Thursday, August 4, 2022

Hanya Pak Zain Yang Pandai.....

Assalamualaikum...

Hi korang...

Pernah makan telur itik? suka? i mean telur itik yang real bukan yang telur masin tu...a few of my friends x pernah makan...selalu makan yang telur masin je...boleh ke katanya...laaaaa...boleh aje la...kat Indonesia telur itik tu diorang buat telur dadar lagi...sedap dan diorang tau la cara x nak bagi hanyir. Ye telur itik ni kuat sikit bau dia dari telur ayam...itu pendapat SA la...

Kat rumah SA...yang pandai masak telur itik dengan tekstur dia cantik menarik ko memang debomb molek kejadiannya hanya Pak Zain sorang...SA kalau masak selalunya akan terkeras bahagian kuning...kami satu family suka makan kalau bahagian kuning tu half cooked...itu memang berebut la kami adik beradik..kuning tu cair2 lagi...sedap....macam mana cara nak masak tu SA x tau...hehehe...memang failed kalau SA yang masak...



tengok kejadiannya...cantik je...kuning telur itik tu bahagian dalam cair tau...cair yang sedap bukan cair tak masak...


Selalunya bahan yang digandingkan dengan telur itik masak lemak ni adalah pucuk ubi atau buah mangga muda. Tak pun buah bacang...atau sesetengah tempat panggil macang...

Sekarang telur itik pun dah mahal..Pak Zain cakap kat pasar tani harganya sebiji RM1.50. Dulu dapat la 70sen ke 80 sen sebiji. Itupun tengok nasib. Kalau nasib baik dapat yang isi elok...kalau xde nasib dapat yang dah masuk angin...bila masak tak cantik kejadiannya. Kalau yang x elok masuk angin tu kita makan akan sakit perut...

Berapa harga sebiji telur itik yang dah siap masak macam ni?

Boleh sampai RM2.00 sebiji ke RM3.50 sebiji dah siap masak....seram kan dengar...itulah hakikat bila semua benda dah naik harga ni.....

3 comments:

  1. suka telur itik masak lemak..

    ReplyDelete
  2. Arwah Mak dulu pandai masak telur itik gini SA, dia akan buat oedas-pedas then hiris daun kunyit masuk dalam masak lomak tu, sedapnya lahaiiii

    ReplyDelete
  3. tak ramai yang pandai masak telur itik kejadian cantik macam ni. terer Pak Zain

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah