Thursday, June 8, 2017

Resepi Ikan Bilis Berlada Campur Petai

Hi korang....

Hari ni dah Ramadhan ke berapa erk...oooo Ramadhan ke 13 laaa...korang masih berselera ke makan berbuka ataupun sahur?SA dah kurang selera la...dah tak tau nak masak apa..ini la masalah bila dah selalu sangat masak yang sedap2 pas tu akhirnya dah takde selera nak masak...hari tu masak sambal sardin masa berbuka bawak ke sahur...semalam masak ayam goreng kicap untuk sahur..ni dah buntu dah...tapi masih kekal tak pergi bazar ramadhan.

gigih jugak nak masak walau diri sendiri tak berapa sihat. Demam ni tak kebah- kebah. Asal masuk office jer kena ekon terus demam balik...letih dah demam..


So hari ni SA nak share kat sini resepi Ikan Bilis Goreng Berlada campur petai..menu ni dah banyak kali masak tapi masih mengekalkan kaedah dan bahan yang sama.mana tahu hari ni korang buntu kan tak tau nak masak apa...so boleh la cuba resepi ni..

Resepi

Bahan- bahan
  1. 100 gram ikan bilis di belah 2..( takkan dibelah2 plak kan)
  2. Bawang putih 4 ulas
  3. Bawang kecik 3 ulas
  4. Cili Api 20 biji
  5. Bawang besar 1 biji dihiris
  6. Petai 1 papan 
  7. Garam
  8. minyak ( pandai korang la sukat)
* Bahan 2-4 tumbuk hancur

Cara- Cara Masak
  1. Ikan bilis goreng garing , angkat dan ketepikan
  2. Dengan minyak yang sama korang tumis bahan 2-4 sampai naik baru dan cili betul2 masak
  3. Masukkan bawang besar yang dah dihiris,biarkan seketika
  4. Masukkan petaI
  5. Gaul dan perasakan garam
  6. Tutup api
  7. Masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaul mesra
  8. Sedia dihidang
Nak sedap..petai tu jangan la biarkan layu atau lama sangat masak, tak crunchie nanti macam tak feel plak..korang makan nasi sure bertambah, tak payah lauk lain pun takpe...lagi pedas lagi sedap...makan sampai peluh menjejeh pun takpe..tapi kalau nak letak lauk lain jugak korang boleh buat telur dadar.

Lepas tu kalau menjerit atas penimbang berat badan...tanggung sendiri ye...

jangan marah aku plak...

13 comments:

  1. Pedas tu cili api 20 biji, Tapi kalau dapat nasi panas2 ne tak pandang kiri kanan dah ;)

    ReplyDelete
  2. makan simple gini memang boleh naik selera kak

    ReplyDelete
  3. Sonang je resipi dia..tapi nak cari petai plak..adeh, petai mahai..hehe

    ReplyDelete
  4. Ada petai confirm sedap kak. Bertambah2 nasi atas pinggan nnti.

    ReplyDelete
  5. sedapnye...boleh la rietta cuba...thanks for the share....

    ReplyDelete
  6. ada ikan bilis berlada ni, dh selera mkn nasi time sahur..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya SA.. kalau family akak memang lauk macam nie lah depa suka..

    ReplyDelete
  8. Makan dengan nasi panas memang best ni.

    ReplyDelete
  9. Makan dengan nasi panas perghhh sedap nih kak

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah