Monday, January 28, 2019

Sayur Petola Masak Tumis Air....

Hi korang...
Hari ni SA masak masak  je sebab anak dara SA demam panas, terpaksa ambil EL...risau plak malam tadi panas badan dia melampau...kejap2 bangun..kejap2 bangun...batuk dan selsema pun ada...erm..kul 5am bg tau boss..terpaksa ambil EL...lepas hantar pergi klinik td SA berpeluang masak untuk tengahari...masak jugak lauk uuntuk adik dalam pantang...pagi tadi abah dh masakkan sup ikan haruan untuk dia..tak termakan katanya..ikan haruan tu x fresh...memang x tertelan kat dia...

SA letak resepi Sayur Petola Masak Tumis Air dulu la ye..ikutkan ada 3 jenis lauk SA masak kan hari ni...Ikan keli goreng berlada dh biasa letak resepi kat sini kan..SA ada buat video tutorial jugak..Rajin skit buat video...masak simple je tengahari ni..harap anak yg tak sihat ada selera makan.. 

Sayur Petola Tumis Air
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis yang dah ditumbuk
2. masukkan air
3. Masukkan cili api yg dh di racik 
4. Biarkan mendidih dan masukkan petola
5. masukkan garam
6. Masukkan suhun.. Siap...



Petola sebatang buang kulitnya, bawang putih, bawah merah dan ikan bilis


 bawang putih, bawang merah dan ika
ikan bilis tumbuk hancur


Suhun sebungkus


Cili api diracik


suhun direndam


video tutorial

Siap masak

Kalau makan ngan ikan masin goreng sedap..tapi x leh makan ikan masin...SA goreng ikan keli buat sambal berlada..itu nanti SA share kat kat lain entry la ye...panjang berjela plak entry ni kang..

24 comments:

  1. sdap tu kak..nampak simple tp bila makan bertambah-tambah kita dibuatnya. kena plk ada ulam..xigt dah pasal diet..hihi

    ReplyDelete
  2. dulu x reti makan petola.. lepas masuk asrama makan xleh milih sbb acik2 asyik masak petola. laaa sedap jeee sebenarnya hehe..
    get well soon yeee anak Kak SA..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya SA.. Kak Sue pun suka masak macam nie. Cicah dengan sambal belacan memang terangkat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sep sikit Kak Sue memang kaw-kaw kalau ada sambal belacan tak pandang dah siapa lalu

      Delete
  4. alahai sedapnya ni sayur feveret saya ni kak

    ReplyDelete
  5. adui SA..lepas tu kena pulak ada ikan masin dengan sambal belacan..memang sedap tu

    ReplyDelete
  6. Lawan sambal belacan pun sedap dah ni.

    ReplyDelete
  7. mahu bertambah nasi ni...masakan kampung gini yang sedapnya.

    ReplyDelete
  8. Sha tak makan sayur nie.. kalau arwah mak masak, memang makan kuah dia je..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kak.. Mkn dgn sambal belacan pun layan juga

    ReplyDelete
  10. Halah halaah halaahh kak. Kegemaran sepanjang masa. Suka sangat tau! Cx sorang boleh hadap. Hahah kena masak ni esok .

    ReplyDelete
  11. Less is more memang sedap kalau makan dengan nasi panas tambah ikan masin belah fuh! yummy!

    ReplyDelete
  12. Sedapnya ! Kecur air liur dah ni

    ReplyDelete
  13. semalam ada officemate buat sup sayur petola ni kat ofis...rasa jugak yang dia buat tu..okey la not bad...

    ReplyDelete
  14. Sayur petola nih memang fav Bonde masak lemak putih atau tumis air + sambal belacan atau sambal ketuk emmm sedapnye cara SA masak pon lebih kurang sama...

    ReplyDelete
  15. thanks for sharing SA. ika jarang makan sayur petola hee. nt nk cuba la

    ReplyDelete
  16. oooo selalu masak petola tak letak suhun, nextime nak try pula letak suhun.

    ReplyDelete
  17. sy pn suka sayur petola masak air..ditambh dgn ikan goreng & smbl belacan mmg power

    ReplyDelete
  18. Sedap.. ai like.. tapi rasa macam dah lama tak makan sayur ni, sejak keje jauh ni mood nak makan pun ala kadar jadinya..

    ReplyDelete
  19. fav sha ni, masa duk asrama selalu ambik banyak sebab kawan tak makan haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah