Monday, January 28, 2019

Sayur Petola Masak Tumis Air....

Hi korang...
Hari ni SA masak masak  je sebab anak dara SA demam panas, terpaksa ambil EL...risau plak malam tadi panas badan dia melampau...kejap2 bangun..kejap2 bangun...batuk dan selsema pun ada...erm..kul 5am bg tau boss..terpaksa ambil EL...lepas hantar pergi klinik td SA berpeluang masak untuk tengahari...masak jugak lauk uuntuk adik dalam pantang...pagi tadi abah dh masakkan sup ikan haruan untuk dia..tak termakan katanya..ikan haruan tu x fresh...memang x tertelan kat dia...

SA letak resepi Sayur Petola Masak Tumis Air dulu la ye..ikutkan ada 3 jenis lauk SA masak kan hari ni...Ikan keli goreng berlada dh biasa letak resepi kat sini kan..SA ada buat video tutorial jugak..Rajin skit buat video...masak simple je tengahari ni..harap anak yg tak sihat ada selera makan.. 

Sayur Petola Tumis Air
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis yang dah ditumbuk
2. masukkan air
3. Masukkan cili api yg dh di racik 
4. Biarkan mendidih dan masukkan petola
5. masukkan garam
6. Masukkan suhun.. Siap...



Petola sebatang buang kulitnya, bawang putih, bawah merah dan ikan bilis


 bawang putih, bawang merah dan ika
ikan bilis tumbuk hancur


Suhun sebungkus


Cili api diracik


suhun direndam


video tutorial

Siap masak

Kalau makan ngan ikan masin goreng sedap..tapi x leh makan ikan masin...SA goreng ikan keli buat sambal berlada..itu nanti SA share kat kat lain entry la ye...panjang berjela plak entry ni kang..

Friday, January 25, 2019

Siakap Steam Untuk Ibu Berpantang...

Hi korang....

Yeay dah Jumaat dah hari ni kan..cepat betul masa berlalu dan dah nak habis dah bulan 1 untuk tahun 2019 ni...tak sangka kan..dah 10 hari la plak Tiara lahir dan SA sempat masakkan siakap steam untuk ibu Tiara...macam biasa la..kalau part masak lauk- lauk yang i luar kepandaian abah atau mak SA, makanya SA la gunakan plak ilmu yang tak berapa nak banyak ni...alahai...masak siakap steam ni tak susah mana pun tapi adik SA nak SA yang masakkan..dalam pada badan masih bloated dengan angin yang banyak sejak 4 bulan ni..SA gagahkan jugak la diri...Kalau kornag nak tau takde pun SA ikut mana- mana specific resepi..semua main campak- campak jer..adik pesan banyakkan halia ngan bawang putih dan letak brokoli....erm...SA bab ubah suai memang pakar la..hahahaha......tengok ibu berpantang makan lauk steam2 ni macam sedap jer kan...terus abah cakap buat la sekali untuk yang lain...ai ai chief!!!

SIAKAP STEAM 


Bahan- bahan

  1. Ikan siakap dipotong 2 ( nak guna ikan lain pun boleh, ikut suka)
  2. Bawang putih ( ikut suka banyak mana) dihiris kasar
  3. Halia ( ikut suka banyak mana) hiris kasar juga
  4. Bawang besar sebiji - hiris bulat
  5. Tomato 2 biji - potong 6
  6. Brokoli 2 biji - hiris nipis macam dalam gambar
  7. Serai 4 batang - ketuk bagi pecah
  8. Sos Ikan - agak- agak
  9. Sos Tiram - agak- agak
  10. Sos Bijan  - agak- agak
* bahan 8-10 perap pada ikan



Cara masak

Untuk masak menu ni SA guna pengukus biasa tu je..mulanya nak letak dalam pinggan plastik je, tapi knowing orang tua-tua memang tak bagi la..dia hulurkan loyang buat kuih talam ni..suruh letak dalam tu je..then apa yang SA buat..ikan tu perap dulu ngan sos ikan,sos tiram dan sos bijan..agak- agak la tuang masa tu jangan banyak sangat..dalam loyang tu SA alas kelopak kobis beijing tu dalam 5 kelopak...tuang air skit bagi berkuah skit..masukkan ikan..then masukkan halia muda yang dah dihiris dan bawang putih, masukkan sekali brokoli dan tomato...kalau nak tambah garam boleh...tapi SA tak tambah pun sebab sos ikan dan sos tiram tadi dah masin...then kukus/steam. Make sure masa letak atas pengukus tu air memang dah menggelegak supaya ikan cepat masak dan sayur2 tu tak terlalu layu.Untuk gambar ke 2 tu SA buat untuk yang lain makan so SA letak cili flakes sikit...supaya ada rasa- rasa pedas. Mak SA kalau makan nak ada rasa pedas...kalau tak memang dia takde selera...SA suka masak macam ni sesekali sebab SA suka kunyah halia tu..bagus makan halia macam tu walau kukus tetap crunchy..dan bagusnya halia ni boleh buang angin kan...SA makan halia banyak..angin banyak keluar..lepas tu lega la 2-3 hari..erm...lepas tu datang balik angin tu...doktor cakap gastrik SA teruk..tapi takde plak suggest pi skop ke apa kan nak tengok keadaan perut SA macam mana...

So itu la resepi simple SA...senang je nak buat..1/2 jam je dah siap masak dah...lagi satu siapa2 on diet pun boleh masak steam macam ni...sedap....

Thursday, January 24, 2019

REVIEW | ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack


Hi korang...

Kalau nak tau kan...tahun ni umur SA dah masuk angka 41 tahun dah...alahaiiii....walau umur hanya angka tapi tetaplah ada rasa menakutkan tau, makin tua tapi banyak benda tak achieve lagi..paling ketara apabila dah berusia kulit jadi bertambah matang, mungkin masa ni la garis- garis halus akan muncul. Kalau tak jaga betul- betul memang masalah garis halus pada muka akan berleluasa la kan..makin lama makin banyak..boleh stress kalau difikirkan...Alhamdulillah hadir pula si hitam manis yang exclusive dalam hidup SA..ya allah syukur sangat dengan adanya ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack..menyelamatkan keadaan dan memang kehadirannya tepat pada masa...produk ini dicipta oleh Klinik Dermatologi Korea khusus untuk menganjalkan, mengurangkan kedutan dan membuatkan kulit kita menjadi anjal sentiasa. Ianya sesuai untuk kulit kering dan mereka yang mengalami kulit kusam.

So untuk 2 minggu pertama ni SA guna ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack setiap malam sebelum tidur dan SA sangat suka dengan teksturnya yang pekat dan tidak melekit. Paling best cepat meresap ke dalam kulit dan tak rasa berminyak. Kalau korang nak tau ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack bertindak ketika kita tidur. So bila bangun pagi korang akan rasa kelembapan kulit muka korang jauh berbeza dari biasa. Betul..korang akan rasa kulit muka lebih lembab. Dengan penggunaan yang berterusan dan disiplin insyaallah garis- garis halus pada kawasan yang kita tak suka akan semakin hilang. So kalau tak nak garis-garis halus di kawasan yang tak sepatutnya..gunakanlah ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack ini setiap hari sebelum tidur dengan disiplin dan jadikan sebagai rutin ye..jangan tukar- tukar dah...








Kenapa korang perlu consume ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack?
  1. Meningkatkan keanjalan kulit muka
  2. Memperbaiki kulit yang kendur
  3. Menegangkan kulit
  4. Anti-penuaan

Cara guna 
Ambil sejumlah besar selepas serums, essences, dan ampoules biasa anda. Boleh digunakan di atas pelembab atau boleh menggantikan pelembab biasa anda. Untuk gunakan, ambil sedikit dengan menggunakan hujung jari dan sapukan dengan gerakan dari dagu ke pipi dengan bentuk V kemudian tepuk seluruh muka sehingga diserap sepenuhnya. Jangan risau sebab krim ini tidak berminyak. 

Bahagian muka SA yang mana yang sangat ketara dengan garis halus? kalau korang biasa jumpa SA dan perhatikan area kening antara hidung SA tu..nampak x? Bahagian kalau kita berkerut tu nampak sangat 2 garis yang sangat ketara...so selama 2 minggu ni SA memang jadikan rutin sebelum tidur gunakan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack dan nampak ianya semakin pudar walau tak hilang sepenuhnya. Itu dah cukup memeuaskan hati SA yang sering gundah gulana dengan garis- garis halus di muka...Bangun dari tidur dengan kulit wajah yang lembut dan segar...best kan?









Bahan -bahan yang terdapat dalam ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK :



Water, Butylene Glycol, Squalene, Alcohol Denat., Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Glycerin, Hydrogenated Poly (C6-14 Olefin), Chondrus Crispus Extract, Saccharum Officinarum (Sugarcane) Extract, Glyceryl Stearate, Caprylic/Capric Triglyceride, Caprylic/Capric/Myristic/Stearic Triglyceride, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Niacinamide, PEG-40 Stearate, Cetearyl Alcohol, Cyclopentasiloxane, Argania Spinosa Kernel (Argan) Extract, Anemarrhena Asphodeloides Root Extract, Curcuma Longa (Turmeric) Root Extract, Prunella Vulgaris Flower/Leaf/Stem Extract, Tagetes Erecta (Marigold Flower) Flower Extract, Dioscorea Japonica (Yam) Root Extract, Morus Alba (White Mulberry) Root Extract, Salvia Officinalis (Sage) Extract, Pentylene Glycol, Synthetic Beeswax, Cyclohexasiloxane, PEG-100 Stearate Polyacrylate-13 Polyisobutene, Palmitic Acid, Caprylyl Glycol, Stearic Acid, Tocopheryl Acetate, Adenosine, Polysorbate 20, Sorbitan Isostearate, Sodium Deoxycholate, Myristic Acid, Arachidic Acid, Lauric Acid, 1,2-Hexanediol, Sorbitan Laurate, Oleic Acid, Sodium Cocoyl Glutamate, Hydroxyethylcellulose, Acetyl Dipeptide-1, Cetyl Ester Alcohol, Carbomer, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Fragrance



video unboxing  ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack



Untuk maklumat lanjut, sila layari :


Instagram account : idplacosmetics_my

Watsons online : https://bit.ly/2AXRkmZ
Normal price : RM199



Harga Promosi : Check Watsons outlets OR Watsons online store.

Wednesday, January 23, 2019

Anak Buah Baru Nur Tiara Safiyya Bt Mohamad Tarmizi

Hi korang...

16 Jan 2019 yang lepas..lahirlah anak buah yang ditunggu-tunggu kelahirannya...mana taknya dh delay 8 hari kot masa tu..deadline dia lahir 8 Jan 2019...lewat seminggu...alhamdulillah baby dan dbunya selamat..cuma ibunya kena kenyak la jahitan sebab baby besar 3.33kg...seminggu dalam pantang berat baby dh cecah 3.6kg...aik..macam pelik plak kan..patut turun skit...tapi takpe la....janji baby sihat...hari baby lahir tu petang dh boleh balik rumah dah..kesian kat Opick la sebab 2 hari ibu dalam wad kan..dah la sejak adik dia lahir ni dia macam tantrum skit...kami yang kat rumah ni melayan dia je la..supaya dia tak meragam..tapi dia sayang adik dia walau dia tak peduli sangat kan..dia rapat ngan ibunya plak tu..risau dia terkam ibu or adik je...kadang tindakan dia spontan sebab tengah lasak kan....nasib ada kakak Dania..Opick rapat jugak dengan kakak Dania..

Mula2 kami duk main teka-teka nama baby baru bdik bongsu SA ni...puas la cari...ada yang bunyi artis..ada yang bunyi ala-ala klasik..adik SA nak nama ada huruf N, T dan S...macam-macam keluar...glamour-glamour dh bunyi..dah agak diorang akan akan letak nama  TIARA...bukan bebab citer Pujaan Hati Kanda tu...dh memang kebetulan..diorang nak 4 anak sekurang-kurangnya...nama untuk anak no 3 ngan 4 pun dah ada dh...amboiii..advanced sungguh merancang....besarkan la dulu yang berdua ni dulu...jangan la rapat sangat..lagipun adik SA muda muda lagi..baru 30 tahun rasanya...

Sorry SA boleh letak gambar ni je dulu..tak dapat keizinan nak tunjuk gambar penuh...


Comel je jari dia...


Jari panjang-panjang..orangnya tinggi...


NUR TIARA SAFIYYA...nama yang dipilih bermaksud CAHAYA PERMATA YANG BERSIH DAN JUJUR...tarikh lahir dan masa lahir pun cantik je kan...bertambah lagi anak buah perempuan..buat masa sekarang cucu mak abah ada 9 orang dah...6 perempuan dan 3 lelaki..meriah la rumah...lepas ni sape plak nak tambah anak..hahaha...SA mmg takde la...cukup la Dania tu sorang...nak kawen or beranak dh tua kan..tahun ni je SA dah 41 tahun...mengandung di usia 40an ni risiko tinggi kan..lagipun sape la nak kawen ngan SA ni...ye tak?hahaha...kalau ada la jodoh SA...kahwin la SA kan...so...onion aunty luar sana jangan risau..x yah membawang tentang SA..jaga la suami anda masing2..jangan sampai ada antara suami anda jadi suami SA plak nanti.. #ehhhh...

Tuesday, January 22, 2019

Brisk Walk Di Seremban Lake Garden..

Hi korang...

Lupa SA nak share aktiviti brisk walk di Seremban Lake Garden 2 minggu lepas..hehehe..bagi laluan kat entry yang perlu di up dulu..kena la selang seli task review dengan personal kan..nanti orang ingat blog ni buat advertorial je..sebenarnya SA mengalami sedikit stress cuti baru - baru ni...stress dengan kepanasan cuaca dan masalah elektrik supply kat tingkat atas rumah SA...dah lama dah masalah ni berlaku bila hujan..tak tahu kat mana silapnya..kalau hujan letrik effect..dah beribu duit abih repair dah..ni dia nak mintak duit lagi la ni....sebelum SA lagi stress baik kita tukar citer lain....

Last 2 week SA sambung Brisk Walk lagi..lebih kepada melayan adik bongsu yang waktu tu nak jalan- jalan sebab nak cepat bukaan bersalin. delay 8 hari..so layan la dia berjalan kat Seremban Lake Garden ni..lama giler tak jejak kan..SA ambil peluang berjalan..sesekali jogging skit..agak penat stop..jalan lagi...luas sebenarnya Lake Garden ni tapi best sebab banyak pokok2 besar dan rimbun kan..so angin pun banyak walau peluh dah menjejeh dah...sebelum memulakan langkah...kita workout skit..bagi tak terperanjat urat badan...buat yang simple- simple jer...











Video SA berjalan...



Anak dara ni sekarang suka amik gambar macam ni....seni katanya...


Anak dara ni memang peneman mama dia la...

Tetiba Abah call tanya kat mana..dia nak sampai dah..rupanya dia sempat pi jemput Dida..amboiiii...datang dengan bermekap ala- ala princess...ni nak jogging ke nak apa ni...sempat la bawak dia masa round ke 2..kesian tengok dia mengah..dah tu sapa suruh datang kan...ikutkan dia nak main kat playground tapi kat area lagi satu...area yang SA pi ni tempat orang beriadah dan tempat pengantin- pengantin outdoor..so sambil jalan boleh la kita cuci mata....


Selfie jap ngan Dida


Dida dan kakak Dania


Adik dan mak SA...macam dua- dua mengandung...




Kami lepak kat sini sampai dah nak maghrib dah masa tu...then terus balik sebab kakak Dania nak pi tuition plak pukul 8...bagus sebenarnya kalau dapat buat hari- hari brisk walk ni...SA buat hari- hari waktu pagi berjalan dan naik tangga kat MRT station dan sekali lagi buat masa balik kerja..SA sekarang kan dah mula naik MRT semula...tak naik kereta dah...tak tahan jammed dan minyak agak mahal kan...walau bukan sendiri yang bawak..hahaha...

Minggu lepas tak dan buat brisk walk sebab badan tak berapa nak sihat..dan buat kejap je petang semalam bawak si Opick jenjalan keliling area rumah..tak sempat peluh keluar pun...

Saturday, January 19, 2019

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris Baru ~ Belaian Romantis Mandianmu...

Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel


Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.



Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.




Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembabkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.







Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.


Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel: 


1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)



Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.

2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)



Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual. 


3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)



Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.

Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.


Friday, January 18, 2019

Semakin Hari Semakin Kembang...

Hi korang....

2-3 hari ni viral kan kat media sosial timeline tentang #10yearschallenge dan SA pun tersampuk gak...nak jugak buat walau ada jer ramai yang kecam..hahaha...sebenarnya yang kecam tu lebih kepada tak berpeluang nak buat..ye la dulu diorang free hair pas tu dah bertudung kan..SA masih macam dulu takde yang berubah pun...cuma rasanya yang sekarang lebih tembam skit berbanding dulu berat SA masa join company ni dalam 49-50kg je.....kurus kan? How i wish dapat balik berat macam 2009 which is rasanya mustahil la kan....

2009 tu SA baru jer permanent kerja ngan company sekarang, masa ni first time join family day ajuran company kat Sunway Lagoon, SA bawak of course my darling Dania dan adik SA si Lisa masa tu yang kebetulan masih bujang...nampak muka tak sihat kan masa tu...nampak tak bermaya dan yes...masa ni SA dah bergelar Ibu Tunggal..Nampaknya semakin hari SA ni semakin kembang...haha...

Gambar terbaru 2019 tu nampak lain sebab SA sedikit berisi, dengan berat terbaru 57.9kg. walau masih belum sihat sepenuhnya rasa macam bertenaga. Oh yes...SA tak guna filter apps ye...gambar- gambar SA jadi flawless sebab handphone ni ada autofilter. Biasa la handphone sekarang semua makin canggih..tapi ada jer pertikaikan..kat dalam gambar muka flawless tapi tengok depan- depan takde la flawless sangat..canggih sangat ke handphone yang SA pakai...haaaa...senang jer..tak yah nak so bitchy sangat..pi tukar handphone zaman batu tu...banyak jer handphone canggih sebut aje..just name it...Oppo, Huawei, Iphone, Samsung....beli jer yang paling canggih dan explore..kalau kat social media biasa ka gambar filter, nak raih follower, nak raih likes...nak jadi instafamous...ingat yang famous- famous tu tak filter gambar ke...so..please la...get a life...nak jadi plastic ke..apa ke...itu hak memasing....



Okey kita tengok pula versi anak dara SA untuk #10yearchallenge ni...bukan main lagi dia tengok mama dia buat, dia pun nak buat sama tapi kat insta tak letak pun...maybe letak kat IGStory la tu...



Tahun 2009 Dania baru berumur 5 tahun, baru tadika...she is so cheeky hiperaktif gegirl, mulut memang tak boleh diam..pok pek 24 jam...ada jer benda yang dia tanya...kalau tengok tv pun pok pek...masa ni dia sangat senang bergaul ramai jer budak- budak tadika atau yang lebih besar dari dia berkawan dengan dia.

2019 pulak nak masuk umur 15 tahun... semakin membesar semakin susah nak dengar dia pok pek...dia lebih suka lepak dalam bilik...buat kerja seolah dia atau main keyboard atau guitar. Kalau dah habis belajar dia akan tidur. bilik kat tingkat so memang kalau panggil dari bawah tak dengar la...kalau dia tak menyahut tu samada dia belajar atau T.I.D.U.R.

Cuma cepat sangat membesar la..SA tak puas tengok dia kecik...kalau boleh masukkan semula dalam perut dan lahirkan semula..spend time dan moment dia kecik sampai besar semula kan best...kalau boleh diputar kembali masa kan...tapi mustahil la...David Copperfield pun tak leh buat macam tu kan...

Sampai di sini...see ya next entry...

Thursday, January 17, 2019

TOP Perkenal TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner Untuk Kelembutan Dan Wangian Yang Mampu Bertahan Sehingga 100 Hari

Kelembutan dan wangian yang menyegarkan untuk seisi keluarga pada setiap cucian 


Jika sebelum ini anda terpaksa membuat pilihan sukar di antara kelembutan fabrik atau wangian yang berpanjangan ketika hendak membeli pelembut fabrik, TOP kini telah menggabungkan kedua-dua kualiti terbaik itu ke dalam TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner.

TOP, jenama pencuci No. 1 di Malaysia kini mengukuhkan posisinya selaku Pakar Pencuci Pakaian apabila memperkenalkan TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner yang menawarkan kelembutan dan haruman selama 100 hari untuk sentuhan lembut dan bau harum setiap hari, dari satu cucian ke satu cucian seterusnya. Pengenalan TOP Plush telah mencipta satu kategori baru dalam kategori penjagaan fabrik iaitu perapi fabrik. 

TOP Plush diformulasi dengan teknologi cucian termaju daripada Lion Corporation, Jepun. Ia 3 kali lebih pekat berbanding pelembut fabrik yang biasa. Satu penutup penuh sudah cukup untuk anda menikmati kelembutan dan haruman bagi setiap cucian biasa serta cucian bermusim seperti langsir dan cadar sehingga 100 hari! Sebotol 750gm boleh bertahan sehingga 50 cucian. Manakala pek isian semula 600gm mampu bertahan sehingga 40 cucian. Formula ultra pekat membolehkan ia disimpan di dalam botol kompak yang ringan, mudah dibawa dan disimpan. Pada masa yang sama ia menawarkan kelembutan dan haruman yang mewah.  

TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner menggunakan teknologi perapi fabrik termaju FibreTech dan Scent Micropod dari Jepun yang boleh memastikan fabrik sentiasa lembut serta wangi sehingga 100 hari. 

Teknologi TOP Plush FibreTech merapi dan melembutkan semua jenis fabrik untuk memberikan kelembutan luar biasa yang membuatkan pakaian lebih gebu. Ia juga membantu mengurangkan masalah lusuh dan koyak pada gentian fabrik, sekali gus memanjangkan lagi jangka hayat dan kegunaan fabrik tersebut. Teknologi perapi fabrik ini membantu mengurangkan kedutan agar lebih mudah diseterika, membolehkan anda mempunyai lebih banyak masa untuk bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Teknologi perapi fabrik Scent Micropods di dalam TOP Plush meresap haruman segar ke dalam fabrik menerusi kapsul haruman yang diaktifkan apabila disentuh. Wangian itu mampu bertahan sehingga 100 hari di antara cucian. Ia sesuai untuk pakaian harian, majlis khas dan fabrik yang jarang dibasuh seperti cadar, alas kerusi, karpet dan langsir. 

Haruman tidak harus diambil mudah kerana ia mempunyai kuasa untuk membina keyakinan, menaikkan mood dan merapatkan hubungan di antara manusia. Kajian menunjukkan bahawa haruman segar boleh memberi impak positif kepada kehidupan seharian. Mood Media turut melaporkan bahawa 40 peratus mood menjadi lebih baik selepas didedahkan kepada haruman yang menyenangkan . TOP Plush boleh menaikkan mood anda dengan menjadikan fabrik yang dibasuh lebih selesa, memiliki tekstur mewah dan haruman menyenangkan sehingga 100 hari.  

TOP Plush juga mempunyai manfaat tambahan seperti 99.9% anti-bakteria, mengawal bau busuk, mengurangkan  kedutan fabrik agar mudah diseterika, mengurangkan lekapan statik, mengekalkan bentuk fabrik dan memiliki kandungan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang lebih mesra alam sekitar.  

Ia didatangkan dalam lima haruman menarik menerusi varian warna berbeza untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Antaranya ialah Spring Blush berwarna merah jambu untuk kelembutan kewanitaan dan Morning Breeze berwarna biru yang memberikan wangian segar dan yakin. Tidak ketinggalan, Soothing Care berwarna putih yang lembut untuk kulit bayi, bauan elegan Glamourous Magnolia dalam warna kuning dan tarikan romantik Scarlet Passion berwarna merah. 

Pengurus Pemasaran (Bahagian Barangan Penjagaan Kediaman) Southern Lion Sdn. Bhd., En. Leroy Yoon menyatakan bahawa perapi fabrik pekat TOP Plush Ultra direka khas selari dengan janji jenama TOP iaitu Inovasi untuk Kehidupan yang lebih Baik (Innovation for Better Living). 

“TOP terkenal kerana menawarkan pelbagai inovasi demi memenuhi keperluan pelanggan dan memberikan pengalaman mencuci pakaian yang lebih baik. Hasilnya, pakaian lebih segar, bersih, lembut dan wangi. Menerusi pengenalan TOP Plush, kami mempunyai rangkaian penjagaan pakaian yang menyeluruh untuk ditawarkan kepada pelanggan, seterusnya dapat memenuhi keperluan mereka. Dengan hanya satu penutup kecil, TOP Plush menawarkan kelembutan dan keharuman segar setiap hari sehingga 100 hari,” kata Yoon. 

TOP Plush boleh diperolehi daripada peruncit di seluruh negara dalam botol  750ml pada harga RM11.25 (WM) & RM12.10 (EM). Manakala pek isian semula 600ml berharga RM8.00 (WM) & RM8.65 (EM) setiap pek.  

Ia hadir dalam lima varian untuk memenuhi keperluan pengguna:



Morning Breeze
Mulakan hari anda dengan wangian yang segar dan meyakinkan. Sesuai untuk pengguna yang mempunyai gaya hidup aktif supaya kekal segar dan wangi sepanjang hari. 


Scarlet Passion
Manjakan diri anda dengan wangian ros yang romantik sepanjang hari. Nikmati rasa cinta dan manjakan diri anda dengan bau bunga ros yang menenangkan. 



Soothing Care
Mereka yang mempunyai kulit sensitif tidak perlu bimbang untuk menikmati kelembutan fabrik kerana varian ini telah diuji secara dermatologi. Sesuai untuk pakaian si kecil. 




Glamorous Magnolia
Serlahkan gaya mewah dan fesyen anda dengan Glamorous Magnolia. Anda akan berbau harum seperti memakai wangian esklusif sepanjang hari. 



Spring Blush
Kelembutan feminin Spring Blush berwarna merah jambu memberikan anda kesegaran untuk rasa lebih muda dan bertenaga! 


Tentang Southern Lion Sdn Bhd

Southern Lion Sdn Bhd ialah syarikat kerjasama 50/50 di antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna di Malaysia dengan menawarkan produk-produk isi rumah seperti penjagaan fabrik, kediaman, kecantikan dan oral yang inovatif pada harga mampu milik. Southern Lion merupakan syarikat pengeluar bahan cucian pertama yang menerima pensijilan ISO 9001.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah