Saturday, January 19, 2019

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris Baru ~ Belaian Romantis Mandianmu...

Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel


Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.



Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.




Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembabkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.







Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.


Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel: 


1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)



Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.

2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)



Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual. 


3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)



Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.

Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.


31 comments:

  1. produk enchaunteur memang wangi sangat

    ReplyDelete
  2. enchanteur ni mengingatkan kita zaman kakak kita berdating dulu, pakwenya bagi satu set, punyalah kakak syg smpi simpan dalam gobok, hahaha

    ReplyDelete
  3. the yellow one looks very nice.. refreshing!!

    ReplyDelete
  4. Eh tak tau pulak enchanteur ada shower foam. sebelum ni dia ada perfurm, deodorant dengan losyen je kan

    ReplyDelete
  5. wangi sangat bau dia..bila guna rasa tak nak kluar blik air..mnipulah tu kan. Tapi wangian dia tahan lama bila sembur kat badan..:)

    ReplyDelete
  6. wah.. dah ada gel mandian juga.. ohsem nie..

    ReplyDelete
  7. wah dah ade shampoo, dulu cuma pernah pakai bedak enchanteur je. wangi sangat yang color pink.

    ReplyDelete
  8. Dah ada gel mandian dah sekarang. Masa kecik suka sangat bau bedak dia. Wangi dia memang best sangat.

    ReplyDelete
  9. Produk Enchanteur ni saya ada belikan untuk Dania perfume dia yang nama fashionista. Wangi sangat. Kalau nak pakai kat sekolah tu sikit je letak kat nadi.

    ReplyDelete
  10. enchanteur ni ni tak pernah la mengecewakan..sentiasa wangi jer produk2 dia..

    ReplyDelete
  11. Kalo nk tau...jenama ni laaa BC pakai masa sekolah dulu...bedak dia wangi sangat...perfume dia pn wangi...shower gel dia lagilah wangi...jenama ever lasting...

    ReplyDelete
  12. Huda dapat enchanteur warna pink ni. serius memang best kan bau yer. wangi semerbak dan syok yer pakai time mandi. Rasa nak try bau yang lain pula lepas ni

    ReplyDelete
  13. wow mesti wangikan mandian ni hehehee sebab daripada produk minyak wangi yang popular dan ternama juga lah hehehehe kalau banyak sabun dan wangi ni kita memang suka nak guna juga wakakakaka..

    ReplyDelete
  14. New product from Enchanteur. Makin banyak produk Enchanteur ni keluarkan. Sabun mandian ni pun dah tentu la wangi jugakkan setaraf dengan produk perfume dan yang lain-lain :D

    ReplyDelete
  15. Shower Gel ni memang semuanya wangi belaka! Bonde dah cuba warna biru iaitu ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care kalau dah habis nanti nak cuba yang SA guna pulak... ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth

    ReplyDelete
  16. Dah makin advanced dah Enchanteur sekarang - packaging pun makin chic. Yang penting, harganya adalah sangat mampu milik dan yang paling best, wangi dan fresh selepas menggunakannya.

    ReplyDelete
  17. bestnya shower gel dia. Mesti wangi cam perfume dia gak kan? Heheh nak gi cari la

    ReplyDelete
  18. wangi gila bath shower enchanteur ni memang rasa macam dalam heaven world dah bila mandi pakai sabun ni... lepas tu kulit jadi lembab je lak tu, satu hari bau wangi sampai menggiurkan.. lol... i rekomen untuk siapa yang stress mandi pakai sabun ni hahaha... rasa cam tak nak keluar dari toilet..

    ReplyDelete
  19. Alamak.. Enchanteur dh ade shower gel ke.. Makin wangilah nampaknya.. Hehehe. Kita suka enchanteur dr zmn sek lg.. Smpi skrg msh guna.. Mmg berhantu betul enchanteur ninkan.. Hahaha... Nnti nk serbu pasaraya la.. Nak bau shower gel ni.. Mne tau kenan trus grab kan..

    ReplyDelete
  20. Enchanteur sejak sekolah lagi antara jenama wangian yang mampu beli dan berbaloi beli. Longlasting wangi dia. La ni dah ada shower gel lagi syiokkk mandi manda. Makin lama laaa dalam. Bilik air nanti. HAhaa

    ReplyDelete
  21. Alaaaaa nak jugak produk mandian Enchanteur nie. Bukan perempuan je nak wangi, laki pon nak jugak. Nanti nk cari lah dkt pasaraya. Hopefully ada yg set kotak mcmnie. Sesuai utk jadikan gift

    ReplyDelete
  22. Wow...saya juga nak produk mandian ENchanteur ni...untuk isteri saya. Memang Enchanteur ni sudah lama terkenal kan. Kotaknya juga cantik dan anggun kan? So next month sesuai untuk jadikan hadiah for Valentine's Day. :D

    ReplyDelete
  23. Pernah consume mandian gel brand ni. semerbak bau bilik mandi kami..suka yang color kuning tu

    ReplyDelete
  24. Wahhh bestnya. Nanti nak try cari la

    ReplyDelete
  25. wangiiii gel mandian br dr enchanteur ni..lps tu sembur plak perfume tu

    ReplyDelete
  26. tak pernah cuba lagi. pernah try perfume je. itupun dh wangi dh. ini siap gel mandian. lagi naik la bau dia hehe

    ReplyDelete
  27. Kalau bedaknya wangi kemain, apatah lagi mandiannya. Nak try lah nanti..

    ReplyDelete
  28. best gila guna mandian ni! rasa lembut je kulit

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah