Friday, May 6, 2016

Pelajaran Pendidikan Seni Zaman 80an- 90an Dulu

Hi korang...

Sapa sekolah tahun 1980 - 1990an? selalunya kita belajar pendidikan seni kan..sure jumpa gambaran lukisan macam dalam gambar2 kat bawah ni kan? Cikgu bagi soalan pas tu kita lukis...masa tu bukan main imaginasi masing2...sure ada perkampungan, sawah padi bagai...ye tak?

Alaaa rindunya zaman tu...sekarang pendidikan senia anak- anak kita smeua lain kan...jom tengok gambar...









Cantik kan?

Masa tu kalau lukisan kita terpilih huiiiii megah dia memang tak tau nak cakap macam mana..bangga balik sekolah tunjuk kat mak ngan abah...

ya allah...how i missed that moment....

Kadang- kadang masa lukis tu sebelum warna, kena gelak ngan kawan- kawan..tapi bila dah cantik berwarna..masing2 puji...bangga oiiii.....zaman sekarang dah takde da semua ni...

Nostalgia sangat kan?

Double Cheese Burger Ulam Raja Juasseh Mari....

Hi korang...

Haaa...kenapa? Pelik? Aku pun pelik sebenarnya...first time juma Menu burger letak Pucuk Ulam Raja ngan Sambal Minang, ko mampu makan macam ni? Biasa ada timun jeruk atau salad la...ni ha seumur hidup ada ulam raja...

Akak tu cakap...apo pandang2? ini kek KL xdo do...kek Juasseh yo ado....( Akak ni asal Juasseh)

Eh biar yang betul kan...takkan McD ada menu baru....cane aku leh tak tau...

Haih..xde la korang...ini memang burger McD, Double Cheese Burger...akak ni memang suka makan pelik2...takde salad, ada jeruk timun je..dia bukak petiais ambik ulam raja ngan sambal minang..selamba je dia letak atas Double Cheese Burger...then makan dengan takde perasaan...

Rasa? Tak ketahuan plak apa rasanya...sedap la kat dia kot...


The best part is habis okeh burger tu...

Ni burger McD baru dari Juasseh....ini betul2 orang kampung punya...korang tau ke Juasseh tu kat mana? Juasseh salah satu daerah di Negeri Sembilan..jauh giler dari Seremban..aku pun x selalu pi Juasseh....( entah ada McD ntah tak..hehehe..)

Apapun terbaik la kak...rasa burger tu biarlah dia je yang tau...hehehehe....

Gelapnya Titian Siratul Mustaqim..

PERKONGSIAN JUMAAT YANG MULIA

Dengar huraian kitab ttg syurga neraka..rupa2nya titian sirat tu sgt gelap.

Sahabat tanya nabi klu gelap mcmna kita nak melintasinya.

Kata nabi...dgn cahaya yg keluar dari anggota kita. Terang ke malap cahaya kita tu bergantung pd amalan kita masa di dunia.

Ada org anggotanya bercahaya terang benderang...senanglah dia melintas titian sirat.

Ada orang cahayanya terdpt pada ibu jari kakinya sahaja...maka melintaslah dia dgn cahaya yg terbatas itu.

Ada orang pula cahayanya kejap ada...kejap padam...msa keluar cahaya dia pun berjalan..masa cahaya hilang dia stop dulu...begitulah dia sepnjg perjlnannya.

Ya Allah..dgr mcm ni.. kita rasa kita orang yg punyai cahaya yg gilang gemilang... yg sekejap ada sekejap xde...atau yg bercahaya pd hujung kakinya shj??

Takutnyaaa...

Doa Rasulullah memohon cahaya.

Ya Allah,
Jadikanlah cahaya di dalam penglihatanku,
Jadikan cahaya di pendengaranku,
Jadikan cahaya di lisanku,
Jadikan cahaya di dalam hatiku,
Jadikan cahaya di kananku,
Jadikan cahaya di kiriku,
Jadikan cahaya di depanku,
Jadikan cahaya di belakangku,
Jadikan cahaya di atasku,
Jadikan cahaya di bawahku,
Jadikan untukku cahaya di hari Kiamat,
dan anugerahkanlah kepadaku cahaya yang gilang gemilang.

Aamiin Ya Rabbal'alamiin..

Ahli2 syurga adalah orang-orang yang tidak akan berckp perkara-perkara yang lagha

Ahli2 syurga adalah orang yang bila bercakap tidak akan mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati orang lain.

Ahli2 syurga adalah orang-orang yang waktu senggangnya hanya dihabiskan dengan membaca quran dan melafazkan zikir memuji Allah.

Kata nabi saw....Ahli neraka itu dia tidak mati dan tidak hidup....maknanya dia kejap mati ....kejap hidup...begitulah hingga tamat tempohnya di neraka itu.

Tubuh bdn anak Adam dilebarkan oleh Allah di dlm neraka bbrp hasta supaya kesakitan yg dirasai itu lebih banyak...

Neraka itu terlalu gelap kerana apinya terlalu panas.

Bygkan brp lama di neraka kerana dosa2?

Seseorang yang hidup sentiasa dalam ketaatan kpd Allah..doa para ulamak agar orang ini juga akan mati dlm ketaatan kepada Allah.

Ada yg dibakar hingga tamat tempoh...kemudian bila dah habis tu dia diam di dlm neraka menjadi arang....hinggalah tiba masa semuanya keluar masuk ke syurga....

Bayangkan...org  bukan islam ni brp lama dia akn tinggal di neraka Allah. Sb itu kadang2 mengalir air mata kita bila kita lihat lalu nya jenazah org2 yg bkn islam...

Nabi kita akan tunggu semua umatnya masuk ke syurga barulah nabi melangkah masuk ke syurga.

Diriwayatkn nabi tunggu sampai org yg terakhir melintas titian sirat....dia berjln dgn lambatnya. Nabi tunggu.

Titian tu gelap sb ia dibentangkn di atas neraka jahannam.

Di hadapan titian sirat itulah syurga. Ada yg berjln selaju angin...ini orang2 yg tidak pernah sakitkan hati orang...sentiasa memberi dpd menerima.

Orang yg terakhir ni...orang yg imannya plg lemah...

Diriwayatkan syurga ni...pinggirnya saja sudah terlalu indah..belum lagi masuk ke dlm nya....ahli syurga ni suara pun sedap bunyinya.

Lps dia melintas titian sirat td...dia melihat sbtg pokok besar yg di bwhnya ada air yg mngalir. Dia minta pd Allah utk duduk di situ...Allah kata duduk lah...

Kemudian di dpn lagi dia tgok ada pokok lain yg lagi indah...dia mintak nk berada di bwh pokok tu....Allah pun izin..

Kemudian dia tgok lagi di hdpnnya   n yg lagi indah ...yg ada byk lagi kenikmatan...dia pun mintak lagi nk duduk di situ...Allah pun benarkan juga.

Dari situ dia dgr suara2 orang di dlm syurga..suara2 itu begitu merdu....dia minta dgn Allah utk masuk dlm syurga. Allah pun benarkan...

Bila masuk...dia keluar semula....dia tanya Allah...adakah tempat utk dia?

Allah kata...pernah tak dgr masa di dunia dulu org yg plg kaya? Dia kata pernah...Allah kata sesungguhnya untuk mu akan ku anugerahkan 10x ganda malah lebih2 lagi berbnding kekayaan org yg plg kaya tu.... masyaAllah betapa pemurahnya Allah. Orang yg plg last pun diberi nikmat sebegitu besar...apatah lagi org2 yg taat pd Allah. Semoga bermanfaat.

cnp Ustazah Siti Khadijah
Usrah Nurani

Thursday, May 5, 2016

Drama Mak Cun 2 TV3

Hi korang...

Pernah tengok drama Mak Cun? Drama yang totally guna loghat utara?Drama arahan Bade Hj Azmi yang mendapat sambutan hangat tahun lepas..tapi aku macam biasa memang tertinggal kapal terbang la..mana cheq ada masa nak tengok tv..rumah cheq kat Sungai Buloh pun tak dak tv..Selepas kejayaan drama Mak Cun kini kembali dengan siri baru Mak Cun 2.


Mak Cun 2 masih mengekalkan pelakon utamanya dengan tambahan beberapa pelakon lain bagi mewarnakan jalan cerita musim baru ini.Asalnya pelakon versatile Fauziah Ahmad Daud dikhabarkan membintangi drama ini dengan melakonkan watak Combi iaitu sepupu Zennat Manisah lakonan Umie Aida, namun pada saat akhir digalas oleh pelakon Norish Karman.

Mak Cun 2 mengisahkan perniagaan dijalankan Mak Cun ( Erma Fatima) semakin berkembang maju selepas dia pulang dari Bangkok, Thailand.Pada masa yang sama Pak Akob ( Rahim Razali)tidak berputus asa memenangi hati Mak Cun mula memasang strategi untuk memujuk Mak Cun bernikah dengannya.

Pak Akob yang sebelumnya berjanji membantu mengembangkan perniagaan Mak Cun ke luar negara mulai mengintai peuang itu semata- mata untuk meyakinkan Mak Cun.

Pelakon : Erma Fatima, Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Nora Danish, Balkiysh Semundur Khan, Azwan Kombos, Dafi, Norish Karman.
___________________________________________________________________________________

Macam menarik plak kisah kali ni kan...korang jangan lupa drama Mak Cun 2 di TV3 Malam ini pukul 9.02 malam...kalau TV3 ada ulang tayang kan best..ni nak tengok kat Tonton in ternet macam haram...aku suka tengok citer ni sebab suka loghat utara tu dan ragam pelakon2 tu...ada kelakar ada juga diselitkan unsur2 pengajaran...

Kaki Mama Pun Boleh Jadi Bahan Mainan...

Hi korang...

Si tembam aku ni tengah demam...mood memang swing je...kadang- kadang nak berdukung je..kadang- kadang aktif melasak walau tengah demam...suara dia serak serak basah...nak plak dia tengah kuat bercakap sekarang ni...bila dia buat perangai tu karang letih nak melayan..paling letih mommy dia la sebab dia rapat ngan mommy...

Meh la tengok dia mengerjakan kaki aku buat mainan dia...


ntah apa dia nak buat x tau la...


massage ke?


balut plak....

Bila tanya adik buat apa ni....

Dia jawab yutttt.....

erk....apa plak yuttttt....puas aku fikir....lama lepas tu baru aku faham....

laaaa...urut kaki mama rupanya...sebab sebelum tu ada suruh dia urut kaki...hehehe...pelatttt....

Sabar je la...yutt pun yutt la dik....

Mak oiii Besarnya Kerang, Ini Bikin Panas ni...

Hi korang...

Aku tengah bengang ngan adik aku ni....tgh aku lepak2 ari tu tetiba dia hantar gambo ni..dia saje bikin panas bg hakak dia ni meletup2 perasaan sebab hakaknya pencinta seafood especially kerang yang tegar...cer korang tgok gambo tu..tak panas ke hati korang....besar giler kerang tu semua..terliur aku..ni dia pi makan ari tu kat Padang Kota ngan laki dia...mentang2 duk Penang...


eleh...cengkerang je besar tuh...isi ciput je...sure punya...


tak yah compare2...dari sini nampak kerang tu besau...

Aku fikir mak tengah tak sihat je ni...kalau mak sihat..aku angkut mak abah pi Penang la ni jugak...tapi apakan daya...tunggu la hujung tahun...Dania dah abis exam..mak abah dah sihat semula..leh la bercuti lama skit kat Penang...banyak tempat tak explore lagi..banyak tempat tak bawak Mak Abah pi lagi...adik bongsu aku kat utara ni..ke utara je la kami nanti...takpe..tunggu eh..pejam celik pejam celik je dah hujung tahun....hujung tahun kita serbu Penang....

Puasa Pun Belum, Kuih Raya Dah Tunjuk Muka...

Hi korang...

Aku rasa mana- mana opis sekarang tengah sibuk ada yang dah start jual kuih raya, baju raya, handbag raya kan?ada yang tengah sibuk keluarkan tester kuih raya..kat opis aku pun dah ada yang jual kuih raya buat kudapan...aku pun terjebak beli sama itupun kuih yang mengundang nostalgia aku masa zaman kanak- kanak..kuih buah rotan atau kuih bijan...sekali kunyah memang x reti nak berhenti...confirm punya...



sebalang RM15


Comel2 jer..sekali ngap memang susah nak berenti...(kena azan kat telinga kot baru berenti)

Kemeriahan suasana raya kian terasa walau belum puasa lagi kan...hehehe...meriah dengan orang jual baju raya awal- awal...tahun ni aku decide beli jer baju raya...tak sempat nak tempah..biasa tailor adik sepupu aku..tapi tahun ni aku terlambat hantar..dah penuh dah tempahan..macam tak sampai hati nak paksa...cumanya raya tahun ni simple jer..mak tak berapa nak sihat kan...so takde nak beria sangat...yang nyatanya raya tahun ni tak kemana- mana la nampaknya...kami lebih utamakan kesihatan mak...

Alaa...awal sangat plak nak citer bab raya...

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


ISRAK MIKRAJ DAN ZAKAT


► Tarikh 27 Rejab setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ï·º dari Mekkah ke Madinah. Apabila bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah ï·º

► Di antara peristiwa yang berkaitan dengan ibadah zakat adalah seperti berikut:

1. Rasulullah melihat sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”

2. Rasulullah melihat kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ï·º diberitahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

► Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.

► Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah سبحانه وتعالى dan takut kepada kekuasaan-Nya.

بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Berzakat Secara Online di ----->> www.zakatns2u.biz

Wednesday, May 4, 2016

Lagi 4 Bulan UPSR, Mama Yang Seriau

Hi korang...

Pantang lepa..pantang hp terlepas dari tangan..ada jer yang selfie kat hp mama ni...ni la nasibnya bila anak dah besar dan dah jadi anak dara..mana- mana mak yang ada anak dara pun memang mengalami masalah yang sama kan...tak percaya kalu cuba tengok hp korang...hehehehe...

Ainnul Dania Huda...buah hati pengarang jantung aku..satu- satunya harta dunia akhirat...amanah allah yang perlu aku jaga seumur hidup...


Bab melawa bagi kat dia..


suka selfie ntah ikut perangai sapa


ramai cakap kami berdua tak serupa...tapi ada je yang sama...cuba cari...serupa tang mana

Lagi 4 bulan nak UPSR ni..

Mama yang nebes giler nak oiii....mama yang pening kepala...tahun ni UPSR sistem baru...sistem baru yang meruntun jiwa kebanyakkan anak- anak kita...sistem baru yang buat anak- anak confuse...sistem baru yang buat ibu bapa pening kepala...bukan tak nak push..tapi anak- anak yang meningkat remaja ni..kena layan seperti kawan...tak boleh paksa dia..mula2 dulu memang aku agak paksa..bila dipaksa dia akan tertekan...sekarang..aku berserah..aku hanya nak kan dia buat yang terbaik...insyaallah..kakak pasti berjaya...doa mama buat kakak sentiasa....

Semoga berjaya Ainnul Dania Huda...dan juga rakan- rakan seperjuangan...

Menu Mabeles Sempena Hari Buruh

Hi korang...

Ahad ari tu lupa nak wish Selamat Menyambut Hari Pekerja. Dah sememangnya cuti kan..walau tak bekerja tapi tetap kena teruskan kerja sebagai blogger..tapi sayang niat aku nak terus update tak kesampaian sebab telco M**** macam haram...asyik not connecting..maybe sebab hujan kot....sepanjang 3 hari cuti memang aku dah ada bahan untuk aku kongsikan dengan Korang..slowly aku update sebab bebanan tugas hakiki memang bertimbun...

So aktiviti masak memasak aku berjalan seperti biasa..ni kalau ada mulut puaka email aku ckp macam2 ..aku caruts nanti..hehehe....

Meh tengok apa aku masak...



Ayam kurma permintaan anak dara


Lala sweet sour bertelur..


Sotong goreng tepung crispy


Ikan bilis goreng berlada


Pucuk keledek goreng belacan


Ikan cencaru bakar


Budu


Cili kicap


Bila dah makan macam ni...confirm diet ke laut...

Bila dah makan macam ni...mata mula la berat....

Bila mata dah berat...semua pakat tido...

Bila dah tido...makin lena sebab kat luar rumah hujan sepanjang hari...

Apa nak kata lagi kan...

Syoknya la cuti.....

WW: Lenamu Menggamit Cemburuku...

Lena betul minah ni tido,...jeles plak...


Tajuk jiwang karat tak hengat....
Alangkah bestnya jadi budak kecik kan..tak yah besar sampai bila2..
X yah fikir kerja atau masalah melanda...kalau la ada kuasa tukarkan kita ni jadi budak kecik..aku orang pertama volunteer...( ini cakap2 kosong je ye...kang ada plak ostaz/ustazah alam Maya keji aku kang)

Racik ke Hiris..sama je maknanya...

Dah lama x guna perkataan RACIK bawang..Maksudnya HIRIS bawang..sesetengah daerah gunakan perkataan racik..selalunya area kampung...hiris ni orang Bandar selalu guna....erm...ada yg pelik plak bila aku jawab guna ayat biasa aku guna..aku kan org kampung...

Dia : hi akak..buat apa tu?
Aku: hi...tgh racik bawang nak masak megi
Dia: racik?
Aku: haah knp...
Dia: oooo hiris....x pernah dengar plak perkataan racik...
Aku: oo tempat akak diorang sebut racik...hiris pun sama gak....

Aihhh....kampung sangat aku rupanya
.Bandar sangat plak dia...hehehe....apa2 je la diknon...janji makna sama...

Korang biasa guna apa?

Racik ke..hiris?

Atau ada ayat lain..lain tempat lain sebutan kan...

Jom share...

Tuesday, May 3, 2016

Birthday Awesome Boss...

Hi korang...

Tadi pagi sempat sambut birthday "AWESOME BOSS" aku ni...ex boss yang sebenarnya..antara boss muda yang aku pernah jaga...simple celebration tetapi meriah...


special cake..cheese cake kalau tak salah...


makanan yang sempat kami sediakan


Sate Ikan...aih..teringat zaman kanak- kanak...tapi tak selalu jumpa


Big boss dan boss amik gambo cake dulu sebelum potong cake...


Dr Matt tengah tunjuk bahagian mana perlu dipotong ikut preference...hahahaha


Main- main la....


akhirnya potong jugak....


Buat My Ex boss...

Happy birthday...moga panjang umur dan murah rezeki...nanti belanja lunch plak eh...oppsss..hehehe...larikkkkkkkkk......

Awesome boss so far...mulut bising tapi hati baik....Mohd Shahrul Izwan Ismail.....

Semuanya berbuah menjadi-jadi

Hi Korang....
Masih mood bercuti..Bila dh ada Kat rumah Seremban ni memang takde idea nak update blog la...lepak..kemas rumah..masak..lepak...masak...pas tu lepak lagi...hahaha...hari- hari aku ditemani rancangan tv dan jugak kesejukkan suasana sebab sepanjang bercuti hujan tak henti- henti. Alhamdulillah bagus hujan turun..at least air empangan bertambah dan takde masalah air in the future...semoga musim panas berlalu pergi...so..tak ke mana..tak tau nak citer apa..meh la citer lagi tanaman aku yang dah pun membuahkan hasil...dengarnya abah guna baja baru..sebab tu subur..bila tanya baja apa x jawab plak...hehehehe...ingat nak kongsi ngan korang...


bendi lebat berbuah...


anak dara aku nak petik bunga tu...sib baik perasan..kalau tak..sure rosal putik bendi 


pokok limau kasturi ni kecik je tau...tak tinggi pun tapi dah berbuah...


pokok cili yang sebelah lain plak..yg dalam pasu pun dah berbuah lebat..


geram rasa nak petik je...


last week hujan tak henti so tak yah siram...sepanjang hari hujan. Jimat air skit..walau bumi Seremban hujan..tempat lain dengarnya tak hujan especially area Kedah, Penang dan Perlis...semua dah mula buat solat hajat di daerah masing- masing kan...simpati aku buat mereka..dengarnya di Kelantan pun dah lama tak turun hujan...sungai Golok pun dah surut betul airnya...

Jom sama- sama tadahkan doa, buat solat hajat mohon hujan dari allah s.w.t

Semoga Al- nino berterusan pergi tinggalkan kita...amin...

Menu Sabtu Yang Simple

Hi korang..

Selamat kembali bertugas kepada semua yang bertugas hari ni...kemana korang cuti2 panjang minggu lepas?aku tak kemana duk rumah je melayan Mak yang x sihat dan anak- anak...sesekali berehat kan..minggu lepas dan minggu sebelumnya banyak hal yang mengganggu jiwa dan raga..kepada yang cuti- cuti malaysia tu seronok la korang..tahun ni takde cuti- cuti malaysia untuk family aku sebab tahap kesihatan mak teruk...so kita lebihkan tumpuan pada mak..

Bila dah tak ke mana- mana aku nyer tugas kat rumah masak je la...jom tengok menu yang sempat aku masak...


Bok Choy Goreng


Singgang ikan kembung...ikan berenang seba tu tak nampak rupa


sambal sardine kegemaran anak dara


malam aku masak ikan keli masak lemak cili api..hasil abah aku pi mancing


Kerang rebus...


Alhamdulillah...

Rezeki makan ikan keli yang abah pancing...sedap..manis je ikannya...x dan nak salai sebab dah malam...takde apa yang menarik selain dari aktiviti masak memasak...ingat nak beli cat nak cat rumah..tak lama lagi nak raya kan...hehehehe...persiapan awal katanya...ekceli tahun ni memang nak mengindahkan rumah...dinding rumah aku dah penuh ngan hasil karya kreatif si kembar...so kena la tukar cat...maybe minggu ni beli cat kot sebab last week kedai banyak tutup...

serba  ringkas dari aku hari ni..

Happy working korang....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah