Friday, January 18, 2019

Semakin Hari Semakin Kembang...

Hi korang....

2-3 hari ni viral kan kat media sosial timeline tentang #10yearschallenge dan SA pun tersampuk gak...nak jugak buat walau ada jer ramai yang kecam..hahaha...sebenarnya yang kecam tu lebih kepada tak berpeluang nak buat..ye la dulu diorang free hair pas tu dah bertudung kan..SA masih macam dulu takde yang berubah pun...cuma rasanya yang sekarang lebih tembam skit berbanding dulu berat SA masa join company ni dalam 49-50kg je.....kurus kan? How i wish dapat balik berat macam 2009 which is rasanya mustahil la kan....

2009 tu SA baru jer permanent kerja ngan company sekarang, masa ni first time join family day ajuran company kat Sunway Lagoon, SA bawak of course my darling Dania dan adik SA si Lisa masa tu yang kebetulan masih bujang...nampak muka tak sihat kan masa tu...nampak tak bermaya dan yes...masa ni SA dah bergelar Ibu Tunggal..Nampaknya semakin hari SA ni semakin kembang...haha...

Gambar terbaru 2019 tu nampak lain sebab SA sedikit berisi, dengan berat terbaru 57.9kg. walau masih belum sihat sepenuhnya rasa macam bertenaga. Oh yes...SA tak guna filter apps ye...gambar- gambar SA jadi flawless sebab handphone ni ada autofilter. Biasa la handphone sekarang semua makin canggih..tapi ada jer pertikaikan..kat dalam gambar muka flawless tapi tengok depan- depan takde la flawless sangat..canggih sangat ke handphone yang SA pakai...haaaa...senang jer..tak yah nak so bitchy sangat..pi tukar handphone zaman batu tu...banyak jer handphone canggih sebut aje..just name it...Oppo, Huawei, Iphone, Samsung....beli jer yang paling canggih dan explore..kalau kat social media biasa ka gambar filter, nak raih follower, nak raih likes...nak jadi instafamous...ingat yang famous- famous tu tak filter gambar ke...so..please la...get a life...nak jadi plastic ke..apa ke...itu hak memasing....



Okey kita tengok pula versi anak dara SA untuk #10yearchallenge ni...bukan main lagi dia tengok mama dia buat, dia pun nak buat sama tapi kat insta tak letak pun...maybe letak kat IGStory la tu...



Tahun 2009 Dania baru berumur 5 tahun, baru tadika...she is so cheeky hiperaktif gegirl, mulut memang tak boleh diam..pok pek 24 jam...ada jer benda yang dia tanya...kalau tengok tv pun pok pek...masa ni dia sangat senang bergaul ramai jer budak- budak tadika atau yang lebih besar dari dia berkawan dengan dia.

2019 pulak nak masuk umur 15 tahun... semakin membesar semakin susah nak dengar dia pok pek...dia lebih suka lepak dalam bilik...buat kerja seolah dia atau main keyboard atau guitar. Kalau dah habis belajar dia akan tidur. bilik kat tingkat so memang kalau panggil dari bawah tak dengar la...kalau dia tak menyahut tu samada dia belajar atau T.I.D.U.R.

Cuma cepat sangat membesar la..SA tak puas tengok dia kecik...kalau boleh masukkan semula dalam perut dan lahirkan semula..spend time dan moment dia kecik sampai besar semula kan best...kalau boleh diputar kembali masa kan...tapi mustahil la...David Copperfield pun tak leh buat macam tu kan...

Sampai di sini...see ya next entry...

15 comments:

  1. Kejap saja kan masa berlalu... kalau toleh belakang, pasti banyak benda yang tercicir dan perlu kita buat atau betul kan...

    ReplyDelete
  2. tahun yg dulu nampak garang.. sekarang sweet2 je..

    ReplyDelete
  3. kit ayang dewasa ni buat 10 years challenge tak bape nampak beza. Tapi, Dania tu nampak sangat hehe. Muka masa kecik tu, memang nampak ceria petah bercakap.

    Allahu esok, Dhia mcm tu lah agaknya...sekarang memasing jenis riuh rendah.

    Besar nanti, tak ada dah riuh rendah tu

    ReplyDelete
  4. i pun buat tapi tak buat gambar 10 years ago.. takut kena kecam hahaha
    anyway.. not much different pun SA yang dulu & skrg. Dania yes nampak la besar.. makin membesar makin remaja & makin melawa :)

    ReplyDelete
  5. ekeke.. setakat ni den tak terjebak lagi..

    ReplyDelete
  6. Kembang tu tandanya hati senang bahagia SA..makin cantik SA, xde la kembang pun..

    Pia pun macam tu la agaknya, sekarang ni mulut potpet2 sampai tak larat nak jawab

    ReplyDelete
  7. Tapi sis masih nampak cantik. rupa pun masih sama :)

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
  8. xbuat pun #10yearschallenge ni. cari gambar lama. muka macam tak semengah jah smua..haha..xkuasa nak tunjuk kat umum..:)

    ReplyDelete
  9. Maknye Makin cun,anak daranya pula Makin manis

    ReplyDelete
  10. Maknya makin cunlah.. setakat ni alhamdulillah tak terjebak lagi

    ReplyDelete
  11. hee ramai buat challenge ni. tapi SA nampak lain :) makin cantik. anak akak pun dh besar hee

    ReplyDelete
  12. uish tak berubah la muka SA haha cun dari duluu!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah