Wednesday, June 8, 2016

Ayam Pencen Masak Lemak Cili Api Suriaamanda

Sebenarnya dah buntu tak tau nak update apa..terus teringat nak share resepi ayam pencen masak lemak cili api ni...konsep nya sama jer macam amsak lemak cili api biasa aku masak..cuma untuk ayam pencen ni kena rebus lama sedikit dengan air kelapa untuk bagi daging ayam ni lembut...sebenarnya ayam pencen  ni lagi sedap dari ayam daging tau...sebab dia tak banyak lemak...daging agak keras skit...

Ayam Pencen???

Kenapa di panggil ayam pencen? alaaa korang ayam pencen ni sama jer dengan ayam tua...aku tak tau la dah mak abah aku sebut ayam pencen...aku pun mengikut je...hehehe...ok resepi yang ni aku share versi NS sebelah kampung aku kat Kuala Pilah...


Resepi Ayam Pencen Masak Lemak Cili Api

  1. Ayam Pencen/ Ayam Tua potong 12 atau ikut suka
  2. Rebus ayam dengan air kelapa ( 1-2 jam)
  3. Cili Api ( tahap kepedasan ikut suka)
  4. kunyit hidup sebesar ibu jari, kalau ayam banyak boleh letak lebih
  5. Serai 5 batang
  6. Santan 1 biji Kelapa
  7. Asam Keping ( 2 keping)
  8. Kentang 3 biji potong 4
  9. bahan no 3-4 di tumbuk lumat
Cara- cara masak 

  1. Ayam yang direbus dengan air kelapa sampai air kelapa tersebut sedikit kering
  2. masukkan bahan no 3-4, air kelapa jangan buang sebab bila campur ngan santan dia jadi lagi sedap dan kuah jadi manis..
  3. masukkan serai yang telah di ketuk
  4. biarkan seketika
  5. kemudian masukkan santan...
  6. kacau selalu agar tidak bertahi minyak
  7. masukkan kentang 
  8. Biarkan mendidih dan sampai kentang betul2 empuk..
  9. perasakan garam
  10. sedia di hidang

Selamat mencuba...

19 comments:

  1. resepi yang akak bagi nie sama ngan lauk yang abg ipar sy bawak balik dari tampin hari itu...sedap jugak rupanya rasa ayam pencen nie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. warna tu nampak menarik <3 ramai orang share menu masak lemak cili api, antara menu yang menaikkan selera berbuka dan sahur. lawan dengan telur masin and sambal tumis ikan bilis. pheww

    ReplyDelete
  3. oohoooiiii sedap berlemak2 cik SA oiii

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Nani baru ni ayam pencen masak gulai tempoyak :)

    ReplyDelete
  5. Oh... rebus guna air kelapa mesti best ni
    Kakak tak pernah buat lagi - nak ikut cara inilah lain kali:)

    ReplyDelete
  6. nad tak reti masak ayam pencen..balik kampung mak yang masak kalau pencen2 ni

    ReplyDelete
  7. Menu berbuka hari pertama di masjid ayam gulai ni AS..
    Suka anak2 dapat makan macam ni :)

    ReplyDelete
  8. ayam pencen mmg sedap SA
    ayam muda dgn ayam pencen mmg akak suka yg pencen lagi
    sbb rasa nya tklah lembut sngt
    apa lagi masak macam ni mmg terbaikkk

    ReplyDelete
  9. baru kak rebus dengan air kelapa. nak cuba nanti

    ReplyDelete
  10. Sedapnya, bolehlah cuba buat lepas ni.. ;)

    ReplyDelete
  11. ayam pencen sedap ... kalau buat rendang pun best ..daging tu tak hacur mcm ayam biasa .. nyummm

    ReplyDelete
  12. yummy...sedapnyeee...nanti nak cuba buat la..hehe

    ReplyDelete
  13. Baru lepas masak hari tu.. Tapi guna ayam daging biasa je.. Tak pernah try lagi masak ayam pencen.. Kena tau skill gak nih nak bagi lembut.. Tq share resepi & tips lembutkan ayam pencen..😊

    ReplyDelete
  14. di pangil ayam pencen sbb ayam nih jenis ayam yg bertelur tuh... bila dh makin tua dh tak blh bertelur lg di panggil ayam pencen... gitu lah yg mak penah cite kt dana...

    sbb tu lah dagingnya gak liat tak mcm ayam daging tuh...
    bt sup pun sedap kak... air stok dia tuh sedap betul almaklum dh rebus lama kan

    ReplyDelete
  15. aduhaiiii la dik oiiiii...masuk2 rumah ko terus nampak ayam pencen dgn kuah kunin2 sodap ni...laju je ailio tertelan2 tau...hahaha...selamat berpuasa dik moga ramadhan tahun ni lebih bermakna :)

    ReplyDelete
  16. ayam yang direbus dengan air kelapa bg lembut...serius baru tahu ni..hahahaha...sally mmg fav makan masak lemak cili api

    ReplyDelete
  17. berapa lama dok rebus ayam ni? ;-) sedap mmg sedap tp part merebus tu x tahan...mama sy ckp wat habes gas aku je kalu msk ayam pencen ni hahaha

    ReplyDelete
  18. Sedapnyaaa...
    Mmg fav sgt msak lomak ni

    ReplyDelete
  19. Waaa bestnya...Lya tak reti agt nak.masak ayam pencen..biasa kalau nak.makan blk kampung ..mak laaa yang buatkan ..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah