Tuesday, June 7, 2016

Penjagaan Kesihatan Ketika Ramadhan

Ramadhan tiba lagi dan sememangnya bulan yang di tunggu- tunggu oleh semua umat islam. Bukan setakat untuk memberi tumpuan kepada amal ibadah sahaja malah pada bulan ini ramai mengambil kesempatan untuk meningkatkan tahap kesihatan. Hari ni dah hari kedua puasa dah kan..so far perjalanan aku berpuasa setakat semalam semuanya berjalan lancar..pelik plak sebab tak merasa lapar..dahaga pun tak terasa...hari ni pun setakat entry ni aku taip memang takde apa- apa masalah..

Puasa Tingkatkan Tahap Kesihatan


Di kesempatan ini aku nak share sedikit tips ketika sahur dan ketika berbuka..sebenarnya banyak lagi tips..tapi aku share mana yang aku tau je la ye...

Tips Ketika Bersahur

  1. Hindari makan manis atau terlalu banyak gula kerana boleh menyebabkan tubuh lemah pada siang hari.
  2. Paling baik minum susu kerana mampu mencegah anemia yang menyebabkan keletihan.
  3. Menu yang disajikan sebaiknya mengandungi air yang banyak atau buah supaya tubuh tidak dehidrasi ketika berpuasa
  4. Kurma juga mampu membuatkan tubuh anda segar seharian
  5. Seelok- eloknya hindari makanan segera, bergoreng atau pedas ketika sahur kerana mengganggu sistem pencernaan.

Tips Ketika Berbuka


  1. Segerakan berbuka tetapi jangan terlalu gelojoh
  2. berbuka dengan makanan yang manis dan dahulukan solat maghrib adar perut tidak terkejut
  3. sekiranya kebetulan berbuka dalam perjalanan, sediakan bekalan kudapan lebih awal dan sebotol air mineral
  4. Kurma adalah kudapan terbaik
  5. Makan makanan yang sihat
  6. Banyakkan pengambilan sayur dan buah- buahan
Bagaimanapuj jangan la korang rasa bersalah sekiranya korang tidak boleh berpuasa kerana sememangnya korang tak sihat. Jaga kesihatan adalah perkara paling penting, dalam islam pun ada di beritahu golongan yang tidak sihat adalah dibenarkan tidak berpuasa jika membawa kemudaratan...



10 comments:

  1. Seperti tahun-tahun sebelumnya. Kami sekeluarga serba bersederhana sepanjang mengerjakan ibadah puasa.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..puasa setakat ni ok..cergas..hehee

    ReplyDelete
  3. nak kena amalkan tips ni..sebab sy lesu dan tak bermaya sejak berpuasa ni huhu

    ReplyDelete
  4. Alamak yang 1st je dah kantoi ! manis dan bergula T______T

    ReplyDelete
  5. susu digantikan kurma..maklumlah ema ni tak minum susu.

    ReplyDelete
  6. Bulan puasa ni lagi lah kena jaga kesihatan kan :) Bagus tips ni

    ReplyDelete
  7. banyak jugak yang dah diamalkan.. nasib bukan peminat minuman manis..

    ReplyDelete
  8. belum puasa lagi dah kena gastrik..nasib mmg takleh puasa masa gastrik tu..huhu

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..dpt berpuasa lagi utk tahun ni..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah