Tuesday, September 14, 2021

Sedikit Pesanan Kepada Yang Baru Nak Mula Hiking

Assalamualaikum...

Hi korang...

Aktiviti hiking sekarang dah menjadi ikutan dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Salah sorang nya SA la...SA kan cintakan alam semulajadi...Last SA hiking kat Bukit Batu Sawa awal tahun hari tu..lepas tu PKP 2.0 sampai la PKP 3.0 . Sejak tu tak hiking dah...baru- baru ni kawan- kawan semua dah naik mana- mana bukit kat Seremban ni cumanya SA masih belum strat sebab SA masih x complete vaksin. Tak nak la SA membahayakan diri dan orang lain kan...so SA plan nanti dah complete vaksin SA nak start hiking semula memandangkan SA dah comel sangat..walau x nampak pun kat mana yang naik spare tyre tu...tapi SA tau la ada part- paet yang perlu dikecikkan inch dia...hahahaha..macam biasa salahkan la PKP yang terlalu lama...

Sebelum menceburi bidang Hiking kena tau peraturan- peraturan di hutan. Tak kisah la mana hutan yang korang pergi...gunung or bukit mana..etika kena jaga...tak boleh buat sesuka hati ye....


Etika 

Persediaan dah mantap, harapnya hiking pun akan mantap. Etika masa hiking ni subjektif, prinsip masing2 pun berbeza. Sama2 kita pikirkan dan buat yang terbaik. SA ada a few ideas yg teringat la ni, kadang- kadang ada yang terlampau seronok..tak alert pun pantang larang atau apa je...sesuka hati jer buat benda yang tak sepatutnya...apa yang tak patut tu? jom teruskan pembacaan.


Kebersihana perlu dijadikan perkara penting. Segala jenis buangan perlu dispose secara betol. Kalau boleh, semua elok bawa balik tapi kalau buang air besar, perlu bawa container khas yg tak ramai ada. Kena buang jauh dari trek, korek lobang satu kaki dan timbus balik. Kalau pakai tissue, make sure bukan wet tissue sebab dia ada plastik yg tak decompose. Sisa makanan pun elok bawa balik tapi dimaafkan kalau korek lobang juga dan kambus, make sure tak ada plastik sekali ngan sisa. Sisa makanan walaupun biodegradable akan menyebabkan binatang datang dan nanti ada risiko penyakit kencing tikus. Benda lain, puntung rokok pun bawa balik. Jangan dispose sampah secara membakar. Nampak secebis kertas pun kalau boleh ambil, masukkan dalam plastik atau dalam poket..kebersihan penting untuk kita jaga

Jangan tinggalkan apa2 dan jangan bawa balik apa2. Kita hanya melawat dan semua tu bukan hak kita. Kalau jumpa benda menarik pun, tak usah ambik atau kacau dan berilah peluang orang lain juga merasa nikmatnya. Kena jaga tangan kita...jangan sesuaka petik atau patahkan apa aje flora yang cantik...


Hormatilah pelawat lain ke alam semula jadi. Orang pergi ke alam semuladi banyak tujuan dan salah satu tujuan besar ialah nak menikmati alam semula jadi. Jangan kita kurangkan pengalaman semulajadi mereka dengan buat bising, pasang lagu kuat2, buang sampah atas trek dan apa apa sahaja yg tidak mengekalkan keaslian suasana semula jadi. 

Ada orang jalan slow sebab katanya nak menikmati alam semula jadi, ada orang jalan laju dan katanya dia nikmati juga. Ada orang yg berlari pun. Kita lapangkan dada kalau cara orang lain dari kita. Kalau slow, beri lah orang potong. Kalau laju, minta la orang kat depan beri laluan. SA suka kalau orang yg sedang turun beri laluan kepada yang tengah naik. Yg sedang naik masa dia suntuk sikit daripada yg sedang turun yang dah kurang jauh nak sampai bawah. Lagi pun kita jangan kacau rythm berjalan orang yg sedang naik. Turun senang dan tak perlu rythm pun.



Kita masuk hutan jer, ada impak sebenarnya jadi kita kurangkan impak kita seminima yang boleh. Sebolehnya jangan buat trail baru sebelah trail lama walaupun trail lama becak. Nanti trek akan jadi highway. Jangan gi buka tempat lain sebab camp site lama dah ada orang. Jangan suka2 cantas pokok2 kecil walaupun pokok rotan yang berduri. Paut saja duri dia ketepi supaya tak kena orang lain.

Tebang pokok tak boleh, tanam pokok pun tak boleh, melainkan dapat kebenaran jabatan hutan. Pokok asing bagi sesuatu tempat boleh jadi intrusive species dan rosakkan ecosystem setempat.

Interaksi dengan hidupan liar perlu dielakkan. Tengok dari jauh jer. Memberi makan kepada hidupan liar tak elok sebenarnya. Anda mungkin rasa anda pemurah hati bagi makan kat hidupan liar tapi makanan kita tak sesuai untuk dorang dan akan tukar habits dorang dari cari makan kepada tunggu orang bagi makan. Sama la contohnya macam kita tak ada nak bagi bayi makan roti manis tapi kita boleh bagi pula kat tupai.


Jangan cantas akar kayu ni semua...jangan ubah kejadiannya


Nampak cantik kan?jangan cabut bawak balik rumah...

Bawa binatang peliharaan juga ke alam semula jadi juga perlu dielakkan. Jangkitan penyakit boleh terjadi kepada hidupan liar dan daripada hidupan liar. Bau binatang pemangsa sahaja cukup untuk buatkan sesetengah hidupan liar dok dalam lubang berhari2 sebab takut.

Pergi hiking ni ada risiko yang perlu kita hadapi. Ada trek risikonya lebih dari yang lain. Yg pentingnya jangan ambil risiko yg tak perlu untuk kita sampai ke puncak dan balik dengan selamat macam gi posing tempat yang berisiko. Nak posing boleh..pastikan tidak berbahaya dan mengancam nyawa..jangan susahkan orang lain terutamanya.



Utamakan keselamatan dan perlu focus pada trek...


Hiking ni bagus, ia bagus untuk kesihatan. Ia bagus untuk ukhwah dan kita belajar darinya untuk jadi manusia yang lebih baik. Tapi sebenarnya kesihatan dan jadi manusia yang lebih baik bukan the ultimate objective. Sebagai insan, ultimate objektif kita ialah untuk berjaya di akhirat, bukan berjaya sampai ke puncak gunung sahaja. Jadi kalau kita hanya hiking kosong, untuk suka2 sahaja, dan tinggalkan kewajipan kita sebagai hamba, kita tak berjaya sebenarnya. Kena ingat tu...kat mana kita berada..kewajipan perlu ditunaikan...

Itu dia sedikit sebanyak yang SA nak share...SAa x pandai sanagt..masih menuntut ilmu..ni la dia..masa muda- muda tak nak hiking...dah tua baru sibuk nak hiking. At least SA jumpa aktiviti yang sesuai dengan SA...nak hiking boleh tapi perlu pastikan kesihatan adalah terbaik dan fit. Kalau tak fit..oksigen tak cukup seterusnya akan membahayakan diri kita...

Tak sabarnya nak hiking, jungle trekking...ya allah rindunyaaaaaa....kaki dah gatal ni uiiiii....sabar ye SA...sabar.....settlekan dose vaksin dulu...


18 comments:

  1. Memang kena patuhi segala peraturan sewaktu hiking.
    Kak Amie pun lama sangat tak hiking. Tak tahulah larat ke tidak bawa badan kalau nak hiking lagi.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya... teman sendiri pun belum pernah buat aktiviti hiking nie dengan family... Ada plan nak buat, tapi tak menjadi lagi setakat nie...

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak pergi hiking. Dulu pernah hiking dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete
  4. Saya lebih kpd aktiviti indoor dan pernah sekali dua je pergi hiking dan jungle trekking. Tapi memang marah dgn segelintir yg langgar peraturan masa hiking siap buang sampah merata tu. Kacau kehijauan alam je 💆🏼‍♀️

    Saya follow SA di sini. Salam kenal :)

    ReplyDelete
  5. Mulut jgn celupar,jgn cakap besar,jgn tegur atau komplen kalau nampak benda2 pelik dan aneh..

    ReplyDelete
  6. Paling tak seronok bila orang bukak lagu kuat tu. Pencemaran bunyi betul. Baca doa semoga selamat pergi dan balik. Risau juga nak masuk kawasan hutan ni. Semua tumbuhan tak berani nak usik pun. Ikut je trail yang sebenar. Kadang tu tak berhenti baca ayat kursi. Sekarang nak sambung hiking balik memang pewai lah.

    ReplyDelete
  7. Jangan tinggal apa-apa dan bawa apa-apa. Yup.

    ReplyDelete
  8. Baru2 ni tengok viral yang orang ramai pergi mandi air terjun ke apa sg Pisang tu. Kemahinnn mandi reti sampah biar. Geram tengok

    ReplyDelete
  9. Rindunya nak hiking, rasa lama benar tak berhiking

    Yang paling best, orang yang turun mesti cakap "dah nak sampai dah, sikit je lagi"..tapi, masalahnya tak sampai-sampai..hahah!

    ReplyDelete
  10. Kena ambil tahu dan cakna. Jangan buat ikut suka hati je. Sampah dibiarkan merata rata.. Jaga kaki tangan mulut semua tu dan enjoy the view.. sebab itu tujuannya pergi hiking nak tengok view sambil beriadah..

    ReplyDelete
  11. betul...kita gi tempat "orang"..kena jaga adab.

    ReplyDelete
  12. Wak hari2 hiking kat kebun sendiri aje

    ReplyDelete
  13. wahh... banyak perkara yang kita kena ambil tahu sebelum hiking rupanya. kali terakhir MY hiking...masa umur 17 tahun rasanya...hihihi

    ReplyDelete
  14. Nampak best nengok orang hiking, saya belum sampai tahap tu lagi.. lutut dah longgar hehe..

    ReplyDelete
  15. Lama juga tak mendaki.. Dulu rajin jugak..

    ReplyDelete
  16. suka jugak hiking ni, setakat ni baru 2 kali la join, last sekali tahun 2019, akak rasa?? hahaha

    ReplyDelete
  17. Last hiking 2019 rasanya.Dua tahun dah tak panas injin..seronok kan sesekali hiking sambil menikmati keindahan alam

    ReplyDelete
  18. betul tu kak SA, terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah