Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Sunday, March 7, 2021

Dah Daftar Untuk Vaccine Covid 19? SA Dah......

Hi korang...

Korang semua bukan anti-vaccine kan? so dah daftar untuk dapatkan vaccine? SA dah daftar dh 4hb hari tu...so sekarang SA tengah menunggu untuk fasa seterusnya iaitu panggilan  untuk menerima vaccine Covid 19. Bila tu...tak tau la..kena tunggu giliran la kan sebab sekarang diberi keutamaan kepada semua frontliners..



Ada yang tanya...susah ke nak daftar? Eh takde la susah mana pun...korang ikut jer arahan kat bawah ni.....



Seramai 571,802 petugas barisan hadapan telah berdaftar untuk menerima vaksin COVID-19 pada fasa pertama setakat ini. Sebanyak 57.3 peratus daripada jumlah tersebut adalah anggota perubatan dan kesihatan, manakala 42.7 peratus lagi anggota bukan kesihatan.

Ini termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Rela, pegawai Penjara Kastam Jabatan Kesihatan serta Bomba.

Vaksin Pfizer yang dijadual mula dibekalkan ke Malaysia secara berperingkat bulan depan tidak mempunyai kesan sampingan serius.

Penasihat Hal Ehwal Kesihatan Awam Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, ketika memberikan jaminan itu sebaliknya, berkata penerima mungkin mengalami sakit yang sedikit di bahagian suntikan.

Jom sama- sama kita daftar..

#lindungidiri
#lindungisemua


Tuesday, June 7, 2016

Penjagaan Kesihatan Ketika Ramadhan

Ramadhan tiba lagi dan sememangnya bulan yang di tunggu- tunggu oleh semua umat islam. Bukan setakat untuk memberi tumpuan kepada amal ibadah sahaja malah pada bulan ini ramai mengambil kesempatan untuk meningkatkan tahap kesihatan. Hari ni dah hari kedua puasa dah kan..so far perjalanan aku berpuasa setakat semalam semuanya berjalan lancar..pelik plak sebab tak merasa lapar..dahaga pun tak terasa...hari ni pun setakat entry ni aku taip memang takde apa- apa masalah..

Puasa Tingkatkan Tahap Kesihatan


Di kesempatan ini aku nak share sedikit tips ketika sahur dan ketika berbuka..sebenarnya banyak lagi tips..tapi aku share mana yang aku tau je la ye...

Tips Ketika Bersahur

  1. Hindari makan manis atau terlalu banyak gula kerana boleh menyebabkan tubuh lemah pada siang hari.
  2. Paling baik minum susu kerana mampu mencegah anemia yang menyebabkan keletihan.
  3. Menu yang disajikan sebaiknya mengandungi air yang banyak atau buah supaya tubuh tidak dehidrasi ketika berpuasa
  4. Kurma juga mampu membuatkan tubuh anda segar seharian
  5. Seelok- eloknya hindari makanan segera, bergoreng atau pedas ketika sahur kerana mengganggu sistem pencernaan.

Tips Ketika Berbuka


  1. Segerakan berbuka tetapi jangan terlalu gelojoh
  2. berbuka dengan makanan yang manis dan dahulukan solat maghrib adar perut tidak terkejut
  3. sekiranya kebetulan berbuka dalam perjalanan, sediakan bekalan kudapan lebih awal dan sebotol air mineral
  4. Kurma adalah kudapan terbaik
  5. Makan makanan yang sihat
  6. Banyakkan pengambilan sayur dan buah- buahan
Bagaimanapuj jangan la korang rasa bersalah sekiranya korang tidak boleh berpuasa kerana sememangnya korang tak sihat. Jaga kesihatan adalah perkara paling penting, dalam islam pun ada di beritahu golongan yang tidak sihat adalah dibenarkan tidak berpuasa jika membawa kemudaratan...



Friday, October 16, 2015

Keputusan Check Up


Gambar Paru-Paru sekadar hiasan


Seperti yang aku janjikan ni la keputusan aku pi check up...aku duk komplen ngan doktor pasal aku tak boleh berlari langsung..dari awal aku sihat sampai sekarang aku masih tak boleh berlari...so apa yang aku mampu buat cuma jalan- jalan...macam mana nak berlari memang aku tak reti....kalau aku cuba gak berlari nampak sangat kelakar dan pelik...pas tu aku akan terus mengah...

Alasan doktor selepas buat beberapa pemeriksaan


  1. Kesan jangka panjang H1N1
  2. Scar yang ada pada paru- paru aku seumur hidup...
  3. Boleh elok tapi ambil masa yang lama...
Aku cuma perlu jaga pemakanan, buat latihan pernafasan, kalau nak bersenam pulak..cuma lakukan dengan berjalan dahulu..slowly dan bawa ke jogging..jangan terlalu memaksa keupayaan diri katanya...takut nanti effect benda lain plak...

Darah aku plak ok..just border line...aku kena lebih berjaga-jaga...banyakkan makan sayur dan buah-buahan...ambil supplement macam biasa dan amalkan cara hidup yang sihat...

Doktor tanya nak masuk ward tak.since dah 2 tahun aku tak masuk ward...amboi.....macam nak check in hotel plak ha...siap offer2 lagi...tak nak aku de..kayakan KPJ tu lagi wat pe kan...dah takde masalah sangat buat apa nak warded...hehehehe...

So...bermula lah episode aku menjaga pemakanan...lebihkan sayur...dan lebihkan buah...tp tu la..buah kan ada banyak kandungan gula...kang naik plak gula dalam badan....ermmm...

Musykil di situ....

Saturday, November 20, 2010

Rahsia Kening Pada Wajah Wanita

Kening Lengkungan Sederhana
  • Seorang yang ideal dan serasi untuk dijadikan teman hidup
  • seorang yang sederhana,tidak terlalu cantik dan tidak terlalu hodoh
  • Sentiasa ingin memberikan kebahagiaan kepada pasangan
  • Rajin membantu
  • Sopan dan tutur kata yang lembut
  • Bersifat kelakar
  • Menghiburkan dan senang berkawan

Kening Lengkungan Tajam

  • Seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam
  • Suka campurtangan dalam urusan orang lain
  • Ada ciri sombong dan berlagak
  • Kuat Cemburu
  • Suka memajukan diri
  • Mudah menyesuaikan diri
  • Pandai menyelesaikan masalah
  • Daya Imaginasi yang hebat
  • Sukakan sesuatu yang mencabar

Kening Tebal

  • Sentiasa berhati2 dalam berbicara
  • Seorang yang pendiam
  • Pendengar yang baik
  • Setia dan taat
  • Sensitif dan mudah tersentuh dengan perkara buruk
  • Seorang yang penyabar,tetapi boleh mengamuk kalau tahap kesabaran melepasi batas.

Kening Nipis

  • Seorang yang keras hati dan ego
  • Banyak cakap dan peramah
  • aktif dan banyak idea
  • cerewet dalam semua perkara walaupun perkara kecil
  • Garang,tetapi bertempat.

Kening ada tahi lalat

  • Baik hati dan taat pada pasangan
  • tidak suka menyusahkan orang lain
  • suka memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja
  • seorang yang bersahaja dan senang utk berkawan
  • Pintar dan sentiasa memberi keutamaan kepada orang lain.

So u olls....

Korang yang ladies dalam golongan yang mana? baca boleh percaya jangan yer...hahahaha....

selamat berhujung minggu


Wednesday, October 20, 2010

Check Gula dalam Darah Mak Pulak

Now..kita check darah mak pulak...darah mak dah ok cuma still agak tinggi sebab masa check tu dia dah makan nasi..sama jugak dengan bacaan gula dalam darah...apa yang perlu kami buat sekarang adalah still menjaga pemakanan mak..tak nak jadi mcm hari tu...mak pun dah makin sihat..kalau bawak balik kampung tiap2 hujung minggu lagi dia sihat..mak sunyi agaknya..ye la kat sana dah tinggal 4 orang jer termasuk Ateh..bila abah ngan Ateh pi keja..tinggal dia berdua ngan dania..kalau dania pagi pi sekolah..tinggal dia sorang2..pasal tu la susah nak monitor dia..x sabar tunggu bulan 11,Dikno akan cuti semester 1 bulan..ada la dia kawan..nak pulak kami masing2 sibuk nak pindah rumah baru kan....harap Lisa temankan Jumaat sampai Ahad jer la..


Ateh mcm bagi taklimat > sapa nak check darah..sila ambil giliran....

Mak tengah rilek untuk ambil bacaan BP dia..apakah BP?ontah la..x tau de...

Elok ko jadi Doktor je la Ateh...bukak klinik sendiri...

kertas atas peha Ateh tu adalah rekod bacaan BP dan gula dalam darah mak yang dia rekodkan ye u olls...senang nak monitor katanya..

ini bacaan BP mak..tinggi jugak lagi..bahagian bawah rendah..ok skit dari dulu...

Now..kita tgok bacaan gula dalam darah ye....alat tu adalah jarum eh..dia injit sikit jer kasik darah keluar

Nampak x darah tu...darah tu nanti akan dititiskan ke ruangan strip yang berwarna oren..
alah..u oll tau kan cane..maybe ada yang pernah buat check up ni...
seram tgok jari berdarah walau darahnya ciput jer....

bacaannya..11.2...tinggi sikit sebab mak dah makan tghari masa check ni..selalu bacaan 7.3 ..tapi kira ok la dari dulu kan..20++..


Wednesday, October 6, 2010

Entry Khas Buat Kaum Adam-Tip Tip Berhenti Merokok


Yer...kamu boleh!!!!

Katakan Tidak kepada Rokok!!!


Bagaimana hendak berhenti merokok?
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • yakinkan diri
  • buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi pengganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok

Tip2 berhenti Merokok 12 M

  • Melengah- lengahkan - tunggu 5 min atau katakan nanti sebentar
  • Menarik nafas panjang - 3 kali secara perlahan lahan
  • Minum air - terutama air masak elakkan minuman berkafein
  • Menyibukkan diri - Buat sesuatu bagi mengalih fikiran melupakan rokok
  • Menjauhkan diri daripada orang yang merokok
  • Mengelakkan Diri - susasana atau situasi yang mendorong kepada gejala merokok
  • Mengunyah sesuatu - Chewing gum atau gula2 atau buah2
  • Membasuh tangan selalu
  • Mandi dengan Kerap
  • Meregangkan otot
  • Meditasi
  • Memohon Doa

Sejauh mana tip2 diatas berkesan? wallahualam...yang penting nawaitu..keinginan..


MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

INGATLAH ORANG TERSAYANG..


Monday, September 27, 2010

Pemberitahuan @Berita Sedih

gambar sebelum keguguran


Lisa mengambil kesempatan ini untuk berkongsi berita sedih..Lisa tau ramai yang gembira dengar berita Lisa berbadan dua hari tu..tapi impian untuk menjadi ibu belum kesampaian..Lisa keguguran..Lisa mengalami tumpah darah dan doktor mengesahkan Lisa dah tak mengandung..Lisa hanya merasa menjadi Ibu utk 2 minggu selepas ramadan..memang hati Lisa kuat mengatakan Lisa mengandung kerana berjaya berpuasa penuh,tapi selepas 2 minggu Lisa tumpah darah..tak sempat nak mengesahkan kehamilan..sedih memang sedih tapi dah takde rezeki Lisa redha aje..sebeb tu sekarang mak mertua Lisa suruh Lisa berpantang..x boleh minum ais, tak boleh makan pedas2 dan x boleh makan benda2 masam dah...Harap ada rezeki Lisa di masa akan datang insyaallah..doakan Lisa yer...

Darah Naik?!! ke Naik Darah?!!!

destinasi yang di tuju...

omg!!penuh la pulak....

Ya allah...ramainya awek..semua dari myanmar...

Poliklinik ni mengamalkan konsep Kad Keluarga dan mesra pelanggan..butir2 sila baca eh..malas nak copy balik...

Kami ke klinik menghantar mak yang x sihat..jelas kat muka dia kan..menahan sakit..doktor ni sweet jer..senyum sentiasa..

darah makcik tingi giler ni...200/100..saya bagi makcik ubat..makcik makan sekarang dan lepas tu makcik rehat kejap..20 minit lagi saya panggil semula...

kalau sepuluh doktor mcm ni kan best..sejuk jer hati...pssstt..doktor..adik saya ada kosong sorang..pang!!

Ni la doktor hensem tu yer..Namanya doktor Ali..dia bekerja di Putrajaya cuma masa dia rawat mak tu dia jadi doctor ganti..Lisa nak sebut boleh..nak taip ejaan x reti lak....belasah jer la yer...
Mak Lisa memang ada Darah Tinggi dan agak kronik..dah lama x jadi mcm ni..berpunca dari x menjaga pemakanan dengan betul..kata doktor tu..kalau x dtg klinik memang mak boleh dapat strok..kitorang memang dah agak dah darah mak naik...cuma mak ni jenis x nak cakap..sanggup tahan..bukan sebab apa..sebab x mo duduk spital..susah tau mcm ni...x tau nak ckp mcm mana dengan dia dah...kadang2 degil..


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah