Thursday, September 17, 2020

Trip Backpackers Ke Melaka Dengan Dania Part 1

Hi korang...

Plan backpackers dengan Dania ni dah lama dah...ikutkan nak pi Haatyai backpackers gak sebelum March this year tapi tarikh nak pergi tu MCO plak...so tak jadi pergi...then baru ni dapat berjalan dengan Dania...sebabkan seronok sangat sampai ada insiden kelakar berlaku masa hari nak pergi tu...SA dan Dania bersiap seawal pagi dan Pak Zain akan hantar ke Terminal bas macam biasa..pukul 7.45 SA dan Dania dah ada kat Terminal. Dah beli tiket bas apa segala, SA ajak Dania sarapan dulu memandangkan kami belum sempat sarapan. Tengah lepak- lepak dan dah sudah makan nak bayar makanan. SA cari bag duit..allah TAKDE!!!aduhai....mana bag duit? confirm tertinggal kat rumah...SA dah gelabah...bas pukul 9am. Jam masa tu pukul 8.05am. Apa lagi..pilihan yang ada hanyalah ambil grab pergi balik. Dapat jer grab sepantas kilat slow talk ngan brader tu mintak dia bawak sedikit laju dan hantar balik SA dan Dania ke Terminal bas. Dalam masa 10 minit boleh sampai rumah. Then dah ambil bag duit segala..SA gerak ke Terminal. Jam masa tu pukul 8.45am tepat!!!pergh....sabar jer la....Bila ingatkan memang kelakar la....nasib dalam Malaysia. Kalau luar Malaysia? matilanak......

Apapun perjalanan kami smooth sangat masa tu....gerak dari Terminal One Seremban ke Melaka Sentral dan perjalanan hanya mengambil masa 1 jam 20 minit je...Dania paling seronok...tapi as usual dalam bas bila dah kena aircond memang dia akan lelap. Tak sampai  minit dia dah belayar dah...SA plak ambil peluang baca novel. Biasa la SA dan novel kan berpisah tiada..

Jom la tengok gambar apa yang ada...


Memulakan perjalanan


Tak sampai 5 minit dia dah lelap


Yeay sampai Melaka Sentral


Lepak kat Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan sementara tunggu waktu check in hotel


Rasa macam kat oversea plak


Mama pun nak jugak


Melaka ni panas berdenting..lepas tu negeri yang hari- hari jammed dan mendapat tumpuan dari pelancong dalam negeri..siyes masa SA pi ni memang panas giler...masa ni decided nak pi makan kat Black Canyon Dataran Pahlawan...SA suka makan chicken grilled dia sebab dapat mushroom soup free...mushroom soup dia best namati...memang semangkuk tak cukup...


Teringin nak minum coffee ice dia tu tapi macam tak berani plak..dah la kat tempat orang kan...


Selfie jap sebelum makan...masa ni mama memang lapar giler


Membaca dulu sebelum makanan sampai


Fried glass noodle for Dania


Chicken Grill for mama..


Dapat free mushroom soup share ngan Dania


add on plak chicken wing Teriyaki....jenuh ngabiskan


Ice lemon tea sedap for mama


Iced tea for Dania



Lepas je makan....terus jenjalan lagi dalam Dataran Pahlawan tu...Dania tanya kenapa kita x masukkan MPO dalam list mama...alahai anak oiii....MPO tu nun kat Alor Gajah sana nak oiii jauh...kita explore Bandar Hilir dulu la...itupun banyak tempat kita tak explore...semua gara- gara mama yang terencat emosi akibat kemalangan yang menimpa kawan baik sampai meninggal...itu SA citer dalam next entry ye...ikutkan nak buat live update untuk trip Melaka ni...tapi tak kesampaian...

Yes berjaya juga SA habiskan entry ni setelah hampir sebulan tersimpan dalam draft. Dengan New Interface Blogger ni buat SA makin malas nak update blog...siyesly tak friendly user la...apapun nantikan update seterusnya nanti...next entry...bila? entahlah tak tahu bila...tengok pada mood SA la...ok?

See ya...






7 comments:

  1. Bestnya kak tenhok makanan tu, walaupun dekat tp suasana jln2 dengan dania tu yg mahal tu

    ReplyDelete
  2. Wow...bestnya jejalan dengan anak dara. Dah macam adik kakak je

    ReplyDelete
  3. Seronokkan jalan anak beranak.. new interface blogger ni kalau dah lama2 rasa lagi best pulak la SA, sebab tu kita rajin update blog skrg, hihi

    ReplyDelete
  4. anak kak SA dah besar, senang boleh backpackers je

    ReplyDelete
  5. aduhai betul gak tu, nasib baik dalam Malaysia je kan...dan nasib baik sedar masa kat terminal bas..dibuatnya da sampai Melaka, erkkkk

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah