Thursday, January 9, 2020

Pulut Kuning Istimewa Arleena Menjadi Tarikan..

Hi korang...

Sejak zaman dahulu pulut kuning sangat sinonim dalam adat istiadat dan apa juga perayaan di kalangan orang Melayu kan?.Sebenarnya adat istiadat masyarakat melayu ni sangat unik apabila Pulut Kuning sebagai simbol berkasih-sayang dalam keraian orang Melayu,  dijadikan juadah istimewa dalam keraian perkahwinan untuk menunjukkan kegembiraan, kelahiran, berkhatan, khatam Quran, kenduri kesyukuran dan sebagainya.

Beras merupakan makanan ruji di Asia dan telah melalui sejarah yang sangat panjang di dalam masyarakat Melayu . Sebagai sumber makanan utama, beras juga dipandang sebagai tanda syukur-nikmat masyarakat, tanda kecukupan rezeki, kemewahan penduduk dan kegembiraan serta kemakmuran.Oleh sebab itu makanan berasaskan beras sangat sinonim dalam rangkaian makanan di Asia. oleh itu dalam banyak-banyak jenis beras, beras untuk membuat pulut antara yang termahal. Untuk menyajikannya juga memerlukan proses yang agak lama dimana beras direndam bersama kunyit semalaman, dan menanaknya juga bukan semudah nasi biasa. Sebab itu pulut kuning dijadikan sebagai juadah istimewa yang menjadi kegemaran semua peringkat umur.

So hari ni SA terpanggil untuk share dengan korang bisnes kawan office SA ni..pulut kuning hasil kreativiti beliau yang menjadi tarikan ramai. Ramai yang tempah pulut kuning sempena majlis -majlis istimewa samada Hari Lahir, Meraikan kejayaan, Majlis perpisahan, Akikah dan banyak lagi majlis- majlis istimewa. Apa aje majlis mesti ada yang tempah kat kawan SA ni..menariknya pulut kuning ni dihias cantik dengan dekorasi. Kalau nak suruh SA yang hias..rasanya tak jadi cantik macam tu..haha..sorry SA tangan tak seni sangat...

Eh jom la tengok hasil kreativiti kawan SA ni









Pernah korang tengok roti jala dan nasi lemak boleh dijadikan menu utama menggantikan kek untuk sambutan hari lahir? tak pernah? haa..kawan SA ni mampu merealisasikan apa je permintaan korang. Ye la..kadang- kadang kita nak buat sesuatu yang diluar kotak pemikiran kita kan. SA pun first time tengok Roti Jala dijadikan kek hari lahir..menarik sangat idea tu...ye la asyik makan kek jer kan..manis dan tak sihat..kasi tukar plak la dengan kek dari roti jala. Eh...rasa nak buat plak la nanti...sebab SA x makan sangat kek..cut sugar katanya kannn...

So korang kalau berminat nak order pulut kuning atau roti jala untuk apa- apa majlis korang boleh la berbuat demikian dan details ada kat bawah. Tentang harga kena tanya tuan punya bisnes la kan...pulut kuning yang dah dihias indah tu sesuai dijadikan hantaran kan..cantik je...

Lagi design menarik korang boleh tengok kat instagram kawan SA. Bukan pulut kuning dan roti jala je dia jual ye...ada macam-macam antaranya rendang, nasi lemak (the best so far), Seri Muka Durian Berhantu dan banyak lagi la..


Sebarang tempahan boleh hubungi :

Whatsapp: 012 - 3636349 

Berkelah Dan Mandi Laut December Lepas

Hi korang...

Kann cuti sekolah kami tak berjalan kemana- mana kan so satu hari tu decided la mandi laut kat tempat biasa kat PD..Mana lagi..Telok Kemang la kami tuju..nak pi pantai lain kang tak tau plak ada kemudahan tandas untuk mandi air bersih ke tak kan..so better pergi tempat biasa pergi je..Orang paling seronok nak pergi mandi laut of course la si kembar, Aidan dan Taufiq..SA pepagi dah bangun dah masak bihun dan masak apa2 yang perlu untuk makan kan...Macam biasa sampai je kat pantai semua tak sabar nak mandi lauk..air lauk plak surut dan pantai kat Telok Kemang ni banyak lumpur plak..satu hal nak masuk ke laut kena pijak lumpur dulu...dulu takde plak macam tu...Kami redah jer la sebab anak- anak dah excited nak mandi laut...

Korang tengok gambar jer la ye..malas plan nak letak caption..tengok si Tiara tu bukan main suka main air...


 



 



 



 

 



 




Cukup 2-3 jam anak- anak mandi laut..kena make sure pukul 12 lebih kena balik sebab nanti pukul 3 petang Uwan diorang nak Dialysis...Bila dah penat mandi tu terus masuk kereta semua lelap..hahaha..kena aircond kan...dari Teluk Kemang kami terus balik Seremban ikut jalan Lukut..saje nak singgah kejap kat PD..tengok apa yang ada...Nampaknya tahun lepas kami xde rezeki ke mana- mana..insyaallah tahun ni kalau mamalong diorang ni sihat boleh la pergi jenjalan kejap..Ibu diorang plan nak tido hotel hujung bulan ni nanti ..tak tau la jadi ke tak..kalau jadi ok gak tu..tahun lepas cuti sekolah takde kemana- mana kan...

Nanti plan nak pi mandi laut lagi..kali ni nak ajak kazen plak..satu family...kalau dapat buat BBQ pun best gak..tapi kena la pergi pagi- pagi...nanti x cukup masa kan...


Wednesday, January 8, 2020

WW~ #2019bestnine Suria Amanda

Hi korang...

Baru 8 hari kita di tahun baru 2020, SA lupa nak share #2019bestnine instagram SA. Sebenarnya takde la hebat mana pencapaian kat instagram SA yang tak seberapa tu..untuk 2019 SA sedikit tidak aktif sebab masalah kesihatan so agak kurang likes compare 2018...walau apapun..banyak jugak likes tu ha..


Jom tengok apa yang di highlight kat atas tu...

1. Dengan Tengku Permaisuri
2. Product review dettol
3. Dania nyer kaki crack, warded sehari
4. With my bestie @paris_ashiqin
5. Tukang collect mangafera
6. Throwback masa jadi PR, gambar ngan ZZ
7. Di office Malakoff Corporation Berhad
8. Semua barang basah dalam fridge rosak sebab takde elektrik beberapa hari..
9. Product review Althea

Itu jer la pun..takde la pencapaian yang memberangsangkan sebab SA sedikit kurang aktif last year..insyaallah nak buat comeback this year andai allah permudahkan...alhamdulillah SA dah semakin sihat..cuma sekarang sedikit busy dengan kerjaya. Korang doakan SA terus sihat dan boleh share macam- macam lagi..PR & Client, selitkan sedikit rezeki job untuk SA jugak please....

Mak..Nak Peluk Boleh ~ Buat Ramai Menangis..

Hi korang...

Tengok tak citer lakonan  Nasha Aziz dan Rita Rudaini kat TV3 Sabtu lepas..sedih giler kan citer tu..mula- mula SA memang hangin la tengok citer ni sebab Rita Rudaini tu abaikan anak dia kan...memang menyirap jer tengok lakonan dia..tapi bila dah lama- lama citer tu buat SA rasa sebak..mula la senget2 mata ni menahan tangis...sedih oiii...Rupanya Nasha Aziz dalam citer ni hilang anak dia sebab abaikan anak dia masa dia ada kerjaya dulu...

Jom baca sinopsis



Sinopsis

Mengisahkan Syafikah telah berpindah ke KL bersama anaknya Nelly Syakira apabila menerima tawaran kenaikan pangkat di sebuah syarikat swasta terkenal dan meninggalkan suaminya, Arul yang bertugas di Sarawak. Tapi sayangnya dengan kesibukannya meniti kerjaya Syafikah abaikan satu-satunya anak dia. Nelly di hantar ke nursery milik Dessy dan Nelly sentiasa mengadu kepada cikgunya tentang mamanya yg selalu tidak pedulikannya akibat sibuk dengan kerjaya. Dessy jatuh simpati dan cuba menasihati Syafikah tetapi Syafikah tidak menerima segala teguran Dessy sehingga membuat keputusan untuk pindahkan Nelly ke nursery lain. Keputusan Syafikah tidak disenangi Nelly mahupun Dessy.

Suatu hari Dessy berjumpa Syafikah di pejabat dab menceritakan detik2 hitam dalam hidupnya dimana dia kehilangan anak lelaki bernama Ashman akibat tidak menghiraukan permintaan anaknya kerana sibuk dengan kerja- kerja pejabat.Akhirnya Ashman meninggal dunia akibat kemalangan. Meninggal ketika dalam pelukan Dessy kerana permintaan terakhir Ashman adalah untuk Dessy memeluknya setelah sekian lama Dessy tidak menghiraukan permintaan anaknya itu.


Korang yang belum tengok boleh tengok ulangan kat Youtube...sedih oii...Rasanya Rashid Sibir memang kaji betul- betul cerita ni base on true story. Orang zaman sekarang kan lebih pentingkan kerjaya dan tugas menjaga anak diserahkan kepada pembantu rumah atau cikgu di nursery. Kena ingat walau macam mana pentingnya kerjaya kita, anak dan keluarga adalah keutamaan. Wanita bekerjaya di luar sana..tonton la cerita ini sebagai pengajaran..sedih...terus rasa nak balik peluk kakak Dania..tapi dia dah besar dah pun...hahaha....

Tuesday, January 7, 2020

Syndrom Bila Terlampau Penat Susah Nak Tido

Hi korang...

SA ada satu masalah lately ni...bila penat sangat memang tak boleh tido, dalam pukul 2-3 pagi baru terlelap. tak tau la kenapa macam tu..sedangkan orang lain kalau terlampau penat letak kepala atas bantal je dah hanyut ke dunia mana dah kan..kadang-kadang jadi penat bila keesokan paginya..bila dah penat bertambah- tambah penat mula la x produktif, kejap- kejap mengantuk, kejap- kejap sakit kepala, bad mood kan.. Macam- macam SA dah cuba buat dah...cuba pelbagai tips pun tak membantu..Sebab tu SA takut sangat kalau penat..bukan takut apa..just takut tak boleh tidur..sebelum ni okey jer SA boleh tido. Maybe 2 minggu lepas SA berulang balik Seremban kan..so waktu tidur SA agak berubah.Kalau kat rumah sewa dalam pukul 9.30 SA dah tido dah...kalau balik Seremban memang lambat la SA tidur, tengok tv dan borak ngan Mak Abah..so lari skit waktu tidur tu...Apapun SA kena start manage la..takut nanti berlarutan dan akan effect kesihatan pulak.



Muka penat semalam sampai tak boleh tidur


SA ada terbaca tentang 10 punca sebenar kita susah tidur dan terpanggil nak share dengan korang..mana tau dalam 10 perkara ada yang selalu kita buat dan jadi habit so lepas ni kita kena buang punca yang membelenggu hidup kita supaya tidur kita teratur.

10 Punca Sebenar Kita Susah Tidur

Ada kebarangkalian bukan cappucino yang buat kita berjaga malam.Mustahil kan..

Baca selanjutnya untuk ketahui 10 halangan tidur yang kamu kena tinggalkan.

1. Suasana Sunyi Sepi

Bila terlalu sunyi, kamu lebih senang terjaga apabila ada bunyi, contohnya bila suami kamu bangun untuk ke tandas atau bunyi kereta di luar. Kamu boleh cuba hidupkan kipas berfungsi menenggelamkan bunyi yang mungkin mengganggu.

2. Teman Tidur Berbulu (Kucing)

Walaupun kamu tak mempunya alergi kepada haiwan belaan, sel mati dari kulit dan bulu binatang kesayangan akan terkumpul di katil lalu merengsa kan saluran hidung, membuatkan kamu berhingus dan terbersin sehingga terjaga. Bila kucing kamu bergerak-gerak semasa tidur juga tidak membantu. Kami tahu kamu suka peluknya, tapi belikan katil sendiri untuknya dan letak di bilik lain.

3. Jam Penggera Kamu

Kamu rasa tertarik untuk mengetahui jam berapa kamu masuk tidur. Lepas mengira berapa jam kamu dapat beradu sehingga keesokan pagi kamu akan rasa gelisah, menyebabkan kesukaran untuk relaks dan terlelap. Senang sahaja: Pusingkan jam penggera supaya kamu tak dapat tahu jam pukul berapa. Lebih penting lagi: Jauhi jam digital. Sesetengah skrin memantulkan cahaya yang membantutkan penghasilan melatonin lalu buat kamu jadi seperti cacing kepanasan.

4. Langsir Atau Tirai Tak Sesuai

Kalau langsir kamu terlalu singkat atau jarang, cahaya samar akan curi-curi masuk ke dalam kamar dan mengganggu penghasilan melatonin, hormon penting yang buat kamu mengantuk. Gantikan dengan langsir atau tirai yang mengikut ukuran, sebaik-baiknya yang dilabel blackout, iaitu dari fabrik atau material yang tebal (yang kamu harus cari: poliester bukan sutera).

5. Rancangan TV Mengasyikkan

Kalau sudah menjadi tabiat kamu mesti menonton sesuatu sebelum tidur, lebih baik kamu tonton rancangan yang tidak berat dan saksikan siri The Walking Dead lain kali. Menonton sesuatu yang merangsang adrenalin, seperti rancangan sukan atau berita 30 minit sebelum tidur, menyebabkan otak kamu cenderung berada dalam keadaan sedar lalu buat kamu jadi susah lelap.

6. Suhu Persekitaran

Jika kamu terlalu panas atau sejuk, tubuh kamu akan beri reaksi yang akan buat kamu terjaga. Suhu bilik yang sesuai untuk tidur adalah antara 18 sehingga 24 darjah Celcius, bergantung kepada keselesaan kamu. Pilih selimut dan cadar berasaskan kapas – material ini membantu peredaran udara dan mengekalkan suhu yang selesa ketika berselimut. Sekiranya suhu badan kamu cenderung untuk meningkat ketika tidur, guna cadar yang meresap lembapan dan baju tidur yang menyerap peluh supaya kamu kekal sejuk sepanjang malam.

7. Warna Dinding Bilik

Warna jingga atau biru elektrik memang menjadi kegilaan kamu, tapi warna seperti ini akan buat kamu sukar untuk lelap. Warna terang bertujuan untuk buat kamu bersemangat dan memberi inspirasi, oleh itu bila kamu dikelilingi dengan warna merah, jingga atau biru terang, kamu lebih susah untuk rasa tenteram. Cat dinding kamar tidur kamu dengan warna yang lembut dan tenang, seperti warna tanah, yang akan buat sistem tubuh kamu rileks secara semula jadi.

8. Telefon Bimbit

Skrin bercahaya dan jam digital adalah salah satu pengganggu tidur nyenyak kamu. Gerak hati kamu yang berkata kamu mungkin menerima panggilan atau mesej pesanan ringkas juga akan menyebabkan kamu gelisah dan sukar hendak biar otak berehat. Kami tahu kamu sudah terbiasa, tapi cuba matikan telefon pintar kamu sebelum masuk tidur.

9. Cahaya Dari Komputer Riba Atau Tablet

Jika kamu tidur hanya beberapa inci dari komputer, cahaya dari skrin akan menghalang pengeluaran melatonin, lalu buat kamu berjaga. Matikan komputer riba kamu atau tablet sekurang-kurangnya sejam sebelum masa tidur. Kalau kamu jenis yang gemar membaca sebelum tidur, beli Kindle, yang tidak menggunakan paparan cahaya belakang, atau baca saja buku sebenar atau majalah (yang diterangi dengan lampu yang malap).

10. Barang Bersepah

Barangan yang berselerak secara tidak sengaja akan buat kamu resah atau teringat kepada perkara yang berlegar-legar di dalam fikiran, seperti tugasan yang kamu tangguh. Kadar denyutan jantung akan bertambah dan meningkatkan tahap hormon stres, lalu menghalang kamu untuk dibuai mimpi. Tak semestinya kamu harus jadi seorang ‘hoarder’ baru kamu terasa begini – baju berlonggok, barang-barang ‘shopping’, dan timbunan majalah akan buat kamu susah menjengah ke alam mimpi



Monday, January 6, 2020

Melayan Anak Buah Semua Bergambar...

Hi korang...

Ini sambungan cerita tahun lepas, macam jauh sangat tahun lepas tu kan...yang sebetulnya ni kisah masa birthday mak 28hb lepas. Takde la jemput ramai pun..kebetulan je diorang ada dan ajak sekali..dah lepas majlis tu kami lepak santai- santai..as usual SA ajak anak- anak buah dan adik sepupu bergambar..saje nak simpan sebagai kenangan..macam- macam ragam muncul ha..ye la nama pun budak- budak kan...bising, lasak tu memang wajib..padahal diorang la memeriahkan suasana. Kalau takde diorang tak best plak kan..bila dah balik terus senyap sunyi rumah..so..biarlah riuh rendah untuk beberapa jam...

Jom la tengok gambar...



















SA dengan muka penat...dengan melayan anak- anak...yang depan SA atas pangku dalam gambar ramai- ramai tu adik sepupu SA..anak Paksu...dan si comel lote gamabr last tu anak buah SA, kira anak buah la sebab anak kepada sepupu SA..kecik je orangnya..pas tu comel sangat...tak takut orang..Hannan nama dia..nama sebenar x tau la..x ingat de...nama- nama anak zaman sekarang semua nama artis...payah nak sebut, payah nak ingat..abaikan muka SA yang comot dan tak mekap tu..muka lepas masak..berminyak muka...sekarang tengah banyak jerawat halus2 kat muka..jumpa doktor pakar jawapan nya lebih kepada hormon x stabil...amenda ntah...

Siapa La Potong Bawang Pagi- pagi Ni....


source from google


Mak tu,
Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.

Mak tu,
Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.

Mak tu,
Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.

Mak tu,
Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu.

Mak tu,
Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu.

Mak tu,
Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.

Mak tu,
Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya.

Mak tu,
Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.

Mak tu,
Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera.

Mak tu,
Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yg tahu.

Mak tu,
Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak²nya.

Mak tu,
Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.

Mak tu,
Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.

Mak tu,
Walau dia cakap dia tak suka apa yg kamu buat, tapi dlm diamnya dia cuba mengikut apa yg kamu mahu.

Mak tu,
Tiada gantinya walau berapa harta yg kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita. DIA MAK KITA.

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab.

Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

#SALINTAMPAL

Sunday, January 5, 2020

Rendang Pucuk Pegaga Campur Kerang Menu Tengahari Ini...

Hi korang...

Selamat berhujung minggu...dah masak ke? SA baru je masak ni ha...tekak teringin nak makan rendang pucuk pegaga...sejak dh pandai buat bermacam jenis rendang ni sesekali rasa nak merendang je pulak. walau takde la expert sangat kan tapi dipantau oleh mak akhirnya berjaya jugak masak rendang pucuk pegaga campur kerang. SA suka rendang pegaga..lately ni macam-macam nak makan..

Dah masak rendang pucuk pegaga SA goreng plak ikan mambong berlada. Ikan mambong ni ikan kembung yg hat besaq tu ye..gemuk ikannya so SA masak seekor je...malam nanti masak lain  sebab SA nak bawak bekal pi kerja esok.

Eh jom la tengok gambar...abaikan presentation newbie tu..handphone tak canggih mana pun kan...


Cantik x gambar macam ni..nak buat flatlay x jadi laaaa...


ni hasil dari sekilo kerang...kerang mahei weiiii..sekilo RM12..dah teringin beli je..itupun hat yg kecik2...


Ikan mambong goreng berlada


Ikan masin bulu ayam goreng garing


Cukup la menu tengahari ni..semalam SA masak sup kaki ayam..tak habih pun..bazir je..maybe dah jemu kot..semalam memang blank kepala x tau nak masak apa..mak abah plak balik kampung semalam...so SA tinggal berdua ngan Dania..masak apa yg ada je la..

Korang masak apa 

Saturday, January 4, 2020

Dilema Bawang Merah Mahal


Hi korang....

Sana sini hebih kisah harga bawang merah mahal kan..ada aada kata mahal nak mati ada kata harga yahudi.. ye la korang dari harga mampu milik terus jadi macam takut nak beli bawang kan..ada kata plak sebab ada arg selusup bawang, musim sejuk, banjir dan macam-macam lagi la..ada gak kaitkan dengan politik bagai...x tau la mana satu yg betul...tapi memang terasa mahalnya...sebungkus kecik tu biasa RM2- RM3, la ni dah jadi RM4 ke atas. 
Sekarang bawang memang barang yang mahal la..mahal pun terpaksa jugak beli belak la sebab bawang kan memang bahan penting dalam masakan. korang bayangkan la kalau orang meniaga macam mana. tak mustahil lepas ni makanan lebih mahal harganya...ye la bahan asas pun dah mahal kan..ada aawan nak order paru goreng berlada pun SA x berani nak amik..x tau nak letak harga macam mana nanti. Kang mahal sangat sebekas orang order sekali tu je la kan...serba salah..so dari hubungan baik dengan kawan jadi teruk sebab harga sebekas paru goreng berlada baik SA x yah amik order. Bukan tolak rezeki..tapi lebih kepada x sampai hati..paru sekilo pun dah berapa kan..bahan-bahan lain? 

sape nak jawab tu...

Sarapan Pagi Ini....

Hi korang...

Selamat pagi...dah sarapan ke..masak apa tu....ke sarapan kat kedai..tak kisah lah sarapan kat rumah ke kat kedai je yang penting kena amik sarapan sebab sarapan itu penting...well pagi ni SA bangun dengan rasa sedikit kurang selesa..penat majlis farewell boss malam tadi tak hilang lagi ..SA rush balik kel KL Sentral semata-mata nak kejar komuter pukul 10.08pm dan yes i make it..naik komuter biasa berhenti-berhenti every station buatkan  SA stress. Selalunya balik naik komuter express kan dan cepat je sampai ke Seremban. So Semalam SA sampai pukul 11.50pm. lambat giler..

Masalah SA kalau dh terlampau penat kan..SA tak boleh tido, panas betul malam tadi walau dah pasang ekon. Kena service ekon la nanti sebab macam dh x cukup sejuk. Ke sebab cuaca memang panas? okey la panjang plak mukadimah..so...lets lets about this morning..SA masak nasi goreng untuk sarapan kami..goreng telur mata 3 biji. Kebetulan ada ikan keli berlada left over. Buat air kopi 434 dan teh o untuk mak...tadaaaaa...siap dh sarapan pagi...






Alhamdulillah dah settle sarapan..now mak abah balik kampung..tinggal SA dengan Dania..kami berdua malas nak balik..Dania nak ulangkaji pelajaran dan SA nak Tido...badan penat..pagi tadi check tekanan darah tinggi skit 136/97. Hadoii...confirm penat sangat malam tadi sampai sakit tengkuk...sebab tu SA x leh tido...tapi sebelum tido kang SA nak masak dulu..just x tau la nak masak lauk apa..blom check fridge lagi....

Petang skit nak settlekan product review dan jugak nak brisk walk...

7 Tips Nak Beli Tiket Flight Murah

Hi korang...

SA scroll FB ternampak ada orang share tips nak beli tiket kapal terbang murah..bukan apa..senang nak refer so SA decided salin dan tampal letak kat blog ni..nanti senang kan...


1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu

Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasarkan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal

Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3. Hari Terbang Yang Sesuai

Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil

Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

6. Buang ‘Cookies’

Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

7. Bandingkan Harga

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:

1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software

#salintampal

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah