Assalamualaikum...
SA nak gelak hari ni..ada yang perasan baju yang SA pakai ni ada di jual kat Shopee...pas tu tu tegur SA...beli baju kat shopee erk..selalu nampak lalu lalang gambar baju ni kat Shopee. Nasib tak beli katanya..kalau beli sure sama...pas tu dia gelak...lorrr......
Amenda la...salah ke beli baju kat Shopee ke Lazada ke waima online shopping lain?
SA akan beli bila SA rasa berbaloi dengan fabric dan harga. Macam baju blouse SA pakai ni..SA suka material dia...tebal dan licin, sebenarnya tak perlu gosok pun tapi SA gosok je sebab dah biasa baju bergosok. SA suka turtle neck dia mencengkam sebab kelilingnya bergetah and dia grip kat leher.
Kenapa SA selalu pakai baju atau blouse yang menutup leher SA? Sebab SA ada kesan tebuk kat leher. Masa SA koma dulu kan leher ni di tebuk...sebab tu SA tutup leher dan dah umur- umur ni leher kita takde la cantik sangat macam masa kita muda. Dah ada garisan dan dah ada double chin jugak.
Ye SA masih belum bertudung...tapi x salah kot SA slowly ubah penampilan SA kan...ada je mulut2 puaka tegur SA ni dah 44 tahun tapi belum tutup aurat sepenuhnya...insyaallah masa tu akan tiba...dan SA akan buat seikhlas hati SA. X perlu keji x perlu mengata...dosa tau...bagi peluang kat SA ni berubah dari hati. Bukan la SA xde hati nak berubah..insyaallah masa tu akan tiba...
Macam kisah SA dengan sorang blogger ni dulu (nama dirahsiakan)...dia baik ngan SA..dulu selalu datang blog SA tinggalkan komen segala..Satu hari dia tegur SA dan bagi nasihat macam2, SA bertikam lidah dengan dia dan sejak tu dia x datang bertandang dah kat blog mahu pun kat media sosial. Even SA teruskan sokong dia di blog dan media sosial dia tetap nafikan kewujudan SA...SA okey je..x amik hati pun....x nak tegur takpe...x nak komen takpe...SA pun x rugi...
SA pakai je baju jual kat online, x kisah baju apa..baju kurung pun SA order dan tempah online...xde masalah...x mestinya dari online takde kualiti...x mestinya x cantik...kita kena pandai la pilih yang mana sesuai untuk ke pejabat dan mana yang sesuai untuk kasual..
Baju mahal ok...baju murah pun ok...SA xde masalah....sekarang ni SA lebih utamakan keselesaan.
Baju mahal berjenama kalau x selesa tak guna gak kan...
But for me takde masalah pun baju beli kat mana...kalau sama pun..lalu lalang diorang tengok pun apa masalah...bukan duit diorang yang beli kan...
Pelik- pelik je perangai memasing...ke sebenarnya jeles sebab x leh pakai...
ok done bebel...hahaha..lega dapat luah kat sini...