sosial mereka :
Facebook : Kirei Kirei

Thursday, December 23, 2021

Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah

Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah 


Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 



Satu kajian mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad. 

Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.  



 

JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.   

Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini. 



Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Kitchen, My Father's Farm dan terbaharu, Dina's Art Class. 

TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula. 

Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.



Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria. 

TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.    



Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’. 

“Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.  

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan  inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.”

Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian. 

“Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila.    


Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.




“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Ling. 

Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133. 


Monday, January 29, 2018

Keseronokkan Bersukan Dengan Koleksi ‘SUKAN RIA’ Carrie Junior

MENGGALAKKAN GAYA HIDUP AKTIF SERTA IMAGINASI YANG KREATIF UNTUK KANAK-KANAK!


Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.


Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.


Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.


Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.


Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.


Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml


                                           
Tentang CARRIE JUNIOR 

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.


Wednesday, January 3, 2018

HI-PLUS™ Makanan Tambahan Untuk Tambah Ketinggian Dengan Mudah, Selamat Dan Berkesan

HI-PLUS NUTRISI UNTUK TINGGI

Hi korang...

Belum terlambat lagi rasanya SA nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018. Apa azam baru korang tahun ni? Ada yang berazam nak tambah ketinggian tak? Haaaa....SA ada berita baik nak share ngan korang..Tahukah Korang ketinggian memainkan peranan dalam kehidupan?Seseorang yang tinggi sememangnya mempunyai potensi untuk lebih berjaya dalam kerjaya. Peluang untuk orang yang tinggi ni lebih terbuka luas dalam sektor pekerjaan kan? Kalau dalam dunia peragaan dan dunia hiburan sememangnya diberi keutamaan untuk mereka yang tinggi. Bukan sektor pekerjaan sahaja..untuk wanita yang mencari pasangan hidup pun memang mengimpikan lelaki yang tinggi dan begitu juga lelaki suka pada wanita tinggi..betul tak?Habis tu macam mana nasib mereka yang bertubuh rendah? masalah utama yang membelenggu orang yang kurang ketinggian apabila nak ambil barang dari tempat tinggi..terpaksa pula minta tolong orang kan..

Haaaaa...jangan risau..masih belum terlewat untuk korang yang bertubuh rendah untuk kelihatan tinggi. SA ada jawapannya...Baru- baru ini SA diperkenalkan dengan HI-PLUS...apa ni?

HI-PLUS merupakan produk suplemen untuk tambah ketinggian dengan mudah, selamat dan berkesan..menarik kan? 

Jom tengok apa kehebatan produk ni.... 


TAMBAH KETINGGIAN CARA MUDAH, SELAMAT DAN BERKESAN

Macam tak percaya jer kan..ada produk untuk tambah ketinggian, bukan apa mengikut kajian sains tumbesaran seseorang akan terhenti apabila mencapai umur 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki. Tetapi semua itu tertakluk kepada amalan kehidupan dan pemakanan seharian.Kalau tak jaga pemakanan dan tidak bersenam pun tak akan jumpa tinggi juga kan...dengan pengambilan Hi-Plus secara konsisten  korang akan menjadi tinggi 3-4 cm dari ketinggian asal..

Jika korang betul-betul nak tambah tinggi, 3 perkara berikut korang perlu patuhi:

1. Tidur yang mencukupi

2. Diet yang seimbang

3. Senaman khusus yang konsisten.

3 perkara ini sangat penting untuk proses tambah ketinggian. Kegagalan korang mematuhi nya mungkin menyebabkan proses 'pembesaran' terganggu.Jika korang nak percepatkan lagi proses tambah ketinggian korang, amat di sarankan untuk guna produk HI-PLUS



Bagaimanakah HI-PLUS™ berfungsi?


Ia berfungsi dengan membekalkan nutrien kepada tulang anda dengan tenaga yang diperlukan untuk menjana potensi/fungsinya. Ia mengandungi jumlah optimum nutrien yang telah terbukti secara klinikal yang mampu memberikan tulang anda segala nutrien yang diperlukan untuk tumbuh maksimum yang mungkin.

Kandungan HI-PLUS™, Khasiatnya Dan Fungsinya

Untuk pengetahuan anda, HI- PLUS di proses dengan menggunakan khasiat tumbuh- tumbuhan. Antaranya adalah

  1. Goji Berry  - Mengandungi antioksidan 2-4 kali ganda berbanding blueberry, bertindak menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko kanser, menambah tenaga dan mengurangkan kelesuan dan mengandungi Vitamin E yang baik untuk kulit dan sel.
  2. Olive Leaf Extract  - Membantu dalam pembahagian sel dan pembentukan sel baru, membekalkan antioksidan yang tinggi, menggalakkan penyerapan zat makanan yang lain dan menstabilkan keseimbangan hormon badan.
  3. Susu Skim - Membekalkan kalsium pada tubuh, menguatkan gigi dan tulang, membekalkan protein yang tinggi dan mengawal berat badan, kolesterol dan jantung.
  4. Spirulina - Membantu membina sel otak yang berkualiti, meningkatkan daya pengikatan oksigen sel darah merah, mengimbangi fungsi otak kiri dan kanan, Pembaharuan, pertumbuhan dan pembaikan sel dan memperlambat proses penuaan.
  5. Alfalfa - Mengatasi masalah sukar tidur dan meningkatkan kualiti tidur, menghalang radikal bebas, Menggalakkan peredaran darah, anti penuaan dan peningkatan dalam sel darah merah serta meningkatkan kadar metabolisme sel.
  6. Epal Hijau - Membantu kesihatan tulang dengan menambah boron pada mineral tulang,Membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit dan penghadaman, membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah dan membantu mengekalkan berat badan.
  7. L-Arginine - Menggalakkan dan merangsang tumbesaran tulang dan metabolisme anabolik di seluruh badan
  8. L-Lysine - Membantu badan menyerap kalsium dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, tulang dan tisu penghubung termasuk kulit, tendon dan rawan.
  9. L-Glysine - Membantu proses pemulihan otot dan juga pembentukan tulang
  10. Kalsium - Membekalkan tulang anda dengan sejumlah yang diperlukan untuk memaksimumkan pertumbuhan tulang dan ianya telah terbukti secara klinikal
  11. Vitamin D - Merupakan vitamin penting yang membolehkan tubuh badan menyerap kalsium dengan lebih efektif.


SOALAN LAZIM

Berapa lama masa yang diperlukan untuk mencapai keputusan yang saya inginkan?

Sebagai permulaan, adalah mencadangkan untuk anda mengambil HI-PLUS™ selama 6-12 bulan. Untuk hasil yang optimum, anda disarankan agar mengambil HI-PLUS™ sepanjang tempoh pecutan pertumbuhan anda ketika usia remaja. Harus diingat yang ketinggian anda kecapi ini akan 100% kekal.

Berapa banyakkan ketinggian kecapi apabila menggunakan HI-PLUS™?

Produk ini telah dicipta untuk mereka yang ingin maksimumkan ketinggian dengan matlamat untuk menambah 1-3 inci kepada ketinggian dewasa terakhir anda. Ketinggian yang bakal dikecapi ini adalah lebih daripada ketinggian semulajadi anda sekiranya anda tidak mengambil HI-PLUS™ . Lebih cepat anda mula menggunakan HI-PLUS™, lebih banyak ketinggian yang bakal anda perolehi.

Adakah HI-PLUS™ mengandungi Bahan Kimia Berbahaya?

Tidak, HI-PLUS™  tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya dan ianya adalah 100% selamat dan berkesan untuk digunakan



Pengambilan HI-PLUS™

Hi-Plus datang dalam bentuk tablet. Satu botol Hi-Plus ada 60 biji tablet yang boleh digunakan selama sebulan. Anda cuma perlu ambil satu tablet di waktu pagi dan satu tablet di waktu petang. Untuk pengetahuan juga Hi-Plus sesuai diambil oleh lelaki dan juga wanita. Ianya merupakan suplemen yang selamat dan sangat berkesan. Untuk lebih meyakinkan anda semua produk Hi- Plus ini telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga telah mendapat Sijil HALAL dari JAKIM.

Oleh itu anda tidak perlu merasa ragu dengan keselamatan produk ni.

HI-PLUS™ adalah makanan tambahan di bawah kategori Food-DRUG Interphase (FDI), ia bukan ubat. Hanya ubat sahaja memerlukan nombor pendaftaran KKM. Namun HI-PLUS™ telah melalui proses penapisan di bahagian KKM dimana KKM telah mengeluarkan surat rasmi mengatakan ia tidak memerlukan pendaftaran produk.



KKM No Siri : 130317/02/152 kategori Makanan Tambahan


Sijil Halal Dari JAKIM

Testimonial HI-PLUS™

Berikut merupakan testimonial yang telah berjaya mencapai ketinggian idaman. Bagi korang baru nak consume produk ni for sure akan di beri guide dari awal..










HARGA HI-PLUS™


Bila dah baca testimonial tentu korang tertarik kan..apa tunggu lagi..dapatkan Hi-PLUS makanan tambahan untuk tambah ketinggian..risau kalau dah cuba tapi tak berjaya..jangan risau..money back guarantee..takde kejayaan tanpa usaha kan..yang penting kena disiplin dan konsisten.. Untuk set promosi HI-PLUS™  sekarang ini korang boleh memiliki semua di bawah pada harga hanya RM 179 sahaja, tawaran terhad kepada 200 orang yang terawal. 



Siapa cepat dia dapat !!!




Jangan tunggu lagi! Anda boleh bertambah tinggi dalam masa beberapa minggu. Lebih cepat anda mula menggunakan HI-PLUS™, lebih tinggi lagi anda membesar. 



Hubungi /SMS/Whatsapp :


 019-3723381

Maklumat lanjut sila layari :

Email di : hiplushq@gmail.com


Monday, November 13, 2017

Wajah Berseri Sekelip Mata Tanpa Mekap Dengan 9 Herbs Beauty In The Drops

Beauty In The Drops UV Face Primer + Luminous Day Serum

Cantik...menarik..kau memang debomb...haaaaa...x sungguh tak kata kan...SA dah jumpa dah jalan penyelesaian untuk mekap yang sempurna. Tiada masalah mekap bercapuk dan mekap tidak tahan lama dah..mencantikkan di samping menyihatkan kulit muka anda. Beauty In The Drops setanding produk antarabangsa dengan menggunakan 100% bahan semulajadi. Bab cantik memang semua wanita prihatin. Bab cantik memang perlu dititik beratkan..Dan untuk itu jangan tersalah pilih...pastikan yang selamat, tiada bahan terlarang dan lulus KKM..

Pertama kali SA mencuba 9 Herbs Beauty In The Drops ni SA dah terpikat hati...sememangnya product ini mempunya kelebihan yang SA cari. Sebelum mulakan mekap SA guna Beauty In The Drops dan ratakan ke seluruh wajah...then baru apply mekap...hasilnya mekap tidak bercapuk ye kawan- kawan...tidak berminyak malahan terasa lebih segar..masalah tona tidak sekata beransur hilang dan kulit muka semakin sihat tanpa cela jerawat serta jeragat...dan paling best sekali Beauty In The Drops sesuai untuk semua jenis kulit..


Didatangkan dengan packaging yang comel..


Seminggu pengambilan Beauty In The Drops


Botol yang comel dengan warna yang attractive


Sebotol ni boleh tahan 3 bulan penggunaan


Sebotol Beauty In The Drops untuk kekal jelita


SA di hari ke 8 penggunaan

 

9 Herbs Beauty In The Drops Pilihan SA yang tepat


Nak cantik dan flawless macam SA? jom la consume Beauty In The Drops...



APA KELEBIHAN BEAUTY IN THE DROPS ?

1. Menjimatkan masa.
2. Mencantikkan dan merawat wajah.
3. Mengandungi 100% bahan semulajadi.
4. Bersih dan rawat kulit dari dalam.
5. Kulit lebih berah dan glowing tanpa makeup.
6. Tiada bahan kimia merbahaya.
7. Tiada kesan sampingan.
8. Sesuai untuk semua jenis kulit.
9. Kaya dengan antioksida.

CARA PENGGUNAAN



1. Goncang sebelum digunakan.
2. Picit hujung getah penitis kemudian lepaskannya.
3. Longgarkan penitis dari bekas kaca.
4. Perlahan-lahan picit hujung getah untuk titiskan kandungan ke sekitar muka. Titiskan ke dagu, pipi, hidung dan dahi. Kemudian ratakan ke seluruh wajah.
5. Mulakan solekan seperti biasa.
6. Untuk hasil yang lebih baik, titiskan sekali lagi sebagai sentuhan akhir.




KANDUNGAN BEAUTY IN THE DROPS

MINYAK ARGAN
Kaya dengan Vitamin E dan Omega 3, 6 & 9. Sesuai untuk semua jenis kulit.

1. Sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit.
2. Melembapkan dan menegangkan kulit.
3. Menghaluskan dan mencerahkan kulit.
4. Mengatasi jerawat, radang dan sunburn.
5. Menjadikan kulit lembut dan bersinar secara semulajadi.

MINYAK JOJOBA
Ianya lilin cair atau Wax Ester yang memiliki ciri-ciri yang sama dengan struktur kulit manusia. Sesuai untuk kulit sensitif.

1. Melembut, melembap dan menghaluskan kulit.
2. Mengatasi masalah kulit berminyak dan mencegah jerawat.
3. Mencegah oksidasi kulit sebagai anti penuaan.
4. Anti radang.
5. Menjadikan kulit sihat dan cantik.

Korang nak cuba?

Jom Claim the Promo Code NOW! for special offer (Promo Code IMC-BitD#1)


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :

Hotline : +6012-4540187 - Kak Raaina




Monday, October 16, 2017

Masalah Sembelit Dan Kencing Tidak Lawas Pulih Dengan Jus Glamohealth

JUS GLAMOHEALTH (MINUMAN BOTANI PENGAGA DENGAN KURMA DAN HALBA)

SA dan sembelit serta kencing tak lawas memang tak boleh dipisahkan..dah pergi klinik, dah pergi hospital masalah tu sekejap je hilang lepas tu muncul kembali. Bila melalui masalah sembelit dan kencing tak lawas ni serta merta mood jadi tak best sebab tak selesa. Angin dalam badan jadi banyak dan ari- ari jadi pedih sebab kencing tak lawas. Orang tua- tua cakap minum air barli kan? SA dah minum air barli banyak tapi masih tidak selesaikan masalah.Boleh dikatakan dalam sebulan SA akan menghadapi masalah tersebut 2-3 kali. Dah penat dah pi klinik atau hospital...kalau boleh tak nak terlalu bergantung pada ubat- ubatan, takut masalah lain plak timbul kan.Ini la masalahnya kalau terlalu focus dengan kerja lepas tu bila tiba time nak buang air kecil terus lambat- lambatkan masa. Nasib baik tak kena Batu Karang lagi..kalau tak sure lagi bertambah sakit dan keadaan jadi makin teruk..SA akui SA mmg selalu tahan buang air kecil..

Baru- baru ni SA diperkenalkan dengan Jus Glamohealth iaitu Minuman Botani Pemecah Batu Karang , Village Formula yang mempunyai  pelbagai fungsi khas yang membantu memecahkan batu karang. Minuman ini tidak hanya khusus membantu memecahkan batu karang tetapi ramuan didalamnya juga membantu pesakit yang mempunyai masalah jantung, sembelit, masalah pencernaan, darah tinggi, masalah buah pinggang dan juga pedih ulu hati. Seminggu SA amalkan Jus Glamohealth alahamdulillah masalah SA pulih seperti sediakala khususnya masalah pencernaan dan kencing tidak lawas. Alhamdulillah SA rasa selesa sangat sekarang. Tak sangka keputusan SA untuk mencuba Jus Glamohealth adalah satu keputusan yang tidak sia- sia. Semuanya kini berjalan lancar..

Jus Glamohealth Rahsia Alam Untuk Kesihatan

Jus Glamohealth diadun daripada petua tradisional yang diamalkan sejak turun temurun. Petua yang sekian lama dilupakan. Dan kini, segala formula kandungan telah ditemui kembali dan ianya telah diperbaharui dengan menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas serta senang untuk diambil. Ramuan ini bertindak meleburkan ketulan-ketulan batu karang dan melarutkannya ke dalam air kencing sehingga tidak terasa sedikit pun ketika ia keluar daripada badan pesakit. Bahan- bahan semulajadi yang digunakan untuk menghasilkan jus ini adalah dari bahan- bahan semulajadi yang terpilih.Tanpa sebarang bahan chemical atau bahan pengawet ianya menjadikan Jus ini sangat sedap dan segar ketika diminum.


Minuman botani Jus GlamoHealth, Village Formula dapat mengatasi masalah seperti :

  1. Untuk memecahkan batu karang yang terdapat di dalam hempedu, buah pinggang, saluran/pundi kencing
  2. Untuk mencuci sistem perkumuhan
  3. Untuk mengatasi masalah kencing tak lawas/tak boleh control
  4. Menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing
  5. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  6. Mencegah pengerasan arteri apabila berlaku stress spt tekanan darah tinggi
  7. Membantu melegakan penyakit pedih ulu hati
  8. Membantu pemulihan penyakit berkaitan hati dan hempedu





CARA PENGGUNAAN JUS GLAMOHEALTH

  1. 30ml (1 penutup) setiap hidangan. Amalkan sebelum tidur dan jangan dibilas selepas minum.
  2. Banyakkan minum air pada waktu siang untuk melancarkan proses pemecahan batu karang.

TESTIMONI & SOAL JAWAB

TESTIMONI 1


 TESTIMONI 2

TESTIMONI 3


i.Bolehkah ibu mengandung/menyusu mengamalkam jus glamohealth?
Kami tidak menggalakkan ibu mengandung mengamalkan jus glamohealth ini kerana khuatir berlakunya alahan kepada ibu. Manakala untuk ibu yang menyusu anak, boleh mengamalkan jus glamohealth.

ii.Adakah produk ini berdaftar dengan KKM?
Jus glmaohelath ini disahkan oleh mesti (dibawah KKM) dan ditanggung halal (makanan selamat dibawah tanggungan industri) dan 100% keluaran bumiputera.

iii.Apakah kesan selepas pengambilan jus glamohealth?
Kesan selepas mengamalkan jus glamohealth ialah batu di dalam buah pinggang dan salur atau pundi kencing akan terhakis atau terlerai/hancur menjadi kecil-kecil seperti pasir dan keluar ketika membuang air kecil.

iv.Berapa lama kesan yang boleh dilihat selepas mengamalkan jus Glamohealth?
Dalam seminggu ke 2 minggu. 

v.Berapa botol jus Glamohealth yang perlu diambil untuk memecahkan batu karang?
Bergantung pada saiz batu karang.

vi.Selain daripada khasiat pemecah batu karang,apakah khasiat atau penyakit lain yang boleh mengamalkan jus Glamohealth?
Jus batu karang ini juga boleh diamalkan untuk mereka yang mengalami masalah pencernaan, sembelit, sakit ulu hati, darah tinggi dan juga buah pinggang. 

vii. Berapakah umur yang boleh mengambil jus glamohealth?
Umur yang sesuai untuk mengambil glamohealth ini ialah seawal usia 11 tahun keatas.

viii.Satu botol tahan berapa lama?
Satu botol tahan 13 hari minum


Jom tengok cara pengambilan Jus Glamohealth dari SA.. ( Photo diambil waktu siang untuk review, sila ambil jus ini pada waktu malam sebelum tido)


Tuangkan 30ml atau satu penutup penuh


ready?


amalkan secara konsisten untuk keputusan cepat dan memuaskan


SA puas hati..

KANDUNGAN GLAMOHEALTH

  1. Lemon  - Menstabilkan tekanan darah tinggi, melancarkan pencernaan, menguruskan badan, membantu proses singkirkan toksin
  2. Ubi Bit Merah -Merawat masalah jaundis, hepatitis, loya, muntah-muntah akibat masalah pada hempedu, cirit-birit dan disenteri.
  3. Daun Celery - Membantu sistem penghadaman. Celery mempunyai kandungan air dan fiber yang agak tinggi dan sesuai untuk anda yang kerap menghadapi masalah sembelit.
  4. Daun Belalai Gajah -Mengurangkan risiko salur darah tersumbat,membuang toksin dalam badan
  5. Selasih - Sebagai ubat herba untuk kesihatan dan mengawal tahap gula dan darah
  6. Daun Dukung Anak - Merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B.
  7. Buah Delima - Mengurangkan berat badan, memberi dan merangsang tenaga batin, mengurangkan risiko penyakit kencing manis, membantu menstabilkan paras kolestrol, membantu merendahkan tekanan darah.
  8. Daun Durian Belanda - Membunuh sel kanser, mencegah osteoporosis, meningkatkan tenaga dan daya tahan, bermanfaat untuk jantung dan mencegah kerosakan saraf, merawat buasir dan keracunan makanan yang dihidapi oleh bayi, melegakan sembelit, diuretik semula jadi, merawat jangkitan di saluran air kencing, Vitamin C, melawan radikal-radikal bebas
  9. Madu - Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air. Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan. Menyembuhkan penyakit dalam perut

SA dah consume...korang bila lagi? kita semua kena ingat ye..lebih baik mencegah dari mengubati kan..SA sangat- sangat rekomen pada korang untuk consume Jus Glamohealth ni..produk ini sememangnya bagus kerana menggunakan bahan- bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan- bahan chemical atau bahan pengawet..yang penting ianya mendapat kelulusan KKM dan 100% Halal. Sekiranya ada antara ahli keluarga terdekat yang mempunyai masalah batu karang boleh consume Jus Glamohealth ini...insyaallah berkesan.. ikhtiar tu penting kan?

Harga RM 120 Sebotol

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi:








Tel : 0122266953 / 0136918656 / 0136732012

Selamat Mencuba...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah