Thursday, January 9, 2020

Pulut Kuning Istimewa Arleena Menjadi Tarikan..

Hi korang...

Sejak zaman dahulu pulut kuning sangat sinonim dalam adat istiadat dan apa juga perayaan di kalangan orang Melayu kan?.Sebenarnya adat istiadat masyarakat melayu ni sangat unik apabila Pulut Kuning sebagai simbol berkasih-sayang dalam keraian orang Melayu,  dijadikan juadah istimewa dalam keraian perkahwinan untuk menunjukkan kegembiraan, kelahiran, berkhatan, khatam Quran, kenduri kesyukuran dan sebagainya.

Beras merupakan makanan ruji di Asia dan telah melalui sejarah yang sangat panjang di dalam masyarakat Melayu . Sebagai sumber makanan utama, beras juga dipandang sebagai tanda syukur-nikmat masyarakat, tanda kecukupan rezeki, kemewahan penduduk dan kegembiraan serta kemakmuran.Oleh sebab itu makanan berasaskan beras sangat sinonim dalam rangkaian makanan di Asia. oleh itu dalam banyak-banyak jenis beras, beras untuk membuat pulut antara yang termahal. Untuk menyajikannya juga memerlukan proses yang agak lama dimana beras direndam bersama kunyit semalaman, dan menanaknya juga bukan semudah nasi biasa. Sebab itu pulut kuning dijadikan sebagai juadah istimewa yang menjadi kegemaran semua peringkat umur.

So hari ni SA terpanggil untuk share dengan korang bisnes kawan office SA ni..pulut kuning hasil kreativiti beliau yang menjadi tarikan ramai. Ramai yang tempah pulut kuning sempena majlis -majlis istimewa samada Hari Lahir, Meraikan kejayaan, Majlis perpisahan, Akikah dan banyak lagi majlis- majlis istimewa. Apa aje majlis mesti ada yang tempah kat kawan SA ni..menariknya pulut kuning ni dihias cantik dengan dekorasi. Kalau nak suruh SA yang hias..rasanya tak jadi cantik macam tu..haha..sorry SA tangan tak seni sangat...

Eh jom la tengok hasil kreativiti kawan SA ni









Pernah korang tengok roti jala dan nasi lemak boleh dijadikan menu utama menggantikan kek untuk sambutan hari lahir? tak pernah? haa..kawan SA ni mampu merealisasikan apa je permintaan korang. Ye la..kadang- kadang kita nak buat sesuatu yang diluar kotak pemikiran kita kan. SA pun first time tengok Roti Jala dijadikan kek hari lahir..menarik sangat idea tu...ye la asyik makan kek jer kan..manis dan tak sihat..kasi tukar plak la dengan kek dari roti jala. Eh...rasa nak buat plak la nanti...sebab SA x makan sangat kek..cut sugar katanya kannn...

So korang kalau berminat nak order pulut kuning atau roti jala untuk apa- apa majlis korang boleh la berbuat demikian dan details ada kat bawah. Tentang harga kena tanya tuan punya bisnes la kan...pulut kuning yang dah dihias indah tu sesuai dijadikan hantaran kan..cantik je...

Lagi design menarik korang boleh tengok kat instagram kawan SA. Bukan pulut kuning dan roti jala je dia jual ye...ada macam-macam antaranya rendang, nasi lemak (the best so far), Seri Muka Durian Berhantu dan banyak lagi la..


Sebarang tempahan boleh hubungi :

Whatsapp: 012 - 3636349 

29 comments:

  1. Kreatifnya kawan SA. Cantik sangat dekonya, sayang tu nak potong :p

    ReplyDelete
  2. Bentuk bunga telur dadar kan pada nasi lemak tu? Memang sekarang keraian orang lagi suka pulut kuning daripada kek.

    ReplyDelete
  3. YA ALLAHHH.. cantik2 nya SA..
    akak suka yang no 3 tu.

    nasi lemak pun dia gubah? mmg class lah.suka akak.

    ReplyDelete
  4. roti jala & nasi lemak tu mmg rare..1st time tgk

    ReplyDelete
  5. lama gila ray x makan pulut kuning.

    ReplyDelete
  6. kreatif orang buat pulut kuning sekarang. kalau dlu asal jadi pulut tu ok dah dah..hihi

    ReplyDelete
  7. cantik deco dia ..plut kuning mmg sedap !

    tahniah terpilih masuk bloglist bunga untuk bulan ni :)

    ReplyDelete
  8. Akak buat pulut kuning nk hal..tl bab mendeko tu yg fail..jari keras..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya pulut kuning tu. Heee 😋

    Kreatifnya kawan SA. Deko² nasi lemak. Dan deko roti jala tu. Tangan berseni.

    Semoga bisnesnya bertambah maju. Aamiin

    ReplyDelete
  10. Menarik sangat SA.. okay juga kan kalau sesekali tukar pulut untuk sambutan hari jadi..

    ReplyDelete
  11. Kreatif sangat yg roti jala dan nasi lemak tu dan belum pernah jumpa orang buat. Pulut kuning penah la jumpa 😁

    ReplyDelete
  12. wah macam2 jenis ye hiasan pulut..menarik

    ReplyDelete
  13. Wahhhh... Cantik dan kreatif hasil tangan kawan SA ni.. klau macam ni nak makan pun sayangggg.. hehe!

    ReplyDelete
  14. Alaaa cantiknyaaa...dah le Sis tengah ngidam nak makan pulut kuning ni, nak buat malas plak sebab nak makannya sorang ermmmm....

    ReplyDelete
  15. Alolo.. cantiknya. Kreatiflah. Suka makan pulut kuning tapi tengok yang ni sayang nak potong..hehe

    ReplyDelete
  16. Pulut kuning tuh memang biasa tengok org buat utk bezday. Tapi hat roti jala tu unik sangat. Kreatif kawan akak.

    ReplyDelete
  17. cantiknya, sayang nak makan kan SA :)

    ReplyDelete
  18. lagi mengenyangkan makan roti jala atau pulut kuning berbanding kek kan.. kreatif

    ReplyDelete
  19. Sangat menarik bukan biasher-biasher ni :-)

    ReplyDelete
  20. Wow, tak sangka kan deko atas pulut kuning pun boleh jadi secantik ni..hebat!

    ReplyDelete
  21. cantik2 pulut kuning dia...paling wow, ehhhhh roti jala?? hahaha...kreatif betul!

    ReplyDelete
  22. menariknya pulut kuning dia...kretip.

    ReplyDelete
  23. Wahh menarik betul ni pulut kuningnyaa, kreatif sangat!

    ReplyDelete
  24. khilfi kalau nampak pulut kuning...boleh nampak dia telah air liur

    ReplyDelete
  25. Skrg leh buat pilihan nam cake atau pulut kujing.. rare la klau pulut kuning kan.. rs puas makan dari cake

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah