Sunday, November 28, 2021

Masak Lemak Cili Api Ayam Pencen Buat Kak Amie

Assalamualaikum....

Hi korang...

Dah makan ke? lambat skit la SA publish masak lemak cili api ayam pencen atau ayam tua ni...Kak Amie singgah rumah SA tadi x nampak gambar kan...so SA buat step by step untuk tatapan Kak Amie...nanti SA bagi resepi sekali ye...Mana tau kak Amie boleh cuba plak kat sana kan...hari ni memang sedap makan...lama sebenarnya tak makan ayam pencen...kat pasar tani tadi seekeor RM10 so Mak Pah beli 2 ekor....masak sekali semua sebab SA nak frozenkan skit nak bawak bekal pi keja esok...lepas tu adik bongsu nak balik kejap sebab suaminya ada urusan kat Seremban. Alang- alang masak la semua..bukan banyak pun 2 ekor...boleh dia makan sekali....

Ikutkan ayam pencen ni sanagt keras dagingnya....so SA rebus dulu dalam Noxxa....letak masa 30 minit...lembut terus...kalau rebus kat dapur gas lambat la SA masak...sedang- sedang elok je lembut dagingnya...Dania x berapa suka ayam pencen sebab keras..tapi elok jer dia makan tadi...seketul je la dia makan...nampak gaya petang kang kena la SA masakkan lauk lain untuk dia...itu signal dia x berapa satiesfied la ngan lauk tu....



Ayam pencen yang dah dibasuh bersih dimasukkan dalam Noxxa dan letak sedikit air...siyes lembut lepas 30 minit..jimat masa memasak


Air rebusan jangan dibuang ye...kalau rebus dalam kuali, dah empuk tu terus masukkan cili dan santan


Santan, cili api, kunyit hidup dan serai direnehkan dalam kuali. SA memang suka masak dalam kuali sebab senang nak masak dan cepat menggelegak


Beli pegaga yang dah siap disiang, 3 piring RM5 and orang jual tu sedekah sepiring kat kami...untung kan?


Dah menggelegak santan masukkan ayam pencen tadi...


Kacau bagi sekata


Tuangkan air rebusan ayam tadi...tujuannya agar santan tadi tidak terlampau pekat....


SA memang suka letak serai banyak sebab wangi...sedap jadinya lauk tu nanti..kalau nak lagi sedap rebus guna air kelapa....huiiii...lauk jadi lemak- lemak manis...


Lepas dah menggelegak masukkan pucuk pegaga


Gaul- gaulkan dan biarkan masak sekata....


Dah siap!!!!!

Sedap ke campur pucuk pegaga? Masak lemak cili api ni nak kena betul campurannya...masak ikan campuran nye ada yang sesuai ada yang x sesuai...sama gak ngan ayam atau daging...kena pandai gandingkan la...

 

Resepi Ayam Pencen Masak Lemak Cili Api

  1. Ayam Pencen/ Ayam Tua potong 12 atau ikut suka
  2. Rebus ayam dengan air kelapa ( 1-2 jam) / guna Noxxa 30 min sahaja
  3. Cili Api ( tahap kepedasan ikut suka)
  4. Kunyit hidup sebesar ibu jari, kalau ayam banyak boleh letak lebih
  5. Serai 5 batang
  6. Santan 1 biji Kelapa
  7. Asam Keping ( 2 keping)
  8. Kentang 3 biji potong 4 - SA x letak kali ni
  9. bahan no 3-4 di tumbuk lumat
Cara masak kat caption gambar ye.....atau baca kat SINI

Semoga membantu ye sapa-sapa nak cuba masak lemak cili api ayam...tak susah pun..tak banyak bahan pun...senang je...ada sesetengah tempat letak bawang merah bawang putih bagai kan...SA x letak sebab x suka...cukup cili api dan kunyit hidup...Jangan terliur lagi ye Kak Amie....boleh cuba dah tu...kalau kak Amie cuti lama hari tu boleh ajak singgah rumah SA...boleh jamu makan tengahari..mana tau nanti ada rezeki SA pi LD...bleh jugak SA tolong masakkan untuk Kak Amie...kan?


16 comments:

  1. untung pandaii masakk . sedap sedap pulak tu nampak gaya ..

    ReplyDelete
  2. Memang uncle tunggu gambar 'Dah Siap' tu! Yummy!

    ReplyDelete
  3. Adoi sedap sungguh nampaknya tu SA...
    Nanti masakkan utk PH sekali tau :D

    ReplyDelete
  4. Betul la kan.. Ayam pencen ni nak.makan mmg liat sket.. N klu org x pandai masak mmg bole tertanggal gg hahaa...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih daun keladi SA, kongsi resipi masak lemak cili api ayam pencen.
    Itulah, masa sangat terbatas untuk berjumpa. In syaa Allah ada jodoh pertemuan dan kesempatan dapat juga bersua nanti.
    SA dah banyak kali guna periuk NOXXA. Kak Amie pun kena keluarkan jugalah periuk tu dari kotak. Dah lebih setahun tersimpan tak diusik. Kena cari ayam pencen dulu ni.

    ReplyDelete
  6. kalau pegi kenduri kahwin, wak suka cari kalau ada menu ayam pencen.

    ReplyDelete
  7. Kita pun kalau masak lemak cili api, tak letak bawang dah, kunyit hidup dengan cili api jee dah cukup sedap, dengan aroma serai lagi, memang lain matcham la perginya SA 🤭

    ReplyDelete
  8. Nampak sedaplah SA, selalu masak macam ni guna ikan tenggiri... lps nih boleh cuba guna ayam pencen

    ReplyDelete
  9. rebus ayam dengan air kelapa saya tak pernah cuba.menarik resepi ni sebab campur daun pegaga. thanks share kak SA

    ReplyDelete
  10. alahai sedapnya masak lemak ayam pencen akak..:)

    ReplyDelete
  11. Wah..Ayam pencen..
    Pegaga untuk awet muda..Karang ayam pencen pun boleh lembut tau..hihihi

    ReplyDelete
  12. Jimat masa masak ada periuk noxxa. Mudah aje kan. Baru tahu boleh campur dengan penggaga jugak. Sedap masak lemak cili api letak serai banyak. Saya suka :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah