Friday, September 18, 2020

JA Assure Tawar ‘Doctor Shield’ Kepada Profesional Perubatan Anggota Hospital APHM

‘Doctor Shield’ Ditaja Jamin oleh Chubb Insurance

Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), yang merupakan persatuan bagi hospital-hospital swasta dan pusat perubatan di Malaysia sejak tahun 1972, mengumumkan kerjasama dengan JA Assure; sebuah firma InsurTech multinasional untuk menawarkan ‘Dr Shield’- platform insurans ganti rugi profesional secara dalam talian kepada para profesional perubatan di 147 anggota hospital APHM bermula 1 September 2020.

Pelancaran ‘Doctor Shield” pada awal 2019 menandakan kejayaannya dalam industri penjagaan kesihatan yang menyediakan proses pendaftaran dalam talian lengkap pertama di Malaysia – merangkumi ciri-ciri seperti proses kadar sebut harga yang cepat, penerbitan polisi dalam kadar masa kurang dari sepuluh minit, serta pembaharuan polisi ‘segera’ dalam talian. Japhire Gopi, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga merupakan pengasas JA Assure Group menjelaskan, “Dengan adanya Chubb sebagai penaja jamin pastinya memudahkan lagi urusan. Sokongan daripada APHM juga menjadi isyarat terbaik bahawa kita berada pada landasan tepat untuk membantu komuniti perubatan dan masyarakat.”



Polisi ‘Doctor Shield’ ditaja jamin oleh Chubb Insurance Malaysia Berhad, merupakan sebuah syarikat insurans am yang berprestasi di Malaysia. Presidennya Steve Crouch berkata, “Chubb telah menaja jamin Insurans Penyelewengan Perubatan selama beberapa dekad, selain mahir berkaitan risiko dalam landskap penjagaan kesihatan yang sentiasa berkembang. Polisi ‘Doctor Shield’ ini juga diwujudkan untuk membantu golongan profesional perubatan dengan cara yang lebih pintar dan cepat, supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada para pesakit secara lebih yakin.”

Presiden APHM, Datuk Dr Kuljit Singh berkata, "APHM memilih untuk berkolaborasi dengan Doctor Shield (thedoctorshield.com) berikutan langkah pendekatan yang digunakan lebih jauh ke hadapan dan mesra digital. Ia secara tidak langsung memudahkan proses insurans ganti rugi, selain menggabungkan ciri inovatif produk yang merupakan antara nilai tambah yang belum pernah dilaksanakan dalam industri perubatan sebelum ini. Ini juga merupakan peluang bagi profesional perubatan di anggota hospital untuk menjimatkan masa melalui peningkatkan tahap efisiensi.




Melalui kerjasama ini juga, APHM berjaya mendapatkan penurunan harga secara menyeluruh untuk profesional perubatan sektor swasta. Penjimatan bagi perlindungan ganti rugi untuk mereka amat penting terutamanya ketika keadaan semasa yang tidak menentu. Inisiatif ini jelas menunjukkan komitmen APHM membantu meningkatkan taraf rawatan perubatan di Malaysia.

Selain membantu dalam penjimatan kos, pengguna turut berkongsi keyakinan mereka dengan pendekatan ‘mesra pengantara’ Doctor Shield sekiranya  berdepan dengan ‘dispute’. Dengan Doctor Shield, pakar perubatan dan pesakit tidak perlu berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan dengan undang-undang yang kadang kala keputusannya tidak jelas.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan kolaborasi berikut dan ‘Doctor Shield’, sila hubungi:

Dr. T. Mahadevan, CEO, APHM melalui email:  drmaha@aphm.org.my
Mr. Japhire Gopi, CEO JA Assure melalui email:  japhire@ja-assure.com 


Mengenai APHM


APHM memainkan peranan penting menerusi objektifnya membantu meningkatkan taraf rawatan perubatan di negara ini. Beberapa aktiviti yang dianjurkan bagi tujuan ini termasuklah: 

  • Dialog kerja dengan agensi awam termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Penyertaan dalam kumpulan kerja nasional seperti Perbadanan Produktiviti Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, dan MATRADE.
  • Program latihan untuk semua penyedia perkhidmatan Kesihatan yang merangkumi Persidangan dan Pameran tahunan, bengkel kumpulan kecil yang berkala mengenai topik klinikal dan pentadbiran / pengurusan.
  • Memudahkan Keselamatan dan Kualiti Pesakit di hospital berdaftar dengan kapasiti sebagai Anggota Majlis Keselamatan Pesakit Nasional, dan ahli pengasas Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) yang merupakan badan Akreditasi diiktiraf oleh ISQUA.


Mengenai JA Assure

JA Assure merupakan syarikat InsurTech multinasional, berpengalaman lebih dari dua dekad. JA Assure menyediakan penyelesaian pengurusan risiko khusus di Singapura, Malaysia dan Hong Kong.


Mengenai Chubb

Chubb merupakan syarikat insurans hartanah dan kasualti terbesar yang diperdagangkan secara umum di dunia. Dengan operasi di 54 negara dan wilayah, Chubb menyediakan insurans hartanah komersial dan persendirian serta insurans kemalangan, insurans kemalangan diri dan kesihatan tambahan, insurans semula dan insurans nyawa kepada pelbagai kumpulan pelanggan. Sebagai sebuah syarikat penaja jaminan, kami menilai, menerima dan mengurus risiko dengan kefahaman mendalam dan disiplin. Kami memberi khidmat dan membayar tuntutan kami dengan adil dan segera. Syarikat ini juga ditakrifkan oleh tawaran produk serta perkhidmatannya yang meluas, keupayaan pengedaran yang luas, kekuatan kewangan yang luar biasa dan operasi tempatan di peringkat global. Syarikat induk Chubb Limited adalah tersenarai di Bursa Saham New York (NYSE:CB) dan merupakan komponen indeks S&P 500.  Chubb mempunyai pejabat-pejabat eksekutif di Zurich, New York, London, Paris dan lokasi-lokasi lain serta menggaji lebih daripada 33,000 orang di seluruh dunia.

Operasi Chubb di Malaysia (Chubb Insurance Malaysia Berhad) menyediakan pelbagai penyelesaian komprehensif insurans am untuk individu, keluarga serta perniagaan bersaiz besar dan kecil melalui pelbagai saluran pengedaran.  Dengan budaya penaja jaminan yang kukuh, syarikat ini menawarkan perkhidmatan yang responsif serta menerajui pasaran berdasarkan kekuatan kewangan. Chubb di Malaysia mempunyai rangkaian cawangan yang luas dan lebih daripada 2,600 “independent distribution partners” (ejen).
 
Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.chubb.com/my


Perhubungan Media

APHM
Dr. T. Mahadevan 

JA Assure 
Mr. Japhire Gopi

Chubb Insurance Malaysia Berhad
April Lim

1 comment:

  1. comel pulak namanya CHUBB, macam geng the CHUBB encik suami..golongan2 chubby..haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah