Tuesday, August 2, 2022

Ada Yang Tanya..Bawak Bekal?

Assalamualaikum...

Tengah sedap- sedap makan, boss lalu lepas tu stop depan meja SA...dia tanya...bawak bekal ke?hehehe...ye bossss....rakyat marhaen memang kena bawak bekal hari hari, hari- hari Rizz bawak bekal..bagus..bagus..jimat katanya...ye kena jimat boss, anak nak sambung belajar banyak nak pakai duit nanti...eh...jawab dalam hati alasan anak nak sambung belajar tu...

SA bawak bekal bukan sebab apa pun...atas faktor kesihatan, faktor kewangan dan faktor apa jer la yang berkenaan. Bawak bekal kan jimat..dari lauk left over tu tong sampah yang makan, better bawak pi opis..bleh gak makan ngan akawan- kawan kalau berlebih...sharing is caring kan...kadang nak niat sedekah SA masak malam tu lebih, letakkan dalam bekas dan bagi kat kawan- kawan yang rapat...sikit masa sikit, banyak sama banyak..

Jom tengok apa SA bawak hari ni



Semalam Lissa masakkan ayam masak lemak cili api lepas balik dari IJN, ada lauk sambal ikan bilis nampak sedap..kering2..dan ikan bilis tu rangup lagi..apa lagi..SA masukkan dalam bekas je la...


Nasi sesenduk je..x mo lebih


Bawak buah orange dan buah pear mini...

 
Settle dah makan...
kadang- kadang ada je yang skeptikal ngan orang yang bawak bekal kan...especially mereka yang lahir2 dah tido atas duit dan yang lahir- lahir dah jadi anak kayangan. Bezanya..mereke2 yang high level ni kan..susah nak bawa diri ke mana- mana, susah nak bergaul dan susah bila keadaan susah...jadi lebih cepat gelabah biawak....ada je masalah x leh nak cool...cepat panik...sebab tu la ada bagusnya kita yang dah biasa hidup susah ni ada dalam apa jua situasi among them yang kayangan. At least kita boleh bantu diorang cari solution.

Lagi satu golongan x pernah susah ni adakala biadap. Tak tau menyesuaikan diri...contoh..baru- baru ni SA bawak lauk sup kaki ayam...itu memang fav SA la tu..kalau dia x makan...dan diam je tengok takpe..ni takde..dia bleh tengok and mulut berbunyi... " eeeee...what is this " so SA jawab la..sup kaki ayam..." euwww....kita x nak la makan depan kak rizz..kita geli " 

korang rasa?

Apa perasaan ko...bila dia cakap macam tu kat makanan fav ko?yang ko dibesarkan dengan makanan konon low standard macam tu?

For me...ko tak makan...ko boleh diam...jangan kutuk, jangan biadap tenuk nak sondol dengan komen macam tu...ye..ko lahir- lahir tido atas tilam empuk berlapis2 sampai ko melompat pun its bounce back...tapi adab tu...adab tu letak kat mana...mak abah kau x ajar tentang adab ke?

SA memang pantang orang macam ni..memang SA akan mark ko la sampai bila- bila...memang avoid kalau dia dekat kat SA time makan..ada sekali tu dia nak duduk kat meja yang sama...Sa cakap eh x per ke makan semeja ngan akak ni..kang ko geli plak tengok lauk bekal akak bawak...dia tersengih je...itu je cara ajar orang biadap macam ni...

Korang pernah hadapi perkara macam ni?

Lets share...heheheh....
 


18 comments:

  1. Eiiii... rasa nak tampa. Tanak makan depan org tu, tak yah cakap la geli la, apa la.. kuang ajaq sungguh la. Kita ni kalau rajin, nak aje bawa bekal hari2, cuma tu la, malas nak masak dan sediakan bekal pagi2.

    ReplyDelete
  2. bestnya...eh eh..pantang tul kalu dgr ada yg komen pasal bawak bekal ni.. elok sgt la.. Ian & Iris dr kecik memang ayu ajar bawak bekal..ayu pun. cuma nowadays..dah kurang...at least seminggu sekali memang diaorang bawak bekal la...jimat duit, jimat masa..x yah beratur2 nak beli

    ReplyDelete
  3. Itu sebabnya Nabi Muhammad SAW sudah berikan teladan, kalau tak suka satu-satu makanan, diam-diam sajalah atau tinggalkanlah.

    ReplyDelete
  4. Rindu plak ngan geng2 bawa bekal pot luck ni hehehe... Dulu2 ada kakak3 yg rajin bawa lauk pauk utk kami... Mmg meriah hari2 makan masakan dia.. La ni memasing nk bw bekal sndri pun cam mls dah

    ReplyDelete
  5. Eh2 budak tu tak tau kaki ayam tu sedap yakmat... dulu masa keja opis ada sorang akak ni selalu bawak kaki ayam masak kicap ke pantri ofis. Dia sengaja masak byk2 sbb dia tau kiteorg mmg takkan pergi beli lauk kalau dia bawak bekal lauk kaki ayam haha.

    Saya budak bandar pun suka kaki ayam tapi husband orang kampung pulak geli makan sbb katanya macam jari budak. Tak boleh salahkan dia jugak sbb keluarga dia jenis jarang makan ayam dulu2 mungkin sbb tu dia tak biasa.

    ReplyDelete
  6. sedapnya menu bekal akak tu....

    ReplyDelete
  7. eeeee the very biadap la orang jenis gitu kak, tak suka dendiam jelah tak payahla nak hina kan.

    ReplyDelete
  8. Bawa bekal bagus la kak. Pernah dulu masa kerja. PC tak bawa bekal masa tu.. cuma cerita nanti balik kerja nak masak sup kaki ayam campur leher ayam.. ada yang cakap.. ko tak mampu ke beli daging ayam.. kalau aku leher dengan kaki tu memang tak pandang.. masa tu sedih sangat rasanya. Rasa macam aku makan kaki dengan leher ayam ni hina sangat ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dulu banyak kali kena pasal luk kaki ayam ni..mula2 memang terasa hati la sebab rasa x mampu makan daging ayam..tapi diorang ni x tau..makan kaki ayam ni banyak colagen..nampak muda dan akan jadi muda selalu..hahahaha...tiber...

      Delete
  9. Orang macam tu ada di mana-mana..
    Kadang boleh buat kita kecil hati.
    Tapi kadang ia sebagai cerminan agar kita jangan jadi macam tu..
    Tapi sup kaki ayam sedap oooo

    ReplyDelete
  10. Kalau dia tau khasiat kaki ayam
    tentu dia cari SA lepas ni

    ReplyDelete
  11. Mulut tak de insurance betul ye.. menyampah pula orang macam ni.
    lauk pauk Kak SA kat blog ni tak pernah tak buat orang terliur. Lagi lagi bila tengok waktu malam. Terus lapar..

    ReplyDelete
  12. Kaki ayam banyak kolagen.. leh cantikkan kukit . gituhh.. Bagi dia ilmu sikit.. Hahahaa.. Sy x pernah lah hadap org gitu.. sebab dorang tahu kot nanti saya sembur balik 😂

    ReplyDelete
  13. Nikmat uii bawa bekal sendiri dari rumah, jimat pun jimat,, kepoh yang sibuk duk tanya tu.. dia nak kasi makan ke?

    ReplyDelete
  14. bila bawak bekal pergi keje ni kan.. enjoy je rasanya. nikmat tau

    ReplyDelete
  15. Pantang betul kalau jenis dok euww euww kan makanan...tak kisahlah makanan tu ko tak suka ke, makan ke, geli ke apa..trylah hormat kat yang makan tu kan...

    ReplyDelete
  16. dia jeles tu kak tak dpt makan sedap macam akak.. bawak bekal lagi bagus boleh control pemakanan dan juga duit poket. makanan skrg mahal gila kot

    ReplyDelete
  17. sedappp kot sup kaki ayam, fav syu jgk.
    biasanya klau tak suka pon, diam2 je la. tak pyh ckp geli ke. mknn org.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah