Tuesday, December 28, 2021

Lauk Sambal Sardin Je For Lunch...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Makan apa tadi? hari ni SA bawak bekal paling simple...sesenduk nasi dan sambal sardin..hanya sambal sardin aje...mulanya ingat nak buat la telur dadar ke apa...alaaa...macam dah selalu plak makan telur kan...telur rebus la..telur mata la...semua telur...so kena avoid telur sementara waktu...

SA dah habis tengok siri The Bad Boys, okey la citer dia ganas skit banyak action pukul- pukul.

Then masa lunch tadi sempat la SA tengok citer lain...citer Korea jugak...The Silent Sea...best citer dia mengisahkan sekumpulan ahli biologist naik ke angkasa untuk penyelidikan...then kapal diorang mengalami masalah 20 minit sebelum sampai ke station penyelidikan negara mereka...eh...bagi SA tengok sampai habis dulu eh...nanti SA review....

Sambil makan...sambil tengok movie....best....



Kalau ada telur dadar best..gandingan mantap tu..hahaha....heppp....2 minggu x leh amik telur


Secawan air panas menggelegak...dan movie di netflix


Leka...


Sambil- sambil minum air kosong...

Cukup masa...cukup ketika...korang rasa SA mampu bertahan ke?

Blom pukul 3 lagi mata SA dah berat...aduhai...tolongggg....sampai entry ni SA type...SA tetap mengantuk giler....x tau dah nak buat apa...basuh muka dah...semua dah...nasib tak berapa banyak kerja.... 


Selamat Hari Lahir Mak Pah Yang Ke 65 Tahun

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni genap usia Mak Pah 65 tahun...Pagi tadi ingat nak wish kat Mak Pah masa SA keluar pi kerja, tak sampai hati plak nak kejutkan dia awal- awal...so tadi SA dah call dia and dah wish dia macam biasa. Lepas tu ada la tanya sarapan apa abah belanja hari ni...dia gelak kuat lepas tu dia cakap hari ni abah belanja Nasi Lemak ngan kuih - kuih je...

Insyaallah balik nanti SA belikan kek nasib baik bakers cottage dekat je ngan rumah. Lepas tu SA ada order satay, nanti dak Lissa pi collect je...dan dah suruh Pak Zain siapkan bahan nak buat mee goreng daging special dia. Adik- adik lain x tau la bleh balik ke tak..




Selamat Hari Lahir Mak! Ucapan yang teristimewa ini ditujukan khas buat ibu ku yang tersayang, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan urusan dan diberkati Allah SWT.

Sesungguhnya di hari yang istimewa ini, ingin sekali Along katakan pada mak bahawa, Mak lah segalanya bagi along dan adik- adik dan kerana Mak juga dapat kami melihat dunia pada hari ini, Allahu.

Selamat hari lahir Mak, terima kasih kerana telah mengandungkan kami anak mak, melahirkan, membesarkan, mendidik dan membesarkan kami semua, sememangnya tidak terbalas segala penat lelah dan jasa mu.

Kasih sayang yang Mak berikan tidak ternilai dengan wang ringgit malah setiap peluh keringat yang menitis, setiap nafas yang kau hela dan setitik darah yang mengalir ketika melahirkan kami, sungguh tak dapat dibalas.

Hanya doa untuk mu Mak yang dikasihi agar Mak sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah serta diberkati hidup mu di dunia dan akhirat dan segala budimu hanya Allah yang boleh membalasnya..

Selamat Hari Lahir Mak Yang Ke 65 Tahun....


Monday, December 27, 2021

No Monday Blues Ye...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Siapa cuti? SA kerja macam biasa walaupun opis sunyi ramai yang bercuti..jeles tengok diorang...boss SA pun cuti...tadi pagi dia msg tanya SA cuti kan...eh..eh...hahahah...SA kerja je...dan SA amik cuti Khamis & Jumaat nanti...nak spend time ngan Dania...ngan family jugak...

Pagi ni macam biasa SA sampai awal kat opis...letak bag apa segala..then keluar pi beli sarapan...



Semangat kerja....no Monday blues


Bihun Spore, add on telur mata dan sambal paru


Secawan kopi 434

 

Now dah kenyang...

Tengahari x yah keluar sebab nak tengok movie, pas tu x yah pening bab makan sebab ada bawak bekal...

Korang yang tengah bekerja selamat bekerja...dah lunch time kan....

Happy lunch jugak....

Sunday, December 26, 2021

Santai Santai Ahad~ Masakan Orang Balik Dari Kebun Namanya

Assalamualaikum...

Hi korang...

Bangun pagi tadi konon turun dari tingkat atas bawak duit RM20 nak suruh Pak Zain pi beli roti canai. Badan penat nak masak...ermm..Pak Zain sesuadah subuh hilang rupanya...hilang pi lepaskan gian memancing...pukul 10am dia balik bawak ikan...kali ni SA x siang la ikan tu...dia yg siang semua dan beberapa ekor SA amik buat lauk tengahari....jadi la masak simple2...

SA hari ni teringin nak masak sayur kangkung masak lemak cili api..tapi xde kangkung so kita masak sawi je...pun sedap jugak..guna sayur sawi yg batang dia panjang tu..nasib sayur sawi tu tak pahit...


Jom tengok apa yang SA masak...




Ikan Talapia goreng berlada...


Sayur sawi masak lemak cili api ..kalau masak sayir-sayuran kena letak bawang putih, bawang merah dan ikan bilis ye...


Telur dadar tomato campur udang


ikan masin sepat siam goreng

 

Sedap makan tengahari ni..plan petang ni nak pi beli barang dapur ..erm dh makan beria mcm ni ..mata pun layu je laaa ..malas la SA nak keluar...hahahaha...lauk ikan talapia goreng berlada tu SA asingkan seekor untuk bekal esok...malam kang malas dh nak masak...hehehe...

Tetamu Dari Perlis...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Semalam SA dan adik SA si Lissa bertungkus lumus masak berdua...pagi adik SA buatkan sarapan...simple- simple je...memang Lissa tido kat rumah anak beranak sebab hubby dia jaga ayah dia yang tengah tenat..so ramai la kami kat rumah dari Jumaat malam. Melayan si Aydan yang asyik membebel je...

So pagi semalam sarapan kami adalah biohun goreng dan nasi goreng...balance nasi banyak..so goreng aje...tepat pukul 10am SA amik alih dapur plak...masak sama- sama la...

Jom tengok apa yang SA masak..


SARAPAN PAGI SABTU


Bihun goreng


Nasi goreng


MENU MAKAN TENGAHARI


Kari udang harimau campur nenas


Ayam kampung goreng berlada


Kari udang dalam mangkuk..hehe..


Sayur kobis panjang goreng ikan masin


Buah ciku diorang bawak


Buah tembikai


Seronok diorang makan ramai- ramai


Sakan borak..

Mertua adik SA ni datang sebab nak tengok rumah baru adik SA kat Bangi, lepas tu sambil- sambil melawat Mak Abah...sakan mereka berbual sebab 2 tahun tak jumpa kan...kalau tak kami akan selalu ke Perlis jenjalan...nanti la dah abis segala bencana dan Covid 19 boleh la bawak Mak Abah berjalan ke Utara lagi....lama dah terkurung kat rumah kan...

28hb nanti birthday Mak Pah uolls....SA rasa nak pi staycation...tapi tengah musim hujan kan...we see how..kalau nak staycation kena amik hotel yang elok dan selesa skit...senang Mak Pah nak cuci buah pinggang...


Resepi Ibu Sambal Kicap Mabeles

Assalamualaikum...

Hi korang...

Macam biasa la takde apa yang nak di share semalam...semalam rilex jer...ada kunjungan dari keluarga adik ipar dari Perlis...so SA masak la untuk makan tengahari...itu nanti SA share lain entry la ye...kepenatan sampai hari ni...hari ni pun SA x tau nak masak apa...kisahnya scroll telegram tengok- tengok ada banyak resepi yang menarik untuk di share ngan korang....

Nak plak kicap cili ni ha...SA x berapa pandai buat..so simpan sini untuk rujukan....



 RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS

1. Bahan-bahan yang diperlukan;

- dua genggam cili padi hijau

- 8 ulas bawang putih


* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama, 

- Goreng seketika dua bahan di atas.

- Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.


2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.


3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi. 


4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya. 


5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.


6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.


7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:

*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*


*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*


Kredit Afy Al Habibi


Friday, December 24, 2021

Pak Zain Panik Dengan Pembelian Panik Di Seremban


Assalamualaikum...

Hi korang...

Tengah SA buat kerja tadi, tetiba Pak Zain call...SA kalau dapat call dari Pak Zain ni memang akan rasa cemas la...biasa sebab Mak atau ada apa- apa yang dia nak..the way dia bercakap pun sanagt mencemaskan...

jom baca conversation SA ngan Pak Zain

credit : google.com

Pak Zain call
Pak Zain : Assalamualaikum long..
Me : waaalaikumsalam..ye abah..
Pak Zain: ni apo ghamai na oghang kek Zemart ni?
Me : eh...mano la along tau..along x kojo situ..
Pak Zain : Oghang luar biaso ghamai ni ..sorang 3-4 troli barang makan segala..ghisau abah...ado apo2 ko berlaku skrg ni..
Me : Diorang panik tu bah..kan 24hb-29hb dijangka hujan lebat dan gelombang ke 2 banjir..
Pak Zain : Abah tanyo td..kenapa semua beli barang banyak2, cino tu cakap u x tau ka pakcik..sudah darurat woo ..abah nak beli brg makan jugak ni
Me: Sabar bah ..sabar...xpe..jangan panik...tunggu along balik kito poie boli .
Pak Zain : Abah ghisau ni..diorang dh sapu semuo...kang xdo apo tinggal unruk kito
Me : Yarabbbiiiiiii,..sabar bah...sabar...along kojo laie ni ..tunggu la along balik...
Pak Zain : Abah boli la sikit2 yo..kang ko boli jugak ...
Me : Ikut abah la...tapi jangan boli banyak2 bonar.. insyaallah xde pape..jangan panik...tunggu along balik...kang abah boli x tgok barang punya expired date bazir je...
Pak Zain : Abih tu ..abah tunggu dulu la ni?
Abah ghisau long...kang kito x cukup makanan..hujan ribut...
Me : Tunggu along balik...esok kito poie boli...sesudah subuh kito pi boli..sabar yo...

Alahai Pak Zain ..dia punya panik sampai kakak pun tersampuk panik sama...stended la pembelian panik ni ..boleh nak beli stok tapi jangan sampai membazir..kang beli benda yg kitorang x makan susah plak...x semua barang tu yg biasa makan kat rumah...kang dibelinya jadi pembaziran plak..

#panikgelombangkedua


Macam Mana Nak Buat Solat Tahajud

Assalamualaikum...

Hi korang...

Perkongsian di hari Jumaat yang barakah.

Perkongsian untuk ke arah kebaikkan....



MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD?

Waktu yg the best sekitar 4.30pagi hinggalah sebelom subuh.

Niat di dalam hati "aku melakukan solat sunat tahjud kerana ALLAH" , tak perlu lafadz niat.

Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam...berterusan semampunya. Tidak ada limit rakaat , terpulang kpd kemampuan masing2 samada nak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.

Tidak terkhusus dgn mana2 surah, ikut kemampuan hafalan masing2 dan tidak menjadi masalah jika solat tahjud itu sambil pegang quran kecil atau phone dan membacanya. Kalau tak mampu baca quran dan surah yg hanya mampu di hafal itu cuma surah Al-Ikhlas , "Qulhuallah hu ahad..." maka silakan baca surah yg sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.

Jadi lamakan sujud & mintak doa pada Allah apa saja yg kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dgn bahasa apa yg kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu. Berdoa dalam hati saja tau!.

Jangan solat laju2, slow and steady. Yang penting buat setenang2nya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dgn istighfar dan mana2 zikir yg kita hafal.

Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belom dibuat selepas isyak. Kalau dah witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas tahajud.

SENANGKAN?

Sumber : Ustaz Muhamad Rizal


Breakfast Sorang ~ Takde Hal La!

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni SA layan perasaan sorang- sorang kat Kayu Nasi Kandar Restaurant NuSentral. Nak buat cane kawan- kawan ramai cuti, SA sampai awal giler..7.20 pagi dah ada kat KL....sudahnya SA lepak sorang- sorang, sarapan dulu. 

Eh...SA okey ke sorang- sorang makan? erk...bertahun- tahun SA sorang- sorang..xde  masalah la..itu blom korang tengok SA staycation sorang- sorang...haaa....ye..SA pernah staycation sorang- sorang...bukan buat kerja giler, bukan looser but for me sometime we need our sweettime alone enjoy the life. SA seorang yang berdikari dan selalunya kalau SA dalam tekanan, SA perlukan masa berseorangan...cuma kena make sure tempat yang korang pergi tu selamat la...setakat ni dah berpuluh- puluh kali SA staycation berseorangan.so far i'm ok with that...

Jom tengok apa SA makan untuk sarapan pagi hari ni...



Pagi- pagi dah lepak sini


Roti telur kuah dhal & kari ikan serta secawan nescafe tarik


Brickfield di waktu pagi...


Konon- konon candid


Lepak sorang- sorang sambil dengar lagu...


Settle


Kos sarapan pagi...kalau kat mamak luar takde la mahal macam ni rasanya...ni kedai mamak kayangan kan...memang la mahal...sepinggan maggi goreng pun RM8 tau...

 

Lepas jer SA makan, minum..lepak dan sempat selfie 2-3 keping gambar...terus SA gerak slowly jalan sensorang ke office...tepat pukul 8.15 am SA dah swipe card tanda masuk kerja...waktu kerja SA pukul 8.30am...so lebih dari sempat...

See you next entry ye...buat yang bekerja selamat bekerja...dont forget your breakfast.

Thursday, December 23, 2021

Proses Claim Kereta Banjir

Assalamulaikum...

Hi korang...

Kejadian banjir ni bukan sahaja meranapkan tempat tinggal sekalip mata tetapi turut merosakkan semua kenderaan yang ditenggelami air. Memang menung la kalau kita yang terlibat dan melibatkan pula kenderaan kita...

Kat bawah ni perkongsian kawan SA di FB...untuk korang yang mempunyai Special Perils dari general insurance. Tengok la senarai coverage kat bawah...kalau ada coverage Special Perils boleh la berurusan dengan syarikat insurans atau takaful korang...



 
PROSES CLAIM KERETA BANJIR

1. Ambik gambar kereta yang terlibat. Untuk bukti.

2. Call hotline general insurans atau takaful

3. Syarikat Takaful akan buat arrangement untuk pickup kereta  

4. Kereta yang terlibat banjir akan dibaikpulih oleh panel syarikat takaful 

Coverage banjir ni hanya boleh dituntut jika kita mencarum Special Perils. Andai kata tiada coverage ini, sorry guys. Memang kena repair sendiri.

So, andai ada Special Perils, boleh terus hubungi syarikat insurans atau takaful korang.


Bawah ni compilation hotline no syarikat general insurans / takaful untuk di rujuk.

1. Zurich : 1-300-88-6222

2. Etiqa : 1-300-13-8888

3. Alliance : 1-800-22-5542

4. AXA Affin : 03-7989-0310

5. Berjaya Sompo : 1-800-18-8033

6. AM General : 1800-88-6333

7. Kurnia : 1-800-88-3833

8. Pacific & Orient Insurance : 1 -800-88-2121

9. RHB : 1-300-220-007

10. Lonpac : 03-2262 8666

11. Tune : 1-800-22-8863

12. Liberty : 1-800-88-5005 / 8990

13. Takaful Ikhlas : 1-800-88-1186

14. Takaful Malaysia:1-800-888-788


Semoga ini dapat membantu mereka yang sedar gusar melihat kenderaan ditenggelami air.

Claim baik pulih kenderaan terlibat ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans/ takaful. 

Apa-apa pun, pastikan ada Special Perils rider dlm existing cover note insurans / takaful, baru tak ada masalah untuk claim.

Moga bermanfaat....


Sedih Dengan Sikap Kawan Yang Mangsa Banjir

Assalamualaikum...

Hi korang...

Semalam SA balik kerja...dari dalam train SA dah check whatsaap SA...group Alumni Sek lama kat PD dulu..SA memang aktif la kat group tu...tak ramai pun dalam tu...berbilang bangsa, ada melayu, india, cina dan Sikh..dalam ramai- ramai tu ada seorang yang terjejas teruk banjir di Shah Alam. Dari masa SA type entry ni rumahnya masih ada air lagi..keadaan rumah memang totally loss..so kami sebulat suara nak buat kutipan derma seikhlas hati dari rakan- rakan yang lain. Sebabnya kami tau la kat dalam tu siapa yang mampu dan siapa yang kurang mampu. Sepanjang kami duk communicate kami hanya tahu sorang tu je yang terjejas teruk...tetiba malam tadi SA tengok 2 kawan melayu dah left the group. Kenapa kan? SA pun call salah sorang yang kami lantik jadi leader. Dia kata yang dua ornag tu x puas hati. Kenapa kutipan derma untuk sorang tu je sedangkan mereka berdua terjejas jugak. Allahurabbi...diorang tak inform pun.Lillahitaala takde siapa tau pun dua tu terkesan. Yang kawan india kami tu siap hantar gambar dari hari Ahad lagi. Dengan berapa hari x makan...tak cukup air bersih nak minum...segalanya la...SA like...what the hell....memalukan orang melayu perangai macam ni...katanya kami racist memberi bantuan. allahu...masalahnya diorang tak inform kami at the first place. Kalau betul terjejas kenapa x hantar gambar atau bagi tau...SA semalam memang tarbiahkan dua- dua tu. Dalam situasi yang darurat macam ni semua orang bantu membantu tak kira la agama ke bangsa apa ke..semua kita bantu sama rata...ini kawan- kawan dah usaha dah ni...usaha nak bantu walau kebanyakkan kawan- kawan x mampu dari segi wang ringgit. Geram betul SA dengan sikap dua orang tu, bukan nak hargai inisiatif kawan- kawan malah pertikai plak usaha kawan- kawan yang tampil membantu...#donebebel

Korang tau la kan..SA kalau dah hangin satu badan, SA akan lepaskan dengan masak...hahahah....sebenarnya ad alauk rendang daging Mak Pah buat ngan Abah..tapi SA masak jugak...nak tengok apa yang jadi?



Sambal telur mata...


Bok choy goreng


tongkeng ayam goreng..ada 3 ketul je


Ni rendang daging Mak Pah ngan Pak Zain masak..


Hambek ko....buat SA naik angin lagi....kecewa dengan sikap orang macam ni. Kalau kar Medsos lagi la sakit hati dengan sikap segelintir netizen yang hanya reti mengkritik tapi tak turun membantu...tau nak complain , complain dan complain...cuba jangan complain tapi turun padang bantu kat mana- mana tempat yang terjejas. Pandai cakap aje...apa nak jadi la sekarang ni...fitnah dihujung jari...semua orang berusaha kot...sigh..... 


Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah

Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah 


Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 



Satu kajian mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad. 

Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.  



 

JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.   

Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini. 



Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Kitchen, My Father's Farm dan terbaharu, Dina's Art Class. 

TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula. 

Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.



Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria. 

TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.    



Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’. 

“Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.  

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan  inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.”

Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian. 

“Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila.    


Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.




“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Ling. 

Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133. 


Wednesday, December 22, 2021

Lunch Di Dish Room CVSKL

Assalamualaikum.,..

Hi korang...

SA jarang- jarang makan kat cafe dalam hospital Jantung depan opis ni..atau lebih dikenali sebagai CVSKL. Kat sini ada Dish Room yang menjadi tumpuan pekerja- pekerja sekeliling Plaza Sentral ni...cumanya kena la keluar awal sebab kalau lambat sikit je pasti takde meja dah...hari- hari penuh kat sini...dulu ada kedai coffee best kat sebelah tu jugak tapi sejak PKP tahun lepas dah takde dah tutup terus...sayang tau sebab situ coffee dia sedap...

So hari ni kami berdua..which is SA dan Ela makan kat sini...dekat ngan office dan takde la amik masa lama nak lunch kan...

Apa yang kami order...



Amik gambar muka depan je


Nasi goreng kampung for Ela


Tiger Prawn Aglio Olio


Settle...


Pukul 1 lebih kami dah masuk office semula...malas nak pi berjalan- jalan ke NuSentral..nak lepak office..tido ke apa yang patut...hehehe...tapi SA lain plak kerjanya...nak tido sambil peluk Mr Teddy....perut kenyang kan so nak tido jer la...sblom tido kita pose dulu...hehehe..




Mata dah layu...

Tido jap sekejap...lepas tu keluar pi beli latte...hahaha...


 
Pekena secawan latte cerah mata...tapi kejap jer la...lepas tu layu balik mata sebab terlampau sejuk kat office...hujan kan pagi tadi...

Bila hujan macam ni terus terbayang kawan- kawan yang terlibat banjir di Shah Alam..teringat jugak adik sepupu yang terlibat...allah...baru je air surut dan diorang tengah kemas rumah..hujan balik dan dengarnya ada tempat yang dah naik semula air...semoga semuanya tabah...SA tengok video viral seorang nenek yang tilamnya terbalik dan nenek tu berpaut pada tiang apa x tau selama 2 jam...terus SA rasa panic dan tutup video tu...x mampu nak tengok sampai habis video tu...tak sampai hati...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah