Monday, March 24, 2014

Berkampung Alam Warisan..Masuk Percuma!!!

Meh...meh nak war2 kan bersempena cuti sekolah ni korang yang xde apa2 aktiviti atau plan nak bawak anak2 pi mana boleh la terjah ke sini ye.....Ladang Alam Warisan akan adakan program julung2 kalinya di adakan iaitu Berkampung Alam Warisan dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Kepenggunaan dan Koperasi, Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan State Assembly dan Kolej Seroja UITM..

Dengan Motto diorang Setitik Jadikan Laut, Sekepal Jadikan Gunung,

Aku pun x tau la nak describe tentang motto tu...korang leh refer pada pihak Alam Warisan sendiri...yang penting pelbagai aturcara akan diadakan pada kedua2 tarikh tersebut dan yang aku nak highlightkan di sini adalah Hadiah untuk cabutan bertuah pada hari tersebut iaitu...

  1. Seekor Lembu
  2. Seekor Kambing
  3. Seekor Ayam Turkey
Mak oiiiiiiii....xpernah hidup aku tengok cabutan bertuah macam ni ha...macam adik aku cakap..if dapat lembu sekor leh buat kenduri kawen...if dapat kambing leh buat akikah baby Qhaira...

Korang kalau nak hadiah lumayan tu...sila lah berkunjung ke Ladang Alam Warisan





Alamat

Ladang Alam Warisan
Jalan Masjid, Kampung Tengah
Seri Menanti
71650 Kuala Pilah
Negeri Sembilan

atau

Untuk maklumat lanjut >  FB LADANG ALAM WARISAN

Aku pergi ke???
insyaallah if takde halangan..( kalau cuti aku diluluskan)

13 comments:

  1. Replies
    1. Insyaallah kalau xde aral..( kalau cuti akak diluluskan)

      Delete
  2. Assalamualaikum kak, wahh bestnya ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam....memang nampak best especially lucky draw tuh....

      Delete
  3. best nya kalo dapat lembu seekor..boleh la bawak lembu naik pesawat gi balik sarawak nnt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak...mahal plak tambang lembu nak balik Sarawak nanti Sue Bee

      Delete
  4. hahahaha...hadiah cabutan bertuah dia..sangat bertuah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...kalau SA dapat confirm buat kenduri kawen terus...xde pengantin lelaki pun x pe..ku sebat je mana yg ada..hahahaha

      Delete
  5. tempat saya dibesarkan ni, kuala pilah..hehehe

    ReplyDelete
  6. wuhh dasyat, ini sudah baik !!

    ReplyDelete
  7. Rare betul hadiah cabutan bertuahnya tu. Buatnya kalau betul dapat, entah macam mana nak angkut bawak balik naik kereta. Takkan nak sumbat kat dalam bonet kereta kot. Haha

    ReplyDelete
  8. comel laa kambeng tuu ada noombor pulak.. =D

    ReplyDelete
  9. Wah, kalau dapat lembu memang buat kenduri kahwin nih! Eh, tak leh saya dah kahwin :) Saya buat kenduri kesyukuran sebab menanglah senang.... Kalau dapat kambing pun bagus gak, macam adik SA kata leh buat akikah. Hmmm....jauhnya rasa di Kuala Pilah sana... lama dah tak jenguk NS ni...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah