Saturday, September 4, 2021

Kek Pandan Moist Untuk Minum Petang


Assalamualaikum...

Hi korang...

Petang ni SA terlebih rajin plak...dari hari tu nak buat kek pandan...baru hari ni menjadi...itupun sebab adik SA si Lissa satu family nak datang minum petang...cepat-cepat SA bancuh kek...SA ikut resepi dari website RASA...bahan pun sedia ada kat rumah dan senang je....ngam2 kek dah masuk oven diorang pun sampai. Mak Pah palak x nak makan kek tapi nak makan cekodok...layan kan aje...

Puas hati la buat kek pandan ni sebab naik cantik dan texture pun gebu menjadi..SA dh berani dah mencuba buat kek..adik SA suruh belajar buat kek batik plak...uiiii..macam payah je...dia kata senang je Long...lagi sikit bahannya..okey la since dia nak ajar..boleh la buat nanti...



Masa ni baru 15 min dalam oven api atas bawah


Ni masa dah hampir nak masak


Dah siap masak..tanya diorang nak tunggu sejuk ke apa..eh..semua x sabar -sabar nak makan..so potong aje..keluarkan dari loyang lepas tu sejukkan kejap...


Masa ni dah potong skit....


Then potong lagi....Texture dia nampak lembab tapi ringan macam sponge tau..tekan melantun..hahaha..


Sedap tengok masing-masing makan...semua kata sedap x manis...mamalong dah pndai buat kek katanya...nanti boleh buat kek lagi....ewah...bodek bukan main lagi....

Nanti SA update resepi yang SA guna ye...nak Maghrib dh..

Resepi Kek Pandan Simple Dan Mudah

Bahan A:
3 biji telur
1/2 cawan gula kastor
2 sudu kecil perisa pandan
1 sudu besar ovalete
2 cawan tepung naik sendiri
Pewarna makanan hijau
Sedikit garam

Bahan B
1/2  cawan minyak masak

Cara-cara :
  1. Masukan semua Bahan A ke dalam mangkuk atau bekas. Kisar sehingga bancuhan kembang .( Lebih kurang 10minit).
  2. Kemudian masukan Bahan B, minyak masak.Kacau rata.
  3. Sediakan loyang kek. (SA menggunakan 8 inci saiz loyang). Sapu sedikit minyak atau marjerin. 
  4. Tuangkan adunan kek pandan ke dalam loyang .
  5. Gunakan lidi untuk membentuk corak mengikut kreativiti anda.
  6. Bakar pada suhu 170 selama 50minit(bergantung pada ketuhar masing – masing) atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi dan jika tiada adunan melekat pada lidi. Tanda kek sudah masak.
  7. Hasilnya akan dapati kek pandan yang sangat sedap, lembut dan gebu. 

Selamat Mencuba!!


10 comments:

  1. Nampak gaya memang dah lulus tu SA. Gebu elok kek pandan tu tak bantat.

    Haah lah kak. Kek batik lagi senang dari kek pandan. Try tauuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram ni..suruh try2 ni...insyaallah...kena berguru ngan adik...

      Delete
  2. Nampak cantik dan sedap kek pandan tu.

    ReplyDelete
  3. Amboiii terbau2 harum pandan sampai kt kulim ni SA..sedapnya kek baru keluar dari oven akak suka bahagian yg garing2 tu

    ReplyDelete
  4. Sedap sanga ni SA!
    Kalau Kak Amie memang tak sabar nak makan, tak perlu tunggu sejuk.

    ReplyDelete
  5. uih makan waktu petang dgn Teh O sedap tu

    ReplyDelete
  6. Cantik warna dia. Tgk pun dah tau sedap.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah