Monday, March 12, 2018

Hadiah Top Komentator Blog Mimi Azirah

Hi korang,

Baru- baru ni kan SA dinobatkan pemenang utama segmen top komentator blog Mimi Azirah kan...so hadiah SA dah dapat pun semalam..pertemuan seketika je kat hospital Seremban..hehehe..dengan tak sempat nak bergambar dengan Mimi sebab SA kena jaga mak sekejap sementara tunggu adik SA sampai..berjanji dengan Mimi dan berjumpa la kami seketika...kesian Mimi terpaksa pergi hospital Seremban..ye..Mimi dan SA sama- sama dari Seremban..tapi SA kan kerja kat KL so memang susah la nak jumpa kalau ada kat Seremban.Nama jer kami ni dekat..jumpa pun kalau kat event yang kami attend sama- sama..



SA menang make- up palette tu dan Mimi bagi jugak mask dari Innisfree tu ha...best betul la..thanks Mimi...



SA kalau bab make- up memang la suka sangat. Sebab tu berusaha untuk komen banyak- banyak kat blog Mimi..rasanya ini contest pertama yang SA menang tahun ni..hahaha...gigih hoke setiap masa pi komen..mana entry lama SA komen banyak- banyak...at last menang..yeay...sebenarnya ada lagi 1 hadiah yang SA dapat dari Miyoko Suki..nanti SA update ye...baru pi collect kat Pos Laju..amenda ntah diorang sms SA kat Seremban suruh ambil sebelum 11hb kat Ezibox...satu hal pagi ni pergi collect..so nanti SA up next entry plak ye..nak pose2 dulu...hahaha...

Saturday, March 10, 2018

Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk

 Yogurt Fernleaf Baharu Dengan Kelazatan Rendah Lemak Dan Kurang Manis 




Mulakan hari anda dengan sihat dan ceria bersama Yogurt Fernleaf baharu, diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand untuk memberikan kebaikan tenusu kepada warga Malaysia yang sentiasa sibuk pada waktu pagi!

Yogurt Fernleaf merupakan keluaran terbaharu dari jenama tenusu ini, yang mempunyai warisan dan dipercayai sebagai Trusted GoodnessTM oleh para ibu di Malaysia untuk keluarga mereka. Semenjak 30 tahun yang lalu, Fernleaf membawakan kebaikan tenusu dari ladang di New Zealand kepada para keluarga di seluruh Malaysia dan menyediakan produk susu yang berkhasiat untuk menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang. 

Dengan tekstur lembut berkrim, rangkaian yogurt baharu ini merupakan pilihan yang lebih sihat dan lazat untuk seisi keluarga. Yogurt Fernleaf mempunyai logo ‘Healthier Choice’ yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah memenuhi kriteria kesihatan yang telah ditetapkan, iaitu rendah lemak dan kurang manis. 



Yogurt Fernleaf kurang manis berbanding jenama-jenama yogurt yang lain. Ia begitu digemari ramai sehinggakan satu tinjauan pengguna mendapati bahawa 9 daripada 10 orang yang mencuba Yogurt Fernleaf akan menggantikan jenama yogurt yang biasanya mereka makan dan juga 99% pengguna akan menyarankan Yogurt Fernleaf kepada keluarga dan rakan-rakan mereka. 

“Waktu pagi boleh menjadi waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan keluarga di Malaysia. Kebanyakan orang hanya sempat merias diri buat seketika sebelum bergegas untuk ke sekolah atau tempat kerja untuk mengatasi kesesakan lalu lintas. Oleh itu, mereka biasanya tidak mengambil sarapan. Namun kita semua juga tahu akan kepentingan sarapan dalam memberikan tenaga untuk memulakan hari. 

“Dengan Yogurt Fernleaf, anda dapat memulakan hari anda dengan betul! Walaupun pada pagi yang paling sibuk sekalipun, yogurt merupakan sarapan yang mudah, lazat dan juga tidak mengambil masa yang panjang. Anda tidak perlu lagi mengalami rasa lapar pada waktu pagi! Alternatif yang mudah dan enak ini dapat membantu seisi keluarga menjalani hari mereka dengan penuh bertenaga,” kata Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia.

Yogurt Fernleaf boleh dinikmati begitu sahaja, namun ianya juga enak apabila digabungkan dengan snek sihat yang lain. Contohnya, anda boleh mencampurkannya dengan oat, bijian, kekacang dan buah beri di dalam sebuah balang untuk menghasilkan oat semalaman yang menarik sebagai sarapan yang mudah dan mengenyangkan. 




Atau, campurkan muesli yang rangup atau granola dengan Yogurt Fernleaf untuk sarapan yang memuaskan! 

Pada waktu pagi di hujung minggu, apabila anda kurang sibuk, berikan keluarga anda suatu kejutan gembira dengan salad telur yang berkhasiat dan lazat, dengan menggantikan mayonis dengan Yogurt Fernleaf yang sememangnya lebih sihat. Sajikan salad tersebut di atas roti gandum penuh dengan taburan kacang walnut, dan ianya akan menjadi permulaan yang baik kepada hujung minggu yang menyeronokkan! 

Yogurt lazat tersebut bukan sahaja sesuai sebagai sarapan, malah ianya juga sesuai sebagai snek sepanjang hari! Sebagai pemberi tenaga di waktu siang pula, anda boleh membuat smoothie yogurt dan buah atau sos celup untuk seleri, pisang, lobak, timun atau biskut gandum dengan yogurt. Anda juga boleh menjadikannya sebagai dressing bagi salad anda. 




Yogurt Fernleaf boleh didapati dalam beberapa perisa yang lazat – asli, strawberi, beri campuran dan mangga, setiap cawan adalah seberat 110g dan berharga RM1.50. 

Mulakan hari anda dengan betul bersama Yogurt Fernleaf yang lazat dan mudah untuk gaya hidup anda yang sibuk! Ia boleh didapati di pasaraya dan kedai di seluruh negara


Friday, March 9, 2018

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Hi korang...

SA nak support GA ni mana tau kalau- kalau ada rezeki kan..korang kalau nak join boleh tekan banner ye...syarat pun simple jer..

➤ Giveaway ini bermula pada 09 Mac 2018 dan akan berakhir pada 09 April 2018



SYARAT PENYERTAAN

🔀 Terbuka kepada semua Blogger Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

🔀 Buat 1 entry yang bertajuk "Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends"
🔀 Copy banner diatas dan backlink ke entry ini
🔀 Follow link di bawah :- 

Blog Lea Azleeya     |    FB Page Lea Azleeya     |     IG Lea Azleeya

FB Page Shad       |        IG Shad


FB Inspirasi Azatie     |     FB Kak Yang      |    IG Kak Yang Store

Rindu Seorang Anak Yang Menyentuh Hati

Hi korang..

Aleesya Qhaira Wilda, anak buah kesayangan SA ni sangat- sangat drama la..ratu drama dia ni...apa dia buat mampu mencuit hati kecil sesiapa jer..tutur kata dia tak pernah menyakitkan hati sebaliknya matang macam dah dewasa sangat..ayat pun elor tersusun cuma pelat masih kedengaran..entah bila nak jelas pertuturan tu..umur masuk 4 tahun dah tahun ni...sekejap je masa berlalu...tapi dia masih cakap dia BABY lagi...haaaa..ye la baby la sangat...manja terlebih..walaupun manja Dida sangat berdikari...baru- baru ni Uwan/ nenek masuk ward kan..mommy dia amik turn jaga uwan sebelah malam dari Ahad minggu lepas sampai lah sekarang..sebelah malam mommy akan tinggalkan dia dengan daddy. Sudah beberapa malam dia tak tido dengan mommy, jumpa sebelah siang pun sekejap aje sebab mommy kerja..last week mommy hantar gambar ni...kesiannya dan hati SA terus tersentuh..memang drama betul la awak ni Dida..rindu mommy siap buat drama macam tu ha..dapat tengok sentuh gambar mommy pun dah ok dah pada dia...masa dapat gambar ni memang meleleh- leleh airmata SA..sebak betul


Rindu mommy 😢😢


Lepas tu nangis

Esoknya dapat plak gambar dia dah happy sebab dapat anak patung yang dia idam- idamkan...so malam- malam dah tak rindu mommy dah sebab dah ada anak patung buat teman..haih..kang bercakap dengan anak patung plak..satu hal plak karang kan...tapi takpe as long as boleh pujuk dia..anak patung ni dah lama dah dia minta..baru daddy dia belikan...


bam bam mama yang selalu buat orang geram


Alaaa..happy snagat la tu dengan muka cheeky dia


Baby nanges lapar..


Betapa eratnya kasih sayang seorang anak dan ibunya kan...


Dida ni memang manja sangat ngan mommy dia..kalau mommy takde sekejap takpe kalau dalam tempoh masa ang agak lama macam sekarang memang dia mudah tersentuh..rasanya mana- mana anak kecil pun macam tu kan..sebab tu ada perumpamaan..kasih ibu sampai ke syurga..kasih ibu tiada batasannya...

Thursday, March 8, 2018

Menu Dari Dapur Suria Amanda Lagi...

Hi korang...

Bertemu lagi dari Dapur Suria Amanda, ni update masa dapur SA berasap masa mak sihat last 2 week rasanya..hehehe..sorry la..belek- belek handphone sebab storage dah penuh nak update apps tak boleh..so ada gambar ni dan rasanya tak share kat blog lagi...dari kosong je blog takde entry SA buat la entry park gambar ni semua kat sini...Korang pun boleh jer refer kat blog ni kalau tak tau nak masak apa kan...cuma kesian sesapa yang tinggal area Selangor la kan air takde..tak tau macam mana korang masak kan..SA pun tinggal area selangor gak tapi so far area umah SA blom lagi la air kena catu...harap korang yang kena catu air kat rumah tu sabar ye..bawak bertenang..SA nak tolong pun tak tau macam mana..kadang bila time air kena catu tu la macam- macam hal kan..time tu la nak kena cirit birit, time tu la nak memerut..pandai plak perut pilih time...
So berbalik pada entry ni...meh tengok gambar- gambar..korang kalau nak resepi SA sertakan sekali siap-siap resepi sebelum- sebelum ni SA share..korang rujuk situ jer la ye kalau nak cuba masak style SA..


Ikan Keli Masak Asam Tempoyak


Sambal Petai Udang Galah



Sayur Sawi Goreng


Sotong Masak Kicap


Sotong Goreng Tepung

Sambal Ikan Bilis Petai..




http://www.suriaamanda.com/2016/09/resepi-sambal-ikan-bilis-petai.html

Haaa..kalau ada yang nak resepi nak cuba masak style SA korang refer jer link yang SA sertakan tu..senang tak yah SA nak taip panjang- panjang lagi..hahaha..dasar pemalas kan...bukan malas..SA menaip entry ni dalam MRT, pas tu schedule aje..sebab tu malas nak type panjang- panjang...selamat mencuba ye pada yang nak cuba...

Carousell Live! To Raise Funds For The Malaysian Red Crescent Society

CAROUSELL LIVE! TO RAISE FUNDS FOR THE MALAYSIAN RED CRESCENT SOCIETY

The Malaysian Red Crescent Society (MRCS) is partnering with Carousell, one of the world’s largest and fastest growing mobile classifieds marketplace for its Carousell LIVE! flea market happening this weekend, 10 and 11 March 2018, at Publika, Solaris Dutamas. The event will be used to raise fund for MRCS’ activities such as the disaster relief operation, health and community service, capacity building as well as in youth development




The event will provide a physical platform for MRCS to sell their pre-loved goods donated by the public as part of its on-going efforts to raise funds. The items will be listed on Carousell to extend the fundraising’s outreach beyond Klang Valley.


Carousell LIVE! will also feature booths by 20 top Carousellers and celebrities such as Zahiril Adzim, Sheira Ayoub, Nadia Brian, Sarah Hidelbrand, Nabil Mahir, Shalma Ainaa, and Natrah, who will be selling new and pre-loved items in the fashion, accessories, art and electronic goods categories. Visitors will almost certainly find some great deals for these pre-loved items




This marks Carousell’s continued commitment towards a community-driven mobile marketplace, which promotes a sustainable lifestyle.  This vision is very much shared by MRCS, with its strong foundation built on humanity, independence, neutrality, impartiality, voluntary service, unity and universality, the Fundamental Principles of the International Red Cross and Red Crescent Movement.

“Carousell LIVE! is more than just an avenue for Carousellers to display and sell their goods. It is also a platform for us to contribute back to the society through such significant partnerships, like this one with MRCS. As an established humanitarian society that has dedicated its services to Malaysians for 70 years, we hope Malaysians will show their support at this event and assist in funding their operations,” said Lucas Ngoo, Co-Founder and Chief Technology Officer of Carousell.

The fundraising collaboration highlights the importance of joint engagement to build a safer and disaster-resilient country.

“MRCS gratefully welcomes this fundraising partnership in the spirit of community engagement and reaffirm our commitment to the alleviation of human suffering in the aftermath of natural and man-made disasters and other related challenges in the country,” said Dato’ Sayed A. Rahman Sayed Mohd, Secretary General of MRCS.

MRCS is presently one of 191 National Societies that are members of the International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC), which together with the International Committee of the Red Cross (ICRC) are components of the International Red Cross and Red Crescent Movement.

Founded by three passionate and enterprising men in Singapore, Lucas Ngoo, Quek Siu Rui and Marcus Tan in 2012, Carousell is a mobile and online consumer to consumer marketplace for buying and selling new and second-hand goods available in Malaysia, Singapore, Indonesia, Taiwan, Hong Kong and Australia. Co-founders Siu Rui and Lucas were also recognised by Forbes Asia in its annual 30 Under 30 list.



Event Details:

Venue:       The Square, Publika Shopping Gallery
                   No.1, Jalan Dutamas 1
                   50480 Kuala Lumpur
Date:          10 – 11 March 2018
Time:         11 a.m. to 10 p.m.

For more information,

follow us on www.facebook.com/carousell.my or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.

Wednesday, March 7, 2018

SA Mencari 2 Orang Pemenang Top Komentator March 2018

Hadiah Yang Menanti 2 Orang Pemenang Top Komentator March 2018

Hi korang...

Hari ni SA nak umumkan hadiah yang SA tawarkan buat 2 orang pemenang untuk contest Top Komentator blog SA ni..kenapa 2 dan kenapa bulan lepas seorang aje pemenang? Bulan ni SA ada rezeki lebih sikit so SA nak bagi 2 hadiah sekaligus. Sebenarnya SA buat ni sebab Mak SA dan tunjukkan progress yang positif walau masih 100% on oksigen. SA nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dari kejauhan. So SA nak reward 2 orang pemenang bulan ini sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga. nak bagi semua SA memang tak mampu la kan...




Hadiah Tempat Pertama 
Hand Rejuvenating Creme With Active Manuka Honey 
keluaran Bee Venom



Hadiah Tempat Kedua 
Manuka Honey Replenishing SPF15 Facial Moisturiser


Kita masih diawal bulan lagi...so korang masih ada masa untuk komen di mana- mana entry blog SA. Entry lama- lama pun dibenarkan cuma komen hendaklah related dengan entry tersebut. Komen 2 patah perkataan tidak dibenarkan sama sekali dan adalah digalakkan untuk komen lebih dari 10 patah perkataan. Seperti yang SA selalu tekankan sebelum- sebelum ini..kena jujur dan adil untuk semua kan..kita bertanding secara sihat...

Good luck korang...

Kita tunggu pengumuman pemenang pada 1 April 2018 nanti...


Giveaway RM200 untuk 10 tukang komen terbanyak

Kali ini, Lubuk Seni buat giveaway lain machiam sikit. Syaratnya dah la super-duper senang. Hadiah bernilai RM200 pulakk tu! Wahh teruja sangadd sebab hadiah lumayan, ramai berpeluang menang.
Berminat nak join, klik je gambar bawah ni ya!

top commentor _ giveaway - lubukseni dotcom

Bukan tu saja, berbaloi singgah LubukSeni.com sebab banyak idea kalerful. Sebagai terapi minda, blog ni sangat memberi manfaat kepada peminat seni. Antara topik menarik blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah, jom FOLLOW Blog Lubuk Seni sebab diorangg rajin buat giveaway. Next giveaway 1 April ni. Setiap bulan ada hadiah best tau, stay tunedd!

Kerjasama Shopee Dan Honor Bagi Pelancaran Eksklusif Honor 9 Lite

Telefon pintar honor 9 Lite akan dijual secara eksklusif di Kedai Rasmi honor di platform Shopee pada 9 Mac pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja





Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menandatangani usahasama rasmi dengan honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee. Usahasama tersebut membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk membeli telefon pintar 4-kamera tersebut pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja (Harga pasaran: RM749) untuk masa terhad pada 9 Mac 2018. honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian khas yang membariskan lebih daripada 400 jenama terkemuka dan pengedar sah yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang premium kepada pengguna Shopee.






“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan honor untuk pelancaran eksklusif honor 9 Lite ini. Sejak beberapa tahun lalu, kami menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang membeli produk elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar. Kami gembira dapat bekerjasama dengan honor untuk menawarkan pelbagai lagi pilihan kepada pengguna kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Sejajar dengan rancangan 2018 kami, kami berazam untuk mengukuhkan lagi usahasama strategik dengan pelbagai jenama terkemuka dengan menjual produk mereka di platform kami. Sebagai pemain e-dagang utama di rantau ini, kami mahu membantu lebih banyak jenama meluaskan rangkaian dalam talian mereka dan mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan pengkalan pengguna yang lebih besar”.





“Kami teruja bekerjasama dengan Shopee untuk memperkenalkan telefon 4-kamera pertama kami, honor 9 Lite untuk pasaran Malaysia. Sebagai jenama telefon pintar terkemuka global, kami dapat melihat potensi besar menerusi usahasama dengan Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Usahasama ini adalah titik tolak bagi kami dan kami pasti, masih banyak lagi lapangan yang boleh kami terokai bersama,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.




Zhao menambah, “honor menjanjikan kejutan yang mengujakan untuk peminat dan pengguna kami. Malaysia merupakan pasaran global pertama kami semasa pelancaran honor View10 Crush Red dan kini kami berbangga untuk memperkenalkan siri honor Lite buat pertama kali untuk pasaran tempatan - lazimnya kami melancarkan produk baharu di pasaran Eropah dan India. Dengan memperkenalkan honor 9 Lite di pasaran tempatan, kami percaya keputusan ini dapat mengukuhkan kedudukan dan komitmen kami di Malaysia. Honor 9 Lite akan menjadi teman setia peminat tegar swafoto dengan dua kamera hadapan”.




Abadikan Kenangan Anda Secara HD (Definisi Tinggi) dengan Empat Kamera


honor 9 Lite menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian hadapan dan belakang, yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik. Dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaiktaraf dan boleh diubahsuai, serta kesan ‘bokeh’ setaraf standard perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto.


Rekaan dan Paparan Yang Menawan


Direka dengan ciri-ciri yang cantik dan praktikal, honor 9 Lite menampilkan teknik pembuatan yang tiada tolok bandingan dari semua sudut. Telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa ‘bezel’ FullView HD (Berdefinisi Tinggi) dan kemasan seakan-akan cermin dengan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, menjanjikan penggunanya rekaan yang mewah.

Berprestasi Tinggi

Telefon honor 9 Lite ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3GB RAM dan ruangan storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB). Ia turut dibina dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian.


Telefon honor 9 Lite ini boleh didapati dalam variasi Sapphire Blue dan Glacier Gray.





Bagi meraikan pelancaran ini, Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi telefon honor 9 Lite baharu ini. Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram, letakkan keterangan yang menyatakan sebab mereka rasa rakan baik mereka adalah seorang yang cantik atau kacak, tag pada @shopee_my dengan tanda pagar #ShopeeXhonor. Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi sebuah honor 9 Lite untuk mereka dan rakan mereka. Manakala 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling Shopee setiap seorang. Selain itu, dari 7 hingga 9 Mac, pengguna Shopee boleh bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor’ yang menawarkan hadiah berupa sebuah honor 9 Lite setiap hari.





150 pembeli pertama honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybelline New York, peneraju dalam industri kosmetik global, bernilai RM50. Nantikan kejutan yang mengujakan daripada jenama solekan No 1 Malaysia yang diinspirasikan daripada trend terhangat dari New York yang akan bekerjasama dengan honor pada sambutan ‘Hari honor’.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my atau www.hihonor.com.my.

Untuk mendapatkan tawaran eksklusif sempena pelancaran ini, layari www.shopee.com.my/honormy.officialstore.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Tuesday, March 6, 2018

March Giveaway By Penselduabee

Hi korang...

Lama dah SA tak join GA, ke ada..hahaha...hilang ingatan jap..jom la kita support GA kawan blogger kita ni...syarat nak join pun tak susah...jom join jom...mana tau ada rezeki menang hadiah kat bawah ni....kalau korang nak join bleh klik Banner eh...



Syarat untuk menyertai GA ini sangatlah MUDAH iaitu:

1. Follow blog penselduabee & blog tarot the fool.

2. Add to Circle G+RadhiaRazali 

3. Like FB page penselduabee

4. Follow Instagram Radhia87 

5. Follow twitter RadhiaHaafiza 

6. Komen mana-mana dua entri di blog penselduabee. Kalau lebih, lagi bagus. Top komentatorkan juga akan dapat hadiah. Bilangan komen dikira dari tempoh 5/3/18- 31/3/18. Komen di entri berkaitan dengan March Giveaway By Penselduabee  ini tidak dikira.

7. Buat entry bertajuk "March Giveaway By Penselduabee", paste banner di atas di dalam ruangan entri (backlink sekali).

8. Publish entry tersebut

9. Tinggalkan URL entry korang ke dalam ruangan/kotak komen post ini.

10. Share/ping entry "March Giveaway By Penselduabee"  dari blog saya ini di facebook.

Lauk Untuk Bekal Pergi Kerja Semalam

Hi korang,

Penat macam mana pun jaga mak kat hospital SA tetap masak untuk bekal pergi kerja..sebenarnya Ahad SA dh balik KL dh sebab kerja Isnin kan..lepas ru ada la urgent matter nak kena settlekan kat opis..tak nak la nanti diorang ingat SA saje nak lepas tangan..walau diorang tau Mak SA masuk ward..dengan tak tido semalaman SA balik KL sampai rumah sewa sempat basuh baju, rendam daging lepas tu tido sekejap..Asar SA bangun kat luar rumah tgh hujan lebat..basuh baju kotor yang bertimbun lepas tu start masak..pukul 7 lebih makan lepas tu SA tido..
SA habiskan stok daging dalam fridge..tengok bahan ada..so SA buat masak lemak cili api letak serai je..itu je yg ada pun..lepas tu tengok peria macam nak layu di tasik madu..SA decided buat goreng berlada je..haih semua repeat menu je..dah tu itu yang ada dalam fridge kan..nanti la tambah stok lagi..


Daging masak lemak cili api


Peria goreng berlada..

Semalam text kawan opis ajak makan sama berdua..habis dua2 lauk.. alhamdulillah rezeki yang ada di kongsi bersama kan..eh ada yang mintak resepi la..rasanya dah banyak kali jugak SA share kat blog..nanti SA letak link je la kat bawah ni..korang refer je kat situ..menu SA masak ni memang tak ikut sukatan..ikut sedap tekak sendiri je..tak reti la SA nak sukat2..so korang nak cuba boleh la ikut resepi kat bawah..sama je kaedahnya...





Monday, March 5, 2018

Menang Top Komentator February di Blog Rakan Blogger

Hi korang...

Tak sangka betul SA menang hadiah Top Komentator di blog rakan blogger..hahaha...masa free boleh la rajin tinggalkan komen..masa sibuk tak dapat nak bagi kerjasama...adakala SA akan start komen masa SA dalam perjalanan nak pi kerja naik MRT, dari melopong je tak buat apa..SA manfaatkan masa dengan tinggalkan banyak komen kat blog kawan- kawan. Alhamdulillah..banyak rezeki SA awal bulan March ni walau baru- baru ni SA diduga dengan kesihatan Mak.
SA akui memang SA berlumba komen kat blog Mimi Azirah..hahaha...persaingan yang sihat...sampai pelik Mimi tengok blog dia meletop ngan komen beratus2..SA sajer jer cabar diri SA untuk menang sebab hadiah yang Mimi tawarkan agak menarik..nak plak SA memang tengah giler dengan barangan mekap kan..Blog Miyoko Suki plak SA memang tak jangka akan dapat hadiah top komentator ni sebab SA memang lama dah kenal blog ownernya..cuma dulu dia stop blogging kejap..sebab tu SA rajin singgah blog dia...yeay..menang Lipstik plak...



Top Komentator February blog MIMI AZIRAH




Top Komentator February 2018 Blog MIYOKO SUKI



Pemenang Kedua Top Komentator February 2018 Blog AZLINDA ALIN


Blog Azlinda Alin SA menang RM5, yeay..ini pun SA tak sangka gak..tetiba Linda mintak no akaun SA...laaa..dh kenapa plak kan..masa tu memang tak terfikir sebab kat dalam ward jaga mak..hehehe...alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat kan..cuma kena ada effort dan rajin je
Terima kasih kepada rakan blogger especially blog owner...so korang kalau nak dapatkan hadiah dan menjadi antara top komentator di blog SA dan kawan- kawan yang lain rajin- rajinkan diri join contest ni ye..selain dapat hadiah dapat mengeratkan silaturahim sesama kita juga..

Sunday, March 4, 2018

Pengalaman Melihat Wanita Meroyan Depan Mata..

Hi korang...

Malam ni SA jaga mak lagi...condition mak getting better..alhamdulillah cuma masih 100% on oksigen lagi..air dalam paru-paru dh kurang dan masih continue masukkan ubat utk keluarkan air..badan mak masih lemah tapi bengkak kaki dan tangan dah mula surut..masih harapkan condition mak makin ok..
So as usual SA memang tak boleh nak tido macam penjaga yg lain..memang akan berjaga sepanjang malam so SA nak citer pengalaman pertama melihat pesakit meroyan sebab kehilangan anak yang di kandung. Pesakit ni pulak ada Leukimia dan merupakan staffnurse di hospital Muar dan kehilangan anak dalam kandungan adalah lebih kepada sebab dia mendapat Leukimia.
Masa hari pertama tu SA kan jaga mak..tetiba kejap2 dengar org terjerit2.. siap sebut allah huakbar, mengucap dengan kuat..eh seriau mula2 ingat ada yg tengah nazak nak meninggal ke apa kan..tp buat bodoh je la..makin lama makin galak..seram gak mula-mula..lepas tu doc  suntik ubat tido..yang buat SA terkejut tu..ubat tu macam x bagi dia tido..aduhai..ni pada SA dh ada gangguan sekali ni..semua dia sebut..dia meroyan..anak dia meninggal, laki dia nak madukan dia la..padahal laki dia kat sebelah dia je..lepas ru dia tertido sampai pukul 3 pagi...tgh sedap SA baca novel tetiba dia menjerit lagi..tanya mana laki dia..mana anak dia..mana spec mata dia...kali ni dia makin agresif..aduhai..dia nampak SA pandang dia..dia cakap..kak..kak..akak tolong saya kejap boleh tak..saya nak solat..bagi pinjam telekung..kak..tolong buka ikatan saya ni kak saya  nak solat dengan suami saya tapi tangan terikat ni..kak..tolong kak...
Kalau dengar suara dia memang sayu hati..tapi lepas tu dia menjerit..aku Salina.aku staffnurse..aku bukan Leukimia..anak aku dh mati dah tido kat rumah batu..aku ada duit nak buat mozek...papa..papa...ni semua dajal ni pa..mama meroyan pa..mama nak mintak maaf kat mak mertua mama..siap la dia sebut nama mak mertua dia..nama penuh dajal...haih..kalau korang semua tengok memang ada la rasa takut dan kesian..sepanjang masa dia macam tu..tapi yang bagusnya walau dia macam tu dia boleh mengucap, baca yasin complete dan hafal...
Bahagian dia kan..baru la SA percaya yg sakit meroyan ni memang bahaya dan memang teruk..sebelum ni hanya baca melalui majalah dan dengar dari mulut-mulut orang..tapi bila melihat sendiri memang ngeri...boleh jadi hilang akal dan dan rosak mental..SA kesian kat husband dia..dh macam buntu tak tau nak buat apa tak tahu..pukul 6am ada ustaz datang..memang kat hospital ni tak ada masalah kalau nak gabung perubatan traditional boleh aje..so datang la ustaz ni nak tawarkan air..start ustaz ni baca je ayat suci..dia menjerit-jerit cakap ustaz ni ada muslihat tersembunyi..dajal yang dihantar utk ganggu dia la..aduhai..seriusly macam dalam drama Tanah Kubur la..dia aiap soal laki dia..ko sapa..ko laki aku ke? Bukan laki aku pun dah mati ke..astaghfirullahalazimmm...aku ji dah mati rupanya....

Kesian...tak sampai hati nak dengar..tapi dah depan mata kan kejadian tu..semalam SA datang melawat mak..mak cakap diorang dh buat keputusan naknkeluarkan dari ward sebab keadaan dia dh tak stabil dan mengganggu orang keliling..kesian betul sebab muda lagi di beri dugaan macam tu...semoga dia sihat hendaknya..korang kalau bersalin..jaga la kesihatan betul-betul untuk elakkan meroyan..dulu SA cuma ingat penyakit meroyan ni macam pening kepala pas tu stress dan depress..rupanya ada lagi teruk..jauhkanlah penyakit ni dari melanda kita semua..

Friday, March 2, 2018

Sembuhkanlah Ibuku Ya Allah..

Assalamualaikum..
Hi korang...
Semalam SA emergency..sedang nak suap nasi masa kat pantry SA dapat whatsaap dari adik no 4 iaitu mummy Dida..dia on the way hantar mak ke hospital Seremban sebab mak tak boleh bernafas...allah..tak tunggu lama SA capai handbag terus balik Seremban dengan keadaan panik sampai wedges SA putus di Merdeka Station..tak tau nak cakap macam mana paniknya SA..di fikiran dah fikir yang bukan - bukan..tapi kali ni SA tak menangis cuma jantung laju dan menggigil..sampai la SA dalam bas..selagi tak nampak makndepan mata memang hati risau...
Alhamdulillah sampai di Seremban allah permudahkan perjalanan ke hospital..SA menanti Zon Hijau sedangkan Mak di Zon Kritikal iaitu Zon Merah...sampai je masa tu adik beradik semua dh ada kecuali adik lelaki...dapat masuk zon merah jumpa mak dan 7.30 mak di hantar ke wad..SA jaga mak tapi balik rumah dulu mandi dan ambil segala keperluan mak..bermula lah episode SA bermalam di ward


Mak 100% on oksigen sebab oksigen tak sampai ke kepala dan badan mak bloated sebab terlalu banyak air..air dh masuk dalam daging dan lapisan kulit..ikutkan mak memang tak boleh minum air banyak since buat bypass dulu tapi memandangkan cuaca dan kekhilafan Mak maka seringkali berlaku terlebih ambil air..


Ikutkan tak sampai hati tengok Doc kejap2 cucuk tangan mak nak ambil darah dan nak masukkan ubat..tapi apakan day memang tak boleh dielakkan..SA turut merasa kesakitan yang ditanggung oleh mak..bagai disentap-sentap hulu hati SA ni bila mak terjerit-jerit menahan sakit..
Part paling menguji bila nak cuci berak mak..bukan jijik tau..SA terpaksa mintak bantuan nurse bertugas sebab kudrat SA yg kecik berbanding mak buat SA sangat-sangat tak berdaya..badan mak 3 kali ganda besar dari  SA..memang tak mampu SA buat sensorang..terima kasih yang tak terhingga buat adik nurse yang ikhlas menolong tanpa rungutan..


Ini la rupa hasil dari 1 jam usaha Doc untuk dapatkan urat di bahagian lengan mak..
Update terbaru dari hospital hari ini..Doc pakar buah pinggang suggest buat dialysis bagi mempercepatkan proses keluarkan air dan mula buat rawatan buah pinggang..tak tertanggung derita mak..semoga mak kuat menghadapi dugaan..kalau lagi lambat buat rawatan lagi teruk keadaan mak nanti...
Terima kasih diatas doa-doa kawan kawan semua..amat SA hargai..tak mampu SA nak balas dengan kata-kata. Dalam keadaan SA menghadapi dugaan ni...masih ramai yang prihatin..SA ada satu lagi pengalaman sepanjang malam menjaga mak di hospital semalam..pengalaman pertama rasanya melihat penderitaan  wanita terkena sakit Meroyan..nanti SA ceritakan di next entry...

Thursday, March 1, 2018

Pengumuman Pemenang Top Komentator February 2018

Hi korang...

Sebelum SA terlupa dan terus busy sepanjang hari dengan kerja hakiki SA...just a simple entry SA nak umumkan pemenang top komentator untuk bulan February 2018 seperti kebiasaan dan seperti yang telah SA janjikan..alhamdulillah kali ni kita ada pemenang baru lagi...



Tahniah buat Khaty Aiman...

Terima kasih diatas effort anda..sekali lagi SA nak inform ye kat sini...widget ni memang auto dan SA tak ada apa- apa kuasa nak ubah atau nak keluarkan nama orang lain dalam ni..kalau tak tersenarai tu bukan la sebab SA dah edit ke apa..untuk pengetahuan juga SA mengaku SA ni buta it..so kerja- kerja edit mengedit ni memang tak reti nak buat...please jangan tuduh SA nak bagi kroni je menang atau apa pun la komen yang boleh mengganggu emosi SA. SA pun bukan blogger sepenuh masa..hanya partime blogger yang ada tugas hakiki. Takde masa nak pantau semua ni..

Tahniah Khaty Aiman...good effort...emailkan pada SA details anda dan no akaun ye...

Suriaamanda@yahoo.com / Tajuk : pemenang top komentator February 2018

Dengan ini..

Contest Top Komentator dibuka semula untuk pencarian pemenang bulan March 2018

Hadiah? Nanti SA update  next entry ye...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah