Wednesday, March 26, 2014

Throwback > Guangzhou Trip 2012

Kenapa aku buat Throwback...ada antara korang yang plan nak pi Guangzhou kan..mana la tau dari pengalaman aku share ni korang leh dapat sikit input kan...tempat2 nak pergi...walau aku dah lost track sebab kejadian adalah 2012,aku cuba la sedaya upaya bagi info mana2 aku ingat especially tempat2 yang di bawa pergi utk trip kali ni....i'll try my best.....

October 2012 , Trip 5 hari 4 malam ke Guangzhou, China. Salah sebuah bandar besar di China yang mempunyai kepadatan penduduk dan pembangunan. dari atas flight lagi kita dah nampak memang bandar ni sangat2 pesat membangun...

bertolak dari LCCT pukul 5 pagi...sampai Guangzhou kul 6.20pg lebih kurang..the best part..aku dari Kepong ke LCCT kul 9 mlm...masa tu memang dalam otak nak pi backpackers je...so pakat ngan budak2 satu opis...jom la kita pi sekali...aku sorang jer perempuan dan 2 lelaki Nik Farid dan Wan Mohd Fatah...kelakar...pi LCCT naik teksi...tong2 charter teksi...lepak LCCT dari sampai tu hingga lah check in kul 3 pagi...sambil nak tunggu yang lain2 bersapau aku kat luar LCCT sebab time2 tu la..diorang buat cleaning ke fogging ke amenda ntah....

 cuaca sangat cantik...suka tgok awan....indahnya ciptaan allah...
 dari ketinggian berapa ntah...x ingat plak...nampak x?
 kat sini lagi clear...bandar membangun dan bangunan tinggi2 tumbuh bagaikan cendawan selepas musim hujan...dari atas nampak tersusun cantik jer kan...
 yeay kami dah sampai...trip sendiri2 ke ni...x la...company trip yang di tanggung segalanya kecuali duit belanja...aku pergi hanya nak berjalan...xde pun rasa nak shopping tp abih gak duit..hahaha...
 bangunan airport

Aku terasa sangat penat masa ni sebab aku lepak lama kat airport kan...dah la aku sorang ppuan...moral of the story..jangan amik flight awal pagi....tapi nak buat cemana...memang dah di tentukan...hahahaha...apapun aku happy...sampai2 macam biasa x terus check in tau....terus pi shopping kat lokasi yang sama...memang betul2 ikut itinerary..yang itu aku cerita next entry..

Makan Malam - Kebaikkan dan Keburukkan


Pernahkah anda mendengar seseorang berkata atau menasihati anda untuk tidak makan pada waktu malam sekiranya anda ingin mengawal atau menurunkan berat badan? Banyak nasihat yang kita dengari tentang perkara ini dan kadangkala tidak dapat dikenal pasti yang mana satukah yang benar dan yang mana satu adalah mitos. Pada pemahaman atau pendapat anda, benarkah kita tidak boleh makan pada waktu malam? Perkara ini juga banyak diperdebatkan dan diutarakan pandangan dari kalangan pakar-pakar nutrisi juga kesihatan di seluruh dunia. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang makan pada waktu malam.

Waktu makan

Anda boleh makan malam tapi waktu yang terbaik adalah 3-4jam sebelum tidur. Jangan makan apabila anda hendak tidur. Ini akan menyebabkan gangguan yang mungkin boleh berlaku kepada sistem penghadaman dan juga waktu tidur anda. Seterusnya boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada kesihatan.

Jenis makanan

Kebanyakan pakar pemakanan menyarankan agar mengambil makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah ketika makan malam. Ini kerana, kajian mendapati meereka yang mengambil kandungan gula yang rendah pada waktu makan malam akan dapat mengawal kandungan gula dalam tubuh badan pada waktu sarapan keesokan harinya. Mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat juga dapat mengawal dan mengurangkan rasa lapar anda di tengah malam hari. Pengambilan protein yang secukupnya juga dapat membantu tubuh anda membina otot ketika anda sedang tidur.

Tabiat pemakanan

Kawal pengambilan makanan ringan selepas waktu makan malam. Ini kerana makanan ringan yang masuk ke perut anda kebanyakannya mengandungi kalori yang tinggi. Makanan ringan yang anda ambil sekiranya dalam kuantiti yang banyak terutama ketika anda sedang menonton televisyen, sehingga tidak sedar anda menghabiskan satu bekas atau plastik akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kesihatan anda selain menambahkan berat badan.

Kesimpulannya, makan pada waktu malam tidak mendatangkan masalah selagi anda tahu bila anda makan, apa yang anda makan dan kuantiti yang anda ambil!



Ciku vs Orange..

Aku bukan lah penggemar buah ciku...tak tau la kenapa aku x suka buah ciku...ada adik2 aku pun x makan buah ciku...kecuali Lisa ngan Ateh...aku sememangnya x suka...ini la buah paling sedap kata abah...xde maknanya...pada aku buah ciku macam ada ras yang pelik...

sekali 2 bungkus abah beli...
tapi ada je semua suka ciku kan..
orange

kalau yang ni aku memang suka...memang stok sentiasa ada dalam fridge...Dania pun suka but mesti jenis yang besar dan manis tuh..bukan yang kecik...ala..kat pasar ada jual sebakul RM10..aku kalau pi pasar memang suka beli buah orange ni....time lepak2 tgok tv  makan orange...sedap....kalau sejuk lagi sedap....sambil type ni pun dah terliur dah...
HEHEHEHE...


Tanggungan Perasaan AJ Sangat Berat

TRAGEDI kehilangan pesawat MH370 pastinya dugaan paling besar buat Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Di dalam pesawat itu ada 12 anak buahnya, manakala 227 lagi adalah penumpang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan nasional menuju ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Siapa pun tidak merancang jauh sekali mahu kejadian seperti ini berlaku, namun takdir mengatasi segala-galanya apabila Boeing 777-200ER itu disahkan terhempas di satu lokasi terpencil di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sepanjang 16 hari sebelum ini termasuk pada sidang akhbar petang tadi, Ahmad Jauhari kelihatan tenang. Dengan penampilan yang amat ringkas, beliau menjawab setiap soalan wartawan tanpa langsung ada unsur untuk menokok tambah jauh sekali mahu mempolitikkan suasana yang amat tegang itu.

Namun, malam ini, keadaan berubah. Beberapa minit sebelum sidang akhbar bermula, beliau dilihat melangkah longlai sambil menundukkan kepala masuk ke dewan dengan wajah yang amat sugul.

Jika kebiasaannya beliau turut berada di atas pentas, kali ini hanya pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman serta Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Jauhari memilih untuk berada di bawah pentas. Sepanjang Najib membacakan kenyataannya, beliau tunduk. Di sebelahnya, Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof.

Sebaik kenyataan mengesahkan pesawat MH370 terhempas di tengah Lautan Hindi, Ahmad Jauhari kelihatan terlalu sedih. Beliau menangis apabila dipeluk oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Sesungguhnya tanggungan perasaan Ahmad Jauhari sangat berat. Tiada siapa mampu menyelami apa yang dirasainya bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Jika kaum keluarga penumpang MH370 kehilangan paling ramai dua ahli dalam tragedi yang menyayat hati itu, Ahmad Jauhari hilang 12 anak buah serentak. Beliau juga kehilangan 227 penumpang selain terpaksa berhadapan dengan suasana yang amat menekan perasaan.

Selami hatinya dan fahami tanggungan Ahmad Jauhari, nilai juga air matanya yang tumpah

Sumber : www.astroawani.com

AJ atau Ahmad Jauhari Yahya adalah ex bos aku sebelum dia join MAS, dia seorang yang baik dan sangat mementingkan kebajikan staff maka disini aku memang sangat sedih bila lihat keadaan dia macam tu...sesungguhnya kami warga Malakoff sangat menyayangi AJ..masa aku sakit tenat dulu dan bercuti lebih dari 6 bulan, AJ yang bagi pelepasan untuk aku bercuti dengan bergaji...terlalu besar jasanya pada aku dan warga2 Malakoff.

Semoga AJ tabah...ini semua qada dan Qadar Allah....


Tuesday, March 25, 2014

Update Sarapan di Petang Hari

Dah kenapa petang baru up entry sarapan pagi...hahaha...nak buat cane..bz dari pagi tadi..yang korang duk baca entry pagi tadi tu dah auto publish...awal2 dah buat malam tadi...ni tgh free kejap aku update la ngan gambar baru...sarapan simple aku pagi ni...

kuih muih untuk hari ni yang mak teadlady jual..

ini yang aku makan...cukup la sekadar mengalas perut....aku tgh ngantuk ni sebab malam tadi sejak dapat perkhabaran duka MH370 aku x leh lelap mata...puas aku paksa mata untuk tido...dengan abah dalam kesakitan...entah la....risau sgt2 risau...x lena langsung...pagi tadi bangun awal pi kerja...
memang saudara mara atau ahli keluarga kita x terlibat...tp fikirkan sejenak..penumpang2 dari malaysia yang beragama islam tu tetap saudara kita sesama islam kan...perikemanusiaan pun kena ada..aku macam dah malas nak bukak FB sebab banyak kata2 negatif yang tertera kat situ..yang pandai bercakap tu macam tau plak susah senang pihak kerajaan berusaha untuk menjejak MH370...bercakap bukan main pandai sampai keluar macam2 teori..apa kata yang bercakap tu pi cari kan...baru tau susah dan senang...sedih ngan orang2 macam ni...x kena kat diri sendiri memang diorang x rasa....xde hati perut betul...mcm x boleh faham plak qada dan qadar allah....letih nak baca...

Takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat...


Menu Bekalan Today

Gara2 semalam terkena mee kari RM9.35 kat KL Sentral. ..aku nekad hari ni bawak bekal pi opis..walau hari ni dh gaji dh..aku x peduli...aku tetap bawak bekal...balik kerja terus masak...macam marah giler je masak kan...

Meh tengok menu aku...tp xde la aku mkn sensorang...mkn ramai2 kongsi ngan kawan2...
Makan ramai2 mmg terbuka selera kan...

Kacang buncis goreng...


Sambal ikan tilapia
Telur dadar campur tomato....

Alhamdulillah...dh selamat makan ramai2 dah pun....puas hati aku...melampau sgt harga makanan sekarang ni...dh la mee kari aku beli tu hanya tauge ngan ayam then kuah kari...
Mahal sekepuk...huiii...ingredien pun x cukup...kosong je....cukup la sekali aku mkn mee kari kat situ....sah2 nak cepat kaya org tuh....


Abah Accident!!!

Nak gugur jantung aku abah call semalam....mula2 relax je dia cakap..tanya aku dh makan ke...pas tu slow2 dia cakap dia accident...berderau darah aku....sampai aku semput kejap tghari semalam...jantung rasa cepat sangat berdegup...bos tanya kenapa....aku ckp dapat call my dad accident...tapi abah beria cakap dia xde pape...orang yang langgar tu undur keta ..main undur x tgok belakang terus hentam abah...motor rosak teruk....ni la masalah pemandu Malaysia...bawak keta main belasah...x pasal2 orang lain jadi mangsa..nasib baik dia tanggung semua kerosakkan dan abah x teruk sangat...tp baru2 kena memang x sakit...esok2 lutut ngan tangan dah bengkak mcm mn kan?


Lutut abah kot ni...dh nampak bengkak dh tu...


Ni tangan abah..


Ni pergelangan tangan abah..

Yang aku marah bila doctor hospital langsung x bg abah mc...dh kaki tangan bengkak 
Macamana nak kerja kan...memang abah ketja kat Hospital...patut senang la dapat mc barang sehari dua..mula kena mmg x nampak perlu mc....ni dh bengkak..terpaksa amik mc klinik swasta...aduhai abah....macam2 hal plak bila dh nak pencen ni....2 bulan je lg kot.....
Nasib baik yg langgar tu nak bertanggungjawab...if jenis lepas tangan? Satu hal....
Dah la aku nak balik abah x bagi.....sikit je katanya...aku x kira...ari ni nak balik jugak.....x tenteram hati aku ni....kang ada lak ckp aku x peduli ayah sendiri plak..dah la ada yg sindir aku..tinggal anak kat mak bapak untuk jaga...sendiri x jaga sebab kerja jauh...x ke susahkan mak bapak katanya....huiiiii mulut.....esok2 kot2 ko sama status ngan aku ko rasa la susahnya jadi ibu tunggal...ko x rasa lg kan...kot dh rasa aku nak tgok ko mampu ke x pikul tanggungjawab cam aku...korbankan diri sendiri semata2 nak cari rezeki....
Bukan tanggung anak je...mak bapak aku pun tanggungan aku jugak tau....


Diganggu Makhluk Halus


Assalamualaikum...
Korang pernah alami x masalah mcm aku ni...last week baru je beli beras kat Speedmart99...malam td nak masak...tgok2 penuh dengan makhluk halus ni....oh damn it...
Macamana ko bleh banyak giler membiak ni....sebelum ni xde pun....call mak...mak ckp letak cili kering.....x tau la boleh hilang ke x....
Korang ada Idea lain x...x kan nk buang plak beras baru beli kan...
Orang panggil apa benda ni eh....kutu beras eh...satu hal plak if nk masak cepat mn nak buang makhluk halus ni lg...melengahkan kerja aku je...if korang ada idea bg la tau aku....

Monday, March 24, 2014

Nostalgia....

source from FB

Aku yakin antara korang semua pernah lalui nostalgia lori Milo ni...kan???mesti ada yang beratur..minum cepat2 pas tu beratur lagi....takde???eh...mesti ada yang ngelat punya....hahahahha....zaman aku dulu confirm la ada walau aku ni susah nak ingat...tp aku yakin memang ada dan pernah alami situasi ni...entah kenapa air milo dari lori ni ( lori ko panggil) sedap nak mams kan...x sama macam milo yang kita bancuh sendiri...
Betul x?

Berkampung Alam Warisan..Masuk Percuma!!!

Meh...meh nak war2 kan bersempena cuti sekolah ni korang yang xde apa2 aktiviti atau plan nak bawak anak2 pi mana boleh la terjah ke sini ye.....Ladang Alam Warisan akan adakan program julung2 kalinya di adakan iaitu Berkampung Alam Warisan dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Kepenggunaan dan Koperasi, Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan State Assembly dan Kolej Seroja UITM..

Dengan Motto diorang Setitik Jadikan Laut, Sekepal Jadikan Gunung,

Aku pun x tau la nak describe tentang motto tu...korang leh refer pada pihak Alam Warisan sendiri...yang penting pelbagai aturcara akan diadakan pada kedua2 tarikh tersebut dan yang aku nak highlightkan di sini adalah Hadiah untuk cabutan bertuah pada hari tersebut iaitu...

  1. Seekor Lembu
  2. Seekor Kambing
  3. Seekor Ayam Turkey
Mak oiiiiiiii....xpernah hidup aku tengok cabutan bertuah macam ni ha...macam adik aku cakap..if dapat lembu sekor leh buat kenduri kawen...if dapat kambing leh buat akikah baby Qhaira...

Korang kalau nak hadiah lumayan tu...sila lah berkunjung ke Ladang Alam Warisan





Alamat

Ladang Alam Warisan
Jalan Masjid, Kampung Tengah
Seri Menanti
71650 Kuala Pilah
Negeri Sembilan

atau

Untuk maklumat lanjut >  FB LADANG ALAM WARISAN

Aku pergi ke???
insyaallah if takde halangan..( kalau cuti aku diluluskan)

Ghairah Magnum Gold..

Ghairah....hahahah...x leh belah betul la tajuk ari ni....tp memang Magnum Gold sangat2 mengghairahkan...made with Belgian Chocolate kan...sapa pandang jer confirm ghairah nak beli...nak beli hoke..xde ghairah ke lain de..jangan nak 18sx sangat..dah la blog aku ni ramai yang mencari bab2 citer lucah...keywords penuh dek pencarian citer lucah je...damn you stalker!!

eh..eh...emosi plak...ok sambung balik citer keghairahan terhadap Magnum Gold ni....ni semua pengaruh iklan kat tibi...kalau x...x de la meroyan si kudut tu nak beli....

pembalut eskrem yang seksi...
see...x ke korang ghairah tgok eskrem ni?
maafkan anak aku ngan muka ghairah x menjadi eh....muka mama? x kuasa nak tepek sebab x kuasa nak amik gambo....

Memang sedap Magnum Gold ni korang....korang kena beli....sekali makan korang tergoda...x percaya cakap aku korang beli je...kalau x sedap lantak la kan...hahahaha...pada aku sedap jer...panas2 makan eskrem pun sodap...jangan jadi si kembar..Acu nya beli eskrem kotak tu...dia leh buat main masak2 pas tu buat macam sapu losyen satu badan...kecik besau kecik besau jer aku pandang...mahal tu eskrem...orang suh makan dia pi buat main plak....Abah cakap..nama pun budak....bukan tau benda tu boleh buat ke x kan...hurm...betul jugak...huhu..

Tension plak aku tgok jersi Arsenal yang Dania pakai tu...dah la kalah nga n Chelsea...arghhh...stressss.....

Kudapan Kegemaran...


Assalamualaikum. ..
Happy Monday u olls....happy working buat yang bekerja....ada yang cuti??? Best la korang...aku yang jeles ni....bukan xde cuti...just x berpeluang nak bercuti...project tengah banyak masuk so everyone needs my hand....

Hari ni nak citer tentang kudapan kegemaran aku....keropok keping....this is my fav ever...last week my colleague balik Kelantan...so aku secara kejam telah memaksa beliau untuk belikan 2 jenis keropok...haha..siap ugut..if x belikan aku x bagi surat bonus dia...boleh?bukan free je aku suh dia beli...aku bg duit la...


Ini keropok Ikan parang RM25 per kg


Ini gambar kat Instagram

Sedap....terasa ikannya


Satu jenis lg keropok ikan tamban....RM18 perkg...yang tu x berapa sedap tp aku goreng je la bg tetamu makan kat rumah weekend lepas....ramai sedara mara dtg melawat baby Qhaira..so weekend xde citer menarik pun untuk aku....
Panas berdenting kat Seremban buat aku migrain...sakit giler kepala....hujan x turun2....
Baby Qhaira pun rimas....

Aku ni pun dh naik rimas sebab ruam naik kat muka....tension......


Sunday, March 23, 2014

Dynamic Pleats Sophie Paris...


Assalammualaikum...

Kepada yang mencari handbag...meh ler usya2 Sophie Paris ni kalau berkenan..
full album kat fb aku ...

Bag Fayette

RM90 (WM) + Postage RM15
RM 99 (EM) + Postage RM15

Bag Barbville

RM85 (WM) + postage RM15
RM93.50 (EM) + Postage RM15

Wallet Cagnotte 

RM40 (WM) +Postage RM8
RM44 (EM) + Postage RM10

If berminat boleh email ke suriaamanda@yahoo.com
atau boleh PM kat FB...

COD KL Sentral sahaja



Saturday, March 22, 2014

Throwback > Port Dickson Family Short Getaway

Last entry la ni...buat entry2 ni untuk auto publish pas tu terpublish plak...x per la...terus tukar balik setting...maybe ada yang dah tertengok...my mistake...xde mistake macam mana nak perfect kan...

 ini bukti Adeliya menangis takut ombak...
 Aressa jugak maintain....
 rileks jer dia tunggu ombak bantai kaki dia.
 Aressa dah lari jauh dari ombak...takut...so main pasir je...
 leka dia tengok Aressa main ombak...

 See....Aressa yang seronok lebih...

kalau boleh x nak balik dah dia....

Lepas tu pergi mandikan dia ngan air bersih..kami terus ke pasar malam batu 4 ...then balik ke seremban semula...
best moment...nanti tunggu baby Qhaira membesar betul2...then kita pergi mandi laut lagi....

meluangkan masa untuk family adalah moment terindah dalam hidup aku..

I Love my Family...

Throwback > Port Dickson Family Short Getaway

Selepas posing2 ngan macam2 pose yang x diduga...kami terus ke pantai Teluk Kemang....saja nak bagi pendedahan pada si kembar untuk mengenali laut....tapi sayangnya masa ni Adeliya takut giler...berbanding dengan  Aressa....

 berlipat2 seluar atuk dah ha...
 minah ni mcm biasa excited terlebih...
 ni Aressa....sgt2 berani...
 ni Adeliya...tgok muka cuak dia...
 berani betul si Aressa ni...
 kudut dan abah

 Aressa main2 air ngan Ibu...
 Mak Teh plak amik turn
 wah...dah siap duduk2 dah ni...

yeay....dua2 dah berani dah...

Takde la lama mana diorang ni takut...kejap je....pas tu Adeliya yang over...
biasa la budak2 kan..ini first time diorang mandi laut tau....

ok...kita jumpa next entry eh...last entry la untuk short getaway ni...macam la jauh sangat Seremban ke PD kan...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah