Saturday, July 8, 2017

Barangan Yang Tidak Dibenarkan Ketika Menaiki Pesawat

Hi korang...

Semalam driver boss SA ada tanya pasal ubat yang dia nak bawak naik pesawat dan tanya jugak boleh ke masukkan dalam bag dan check in? SA x berani nak jawab sebab ubat tu consider racun dan berbentuk cecair..ianya ada la kaitan dengan dadah...so SA pun google dan dapat info dari website AA...so SA terpanggil nak share dengan korang supaya kita sama- sama alert tentang ni..mana la tau kita x ingat kan...


Barangan berbahaya

Barangan berbahaya ialah barangan atau bahan yang boleh membahayakan keselamatan pesawat atau penumpang di dalamnya. Sila pastikan yang anda tidak membungkus barangan yang tersenarai ini di dalam bagasi kabin atau bagasi berdaftar anda.

Barangan terlarang


Bahan mengakisGasCecair Mudah TerbakarBahan PengoksidaanPeroksida OrganikBahan Toksik
RadioaktifBahan BerjangkitBahan LetupanPelbagai (termasuk Ais Kering dan Petrol)Pepejal Mudah TerbakarBahan Bermagnet

Barangan berikut adalah dilarang dalam bagasi anda sama ada ia berdaftar atau tidak:
ProhibitedSenjata api dan peluru
ProhibitedBahan letupan, gas mudah terbakar atau tidak mudah terbakar (seperti cat aerosol, gas butana, isian semula pemetik api)
ProhibitedGas yang disejukkan (seperti silinder akualung terisi, nitrogen cecair)
ProhibitedCecair mudah terbakar (seperti cat, pencair, pelarut)
ProhibitedPepejal mudah terbakar (seperti mancis, pemetik api)
ProhibitedPeroksida organik (seperti resin)
ProhibitedRacun
ProhibitedBahan berjangkit (seperti virus, bakteria)
ProhibitedBahan radioaktif (seperti radium)
ProhibitedBahan mengakis (seperti asid, alkali, merkuri, termometer)
ProhibitedBahan bermagnet, bahan pengoksidaan (seperti peluntur)
ProhibitedSenjata seperti senjata api antik, pedang, pisau atau barang seumpamanya dengan syarat bahawa barang sedemikian mungkin boleh dibenarkan sebagai bagasi berdaftar mengikut budi bicara mutlak kami atas sebab-sebab yang sangat istimewa.
 Barangan larangan
Anda tidak boleh membawa barang-barang berikut ke dalam kawasan larangan keselamatan dan di dalam bagasi bimbit anda:
  • Sebarang Senjata Api & Senjata
  • Objek Berhujung Tajam
  • Peralatan Tumpul
  • Bahan letupan dan bahan mudah terbakar
  • Bahan kimia dan toksik
  • Pisau (termasuk pisau pemburu, pedang, dan pisau lipat)
  • Gunting dan sebarang objek tajam/berbilah yang lain (spt. pemecah ais, pemotong kuku) yang dianggap menyalahi undang-undang tempatan
  • Senjata seperti cemeti, nanchaku (belantan berantai), belantan, atau pistol pegun
  • Pistol mainan/barang berbentuk pistol atau mirip pistol, gari
  • Peralatan sukan seperti kayu besbol/kriket, kayu golf, kayu hoki, kiu biliard
  • Peranti dengan bateri mudah tumpah (bateri basah)
  • Aerosol (penyembur rambut, minyak wangi, ubat-ubatan yang mengandungi alkohol) tidak melebihi 0.5kg/l setiap barang dan 2.0kg/l jumlah berat.
  • Kereta sorong bayi
  • Sebarang item lain yang dirasakan sebagai bahaya keselamatan oleh undang-undang tempatan
  • Sebarang item lain yang menyerupai atau mempunyai fungsi serupa dengan barangan di atas
Senarai ini tidak lengkap dan barangan lain mungkin ditambahkan. Kami berhak merampas apa-apa barangan yang dirasakan mengancam keselamatan tetamu kami.
Selain daripada barangan dalam senarai di atas, sesetengah lapangan terbang mungkin mempunyai larangan tambahan. Untuk memastikan anda mematuhi peraturan, sila semak dengan lapangan terbang setiap kali sebelum anda terbang.

sumber : Website Air Asia..

Muak Dengan Menu Raya, Layan Fish Ball Noodle Soup Sajork..

Hi korang...

Isnin lepas kan..SA macam dah jemu nak makan...macam takde perasaan je sebab masih terbayang menu raya yang dah buat SA rasa muak sangat..padahal x beraya mana pun  ni...tak tau la kenapa..sebab tu la korang nampak SA kurus..hahaha..ada plak kan...so naik kerja Isnin lepas SA lunch tapau je kat Food truck sebelah hotel Aloft tu...dari bulan puasa SA nampak diorang meniaga situ...so apa lagi..aktiviti food hunting pun bermula..

SA beli je Fish ball noodles soup ni....sedap plak di tekak..maybe sebab bukan menu raya kot kan...hahahaha..simple jer noodles soupnya...


Bihun dan cili kicap


Fish ball soup dan ada la sikit isi ayam..


cilinya...

its cost me RM10 untuk set ni...

Mahal kan?

sesekali takpe..jangan selalu...selalu kalu bahaya...korang masih mood raya?

mood rumah terbuka?

Friday, July 7, 2017

Breakfast Session dan Session Buka Hadiah Kemenangan...

Hi korang..

Pagi ni tadi SA join breakfast session dengan Boss dan semua colleague GPS.Ikutkan SA memang tak dapat nak join sebab  nak ambil ubat Mak kat IJN. Acara rutin yang biasa SA kena buat la every 6 month. Dah boss beria ajak so SA tak sampai hati nak tolak..so decided to go to IJN lepas breakfast tu nanti..

Pergi pun tumpang keta boss..hahaha...sampai jer terus kawan- kawan semua dah tunggu...lambat skit sampai sebab hujan plak pagi ni...wah hujan rahmat kan...


sebelum makan wajib Welfie dulu


Nampak tak ketembunan muka SA kat situ...


Bukan setakat sarapan jer..Sambung lagi kat opis...ada kuih muih raya dan kek batik..alahai...sajer jer korang kan....bila kala plak SA nak diet ni...


Ada plak puding ni ha...aduhai....memang makan jer la kerja...tapi bukan SA eh...hahaha...bukan SA...orang lain la...SA memang menjaga pengambilan makanan...


Ni la rupanya Masterchef yang menang tempat pertama Juadah istimewa bersempena dengan majlis Meriahnya Syawal KLHQ semalam...alaaa...gambar tu nanti SA citer seperate entry yer..agak malas nak watermark gambar tapi kemenangan  yang sangat manis dalam hidup SA yang selalu jadi Masterchef tak rasmi ni..Kemenangan ni bukan lah usaha SA seorang jer tetapi usaha semua colleague Level 11. Apa yang penting kerjasama kan...so hadiah yang menang semalam we decided to share . Selain menang Juadah Istimewa kami juga menang persembahan khas tempat Kedua.


Sayang plak nak buka hadiah


over plak...candid photo by colleague Ella...

Eh ada video bukak hadiah jugak tau...tengok boleh tapi #janganmengata ye....Sajat sangat....


Itulah cerita hari ni....

Makan...makan..dan makan...lepas ni jangan lupa detox dengan STEA Pure Green Tea ye...sebelum syawal berakhir sure banyak open house kan...jangan makan je...detox tetap yang utama...

Selamat berhujung minggu korang...

Tingkatkan Kecergasan Tubuh Badan Dengan Jus Lutox Dnars

Berdiri Tegap Dan Bertenaga Sepanjang Ramadhan Bersama Lutox!

Hi korang...

Meh la SA nak citer tentang Jus Lutox Dnars yang SA tengah consume ni..masa mula- mula dapat product ni macam malas plak nak cuba tapi bila terbaca segala details di website dan di kotak Jus Lutox Dinars ni..SA rasa nak cuba..why not kan kalau boleh berikan yang terbaik buat SA sebab lately ni sejak umur dah genap 39 tahun ni SA agak kurang tenaga. Rasa malas especially bila bangun pagi. 

Bila dah 2 minggu SA consume 2 sudu pagi sebelum sarapan dan 2 sudu malam sebelum makan malam SA rasa perubahan sedikit demi sedikit dimana SA makin cergas..bangun awal pagi pun senang dan terus rasa cergas sepanjang hari. SA mula minum masa bulan puasa hari tu dan beza sangat ketara dimana awal bulan puasa SA rasa letih, lesu dan tak bermaya. Kini masalah tu dah tiada dan prestasi SA pun semakin baik.


Jus Lutox Dnars merupakan minuman botani campuran buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Minuman ini diformulasikan dengan 100% bahan-bahan segar berkhasiat dan kaya dengan nutrisi semula jadi dan tidak mengandungi kafein.

Minuman ini mengandungi khasiat kurma, madu, lemon, halia, pegaga, bayam, potassium sorbate, markisa, delima, garam bukit dan xanthan gum. Ia juga mengandungi mineral penting lain seperti vitamin, tenaga, karbonhidrat, lemak dan protein.


Produk Jus Lutox Dnars minuman makanan tambahan baik untuk tulang dan sendi, di samping meningkatkan kecergasan dan melancarkan darah dalam badan anda. Minuman tambahan ini tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan.  Pati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang dipilih mengandungi zat yang tinggi, baik untuk kesihatan badan dan rasanya memang sedap. Budak- budak pun suka tapi bila anak buah SA mintak sedikit SA tak bagi la...hehehe..mana boleh kan..mama punya...


Jus Lutox Dnars boleh diambil setiap hari, sesuai untuk seisi keluarga!


Jom tengok spontan video yang SA buat ni..maaf kualiti tak berapa perfect sebab SA malu...hahahaha..

Khasiat Jus Lutox Dinars

  1. Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
  2. Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  3. Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Melancarkan proses penghadaman.
  6. Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
  7. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  8. Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  9. Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
  10. Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
  11. Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.
  12. Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh


Cara Penggunaan:

  1. Goncang sebelum digunakan.
  2. Setelah dibuka, sila simpan di tempat yang sejuk dan kering.
  3. Minum 2 sudu besar semasa perut kosong sebelum makan pagi dan makan malam.



Berminat untuk dapatkan Jus Lutox Dnars ?

Harga Jus Lutox Dnars 
RM 100 (sm)  
RM 110 (ss)
Saiz/Isi padu Produk: 400ml/botol

Info lanjut :  FB Page Dnars https://www.facebook.com/juslutoxdnars/ 
Website : http://www.lutox.com.my/ 
Whatsaap :+6016-261 4435

 #JusLutoxDnars #JusLutox #Dnars #berdiritegapbertenaga

Thursday, July 6, 2017

Menang Tempat Ketiga Lazada Ramadhan Blogger Contest



Alhamdulillah...

Actually saje jer cuba- cuba join Lazada Blogger Contest Ramdhan lepas sebab teruja tengok kawan- kawan AFB yang join...tak sangka plak boleh dapat tempat ketiga contest ni..rasa macam tak percaya plak...apapun terima kasih pihak LAZADA sebab pilih SA dan rakan- rakan yang lain sebagai pemenang...
Ya allah happynya walau dapat RM100 voucher Lazada kan...tetap rezeki lepas raya ni...hahaha...boleh shopping yeay.....actually ada satu lagi berita gembira tau...yang SA betul2 tak sangka...nanti SA citer next entry..sibuk sikit hari ni sebab Majlis Hari Raya Company...esok SA cuba up entry tu eh...rasanya ada antara korang dah tau sebab SA dh upload gambar kat FB tapi sebagai kenangan tetap nak buat entry jugak..

Wednesday, July 5, 2017

Sambutan Raya 2017 Suria Amanda

Hi korang..

Baru hari ni nak up gambar raya tahun ni...mengada betul..ekceli bagi laluan entry kerja dulu..huhu...malas pun yer gak..tapi kalau malas sure bersawang blog ni kan...So..bercerita tenang sambutan Hari Raya SA tahun ni..semuanya serba sederhana bila hanya SA dan adik ke 3 yang sedang berpantang je ada kat rumah selaim Mak Abah. Adik- adik yang lain semua beraya di sebelah Mertua masing- masing. Walau sederhana tetap meriah. Seawal pagi SA bangun sediakan hidangan untuk sarapan sebelum pergi ke masjid untuk sembahyang raya. Anak- anak pun bangun awal..tak susah nak kejutkan sebab dari malam tu SA dah pesan dah..sapa lambat bangun x payah raya.

Jom tengok gambar yang sempat SA abadikan sebagai kenangan


Bergambar dengan si kembar ni..susah betul diorang nak bg kerjasama


Dania dan Si Kembar


Dania


Keluarga adik SA no 3, Lissa maybe ada yang kenal sebab dulu blog ni dia yang buat untuk SA..so awal kemunculan maybe ada yang kenal Lissa


Mak Abah sedondon royal blue dari Jakel dan masa ni kat kampung Abah



SA dengan Mak Abah


SA


Dania lagi


SA depan rumah sepupu Abah


Dengan Dania plak...

Dapat jugak gambar raya dari 2 orang adik SA yang beraya di rumah mertua masing-masing


Adik bongsu di Perlis


Adik no 4 di Ipoh, Perak...alahaiiii...somellll Qhaira tu....


Itulah cerita sambutan hari raya SA yang sederhana..cuma gambar Angah sekeluarga takde..tak bagi pun..kalau tak dah complete dah...

tak terlewat lagi rasanya SA nak ucapkan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Tuesday, July 4, 2017

Rendang Burung Puyuh Campur Pucuk Maman

Hi korang...

Orang kampung macam SA ni memang takde lain la kalau masak..memang prefer masakan kampung..korang pernah makan rendang Pucuk Maman?Signature dish orang NS especially masyarakat Gemencheh. Rendang bercampur pucuk Maman sedap ke? Korang kena menjejak sendiri Rendang Pucuk Maman ni baru korang tau macam mana sedapnya. Bukan setakat dicampur dalam rendang sahaja tetapi selalu di buat jeruk dimakan bersama nasi putih sebagai ulam sampingan.


Tentang Daun Maman.
  1. Maman adalah sejenis herba dengan nama saintifik Cleome Gynandra. Ia di tanam secara meluas di Terengganu dan NS terutama di Gemencheh NS. Ada jugak tumbuh liar.
  2. Selain boleh dicampur bersama rendang, ia juga boleh dibuat jeruk. Daun dan akarnya boleh dijadikan ubat traditional untuk membantu penghadaman, mengatasi masalah buasir, cirit- birit, kulit gatal dan Reumatisme.
  3. Ia memerlukan 25 hingga 30 hari sebelum boleh dituai.
  4. Sekiranya musim hujan ia akan mengambil masa lama untuk bercambah.


Pucuk maman yang telah siap disiang


Rendang burung puyuh dengan pucuk maman..

Kebetulan SA masak burung puyuh dan kebetulan juga SA ada beli 1kg pucuk maman. Kawan kepada mak saudara SA jual..boleh tahan jugak harganya RM7 sekilo tau...tapi sekilo tu dapat sikit jer pucuknya..cukup untuk sekali masak...tapi walau sikit...bila makan...ya allah sedapnya...sedap kalau rendang tu pedas dan lagi sedap kalau masak dengan ayam tua. Ayam tua tu kan keras dagingnya dan sesuai di buat rendang..begitu juga masak dengan daging...SA sajer cuba masak dengan burung puyuh untuk kelainan..pun sedap jugak..makan panas- panas dan masakan kena pedas..tak pedas tak kick la kan?tak pedas bukan orang Nogori la namo eh...ye tak?

Cara Mudah Mencari Barangan Hilang Dengan Bluetooth Tracker TAG La

Hi korang...

Peningnya kepala kalau cari barang tak jumpa kan...macam SA la...almaklumlah sejak umur dah meningkat ni jadi pelupa plak...kadang- kadang letak sekejap jer tapi boleh lupa.Selalunya yang jadi masalah kalau salah letak kunci rumah dan kunci kereta..handphone memang jarang- jarang la hilang cuma mungkin salah letak.

Baru - baru ni SA diperkenalkan dengan Bluetooth Tracker atau lebih dikenali dengan nama TAG La. TAG La adalah cara terpantas untuk mencari apa sahaja barang korang yang hilang. Tanpa teknologi seperti TAG La ianya mengambil masa yang lama malah berjam- jam untuk mencari sesuatu barang yang hilang. Boleh jadi stress kalau tak jumpa kan..Lepas ni tak jadi masalah lagi dh..sebabnya dah ada penyelesaian kepada masalah korang...jom tengok gambar dan penerangan Item Finder ni..


Comel jer kan item finder TAG La ni dan terdapat dalam 6 warna yang menarik iaitu, Merah, Hitam, Kuning, Hijau, Biru dan Putih. SA pilih Merah sebab memang warna kegemaran...sekarang korang dah boleh mencari barangan yang tersalah letak tempatnya atau hilang dengan aplikasi yang mudah untuk digunakan. Dekatkan TAG La korang kepada apa sahaja barangan yang korang rasa penting dan tak mahu ianya hilang seperti dompet, kunci atau handphone.

Cara- Cara Menggunakan TAG La


  1. Mulakan dengan memuat turun aplikasi TAG La dari Apple Appstore atau Google Play Store
  2. Ring TAG La dari aplikasi atau tekan dua kali untuk menelefon telefon anda. Walaupun handphone korang dalam mode senyap.
  3. Tempat terakhir dilihat - cari barangan anda yang hilang. Aplikasi  akan mengingati bila dan di mana kali terakhir barangan itu berada dengan anda.
  4. Minta bantuan rakan anda - cari barangan yang hilang dengan menekan butang bantuan. Apabila mana-mana pengguna TAG La datang berhampiran barangan tersebut, anda akan menerima notifikasi lokasi yang terkini barangan anda.



Senang sangat dengan applikasi TAG La. Applikasi ini mengambil masa hanya beberapa saat untuk dimuat turun ke telefon atau tablet anda dan terus berfungsi sebaiknya  melalui setiap langkah anda sejurus selepas New TAG La anda diaktifkan. 

Menarik kan?


Bagaimana jika telefon saya hilang?

Pertama, pastikan applikasi TAG La anda berfungsi, tidak kira di latar belakang atau latar depan telefon anda, dan pastikan telefon anda berada dalam ketinggian 75ft dan mempunyai capaian Bluetooth!

Tekan dua kali butang TAG La untuk menelefon telefon anda, walaupun dalam mode senyap!

Bagaimana jika anda telah dua kali menekan butang TAG La, tetapi telefon anda masih tidak berdering?

Ini kerana TAG La anda tidak berada dalam lingkungan peranti anda, Bluetooth tidak didayakan dan aplikasi TAG La ditutup.

Pastikan anda mempunyai aplikasi dan Bluetooth anda sepanjang masa untuk mengelakkan peranti TAG La daripada melepaskan sambungan dari telefon anda dan jangan lupa ketinggian harus 75 kaki. untuk capaian Bluetooth.



SA sangat- sangat memerlukan TAG La sebab SA ni memang jenis selalu terlupa letak barang- barang penting. Appreciated sangat dengan teknologi terbaru ni. Tak sangka ada Bluetooth Tracker yang boleh membantu mencari barangan yang tersalah letak atau hilang. Teknologi di hujung jari kan? Bentuknya yang comel boleh disimpan dalam tas tangan dan dibawa kemana sahaja anda pergi.

SA sangat- sangat recommend pada korang sekiranya selalu mengalami masalah macam SA.

Maklumat lanjut korang boleh hubungi :

Official website : http://tagla.com.my


Monday, July 3, 2017

Pemenang Top Komentator June 2017


Hi korang..

Maaf di pinta sebab lambat announce pemenang top komentator..siyesly SA sibuk dan terlupa yang belum umumkan pemenang...aduhai..maafkan la beta yang dah tua ni ha...terlupa sungguh..nak kata sibuk beraya tak plak..hahaha..

Jom tengok pemenang

Tahniah buat Blogger Kin Naz...

Sila email details ke Suriaamanda@yahoo.com. Tajuk email : Pemenang Top Komentator June 2017

Buat yang kalah...jangan putus asa ye..next SA akan announce hadiah untuk Top Komentator July 2017  pula...

Kita tengok siapa yang kena nanti...ok?

Juadah Hari Raya Suria Amanda

Hi korang...

Selamat bekerja bagi yang dah mula kerja...amboi..cuti lama2..amik kesempatan betul berehat eh...apapun dah seminggu dah kita sambut raya..SA plak baru nak up citer beraya tahun ni..takde la sakan sangat beraya sebab tak berapa meriah..adik2 semua ikut turn mertua tahun ni...tinggal SA dan adik yang no 3 itupun sebab masih dalam pantang...

So banyak ke masak korang raya lepas?SA masak ala kadar jer..sebab lepas sembahyang raya kami terus balik kampung Abah pas tu terus balik Kampung Mak...nasib baik kampung tak jauh..dekat jer..tapi merasa gak la jammed kat Bukit Putus tu...

Jom tengok juadah istimewa SA..ececece...istimewa la sangat...



Rendang Udang ( adik ipar x makan ayam & daging)


Rendang ayam tua ( amik yang berkuah untuk buka puasa)


Rendang daging


Rendang ayam tua campur daun puding


Sup tulang


Lemang beli sajo...


Nasi impit


Kuah Kacang


Ko mampu makan nasi impit ngan sambal udang ( kat umah mertua adik)


Lemang Tepung


Lemang pulut hitam


first time makan lemang pulut hitam, ok la rasanya cuma kalau manis lagi sikit baru ok...


Itu jer juadah hari raya yang SA masak...yang lemang tu beli la...lemang tepung dan pulut hitam tu makan kat umah Mak Lang..Alhamdulillah tahun ni walau sederhana beraya tetap meriah...terima kasih pada saudara mara yang datang beraya kat rumah..sorry SA xde sebab dah start kerja..so tak dapat la jumpa ngan sedara mara yang dari jauh datang bertandang...nak buat macam mana kan..tanggungjawab perlu di tunaikan...takpe la ada masa nanti boleh la jumpa lagi..mana la tau kalau nak pi bercuti plak hujung tahun kan...tak pun maybe boleh jumpa masa raya haji..

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah