Showing posts with label review product. Show all posts
Showing posts with label review product. Show all posts

Wednesday, December 13, 2017

Terjatuh Cinta Tanpa Sengaja Dengan Kasut Emboss Dark Maroon Ijmal

Hi korang...

Korang macam SA tak..ada masalah kalau beli kasut sarung..samaada boleh pakai lama atau pakai sekejap aje..setiap kali beli kasut sarung baru kaki SA pasti melecet sebab tu SA tak banyak koleksi kasut sarung. Baru- baru ni SA diperkenalkan dengan kasut jenama Ijmal. Sekali pandang je terus jatuh cinta..memang SA tak tengok warna lain selepas buka website. Terus jer order dan confirm semua termasuk size..tutup website dan sabar menanti dengan harapan apa yang SA order tu bakal tiba dengan selamat ke pangkuan.

Apa yang SA sangat suka dengan service dari pihak Ijmal? Lepas dah dapat email confirmation terus dapat email penghantaran sekali dengan tracking number..cepat kan? Esoknya SA terima bungkusan love- love dari pihak Ijmal...yeayyyy.....tak sabar- sabar SA nak buka bungkusan..dan apa yang SA dapat memang sama dengan apa yang SA idamkan....terbaik service dari pihak Ijmal..cepat dan pantas..

Kasut keluaran Ijmal ni sesuai untuk siapa?

  1. Wanita bekerja yang sentiasa bergerak ke sana  sini atau berdiri lama
  2. Wanita mengandung
  3. Yang mengalami masalah sendi,kaki, tumit dan lutut
  4. Sesuai untuk mereka yang mengerjakan Umrah
  5. Mereka yang rajin travel


Jom tengok kasut SA..

Tadaaaaa...cantik kan? Ntah kenapa hati terpaut dengan Emboss Dark Maroon ni...pejam mata jer SA terus pilih...memang tak tengok warna lain masa pilih..kalau tengok warna lain sure hati berbelah bahagi...nama pun perempuan kan..cepat rambang mata..hehehe...so apa kehebatan kasut Ijmal pada diri SA?

Kasut Ijmal sangat comfort, kusyen tebal dan lembut pada insole dalam kasut Ijmal memberi keselesaan yang berpanjangan. SA guna ke pejabat dan kasut ni betul-betul ringan. The best part kaki SA tak melecet pun..takde istilah sakit kaki atau tumit dah. Material lembut yang digunakan dan pilihan warna pun sangat- sangat memikat hati.Lepas ni nak tambah koleksi lagi la..sesuai dengan SA yang bekerja banyak berdiri dan berjalan ni...

Serius SA dah terjatuh cinta tanpa sengaja dengan kasut Emboss Dark Maroon Ijmal. Dan yang penting kaki SA dah tak sakit lagi....pergerakkan SA di office sangat lancar dengan kasut Ijmal..kawan- kawan pun dah mula menegur..cantiknya kasut beli kat mana..jawapannya dh tentu la Ijmal...


Corak pada kasut dan design yang cantik..


Size pun takde masalah..


Comel jer kat kaki..


Sempat ootd pagi Ahad...cantik tak kasut tu?


Gara- gara gambar ni ramai yang bertanya harga kasut ni....


Jom tengok Testimonial...





Rata- rata customer yang pernah beli kasut Ijmal akan repeat order sebab kasut ni memang betul- betul best. Harga pun berpatutan dengan kualiti dan service yang diberikan oleh pihak Ijmal.Semua pun berpuas hati..

Korang berminat nak beli kasut Ijmal?

Jom pakat order di :-

Website : https://www.ijmal.my/

Instagram : https://www.instagram.com/ijmal.malaysia/

Friday, April 8, 2016

Puding Karamel Sedap Dari Pretty_Shuga

Hi korang...

Kan last week ada makan- makan yang budak- budak opis buat...asyik makan je aku ni...terus hati terpaut kan dessert dari Pretty_Shuga ni...puding karamel dia sedap, tak manis sangat dan rasa pahit2 skit..itu yang best...owner Pretty_Shuga ni kawan opis aku nyer kawan..dia la mintak tolong promote..dari sehari ke sehari nak masukkan dalam blog ni baru dapat masukkan...bagi laluan mana yang penting dulu but janji tetap janji..mana kawan- kawan nak mintak tolong promote tu boleh je...takde masalah...


korang leh follow IG diorang @pretty_shuga


pate a choux+creme patisserie + chocolate and caramel drizzle = Profiteroles....berbelit lidah aku nak sebut dan type..nama dessert ni aku amik kat IG je..nak harap aku ingat memang tak la...


Puding Caramel



ni yang aku punya..rasa nyer bekas ke 3...

Bukan senang untuk aku suka pada sesuatu dessert tu ye...

Aku suka yang kurang manis..bila dah rasa sedap kat tekak aku...memang aku pulun lebih dari satu la...

So korang kalau nak tempah dessert boleh la skodeng instagram Pretty_Shuga ni..then bleh berurusan dengan dia kat situ...

Tagline dia  " BAKE WITH ART"

IG : @pretty_shuga

Email : hello@prettyshuga.com

Website : www.prettyshuga.com

Selamat Mencuba.....

Saturday, March 26, 2016

Innovasi Terbaru Kebersihan Tandas Dengan Toilet Tissue Kleenex...

Hi Korang...

Ini bukan entry berbayar ye..ini aku sendiri review selepas tergoda dengan tisu tandas Kleenex ni...utamakan Kebersihan kan..bukan dalaman Tetapi luaran juga..nak plak dengan keadaan tandas dalam Malaysia ni..makin lama makin teruk..walau kat mall besar walau canggih macam mana pun tandas tu..kuman tetap ada..so untuk merasa 99% bersih..sebelum gunakan tandas..lap dulu mangkuk tandas tu dengan tisu..kadang2 ada gak yg xde sivik guna tandas..tandas duduk tu Di bantainya mencangkung..so..sebelum guna...lap dulu...


Pek yang perlu ada dalam handbag dengan harga ekonomi RM6.70


Macam aku kata tadi..tisu ni perlu ada sebab tak perlu lagi Korang nak siram tandas sebelum guna..guna je tisu ni..99% bersih...kalau siram air je belum tentu bersih kan....aroma tisu ni pun wangi...zaman sekarang penyakit ada Di mana-mana kan...

Apa tunggu lagi Korang..dapatkan Di pasaraya berhampiran..

Selamat berhujung minggu...


Tuesday, October 20, 2015

TAMPIL ELEGANT DENGAN SUDIO VASA PINK...

SWEDISH DESIGN FOR ANDROID DEVICE

Khamis lepas...Receptionist cakap ada courier dari China..aku dah agak dah memang dah sampai dah benda yang aku tunggu-tunggu.Aku request diorang hantar cepat sebab nanti aku nak pi Lombok xde orang nak amik parcel aku kan...campur ngan takut hilang plak..by the way yang di tunggu dah dapat dan dah selamat aku guna..mula masa dapat email dulu beria-ia diorang mintak maaf sebab kaler pink dh habis stok..tp aku sanggup tunggu masa tu..akhirnya dapat jugak..dan betul instinct aku..warna pink ni memang nampak Elegant nak plak kalau gadis yang guna.

Sebenarnya aku kurang menitik beratkan accessories android ni tapi bila dah diberi peluang untuk mencuba dan review ternyata banyak istimewanya earphone ni...pengalaman aku guna earphone sangat limited, dulu pernah ada walkman..masa tu la sibuk nak guna tp aku x ingat mana ntah aku letak walkman tu..lepas tu handphone biasa memang takde la guna earphone bagai..tiba zaman smartphone baru la aku rasa earphone adalah accessories yang perlu. Nak plak earphone dari Sudio ni is a must have in your handbag.Elegant product dengan  kuality studio


Parcel yang aku terima..tertera jenama SUDIO




Complete set yang aku dapat di lengkapi dengan Owner's Manual, Guarantee Card, Leather Case, Remote and Mic, Gold Plated, 4 Different size extra sleeves dan Cable Clip.


box pun canggih dan ekslusif


sweet colour pink nya sesuai untuk korang pencinta PINK


Mudah guna dengan remote dan mic, nak tukar lagu dan adjust volume...serious korang...memang kualiti Studio


SUDIO VASA PINK juga di datangkan dengan leather bag cute ni..senang nak simpan dalam handbag


Guarantee Certificate diberikan kerana product Sudio Vasa ini sangat ekslusif dan di jaga kualitinya.
Pihak Sudio menawarkan 14 hari  polisi pemulangan apabila anda membeli melalui www.sudiosweden.com sekiranya anda  menukar fikiran anda, sila layari website untuk mengikuti langkah bahagian Pemulangan.Produk yang telah digunakan perlu berada di dalam keadaan yang sempurna dari segi  pembungkusan dan produk itu sendiri. Pembeli adalah bertanggungjawab untuk kos penghantaran yang berkaitan pemulangan kepada Sudio AB di Sweden.

So..untuk readers dan followers Suriaamanda...Sudio Vasa ini juga di datangkan dengan warna Blue,Rose Gold Black dan Rose Gold White dan the best part is penghantaran percuma di seluruh dunia. Bukan itu sahaja...15% discount diberikan untuk readers dan followers blog ini dan masukkan code "SURIAAMANDA" . Diskaun ini sah sehingga end of November. So korang kalau nak order boleh je terus ke laman web yang aku sertakan di bawah.

Website: www.sudiosweden.com
Instagram: @sudiosweden
Facebook: Sudio

Saturday, August 22, 2015

Makin Berusia Makin Jaga Muka

CONCEALER THE FACE SHOP

Lingkar hitam mata dan bekas jerawat memanglah sangat mengganggu terutama bagi kita yang ingin tampil dengan wajah bersih dan mulus. Kenapa perlu gunakan concealer? Concealer adalah sebagai agen menutup cela-cela di muka...maknanya gunakan selepas sapu foundation untuk menutup bekas-bekas jerawat kemudia boleh lah di teruskan dengan sapuan bedak compact..

Baru-baru ni aku terbeli concealer...hehehe..terbeli katanya..tetapi in memang perlu sebab aku tgh ada masalah jerawat banyak keluar ni..jerawat besar-besar so kalau ada majlis atau nak pi kerja macam segan sikit...x cukup tutup dengan foundation.


zoom skit..duo bermakna 2 cara penggunaan, bahagian bawah macam liquid ada berus dan tutup putih tu dalam dia jenis stick dah macam lipstik


Concelaer Duo

Real Nature Mask Rice The Face Shop


NOTA HATI SURIAAMANDA

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis agar sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira.Adakalanya kita perlu untuk ketawa agar tahu menghargai nilai setitis air mata. Sesekali kita perlu derita untuk untuk mengenal erti bahagia. Sesekali kita perlu kecewa untuk kenal erti kejayaan. Sesekali kita perlu menangis untuk syukuri nikmat yang diberi dan sesekali kita peru terhiris untuk kita kenal diri sendiri.

Selamat berhujung minggu kawan-kawan..

Tuesday, June 16, 2015

DILEMA BAJU BERBAU KINI TIADA LAGI DENGAN COMFORT ULTRA #SEGARYAKIN

Haruman Berpanjangan Dengan Comfort Ultra

Setiap hari bagaikan mimpi ngeri dalam hidup aku apabila terpaksa mengharungi masalah baju kerja berbau setelah mengunjungi food court area office ni, memang dah di ketahui kalau berada lama di situ akan melekat dengan segala jenis bau- bauan yang tidak menyenangkan...boleh dikatakan hari2 aku akan mengalami masalah yang sama...bukan setakat baju kerja sahaja malah kalau aku berkunjung ke tempat2 awam seperti pasar malam, pasar besar, ketika menungu kenderaan awam untuk ke tempat kerja atau pulang dari tempat kerja..sampai2 rumah pasti baju akan melekat dengan bau2 yang kurang menyenangkan...aku hampir putus asa bila basuh baju memang perlu di rendam lama malahan seharian baru boleh basuh bersih..ikutkan susah nak tanggalkan bau asap atau bau yang melekat..



(gambar hiasan)
Bau dari makanan


(gambar hiasan)
bau dari asap kenderaan


(gambar hiasan)
bau dari gerai jual bahan2 basah dipasar besar atau pasar malam


Aku memang penggemar bau-bauan yang harum mewangi, tapi bila balik kerja baju dah jadi lunyai dan masam. Lucky for me, aku ada pelembut fabrik Comfort Ultra untuk menyelesaikan masalah bau pada pakaian!

Cara menggunakannya mudah sahaja, hanya gunakan separuh penutup botolnya. Bayangkan, dengan hanya separuh penutup botol setiap cucian, Comfort Ultra memberikan memberikan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 14 hari! Sekarang pakaian aku semuanya bebas daripada bau yang tidak menyenangkan seperti bau makanan, pencemaran, asap rokok, peluh dan bau hapak.


Comfort Ultra Blossom Fresh...


Baru aku tau.. butik eksklusif fesyen terkemuka, Galeri Ariani yang terkenal dengan rekaan tudung yang moden dan muslimah telah bekerjasama dengan Comfort, peneraju jenama pelembut fabrik dunia.

Jalinan kerjasama antara Ariani dan Comfort adalah bertujuan untuk menampilkan golongan wanita dengan keyakinan diri kerana kini, busana fesyen hijab Ariani telah didatangkan dengan inovasi terbaru Comfort yang menjanjikan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 14 hari serta melindungi fabrik daripada bau-bau yang tidak menyenangkan. Sekarang aku tampil lebih #segaryakin.


Dengan setengah penutup Comfort Ultra akan membuatkan baju2 kita harum mewangi hingga 14 hari..siapa yang tak teruja kan…


Comfort Ultra Best!!!


Jom tengok video ni pulak….


Video dari Youtube tentang kerjasama Comfort Ultra dan Ariani yang dibintangi Duta Ariani, Bella Dally


Sekarang ni, Galeri Ariani kini disegarkan dengan Comfort Ultra. Sedap baunya wooo….. Setiap tudung yang didapati di Galeri Ariani kini telah disegarkan dengan Comfort. Mula-mula sekali, kesemua tudung dan selendang di Galeri Ariani, Jakel Mall akan disegarkan dengan haruman Comfort Ultra. Menjelang akhir bulan April, semua pelanggan Ariani mengunjungi gedung Ariani diserata negara akan dapat merasai pengalaman yang sama.

Sempena kerjasama yang awesome ni, pelanggan-pelanggan Ariani akan menerima baucar diskaun bernilai RM20 dari mana-mana gedung Ariani bagi setiap resit pembelian rangkaian Comfort, bermula daripada 1 April sehingga 31 Julai 2015. Semua gedung Ariani akan mengedarkan sampul pek Comfort Ultra percuma kepada pelanggan-pelanggannya bermula dari 24 April sehingga 30 Jun 2015.

Orang awam juga berpeluang menikmati diskaun bernilai RM5 bermula dari 1 April sehingga 31 Julai 2015 apabila mereka membeli Comfort Ultra secara talian melalui laman web, eshop.tesco.com.my
Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang kempen ini atau untuk menonton video, sila layari www.facebook.com/ComfortMalaysiahttps://www.facebook.com/ComfortMalaysia.  

Apa tunggu lagi, cepat-cepat kita rebut peluang promosi ini sekarang!




Friday, March 13, 2015

Review Kiss Proof Soft Lipstik

Sekarang ni dah macam2 ada barang kosmetik kan....aku plak baru je beli 4 batang lipstick ni dari online shopping kat FB....tgok kat gambar2 yang diorang duk post tu macam cantik je....macam nak cuba je....nak cuba tapi ketamakkan haloba di situ beli sampai 4 sekali harung....masalahnya pakai nya ntah bila....pi opis pun kadang2 pakai...kadang2 tak...dah biasa ngan kaler nude pi opis...tetiba nak  pakai kaler terang x ke macam apa ntah....hahaha...gatal kan...memang la murah RM10 jer satu...free postage plak kan.....kaler dia cantik aku tgok...bila dapat nak cuba macam malu plak...dasar kan




Dah biasa pakai kaler yang x terang...bila pakai yang terang muka dah jadi lain...takut plak aku bila amik gambar...hahahaha....giler kan....lipstik ni best...sebab senang guna...ko calit je x yah tacap 2-3kali..sekali pakai je...pas tu kalau hilang skit ko sapu jer ngan lip balm..so xde la terang sangat...senang kan macam tu...ahaks...aku memang kalau mekap sekali je...xde nak tacap2 de...ni since dah guna serum tu so aku xde la nak mekap sgt pun...duk dalam opis ekon kan...x selesa if mekap tebal2...better natural look je...rasanya ini je la lipstik paling murah aku guna...amboiiii....ayat xde kesian kan...aku dah stop guna lipstick mahal2 ni...dulu rajin beli M.A.C..tp sekarang dah pandai dan berhemah bila berbelanja..pakai ikut kemampuan dan kesesuaian...so..xde la rasa macam duit tu mengalir jer kan...dah ada penasihat ni padan muka aku....nasib la dapat bakal laki Accountant..semua setiap sen memang di kira....xde nak sesuka hati ko nak shopping......sebab tu aku cakap...kalau aku kat KL aku memang berjimat cermat...gaji sebulan pun x abih...melainkan kat Seremban...aku akan boros...hahahahaha....habis tu x kan x balik Seremban plak kan....

Sunday, March 8, 2015

Review Product Citra Mulia

Wanita dan produk kecantikkan memang tak boleh dipisahkan ..selain mekap, produk penjagaan diri juga sangat penting...begitu jugak aku...dulu aku memang mempunyai masalah kulit muka berminyak...sekarang tidak lagi...dah jumpa solution nya.....untuk korang yang masih tercari2 produk penjagaan muka...boleh lah mencuba Produk Citra Mulia...sekali korang dah cuba...confirm akan jatuh cinta...

Tadaaaa!!!! ini barang2 yang aku dapat untuk review kali ini....alhamdulillah terima kasih tak terhingga buat Citra Mulia di atas kepercayaan yang diberikan untuk aku mencuba dan review produk mereka...

Jom kita berkenalan dengan satu persatu product mereka....


THE FACE SUPREME WHITENING DAY & NIGHT GEL SERUM


The Face Gel Serums

The Face Gel Serums ada 2 jenis iaitu The Face Supreme Whitening Day Gel Serum dan The Face Supreme Whitening Night Gel Serum . Serum untuk menjadikan kulit cerah dan bersih . Ia sebagai anti penuaan, menghilangkan kerut di wajah, melembapkan , melicinkan dan memutihkan kulit. Dengan formula khusus yang cepat menghilangkan melasma, flek-flek hitam dan memutihkan kulit wajah. Kaya dengan kandungan B5 untuk mengaktifkan  sel -sel kulit yang baru juga berfungsi sebagai antioksidant untuk mencegah radika bebas yang merosakkan kulit.Mencegah sel pigmen sehingga kulit lebih cerah dengan tambahan pelembap aktif yg dapat menjana semula kulit agar terhindar dari keriput atau penuaan....



Fungsi Gel Serums :
  • Mengurangkan bekas-bekas jerawat
  • Memutihkan kulit wajah
  • Menghilangkan flek hitam
  • Mencerahkan warna kulit
  • Meratakan warna kulit
  • Mengecilkan liang wajah
  • Menghaluskan dan mengenyalkan kulit

Cara Penggunaan:
  • Bersihkan muka anda.
  • Sapukan sedikit serum dan leburkan dalam tapak anda
  • Menyampaikan lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda dan tekan, urut sehingga diserap sepenuhnya.
  • Gunakan setiap hari waktu pagi dan malam, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.

DR HERBAL WHITENING  AB CREAM A & B


Perawatan kulit wajah yang 100% dibuat dari bahan herbal sesuai untuk semua kulit wajah, Diformulakan khusus untuk membaiki struktur kulit dan lapisan sel-sel kulit yang rosak. Mengandungi kolagen untuk membantu anda merawat dan melembapkan kulit wajah. Dr Herbal dapat meremajakan semula wajah serta mencerahkan.

Kebaikan Dr Herbal's
  • Mencerahkan dan memutihkan wajah.
  • Wajah kusam, gelap dan kekuningan kembali menjadi putih bersinar.
  • Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam
  • Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran uv
  • Menjaga keanjalan kulit wajah
  • Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus
  • Menghilangkan kedutan pada wajah.
  • Menghaluskan dan memberi kelembapan semula jadi bagi wajah.
Cara penggunaan:
  • Bersihkan wajah terlebih dahulu
  • Sapukan THE FACE GEL SERUM.
  • Ambil Krim secukupnya
  • Sapukan krim A untuk pagi dan krim  B untuk malam. 



Dr Herbal dan The Face Serum


Milano Ashley Lotion  - Green Tea & Milano Ashley Lotion - Rose Tea 

Ekstrak Rose Tea mempunyai ciri-ciri emolien yang sangat baik untuk melembapkan kulit kering, ia juga menawarkan ciri-ciri antiseptik dan astringen untuk merawat kulit jerawat, serta ciri-ciri anti-radang yang membantu merawat kemerahan dan keradangan.Ekstrak Rose Tea juga boleh membantu memperbaiki tekstur kulit, mengawal penyakit kulit seperti psoriasis dan dermatitis atopik.Ekstrak Green Tea berasal dari daun Camellia sinus.Ekstrak Green Tea secara semula jadi yang kaya dengan antioksidan, yang mempunyai fungsi sel-melindungi juga. Ia adalah kesan yang kuat antioksidan yang melindungi kulit daripada kesan kerosakan akibat radikal bebas.Ekstrak Green Tea juga mengandungi methylxanthines yang merangsang peredaran mikro kulit dan oleh itu secara positif mempengaruhi nada dan kesihatan kulit.Ekstrak Green Tea sebenarnya boleh mengurangkan kedutan dan juga membuat anda kelihatan lebih muda.


Kebaikkan Green Tea  & Rose Tea untuk Kulit

  • Memastikan kulit anda kekal lembap sepanjang hari.
  • Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.
  • Mengandungi banyak protein, mineral, dan vitamin yang menjadikan kulit anda berseri.


Wajah aku selepas seminggu penggunaan The Face Serum...abaikan jerawat atas dahi tu...memang degil jerawat tu..hehehe...x pakai mekap pun ok dah sekarang..x perlu nak malu2 lagi...
ahaks...


Informasi seterusnya korang boleh layari laman sesawang 



Selamat Mencuba!!!


Wednesday, February 11, 2015

Review Hairstyle Makeover @ Ridzokumura Saloon PJ

Ini adalah kali ke 2 aku diberi peluang untuk makeover rambut actually xde la make over apa pun just warnakan rambut dan buat scalp treatment....bukan setiap bulan dapat memanjakan rambut kan...sesekali dan ..sebelum ni aku memang ada masalah rambut putih a.k.a uban banyak kan dan selalu gatal kepala..so nak tak nak cari la solution...bukan x ngaku dah tua ye...tp kerana kerjaya aku sanggup la tukar penampilan ...x kisah la apa org nak ckp sebab  I've been paid  for this review...sambil tu buat kerja la kan...win win situation...ada yang x faham aku x kisah coz aku buat kerja yang menjadi minat aku dan boleh mendatangkan rezeki yg halal...if ada cubaan nak tutup periuk nasi aku...adalah satu kesilapan....

So appointment aku di Ridzokumura saloon pada 12 tghari, Sabtu 2 minggu lepas...ini merupakan kali ke 2 aku buat review tentang saloon ni....



Cantik kan banner ni...ni merupakan wife kepada owner Abg Ridz..x salah aku ms Akiko nama dia dan dia adalah Japanese...


Masa ni kepala aku tengah di warnakan...warna pilihan adalah Dark Brown jenama Loreal...


Selepas selesai dan siap dh blow set rambut...teringin nak buat digital perm tapi rambut aku lom betul2 panjang dan belum sesuai....kena buang rebonding ni dulu baru boleh buat....


Haaa..hairstylist aku kerjakan rambut aku masa blow..hahahah..terus jadi kontroversi...ada yg suka dan ada yg menyampah la...tp aku x kisah sebab bukan permanent..seriusly kaler dia cantik sangat...cuma x berapa nampak kalau bkn di tempat terang...


Ni selepas beberapa ketika  dan agak loose skit...bila dh loose nampak cantik skit...



Kebiasaan lepas buat rambut artis2 akan bergambar kat sini..ada backdrop disediakan..
So meh la feeling2 artist amik gambar dgn owner....




Tadaaa...perkenalkan hairstylist aku... Cik Sue...comel kan? Haha...
Dia sgt best dan peramah...after this mmg akan dgn dia je....


Haaaa itu la citer aku di Ridzokumura Saloon...salon yg menjadi pilihan aku  setakat ni
dan sangat2 recommended...if korang nak pi situ sila call dulu dan buat appointment..

Alamat 
Impian Meridien 
S01-13 Jalan Subang 1
USJ 1  47000
Subang Jaya
Tel : 03 5891 1402

Instagram : Ridzokumura





Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah