Friday, January 25, 2019

Siakap Steam Untuk Ibu Berpantang...

Hi korang....

Yeay dah Jumaat dah hari ni kan..cepat betul masa berlalu dan dah nak habis dah bulan 1 untuk tahun 2019 ni...tak sangka kan..dah 10 hari la plak Tiara lahir dan SA sempat masakkan siakap steam untuk ibu Tiara...macam biasa la..kalau part masak lauk- lauk yang i luar kepandaian abah atau mak SA, makanya SA la gunakan plak ilmu yang tak berapa nak banyak ni...alahai...masak siakap steam ni tak susah mana pun tapi adik SA nak SA yang masakkan..dalam pada badan masih bloated dengan angin yang banyak sejak 4 bulan ni..SA gagahkan jugak la diri...Kalau kornag nak tau takde pun SA ikut mana- mana specific resepi..semua main campak- campak jer..adik pesan banyakkan halia ngan bawang putih dan letak brokoli....erm...SA bab ubah suai memang pakar la..hahahaha......tengok ibu berpantang makan lauk steam2 ni macam sedap jer kan...terus abah cakap buat la sekali untuk yang lain...ai ai chief!!!

SIAKAP STEAM 


Bahan- bahan

  1. Ikan siakap dipotong 2 ( nak guna ikan lain pun boleh, ikut suka)
  2. Bawang putih ( ikut suka banyak mana) dihiris kasar
  3. Halia ( ikut suka banyak mana) hiris kasar juga
  4. Bawang besar sebiji - hiris bulat
  5. Tomato 2 biji - potong 6
  6. Brokoli 2 biji - hiris nipis macam dalam gambar
  7. Serai 4 batang - ketuk bagi pecah
  8. Sos Ikan - agak- agak
  9. Sos Tiram - agak- agak
  10. Sos Bijan  - agak- agak
* bahan 8-10 perap pada ikan



Cara masak

Untuk masak menu ni SA guna pengukus biasa tu je..mulanya nak letak dalam pinggan plastik je, tapi knowing orang tua-tua memang tak bagi la..dia hulurkan loyang buat kuih talam ni..suruh letak dalam tu je..then apa yang SA buat..ikan tu perap dulu ngan sos ikan,sos tiram dan sos bijan..agak- agak la tuang masa tu jangan banyak sangat..dalam loyang tu SA alas kelopak kobis beijing tu dalam 5 kelopak...tuang air skit bagi berkuah skit..masukkan ikan..then masukkan halia muda yang dah dihiris dan bawang putih, masukkan sekali brokoli dan tomato...kalau nak tambah garam boleh...tapi SA tak tambah pun sebab sos ikan dan sos tiram tadi dah masin...then kukus/steam. Make sure masa letak atas pengukus tu air memang dah menggelegak supaya ikan cepat masak dan sayur2 tu tak terlalu layu.Untuk gambar ke 2 tu SA buat untuk yang lain makan so SA letak cili flakes sikit...supaya ada rasa- rasa pedas. Mak SA kalau makan nak ada rasa pedas...kalau tak memang dia takde selera...SA suka masak macam ni sesekali sebab SA suka kunyah halia tu..bagus makan halia macam tu walau kukus tetap crunchy..dan bagusnya halia ni boleh buang angin kan...SA makan halia banyak..angin banyak keluar..lepas tu lega la 2-3 hari..erm...lepas tu datang balik angin tu...doktor cakap gastrik SA teruk..tapi takde plak suggest pi skop ke apa kan nak tengok keadaan perut SA macam mana...

So itu la resepi simple SA...senang je nak buat..1/2 jam je dah siap masak dah...lagi satu siapa2 on diet pun boleh masak steam macam ni...sedap....

33 comments:

  1. confirm sedap ni,org yang xpantang ni pun tengok dah telan2 airliur..

    ReplyDelete
  2. Mmmmmm..... Menyelerakan sungguh! Dah lama tak masak menu siakap stim gini. Nanti nak try laaa style SA. Menu sihat gini memang patut di amalkan, tapi tekak dok terbiasa yang goreng goreng jer. Huhuuuu

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaaa, macam nak masak ikan steam pula malam ni. Tapi saya tak pernah lagi cuba sos ikan.

    ReplyDelete
  4. ibu yg tak pantang ni pun kecur air liur tgk gambo kak

    ReplyDelete
  5. rindu makannan pantang kak, sedap2 ...

    ReplyDelete
  6. sedap ni, orang yg tak berpantang pun memang suka yakmat ^_^

    ReplyDelete
  7. looks yummY! great to eat yummy siakap steam like this during pantang time.. nice one..

    ReplyDelete
  8. Terbaik la... Masakkan utk ibu yg sedang berpantang, untung si ibu tu.

    Bertambah untung sebab sedap pulak tu.

    ReplyDelete
  9. seriously, dlm freezer, ada sekor siakap, SA.
    dah kejung dah tu, few days asyik tak jadik masak dia.
    ni menu sedap. hirup kuah nyer slurrp slurrp...
    yes yes halia tu yg sebenarnya menyedapkan kuah nyer.
    selain dari gigit halia yg krup krup. nyaman...

    ReplyDelete
  10. Aik berpatang ker hehehehe sedapnya akak bila nak masak untuk kita tak aci nak juga pergi rumah akak dan masak untuk saya hehehe siakap stim ni boleh cuba lah tapi kita ganti ikan lebih murah wakakakaka...

    ReplyDelete
  11. Sedapnya ikan steam.. meriah dengan sayur.. healthy..

    ReplyDelete
  12. Untungnya adik SA, ada kakak pandai masak. Boleh makan sedap-sedap dalam pantang. Alaaa kita nak pantang juga nanti. Tapi kakak kakak semua jauh

    ReplyDelete
  13. Sedapnye. Saya yang tak pantang terliur nak makan ini. Thanks for the recipe.

    ReplyDelete
  14. nampaknya ini makanan sihat dan mudah membuatnya, pasti lezat karena banyak bumbu dan tanpa minya berlebih

    ReplyDelete
  15. Wahhh...sedapnya siakap masak steam... Boleh lah try buat nanti ikut resipi Kak SA ni..

    ReplyDelete
  16. SUka baca blog SA ni penuh dgn resepi...zh pn dh penah cuba jgk siakap masak steam ni...khas utk en suami yg ada diabetic..hehehhee...sesekali bg beliau makan masakan xde minyak...lps ni boleh follow resepi SA plak...tq SA

    ReplyDelete
  17. Kita yang tak dalam pantang tengok siakap steam ni pun dah terkecur air liur. Ni kalau makan dengan nasi panas2 ni sure berpinggan pinggan ni. Nanti sis nak buat gak lah

    ReplyDelete
  18. Meleleh tengok masakan SA, Nak beli siakap nak masak steam jugaklah

    ReplyDelete
  19. The dish looks really tempting. I am sure the flesh is damn soft and tender right? :) Can I have some please? :D

    ReplyDelete
  20. Aduiiiiiiu. .. Kakkkkk...
    Sedapnyaaaa... Ni la antara menu ikan siakap yang saya suka... Kalau dapat ni memang licin dibuatnya

    ReplyDelete
  21. haha suke part resepi yang kena "agak-agak" tu. kena dekat org tak reti masak macam saya ni kang.. kihkih. btw sedapnyaaa ikan siakap masak steam. teringt ikan siakap steam dkt kedai thai kawasan rumah saya ni. alahai kecur air liur malam2.

    ReplyDelete
  22. terliur nengoknya... org tak pantang pun sedap layan... hirup kuah dia perkkhhh besttuh

    ReplyDelete
  23. meriah betul siakap punya kengkawan...Sally pun suka makan ikan stim gini...rasa manis je ikan tu kan...lembuttt~

    ReplyDelete
  24. sdapnya siakap stim. minggu lps kakak buat siakap sweet sour. Ermm..terliur plk siakap stim ni. kna buat jgk ni. Jaga kesihatan yer kak..:)

    ReplyDelete
  25. kalo masak cemni paling suka nak hirup kuah tu laaa.. layan =D

    ReplyDelete
  26. Wow. the food Look very tempting, and that much more appealing and delicious!

    Would you like to follow each other on GFC?

    http://www.okcheori.com

    ReplyDelete
  27. Sedapnya SA.. tapi kat rumah nie anak-anak tak makan sangat kalau masak steam gini. Kak Sue suka sangat.. cicah pulak dengan cili padi kicap.. sedapnya..

    ReplyDelete
  28. yum yum nampak nya sedap! yes i also will put halia so that not so fishy smell. but i tak pernah put the broccoli with steamed fish.. haha always put salted vege..

    ReplyDelete
  29. siakap stim suka juga..menu camni hubby suka masak

    ReplyDelete
  30. Suka-suka menu ni.. pernah juga masak tapi kita sorang je yang makan. So, memang tak jadi sedap la makan sorang-sorang hehe. Lagipun orang lain kat rumah ni memang xberapa suka sangat menu yang ni

    ReplyDelete
  31. jarang kat rumah makan yg jenis steam. semua nak yg bergoreng dan pedas je. huhu. tapi blh eh utk org yg tgh on diet hee.

    ReplyDelete
  32. Kalau masak stim macam ni, bahan selain ikan semua ai makan dulu.. Ikan bagi dekat orang lain.. hehehe

    ReplyDelete
  33. menu orang pantang memang sedap sedap kan haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah