Thursday, May 5, 2016

Drama Mak Cun 2 TV3

Hi korang...

Pernah tengok drama Mak Cun? Drama yang totally guna loghat utara?Drama arahan Bade Hj Azmi yang mendapat sambutan hangat tahun lepas..tapi aku macam biasa memang tertinggal kapal terbang la..mana cheq ada masa nak tengok tv..rumah cheq kat Sungai Buloh pun tak dak tv..Selepas kejayaan drama Mak Cun kini kembali dengan siri baru Mak Cun 2.


Mak Cun 2 masih mengekalkan pelakon utamanya dengan tambahan beberapa pelakon lain bagi mewarnakan jalan cerita musim baru ini.Asalnya pelakon versatile Fauziah Ahmad Daud dikhabarkan membintangi drama ini dengan melakonkan watak Combi iaitu sepupu Zennat Manisah lakonan Umie Aida, namun pada saat akhir digalas oleh pelakon Norish Karman.

Mak Cun 2 mengisahkan perniagaan dijalankan Mak Cun ( Erma Fatima) semakin berkembang maju selepas dia pulang dari Bangkok, Thailand.Pada masa yang sama Pak Akob ( Rahim Razali)tidak berputus asa memenangi hati Mak Cun mula memasang strategi untuk memujuk Mak Cun bernikah dengannya.

Pak Akob yang sebelumnya berjanji membantu mengembangkan perniagaan Mak Cun ke luar negara mulai mengintai peuang itu semata- mata untuk meyakinkan Mak Cun.

Pelakon : Erma Fatima, Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Nora Danish, Balkiysh Semundur Khan, Azwan Kombos, Dafi, Norish Karman.
___________________________________________________________________________________

Macam menarik plak kisah kali ni kan...korang jangan lupa drama Mak Cun 2 di TV3 Malam ini pukul 9.02 malam...kalau TV3 ada ulang tayang kan best..ni nak tengok kat Tonton in ternet macam haram...aku suka tengok citer ni sebab suka loghat utara tu dan ragam pelakon2 tu...ada kelakar ada juga diselitkan unsur2 pengajaran...

9 comments:

  1. heheh best cerita ni. ringan je. pelakon pun hebat hebat

    ReplyDelete
  2. aku mungkin akan layan kat online je nnt...sbb mlm2 bz...tapi skrg ni aku tgh layan drama best, dia semanis honey...hehe...

    ReplyDelete
  3. best citer ni kak..sy xmiss layan..haha

    ReplyDelete
  4. ok mlm ni no kartun utk fahim ... mama ngan icha nk lyn mok cun

    ReplyDelete
  5. akak pun tak pernah tengok...hihi..walaupun depa buat shooting kat kampung area sini2 ja..
    baru ni Erma buat kenduri di kampung...sekali dgn scene drama kot tapi clash plk dgn agenda lain...so tak bolehla nak makan kenduri tu...

    ReplyDelete
  6. anak-anak kecil saya suka sangat citer mak cun ni.

    ReplyDelete
  7. orhang utara wajib tengok ni...boleh lepas rindu ke sawah bendang :D

    ReplyDelete
  8. byk tgk org update psl cite ni..tp x berkesempatan lg nk tgk..huhu lg teruk tertinggal train sy ni T_T

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah