Tuesday, September 15, 2020

Mak Warded Serangan Jantung

Hi korang...

Dalam pada SA senyap sunyi dari blogging 2-3 hari ni SA di timpa kejadian yang diluar dugaan. Sungguh tak tau nak cakap apa sampai SA salahkan diri sendiri menjadi punca mak SA sakit dan mendapat serangan jantung secara tiba-tiba. SA kan ada majlis tahlil Sabtu malam so dengan niat nak bersedekah SA dan mak bertungkus lumus masak lauk Tempoyak Daun Kayu. Tanpa sedar mak sakit semula...Mak yang beria tak nak SA yang masak...SA sama- sama ngan Abah bantu mak...dari awal sampai habis..mak nampak penat tapi puas hati sebab air tangan dia sendiri kan..beria dia nak masakkan untuk kawan- kawan SA. dia tau hanya air tangan dia je yang boleh buat orang makan puas hati...dapat la panjang- panjangkan sedekah pada kakak ipar dia dan jugak adik beradik SA yang lain...

Petang tu Abah hantar SA dan Dania pergi rumah kawan SA tu untuk majlis tahlil dan solat beramai- ramai. Hati SA memang rasa tak sedap masa tu...Sebab mak sakit2 belakang badan lepas aje sudah solat Asar. SA dan ajak mak pergi hospital dah..tapi mak tak nak...sampai kat rumah kawan SA tu macam bias bertegur sape dulu dan borak- borak sampai dah tiba waktu maghrib...dah lepas solat dan bacaan yasin SA dapat msg bagi tau mak sesak nafas. Adik SA no 4 terus ke rumah...tak lama lapas tu SA call adik..dia bagi tau mak makin teruk dan dia decided nak hantar hospital..SA tinggalkan majis dan terus ke hospital dengan bantuan kawan SA..


Hati mana tak luluh, hati mana tak gelisah tengok mak sakit macam ni....ni masa dia dah stabil...nampak badan dia bengkak kan? badan dia bloated, banyak air...SA memang takut dan mati2 SApenyebab mak sakit semula...bayangkan SA x makan apa pun sepanjang malam tu menunggu mak di luar Emergency room.Adik beradik semua dahdiberitahu termasuk sanak saudara. Nasib ada kawan sekolah SA kerja bahagian Dewan Bedah. Dia la banyak tolong tengokkan mak kat dalam dan dapatkan info. Info awal kami dapat ada yang bagi tau mak akan dimasukkan ke ICU. SA macam tak puas hati bagi tau kat grup. Terus kawan SA tu offer nak pi tengokkan. Alhamdulillah mak masa tu dah stabil dah..dan akan dibawa ke ward biasa. Lega hati. Berterima kasih sangat pada kawan SA tu. Tak cukup tu awal pagi pun dia pergi tengokkan mak dan update di grup. terima kasih yang tak terhingga buat Faizal Amry Yahya.

Alhamdulillah....walau tak boleh jaga mak sebab mematuhi SOP, mak akhirnya stabil dan tak perlukan bantuan oxygen at all semalam. Dan hari ni mak SA dah boleh discharged. Leganya hati tak tahu nak kata apa. Moga lepas ni mak lebih amibil berat kesihatan dana juga tahap pengambilan air. Mak SA kan ada masalah buah pinggang dan memang tak boleh minum air dengan banyak...haih...tak tau nak kata apa la cemasnya SA bila doktor pakar kata mak kena serangan jantung.

Alhamdulillah mak dah stabil...mohon doakan mak SA sentiasa sihat....amin..

19 comments:

  1. Moga mak SA cepat sembuh dan dipermudah urusan semuanya

    ReplyDelete
  2. Insha Allah moga Mak SA cepat sihat. Jangalah masuk ward time PKP ni, SOP tak boleh jaga. Risau hati yang menunggu di rumah. SA pun jaga diri. Benda nak jadi, perancangan Allah, kita tak boleh nak jangka. Takc care =)

    ReplyDelete
  3. Semoga mak Kak SA dikurniakan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar..moga mak akak kembali sembuh seperti biasa..ameen...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dah keluar dari hospital. Memang seriau kalau emergency case macaam ni jadi.

    ReplyDelete
  6. semoga mak SA terus sihat..insyaallah

    ReplyDelete
  7. Semoga mak SA cepat sembuh & semoga dipermudahkan semua urusan SA sekeluarga

    ReplyDelete
  8. Allah SA.. semoga dikurniakan kesembuhan buat mak SA, SA pun take care ya <3

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah.. Dengan izinNYa moga Mak kak SA sihat semula dan dipermudahkan urusan akak

    ReplyDelete
  10. Semoga mak SA cepat sembuh. Lepas ni SA kena tegas sikit jangan bagi dia buat banyak kerja. Biasalah orang tua2 depa bukan nak sangat duduk saja. SA jangn sedih dan jangan salahkan diri sendiri. Nanti SA sedih mak susah hati pula..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulilah...moga Emak SA sihat-sihat seperti biasa... terus teringat arwah Mak Sis...jaga Mak baik-baik ya SA..

    ReplyDelete
  12. Semoga mak akak cpt sihat, sembuh dan kuat sperti biasa

    ReplyDelete
  13. Semoga mak SA diberikan syifa kesembuhan dari segala penyakit. sihat wal'afiaat mahunya.

    ReplyDelete
  14. Semoga dianugerahi kesihatan yang baik dan keafiatan yang berpanjangan

    ReplyDelete
  15. Semoga cepat sihat dan always sihat, amin..

    ReplyDelete
  16. Syafahallah... Moga, mak SA diberi kesembuhan dan kesihatan yg baik selalu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah