Monday, December 13, 2021

Bahagia Cara Sendiri

Assalamualaikum..

Hi korang...

Tengah scroll Fb ternampak perkongsian ni and SA copy untuk simpan kat blog...semua orang nak bahagia kan...semua orang ada keinginan..cumanya bukan tugas kita untuk menilai setiap apa yang dikongsikan itu perlu atau tidak menjadi pertikaian..

Jom sama- sama kita baca apa yang dikongsikan...well said kata omputih...SA suka jer scroll FB dan kalau terjumpa sesuatu yang menarik SA akan copy dan share ngan korang...of course la SA bagi kredit kat pemilik content...x kan nak amik membuta tuli kan....

lets check it out....



Ada orang memilih utk hidup susah walaupun ada pilihan utk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam seketul dikongsi berdua, baju baharu pun beli yang longgok RM10/sehelai, duduk di rumah dari muda sampai ke tua kerana sayang utk spend the money.. Takpe lah.. 

Dia bahagia cara dia.


Ada orang memilih utk bersederhana dalam perbelanjaan, pakai handbag longgok-longgok, adakala dah koyak, menggelupas pun guna lagi, beli baju pasar minggu, beli kasut asal boleh..rumah ada sofa buruk, dah rasa besi bila duduk tetapi setiap tahun spend duit beribu-ribu utk melancong, kenal negara orang..takpe lah.. 


Bahagia cara dia...


Ada orang memilih utk rasa nikmat kehidupan sementara sihat dan muda, pakai kereta mewah, melancong, sanggup beratur beli baju dan bag berjenama, tolong orang saat diperlukan, buat bisnes macam-macam.. 


Alhamdulillah dia bahagia cara dia..


Ada orang memilih utk rasa handbag jenama tapi beli masa offer, beli kereta oversea tapi second hand jelah, beli rumah selesa sikit, deko lawa-lawa, tapi duit dlm bank memang berapa sen jelah, melancong sekitar dalam negara sahaja.. 


Takpe lah dia bahagia cara dia.


Ada orang tak dapat memilih yang semua di atas kerana ujian hidup. Makan apa sahaja di depan mata, pakai apa sahaja yg diberikan orang, hidup dlm serba kekurangan tapi Alhamdulillah diberikan Allah nikmat Bahagia bersama keluarga tersayang. 

Golongan mana pun kita, pilihan yang mana pun hidup kita, BERSYUKUR LAH..

Tetapi jangan sesekali menghina orang lain dan jangan pernah merasa DIRI KITA SAHAJA BETUL.


Kredit: Shikin Ahmad


9 comments:

  1. Betul tu. Ikut cara masing2. Jangan bandingkan kita dengan orang.

    ReplyDelete
  2. syukur selalu dengan rezeki yang ada..yang penting jangan lupa Allah..:)

    ReplyDelete
  3. Betul..bersyukur dengan apa yang kita ada...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. Betul, nilai bahagia tiap orang tak sama... bersyukurlah kita

    ReplyDelete
  5. betul tu SA. jalan cerita setiap manusia tak sama. hidup ni bukannya ada 'template' yang semua orang wajib ikut

    ReplyDelete
  6. Setuju, Kak SA. Kita bahagia dengan cara sendiri.

    ReplyDelete
  7. Betul..Setuju SA..bahagia cara kita. Yang penting syukur dengan apa yang Allah beri pada kita..

    ReplyDelete
  8. Ye, bahagia ikut cara sendiri dan bersyukur dengan apa yang ada. Rezeki dan gaya hidup setiap orang berbeza.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah